Demi Ajai - 20
bab 20

TETES jernih berambai-ambai menghentak tanah tegalan di tepi rumah. Sudah hampir sejam. Masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti.

Di Kuala Lumpur, jarang hujan pada lewat petang. Barangkali bukan musimnya. Tetapi, di kampung ini sudah dua hari tanah-tanah kering sekitar rumah kampung bermandikan hujan rahmat. Seperti sengaja memprovokasi kedatangan Lazim ke kampung itu.

Dua hari lepas saat dia tiba di kampung, banyak mata memandangnya. Dari warung Pak Abas di hujung kampung sampailah ke rumah Bidan Besah. Lazim kecewa. Seharusnya peristiwa lebih sepuluh tahun itu dilupakan oleh masyarakat setempat. Islam tidak pernah mengajarkan permusuhan. Mengapa dia masih lagi dipandang serong Sedangkan dia juga sudah memutuskan hubungan dengan isterinya seperti yang dipinta arwah Tok Penghulu.

Lazim mengunggis bahulu hasil air tangan ibunya, Wan Minah. Lembut. Petang-petang

begini, memang enak menyantap kuih. Lagilagi jika disertai secangkir kopi atau teh panas. Rangka tubuh yang ditusuk dingin boleh juga dihangatkan.

Kamu jangan bimbanglah, Lazim. Orang kampung jeling dekat kamu bukannya sebab mereka benci. Perkara dah lama berlalu. Entahentah dia orang dah lupa.

Wan Minah datang terbongkok-bongkok dari gerbang dapur. Rantai emas di leher gedebernya menganting.

Mana mak tahu Habis tu kenapa dipandang-pandangnya saya Dari simpang depan kampung tu sampai nak masuk pintu rumah ada saja yang menengok. Lazim tidak berselindung. Dikuis-kuisnya serpihanserpihan kecil bahulu di atas pinggan dengan jari kelingkingnya.

Dia orang semua tengok kereta kamu. Bukannya ada apa. Takut sangat, balas ibunya sambalewa.

Mengarutlah. Macamlah tak pernah tengok saya bawa kereta. Tiap-tiap kali Raya Puasa saya balik, takkan dendam tak berbalas lagi

Selalu kamu bawa kereta buruk kamu tu. Semalam kamu datang pakai kereta bos kamu. Lain. Orang kampung jakun tengok kereta besar macam tu.

Lazim terkedu. Dia lupa. Ini kali pertama dia pulang ke kampung halaman dengan kereta mewah Datuk Murad. Kereta tuanya di bengkel sejak minggu lepas. Mujur Datuk Murad berhati mulia. Jika tidak, masalahnya akan terus menggunung.

Lazim, mak nak cakap sikit ni.

Apa dia

Kamu tak ada calonkah Sampai bila kamu nak menduda Umur kamu tu sepatutnya dah ada anak yang masuk universiti dah, ujar Wan Minah menduga.

Kecut perut Lazim mendengar soalan Wan Minah. Apa pula mimpi orang tua itu

Entahlah, mak. Dah tak larat nak fikir. Saya selesa dengan kerja saya sekarang. Nanti ada jodoh, kahwinlah.

Jodoh apanya Umur lanjut macam kamu dah tak boleh tunggu jodoh. Kena cari. Nak mak carikan ugut ibunya.

Ish, mak ni! Malulah dah tua-tua macam ni mak nak carikan untuk saya. Biarlah. Nantinanti adalah tu. Kalau tak ada nak buat macam mana

Wan Minah tidak senang hati. Dia mengerling ke luar jendela. Telinganya dicubit suara gemeretap. Rintik hujan masih berseluncur dari atap rumah.

Mak tahu, kamu marah dekat mak dengan arwah abah kamu pasal bini kamu tu. Tapi, kami larang kamu bersebab. Kami tak nak anak tunggal kami ni hidup tak tentu hala, Wan Minah berterus-terang. Dia tidak mahu ada jurang lagi antara dia dan Lazim. Persengketaan yang lepas perlu dihambus.

Sudah-sudahlah tu, mak. Saya tak nak bincangkan lagi. Semuanya dah berakhir.

Arwah abah kamu tu bukannya sengaja nak menghalang. Tapi, kamu punya degil susah nak didiamkan. Makin dilarang, makin dibuatnya.

