KALENDAR di atas meja dibelek malas. Sudah dua minggu pengajiannya tamat. Bermakna sudah dua minggu juga dia menjadi penganggur terhormat. Permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kulinari secara separuh masa masih belum dijawab.
Hmmapa aku nak buat ni Sarah dah kerja kat kedai farmasi. Anis menongkat dagu. Fikirannya melayang pula pada Zarina yang kini berusaha untuk menjadi seorang pramugari sedangkan kursus yang diambil di universiti adalah untuk menjadi seorang guru bahasa Inggeris. Kadang-kadang pelik dengan sikap Zarina. Setahunya untuk menjadi pramugari tidak perlu kelulusan tinggi. Cukup dengan SPM saja.
Ah..tak baik buruk sangka..mungkin cita-cita sebenar dia nak jadi pramugari.. Anis senyum. Pujuk hati supaya tidak menaruh apa-apa syak pada insan lain.
Majalah yang baru dibeli siang tadi dicapai dari sudut kiri meja belajar. Tajuk majalah dibaca sekilas. Kemanisan Iman. Anis mula membaca isi kandungan dari satu halaman ke satu halaman. Fikirannya mula melewati kehidupan yang dilalui. Seboleh mungkin dia ingin menjaga batas pergaulan. Namun tindakan Imran yang dirasakan sudah keterlaluan menyebabkan dia merasa imannya mudah goyah. Betapa mudahnya hati berubah bila mana iman tidak dijaga.
Mudahnya melakukan maksiat dan mudah pula mengingkari perintah Allah.
Anis buka pula komputer riba. Sudah dua minggu dia tidak menghantar mesej pada Jay. Entah apa cerita lelaki itu.
Mawar Putih > Assalamualaikum
Tiada jawapan. Laman facebook itu ditatap penuh sabar. Mana Jay ni Nama dia ada. Dia dah online ni
JS > Waalaikumussalam
Anis mula senyum. Hatinya berbunga riang bila salam yang diberi bersambut.
Mawar Putih > Saya pasti sekarang ni awak pun sudah tamat belajarkan
JS > Ya..kenapa
Mawar Putih > Apa rancangan awak lepas ni Maksud saya sambung belajar ke atau nak kerja
JS >Mungkin kerja tapi saya lebih berminat nak merantau..mencari ilmu..
Mawar Putih > Untuk cari ilmu tak semestinya kena merantau..
JS > Saya tahu tapi saya segan mencari ilmu di sini. Di sini,ramai yang tahu saya ni suka berfoya. Kaki perempuan. Mungkin ada yang tidak dapat terima perubahan saya nanti.Jadi saya rasa baik saya mencari ilmu jauh dari sini.
Mawar Putih > Maksud awak..luar negara
JS > Ya
Mawar Putih > Oh
JS > Kenapa..bunyi macam mengeluh je..
Eh..aku mengeluh ke
Mawar Putih > Taksaya doakan awak jumpa seseorang yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar di sana
nanti..maksud saya..di tempat perantauan nanti.
JS > Terima kasih. Saya juga doakan awak sentiasa istiqamah.
Mawar Putih > In shaa Allah..errbila awak nak pergi
JS > Tak tahu lagikenapa
Anis serba salah. Pertanyaan Jay sukar dijawab. Entah kenapa dia mula membayangkan kehidupannya yang akan hambar tanpa teman alam maya seperti Jay yang sama-sama dapat berdiskusi mengenai agama.
Mawar Putih > Tak..saja nak tahu. Jadi..kita akan tetap bersahabat kan
JS > Mestilah..awak kan bakal isteri saya!..Saya perlukan nasihat awak dan dorongan awak untuk membantu saya berubah.
Mawar Putih > Awak ni..macam pasti je saya ni jodoh awak...
JS > Kena usaha..sebab tu saya nak sangat jumpa awak..awak tak suka saya ke
Mawar Putih > Suka..sebagai sahabat..
JS>Sahabat pun sahabat lah..Saya pasti awak bertudung.kenapa awak pakai tudung
Anis mula merenung soalan Jay. Otaknya ligat mencari kata-kata yang sesuai.
Mawar Putih > Saya mencari redha Allah.
