M. BUTTERFLY - 20
Flat Gallimard dan Butterfly. Beijing. 1963

Song berjalan ke hulu ke hilir sambil mendengar komrad chin membaca notanya. Gallimard masih berlutut dan terus berlutut sepanjang babak ini.

SONG: Aku perlukan bayi.

CHIN: (membaca notanya) Sejak akhir-akhir ni dia dilaporkan berulang alik ke asrama perempuan.

SONG: Kau dengar tak ni Aku perlukan bayi.

CHIN: Ke bilik seorang perempuan Denmark apa maksud kau nak bayi ni

SONG: Bagitau Komrad Kang.. malam semalam misi kita hampir pecah tembelang!

CHIN: Maksud kau

SONG: Bagitau Kang dia mintak aku bogel depan dia.

CHIN: Bogel

SONG: Catit!

CHIN: Entahlah..tak faham aku dengan semua ni.

SONG: Aku betul-betul nasib baik je semalam.

CHIN: (menulis) disuruh berbogel.

SONG: Dalam terdesak tu aku terpaksa buat keputusan.

CHIN: Hey, perlahan le sikit.

SONG: Tulis lah cepat sikit. Dalam terdesak tu aku terfikir apa yang dia mahu hanyalah penyerahan. Di saat menyerah saja si perempuan itu, si lelaki akan sanggup buat apa saja.

CHIN: Aku tak dapat tangkap semualah.kau cakap cepat sangat.

SONG: Dan tekaan aku betul. Jadi sekarang kalau aku boleh bagi dia seorang bayi sebagai bukti, dia akn jadi milik kita selamanya. Bayi lelaki, muka cina tapi rambut perang.

CHIN: Aku cakap kau, Kang takkan setuju punya. Jual beli bayi untuk tujuan apa pun tak sejajar dengan revolusi kita.

SONG: Kadang-kadang perlu untuk kita capai misi kita.

CHIN: Kejap.

SONG: Aku perlukan bayi tu.. dalam masa tujuh bulan dari sekarang. Bayi lelaki!

CHIN: Entahlah tapi aku rasa kalau Chairman Mao tau, dia pun takkan setuju dengan tindakan kau ni. Aku rasa baik kau cakap dengan Komrad Kang sendiri.

SONG: Okeilah. Biar aku cakap sendiri dengan dia. (Chin bangun untuk beredar) komrad chin Agak-agak kau lah kan, kenapa agaknya semua watak perempuan dalam opera Peking kita ni dimainkan oleh lelaki

CHIN: Entah. Mungkin sebab ia mencabar untuk lelaki

SONG: Bukan. Sebab hanya lelaki saja yang tau macamana nak jadi perempuan yang sempurna. (Chin keluar. Song berpaling kea rah gallimard)

GALLIMARD: (kepada Chin) Eloklah dia berambus. (kepada Song) Aku sanggup lupakan apa yang kau buat pada aku ni kalau kau sanggup kembali pada aku. Kembali jadi butterfly.

SONG: Jangan nak berangan. Kau dalam penjara dan aku sekarang dalam kapalterbang balik ke China. Presiden kau dah bagi pengampunan pada aku.

GALLIMARD: Ya, aku tau tu.

SONG: Mesti kau rasa macam jahanam, kan

GALLIMARD: Tapi takkan dalam hati kau tu, sikit pun tak rasa rindu dengan kita dulu-dulu

SONG: Aku ni pelakon, rene. Dan kau tu, pencapaian lakonan aku yang paling hebat. (song ketawa) kau tak peduli pun pun dengan apa yang aku cakap ni kan Kau tetap gilakan aku. Tu lah sebabnya aku cintakan kau, rene. (song menuding kea rah audiens) Sambunglah cerita kau tentang malamyang aku bagitau kau aku mengandung tu. (Gallimard merangkul pinggang song. Mereka kembali ke posisi di dalam BABAK ENAM)