Zaman muda-muda dulu memanglah, mak. Lagi pun berkahwin tu benda baik. Daripada kami buat kerja tak senonoh, elok kami kahwin.

Lazim mempertahankan dirinya. Dia sendiri tidak faham dengan sikap arwah bapanya. Sebelum berkahwin memang sudah dia ditegah. Memandangkan hubungan mereka tidak dapat lagi dipisahkan, dia mengambil jalan mudah dengan berkahwin di sempadan negara. Kecoh satu kampung dengan perangai jeliknya.

Natijahnya, orang kampung semua berpakat untuk menjatuhkan reputasi Tok Penghulu Kampung Cendawan. Sejurus rumah nya dikepong, Tok Penghulu diserang strok. Lama orang tua itu lumpuh. Walaupun Lazim sudah menceraikan isterinya itu, Tok

Penghulu masih tidak boleh bangun. Makan pun bersuap, mandi dan buang air dengan bantuan kerusi. Ringkas cerita, sandang pangan semua diatur oleh Wan Minah. Tidak ada apa yang boleh dikerjakannya selain berbaring dan tercengang. Azab itu berterusan sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dua tahun lalu.

Habis tu macam mana hidup kamu sekarang Tak bosan seorang diri di Kuala Lumpur tu tanya Wan Minah lagi.

Lazim melengung. Tidak berhajat untuk menjawab soalan itu. Dia terfikir hajat sebenar dia pulang. Tetapi, dia takut untuk berterusterang.

Nafasnya dihela dalam-dalam sehingga terasa di jantungnya. Mak, Lazim ada seperkara nak ceritakan dekat mak.

Wan Minah tidak membalas. Keningnya sahaja diangkat. Mungkin itu isyarat bersetuju.

Sebenarnya, Lazim nak cari seseorang. Lembut suaranya.

Wan Minah memandang tepat anak mata Lazim. Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini. Dia tahu suatu hari nanti Lazim pasti mencari bekas isterinya semula. Dahulu, ketika arwah suaminya masih hidup, dia tidak berani untuk merelakan. Tetapi, kini sudah masanya dia mendepakan tangan. Nyiru juga akan dihamparkan.

Kamu nak cari bini kamu di mana

Jantung Lazim bagai dienjut. Ibunya terus menyerang tanpa usul periksa.

Saya bukan nak cari dia. Mungkin dia dah bahagia dengan lelaki lain, balas Lazim lesu.

Habis tu kalau bukan dia, siapa tanya Wan Minah sambil berkerut dahi kedutnya.

Anak dia.

HAMPIR sebulan dia diborgol sunyi. Cukuplah batinnya terseksa. Makin dekat dengan tarikh PMR, makin berlapis-lapis masalah yang perlu dihadapinya.

Gana sangat nekad, getus Ajai. Nampaknya, dia betul-betul marah pada aku. Hatinya merintih.

Ajai menanti di hadapan pagar rumah Gana. Ruwat. Sekejap dia melungguh di buaian besi itu, sekejap berbegar ke sana ke mari. Jenuh dia menunggu.

Kemudian, dia menguit-nguit telefon bimbitnya. Mengharapkan pesanan atau panggilan daripada Gana. Luluh hampa. Sudah berbelas kali dia menelefon sahabatnya itu, tetapi tidak sekali pun diangkat. Mesej sahaja sudah berpuluh kali. Itu baru untuk hari ini. Belum lagi dikumpulkan sejak sebulan lepas.

Ya Tuhan, apakah berat salahku kepadanya. Aku pohon kepada-Mu supaya Kau tabahkan hatiku ini. Aku benar-benar menyesal, Ajai merintih. Dia langsung tidak menyangka akhirnya akan menjadi sebegini. Andai dia tahu, pasti dia tidak menipu.

Sejak Gana merajuk, Ajai tidak lagi bernafsu dalam belajar. Memadai dengan mengulang kaji satu jam, selepas itu mulalah matanya merengek meminta dikatupkan.

Dahulu, Gana sering mengajaknya bersaing. Berlumba-lumba menghabiskan buku latihan. Kadang kala sebulan dua buah buku ramalan soalan peperiksaan dibelinya. Begitulah penangan berteman dengan si jauhari.

Deruman enjin kereta menggarang di cuping telinga Ajai. Semakin perlahan pusingan roda tayar itu lalu mampir betul-betul di sisi Ajai. Encik Thiru keluar dari perut kereta dengan senyum sedang. Terserlah baris giginya yang pucat.