JS > Ikhlas
Mawar Putih > Kalau saya kata ikhlas, awak percaya
JS > Maksud awak
Mawar Putih > Ikhlas itu sesuatu yang sukar diukur atau dinilai. Ikhlas adalah niat di dalam hati. Ia adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tapi ikhlas ada tandanya, bila dipuji ia tidak bangga dan bila dikeji ia tidak kecewa. Hanya redha Allah yang diharapkan semata.
JS > Oh..
Mawar Putih > Kenapa awak tanya
Anis pulangkan semula soalan itu kepada Jay.
JS >Sejak dulu saya tak rasa perempuan yang pakai tudung tu ikhlas. Ramai yang buat dosa walaupun bertudung. Couple tak ingat dunia. Pegang tangan sudah jadi perkara biasa. Belum cerita lagi pasal berpeluk atau lebih dari itu.
Mawar Putih > Tak semua perempuan bertudung macam tu. Mana yang iman kuat dan faham tujuan pakai tudung,mereka tak akan menjatuhkan maruah sendiri kerana mereka tahu Allah Maha Melihat.
JS >Tapi apa yang saya nampak dan alami, semua macam tu.
Mawar Putih >Jadi awak pernah pegang tangan perempuan yang bertudunglah
JS > Kalau saya kata tidak, awak percaya
Mawar Putih > Tadi awak kata dari pengalaman sendiri..
JS > Betulmacam yang pernah saya kata dulu. Saya bukan seorang muslim yang baik. Saya mengaku saya pernah bersentuhan dengan perempuan. Saya tidak rasa bersalah bila pegang tangan perempuan tapi tak bermakna saya mengambil kesempatan untuk membuat benda yang tak baik..maksud saya berzina. Cuma..apa yang saya perhatikan perempuan juga tanpa rasa berdosa selamba memegang dan memeluk lelaki.Kalau lelaki yang mulakan, itu lumrah tapi kalau perempuan
Anis termenung seketika. Apa yang Jay luahkan itu ada benarnya. Zaman sekarang ni sudah tidak hiraukan dosa pahala.
Berleluasa wanita yang bertudung bercouple sakan. Malah ada yang berpeluk tanpa segan silu.
Mawar Putih >Lelaki dan perempuan sama-sama melakukan dosa. Tiada manusia yang terlepas dari melakukan dosa. Yang membezakan seseorang itu adalah taqwa. Jika perempuan yang melakukan dosamaksud saya yang mulakan seperti yang awak maksudkan tadi, perkara itu tidak akan terjadi seandainya pihak lelaki tidak mengambil kesempatan! Macam orang bercinta, kalau tepuk sebelah tangan, tak akan berbunyi. Kalau orang itu takut pada azab Allah, dia tak akan buat macam tu. Lelaki tu sepatutnya mengelak bukan menggalak. Awak kena ingat tidak semua macam tu. Hanya kerana segelintir yang buat macam tu, awak tuduh semua perempuan begitu.
JS > Maksud awak, lelakilah yang salah Lelakilah yang mengambil kesempatan dalam hal ni
Mawar Putih > Bukan macam tu..macam saya cakap tadi, bila hanya bertepuk sebelah tangan, dosa itu tidak akan terjadi tapi bila dua-dua mahu maka akan ada yang ketiga yang akan menghasut.
JS > Yang ketiga
Mawar Putih > Ya..itulah syaitan.Allah telah nyatakan dalam Quran bahawa syaitan adalah musuh utama manusia yang telah berjanji dengan Allah akan menghasut dan menggoda manusia hingga hari kiamat.Jadi sesiapa yang tidak menjaga iman dan lemah iman akan mudah tergoda.
JS > Maksud awak..iman adalah segala-galanya
Mawar Putih >Ya! Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dan kita pinta masuk ke dalam syurga juga dengan iman. Bukan senang nak jaga iman. Iman kita ada turun naiknya bila mana syaitan menghasut. Macam roller coaster! Iman kita akan kuat bila kita sentiasa ingat pada Allah. Dan kita kena ingat, semakin kuat iman kita, semakin hebat ujian Allah.