Tunggu Ganakah

Ya, pak cik.

Dah lama kamu sampai, Ajai Tunggu sekejap. Pak cik panggilkan. Dia tertidurlah tu agaknya.

Ajai menyeluruhi langkah Encik Thiru ke pagar rumah. Dibukanya mangga yang bertempel dan dikuak pagar besi itu. Bersanggit kedengaran.

Ajai jadi cuak. Eh, tak apalah pak cik! Saya balik dulu, ya.

Encik Thiru melongo hairan.

Ajai, kamu nak ke mana laung doktor itu.

Langkah Ajai terhentiTidak sepatutnya dia melarikan diri. Lebih baik dia berterusterang. Pengajaran lampau mengajarnya erti kejujuran.

Dia kembali merapati Encik Thiru.

Kamu ni kenapa, Ajai

Er.... saya rasa Gana tak mahu jumpa saya. Tersekat sedikit tuturnya. Seperti ada kerikil berkaparan di kerongkong.

Mengapa pula

Saya berselisih faham dengan dia. Saya tak jujur, ujar Ajai dengan lancar. Dia tidak peduli apa persepsi doktor itu terhadapnya. Yang dia tahu, jika dia berbohong lagi dia pasti mendapat balasan yang lebih buruk.

Apa yang kamu buat

Saya berbohong. Saya kata Cikgu Isa tu pak cik saya. Ajai sedar dia kini sudah terpaut pada jala dusta yang ditebarkannya suatu masa dahulu.

Maksudnya, Cikgu Isa tu bukan pak cik kamulah Bundar mata Encik Thiru.

Soalan itu tidak berbalas. Ajai cuma mengangguk.

Habis tu, Cikgu Isa tu siapa

Ajai menikus. Kepalanya dilentokkan ke bawah. Terkulai lir dahan pohon ditebang.

Encik Thiru serba salah melihat bukat di wajah Ajai. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena. Fikirnya, itu urusan keluarga. Belum masanya lagi dia mengerti.

Tak apalah, Ajai. Pak cik faham. Nanti pak cik cuba pujuk Gana. Tak elok kamu macam ni. PMR dah nak dekat. Nanti tak seronok pula nak jawab periksa.

Ajai melangak. Pantas dia bersyukur dalam hati. Bukan senang untuk bertemu dengan pemaaf. Pak cik, maafkan saya.

Tak perlulah minta maaf. Pak Cik faham kamu berdua budak-budak lagi. Tak cukup matang. Nanti dah besar tak akan bermasammasam lagi.

Encik Thiru sedikit tersenyum. Barangkali mahu memujuk hati Ajai yang digaruk resah.

Tiba-tiba Ajai mendapat akal. Alang-alang dia sudah bertemu dengan seorang doktor, lebih baik dia segera mendapatkan jawapan. Cikgu Isa telah banyak memperturunkan budi sepanjang tiga tahun perkenalan mereka. Guru itu perlu dibantu.

Pak cik, boleh saya tanya sesuatu

Apa dia

Gusar berselang debar. Ajai sedar, jika dia teruskan bertanya pasti akan berlanjutan kes ini nanti. Namun, mulutnya lebih berani daripada hatinya.

Penyakit leukemia boleh dirawat tak

Kenapa ditanya Siapa yang menghidap leukemia jawapan Encik Thiru sesat. Soalan dibalas soalan.

MALAM makin giat merangkak di bawah bumbung langit yang tidak bertiang. Bintang-bintang pula kurang mencerlang. Berkemungkinan tidak mahu terlalu menonjol. Takut kalau-kalau dituduh mengganggu tidur jenak sarwa jagat.

Kameena masih gagal melelapkan mata. Mujur hari esok cuti umum. Bolehlah dia melanjutkan tidur siangnya.

Saat dia memaksa pelupuknya rebah, kelibat Ajai berjermang dalam kekelaman ruang bilik tidurnya. Nah, rindu sudah kepada budak selekeh itu!

Lantas dia terkenangkan wawancaranya bersama Datuk Murad ketika di meja makan tadi.

Papa, kalau orang tu namanya tak ada bin, maksudnya dia apa

Hah Apa jenis soalan kamu tanya ni Cuba tanya betul-betul.

Em ... bolehkah kalau kita punya nama tak letak bin atau binti

Kenapa pula tak nak letak. Kita kan orang Islam

Kameena mendengus. Hampa dengan sikap bapanya yang tidak bersungguh untuk mencerna fikiran. Asyik meladeni gulai ikan patin di hadapan.