JS > Ujian Maksud awak
Mawar Putih >Ujian bagi orang yang beriman ada macam-macam bentuk. Bagi yang miskin, kalau iman tak kuat, mungkin dia akan melakukan dosa dengan mencuri dan merompak kerana tidak sabar dengan kemiskinan. Orang kaya pula, Allah beri ujian dari segi harta menimbun. Kalau iman tak kuat, mungkin dia akan menerima rasuah dan menipu serta menindas orang miskin untuk menambah kekayaan. Begitu juga bagi perhubungan antara lelaki dan perempuan, lelaki akan diuji dengan godaan perempuan seksi dan cantik. Perempuan pula akan diuji dengan kecantikan yang mereka miliki. Berbahagialah bagi orang yang sabar dengan ujian Allah dan sentiasa menjaga iman kerana iman dapat menampung kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.
JS > Hmm..I got your pointOkeyjadi macam mana nak jaga iman
Mawar Putih > Taqwa! Jauhi maksiat dan dekatkan diri dengan Allah. Saya tahu bukan senang nak buat semua tu tanpa dorongan sendiri dan sekitaran kerana saya juga masih menuju ke arah itu.
JS > Hmmokey..
Mawar Putih > Okey je Faham ke
JS > Faham...dah masuk U pun. Berbalik pada soal tudung tadi, saya masih tak faham lagi ni. Ramai yang saya lihat memakai tudung tapi keluar berdua. Lagak macam suami isteri. Berkepit sakan.
Mawar Putih > Hmm..nampaknya awak masih tak puas hati dengan penerangan saya tadi.Macam nilah..saya lebih suka menggunapakai menutup aurat kerana bertudung tak semestinya menutup aurat. Bila kita menutup aurat, insya-Allah hati kita betul dengan berniat begitu dan secara tak langsung kita tak akan membuat perkara maksiat. Tetapi jika hanya bertudung dengan niat nak berfesyen dan mengikut trend atau ikutan, itu belum lagi dikira menutup aurat. Maka akan terjadilah situasi yang awak katakan tadi. Bila iman menjadi perkara kedua dan nafsu diletakkan pada angka pertama, semua itu tidak lagi mengikut syariat.
JS > Hmmjadi perempuan bertudung yang berkepit tu seolah menghina agama..
Mawar Putih > Tak juga. Mereka masih tak faham tujuan bertudung. Saya tak salahkan mereka yang bersikap begitu kerana kita hidup di akhir zaman. Cabaran nafsu lebih besar. Mujahadah melawan nafsu adalah cabaran yang paling tinggi yang perlu kita tempuh.
JS > Hmmmujahadahmaksudnya melawan
Mawar Putih > Ya..banyak lagi yang boleh kita tafsirkan..berjuang, melawan dan berjihad. Semuanya atas dasar memerangi nafsu.
JS > Oo..ok. Terima kasih. Banyak ilmu yang saya dapat kali ni. Saya off dulu. Assalamualaikum.
Mawar Putih > Waalaikumussalam.
Anis masih merenung skrin komputer. Siapa agaknya mamat ni Dari pengakuannya tadi, macam dia tu kaki perempuan. Ah, tak baik aku tuduh macam tu. Mungkin itu sekadar situasi yang direka. Semata ingin tahu apa aku akan jawab. Komputer riba ditutup.
Kakinya melangkah malas ke dapur. Sudah seminggu dia tidak membekalkan somtam di gerai makcik Senah. Kotak jus oren dikeluarkan dari peti sejuk. Jus oren dituang penuh satu mug. Dia mula duduk sambil meneguk perlahan. Fikirannya masih melayang pada perbualannya sebentar tadi dengan Jay.
Hoi! Mengelamun!
Tersembur jus oren dari mulut Anis. Tepukan kuat di belakang bahunya tadi membuatkan dia tersentak dari lamunan. Pantas Anis menoleh. Sarah sudah tersengih di belakangnya.
Kau ni! Salam tidak, apa tidak! Anis mengesat mulut yang comot.
Sorry! Sarah sengih. Dia capai mug dan mula tuang jus oren.
Dah habis kerja
Sarah angguk. Bosan lah kerja tu. Tercongok kat depan kaunter. Kalau tak, aku kena masuk stor. Kira stok ubat. Bila la aku nak dapat kerja tetap ni..
Hmm..aku pun masih tunggu jawapan. Dah dua syarikat aku apply. Dua-dua belum panggil interview. Anis turut mengeluh.
Sebaik tamat pengajian, dia mula membelek iklan di surat khabar.