Orang nak tahu, boleh atau tidak Jabatan

Pendaftaran Negara benarkan buat macam tu

Datuk Murad terpaksa memperlahankan lahapnya.

Sepatutnya, perlu. Tapi, kebiasaannya kalau lahir di luar negara tak ramai yang letak bin. Sebab di sana pakai sistem nama hadapan dan nama belakang. Kalau letak bin, itu yang jadi Osama Ben Laden tu.

Kameena tertawa. Tersembur nasi dari mulutnya. Cepat-cepat dia merengkuh segelas cawan dan disumbatnya air ke mulut mematikan sedak.

Papa ni. Orang seriuslah.

Papa pun serius. Datuk Murad tersengih.

Puas hati berjenaka dengan anaknya yang

seorang itu. Manja Kameena mengingatkannya kepada arwah isterinya.

Kalau anak angkat

Kalau anak angkat, sepatutnya dibinkan dengan nama bapa kandung. Kalau mahu letakkan nama bapa angkat juga, tak boleh taruh bin. Kena sambung terus. Misalnya Murad Jaafar. Bukan Murad bin Jaafar.

Tapi kalau namanya seketul

Hah Seketul bin apa

Kameena terseringai. Menjadi-jadi jenaka Datuk Murad.

Bukanlah. Maksudnya, ada namanya seorang sahaja. Tak ada nama bapa di belakangnya.

Entah. Kalau bukan Islam tak tahulah Papa. Tapi, kalau Islam memang kes terpencil tu. Kenapa tanya-tanya ni PMR pun belum, dah fikirkan nama anak

Kameena kembali memikirkan Ajai. Apakah Ajai tidak Islam Setahunya remaja itu paling ligat menyoal Ustaz Asyraf di dalam kelas agama. Tak mungkinlah, hatinya meyakinkan.

Sejak kebelakangan ini, Kameena asyik membawa bayang Ajai ke rumah. Bukanlah bermaksud dia suka pada budak lelaki itu. Tetapi, mungkin disebabkan rasa masyghul atas kejadian lalu.

Dia mengalihkan baringnya. Dari kedudukan menelentang, kini menghadap ke sebelah kanan. Matanya masih celangak biar pun melihat rencam sahaja di sekitar.

Akalnya masih cergas mengangan-angan.

Jangan-jangan dia anak yatim. Tak ada bapa.

Kameena beristighfar. Sungguh, dia tidak seyogia memengkis budak kampung itu. Apatah pula jika benar dia anak yatim. Pasti dosanya berketi laksa.

Ustaz Asyraf pernah berpesan bahawa anak yatim itu mulia di sisi Allah. Nabi Muhammad dahulu pun anak yatim juga. Malah seorang yatim piatu. Tambah ustaz, kalau anak yatim teraniaya, doanya insya-Allah akan dimakbulkan tanpa sebarang hijab.

Bagaimana kalau Ajai dah doakan aku yang bukan-bukan Gelisah di hatinya kian memuncak. Dia terbayangkan yang bukanbukan.

Dia melihat wajahnya yang manis gebu itu tiba-tiba menggerutu dengan nanah tersembul dari kawah-kawah yang dalam, hidung pula herot ke kiri dan bibirnya yang merah menjadi hitam legam likat. Kehodohan itu dibawa bersama ketika menjawab PMR nanti.

Masya-Allah! Aku takut. Jangan. Gigilnya kian memuncak. Biar matanya terpejam,

bayang jeliknya datang juga. Sekali lagi dia beristighfar. Lagi dan lagi. Sehingga bayang itu ditimbus kepekatan malam.

Ya, Allah! Janganlah kau matikan aku selagi aku tidak layak menghuni syurga-Mu, doa Kameena terketar. Dia sudah banyak berdosa selama ini. Islamnya cacamarba. Dia perlu bangkit menjadi Muslimah yang paling dikehendaki.

Pergelangan tangannya merayap ke sudut katil. Mencari punat lampu tidur. Berpinarpinar.

Selimutnya disebak. Dia terkejur di datar katil. Jam di atas meja ditenungnya. Sudah pukul 3.00 pagi. Barangkali sudah termazkur ini waktu yang sesuai dia mencari diri. Qiamullail pertama dalam hidupnya.