Masing-masing diam seketika. Melayan perasaan sendiri. Jus oren diteguk lagi. Anis mula bangun membasuh mug.
Kau nak ke mana
Aku nak ke pasar. Beli betik muda. Kau nak ikut Anis letak mug yang telah dicuci di tas rak.
Tak naklah! Penat! Sarah turut bangun dan meletakkan mug dalam singki.
Oi anak dara, tak reti nak basuh Anis jeling Sarah.
Sarah sengih. Mug terus dicuci dan letak di atas rak.
ANIS berjalan perlahan sepanjang deretan gerai buah-buahan. Banyak buah segar dijual di pasar itu. Dia mula membeli tiga biji betik muda dan lima biji mangga muda.
Anis!
Anis menoleh. Kak Irdina Senyuman mula terukir di bibir. Irdina melangkah ke arah Anis di gerai buah.
Tak sangka kita jumpa lagi. Anis nak buat somtam ke Irdina jeling beg plastik merah di tangan Anis.
Anis angguk.
Hmmnak jual ke apa Banyak tu..
Ya kak. Saya perlu cari duit sementara tak ada kerja ni. Sewa nak kena bayar. Perut nak kena isi. Anis berkata jujur. Abang Kamarul turut bersama Kak Irdina.
Anis belum dapat kerja ke Irdina pandang Anis. Masih ayu walaupun tanpa secalit solekan.
Belum kak. Tengah tunggu interview.Err..Zara apa khabar Dia dah kerja Anis mula bertanya kawan sekelasnya. Dia sememangnya sudah tahu jawapan tapi sengaja dia tanya. Izara pernah beritahunya dulu, dia akan menolong abang Kamarul menguruskan syarikat milik arwah papanya.
Dia sihat. Ada kat rumah. Minggu depan dia mula kerja di Stephen Holdings. Irdina mula mengukir senyum.
Anis angguk. Aku jugak la yang masih memetik anggur. Dia menundukkan wajah.
ErrAnis ambil bidang yang sama dengan Izara kan Kamarul mula mencelah.
Sekali lagi Anis angguk.
Kalau macam tu, kenapa tak apply kat Stephen Holdings Kebetulan ada jawatan kosong di bahagian pemasaran sebagai penolong pengurus. Kamarul mula teringat pengurus pemasaran di syarikatnya sedang mencari pembantu eksekutif.
Err..saya tak layak rasanya Anis merendah diri.
Apa tak layaknya, memang lebih dari layak. Irdina turut menyampuk.
Hantar resume kat akak. Biar akak uruskan semuanya. Sambung Irdina lagi. Dia sememangnya ingin membalas budi Anis yang telah menolongnya dulu.
Boleh ke kak Seganlah saya.. Anis senyum kelat. Dalam hati dia sebenarnya tidak mahu bekerja satu bumbung dengan Imran.
Boleh! Mengapa pula tak boleh Irdina senyum. Bahu Anis disentuh lembut. Kamarul turut mengiakan kata Irdina.
Kami balik dulu. Ada masa, datanglah rumah. Izara pun ada. Jangan lupa hantar resume tau! Irdina dan Kamarul mula melangkah ke tempat letak kereta.
InsyaAllah kak.. Anis angguk.
PETANG itu Anis mula menyediakan somtam untuk dijual. Kali ini dia sudah tahu serba sedikit tentang pembungkusan yang sesuai. Semua somtam kemas dibungkus dalam plastik dan kertas pelekat ditampal pada setiap bungkusan. Senyuman dibibirnya mula lebar. Tidak sabar melihat sambutan dari pelanggan. Semua bungkusan disimpan dalam peti sejuk. Esok dia akan ke gerai makcik Senah. Anis pandang jam di dinding dapur. Hampir masuk waktu asar. Dia bersegera ke bilik air membersihkan diri. Sudah agak lama dia tidak menghadiri usrah di masjid berdekatan. Kadang-kadang Ustazah Hanisah dijemput sebagai penceramah di masjid itu. Telekung dimasukkan ke dalam beg sandang. Laju kakinya melangkah ke dapur semula. Sebungkus somtam diambil dari peti sejuk.
Terkocoh-kocoh Anis melangkah menuju ke masjid berhampiran yang terletak di hujung taman perumahan rumah sewanya. Dari jauh kedengaran suara azan sudah berkumandang. Tiba di masjid, dia tergesa-gesa pula ke ruang solat wanita. Jemaah wanita sudah bersedia untuk solat. Cepat saja tangannya menyarungkan telekung. Wuduk sudah diambil dari rumah lagi sebelum keluar tadi.
Seusai solat, Ustazah Hanisah mula memberi usrah. Anis lihat sekeliling. Hari itu tidak ramai yang datang mendengar usrah. Nota kecil dari beg sandang dikeluarkan bersama sebatang pen. Tekun dia mencatat sambil mendengar penuh khusyuk. Sesi usrah mula tiba ke penghujungnya.
Ustazah Hanisah senyum. Sudah lama dia tidak melihat gadis manis itu menghadiri usrahnya di situ. Nota di tangan Anis dijeling sekilas.
Rasulullah s.a.w bersabda,Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya.Sebagaimana diriwayatkan oleh At- Tarmizi r.a Lembut ustazah Hanisah menyambung bicara.
Jemaah wanita yang hadir khusyuk mendengar ceramah Ustazah Hanisah hampir satu jam. Anis mula mengemas nota dan telekung di dalam beg sandang sebaik selesai ceramah. Sebelum keluar, dia bersalaman dengan jemaah wanita yang lain.
Ustazah, Anis balik dulu. Ni ada sedikit buah tangan untuk ustazah. Anis memeluk erat ustazah Hanisah yang sudah separuh abad itu. Sebungkus somtam dihulur kepada Ustazah Hanisah.
Terima kasih. Tentu sedap somtam Anis ni. Ustazah Hanisah membelek bungkusan somtam Anis. Dah lama Anis tak datang usrah. Sibuk ke
Err..sibuk sikit ustazah. Maklumlah dah tahun akhir. Alhamdulillah, sekarang dah habis. Bolehlah saya datang setiap minggu mendengar usrah ni. Anis senyum kelat.
Sememangnya dia sudah lama meninggalkan usrah sejak notanya hilang.
Oh..ustazah perasan, nota yang Anis pegang tadi macam nota baru. Mana yang lama
Oh..yang lama dah hilang. Anis mula terasa segan. Begitu cuai menjaga barang sendiri.
Hmm..tak apalah. Sayang juga bila nota macam tu hilang. Ustazah Hanisah usap bahu Anis sambil tersenyum.
Tapi saya tak rasa ralat sangat sebab nota tu telah membuka hati seseorang untuk kembali pada Allah. Anis senyum bangga.
Ustazah Hanisah keliru. Berkerut dahi. Cuba menafsir kata-kata yang keluar dari bibir nipis Anis.
Maksud Anis
Alhamdulillah, orang tu telah mula mengenal Allah dan ingin bertaubat setelah membaca nota saya ustazah. Saya tak kisah kalau dia tak pulangkan semula. Janji dia kembali mentaati perintah Allah. Semakin lebar senyuman di bibir Anis.
Jadi, nota tu telah membantu orang tu menuju ke jalan benar Begitu Ada senyuman mekar di bibir Ustazah Hanisah.
Anis angguk.
Alhamdulillah. Anis kenal ke orang tu Lelaki ke perempuan
Anis senyum lagi. Riak ceria Ustazah Hanisah jelas terpancar di wajah. Lelaki..
Ustazah Hanisah sedikit terkejut. Anis direnung lama. Mengamati wajah lembut gadis itu yang tersenyum dari tadi.
Macam mana Anis tahu
Dia cari nickname saya dalam facebook. Bersahaja Anis menutur.
Ustazah Hanisah hanya angguk. Masih keliru. Err..jadi dia mengaku sudah bertaubat
Anis senyum lagi. Itu yang dia bagi tahu kat saya. Kalau dia tipu bermakna saya juga menipu ustazah.
Hmmkalau betul..alhamdulillah. Anis dah jumpa dia Sekali lagi Ustazah Hanisah teruja. Teruja dengan kisah kehilangan nota usrah Anis.
Anis geleng.
Teringin juga ustazah nak kenal dia. Err..dia tinggal kat mana
Entahlah..saya pun tak tanya banyak. Nanti kalau chat dengan dia, saya tanya. Anis mula minta diri. Jam di tangan sudah menghampiri enam petang. Dia perlu ke pasar untuk membeli betik muda.