DIARI CINTA ROMEO - 20
Duduk rumah memang best. Seminggu pulak tu. Walaupun tak lama, tapi cukuplah bagi aku. Aku kira-kira, dah sebulan 20 hari aku tak balik rumah. Walaupun pada sesetengah orang jangka masa sebulan 20 hari tu tak lama, tapi pada aku yang berhati taman ni jangka waktu tu memang dah cukup lama.

Tapi aku tak boleh rehat sangat. Yela, aku balik rumah bukan cuti semester. Aku balik rumah masa study week. Memang taklah kalau nak goyang kakikan. Balik rumah pun beg penuh dengan buku. Paper aku untuk minggu depan Selasa dengan Khamis. Paper Selasa tu berat sikitlah. Tu yang aku risau sikit. Paper Khamis tu pulak, taklah berat sangat tapi kena bagi perhatian jugak sedikit sebanyak.

Sepanjang perjalanan masa balik hari tu aku tidur je. Mata aku lebam. Mungkin banyak menangis dan tidur. Pelikkan lelaki boleh menangis. Apa aku kisah Lelaki pun manusia biasa jugak. Ada hati ada perasaan. Kalau dah nama pun manusia, tak kisahlah lelaki atau perempuan, setiap orang boleh menangis okay.

Jadi jangan nak downkan lelaki yang menangis sebab setiap manusia berbeza. Sampai rumah, cuba teka apa perkara pertama yang Abah aku tanya dekat aku Aku pun dah dapat agak sebenarnya dari dalam bas lagi. Tapi aku dah ready sebenarnya.

Apa cerita sebenarnya dekat budak Sabah tu Abah

See, nampak tak apa yang Abah aku tanya Aku dah agak dah. Dia lebih risaukan tentang jodoh aku berbanding majlis kahwin abang aku yang akan berlangsung bulan 12 nanti. Stress aku. Aku baru je sampai rumah tapi Abah aku dah tanya benda tu. Sebenarnya salah aku jugak sebab aku dah cerita semuanya dekat mak aku tentang CapitalM. Over confident.

Dulu aku yakin yang CapitalM akan jadi milik aku. Aku dapat rasa yang memang CapitalM jodoh aku. Kami memang dapat rasa. Tapi perancangan Allah tu lebih hebat. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Mestilah mak aku dah cerita dekat Abah aku, dah cerita dekat orang kampung. Kalau tak, masakan jiran aku telefon aku semata-mata nak tanya betul ke aku dah nak tunang Dengan budak Sabah Dan sekarang bila dah jadi macam ni, aku mampu tersenyum bila ada yang bertanya tentang CapitalM. Aku tak rasa diorang perlu tahu cerita sebenar. Biarlah aku simpan sendiri je.

Percaya atau tidak, lepas apa yang jadi dekat TBS hari tu, hubungan kami jadi lebih erat. Hati kami semakin kuat bertaut. Rindu kami semakin kuat terikat. Dan tiada apa lagi yang boleh memisahkan keutuhan hati kami. Bila dia cerita semua dekat aku, aku rasa yang hati kami lebih dekat. Aku lebih mengenali dia. Tiada jurang antara kami lagi. Malahan aku lebih faham dan situasi dia. Jujur aku cakap, aku tak rasa yang Rizman tu sebagai satu ancaman kepada hubungan kami. Kami rasa kekuatan itu dalam hati kami. Kami rasa yang kami dapat tempuhi segalanya bersama-sama.

CapitalM : Hye awak, buat apa ni Wah bestlah dapat duduk rumah, jumpa keluarga. Huu

Aku : Hai wak. Tak de buat apa ni. Jeling-jeling buku je. Ala, awak jgn cakap mcm tu. Nanti cuti, awak baliklah Sabah k. Tak lama dah, lebih kurang dua minggu je lagi. Sabar ea sayang =)

CapitalM : Hm yela wak. Tak sabar nak balik. Jumpa adik-adik. Jumpa keluarga. Saya nak makan ketam. Rindu nak makan ketam.

Aku : Ketam Murah ke dekat sana Ada banyak ke Memang senang nak dapat eh

CapitalM : Ha yela ketam. Sedap wak. Saya suka ketam. Dekat sana seafood memang murahlah. Tak macam dekat semenanjung.

Aku : Wah bestnya wak. Fiz suka ketam jugak. Dah lama tak makan. Tiba- tiba terliur pulak. Mengidamlah nak makan. Awak masakkan boleh hee

CapitalM : Hee boleh. Awak datanglah Sabah. Nanti hari-hari bileh makan ketam. Rumah saya dekat dengan pantai tau wak. Sebab tu seafood murah.

Aku : Wah lagi best. Dekat pantai. Hari- hari pergi pantailah ek. Fiz suka pantai. Luas pemandangan. Tenang je. Jomlah kahwin. Nanti hari-hari boleh mandi pantai. Hee

CapitalM : Kalau kahwin tu senang, dah lama saya suruh awak pergi Sabah masuk meminang saya. Hee. Dulu saya selalu mandi laut. Tapi sejak jadi anak dara ni, jarang mandi dah.

Aku : Yeka wak

CapitalM : Iye, dulu siap ponteng kelas lagi semata-mata nak main dekat pantai. Guru Besar siap cari dekat kelas. Habis kantoi. haa

Aku : Haa, padan muka. Tapi bestlah sekolah dekat dengan pantai. Dulu masa Fiz sekolah rendah, nak jumpa pantai pun susah wak.

CapitalM : Rugilah. Haa. Rindunya nak balik Sabah.

Aku : Sabarlah okay. Hee. Sayang, awak okay

CapitalM : Saya okay, kenapa tanya

Aku : Tanya pun tak boleh. Fiz risau kalau awak tertekan.

CapitalM : Taklah wak. Saya okay. Malah saya puas. Sebab saya dah cerita semuanya dekat awak. Saya puas. Saya rasa tenang.

Aku : Hm baguslah wak. Fiz harap hubungan kita akan lebih rapat sayang. Semoga tiada apa lagi yang boleh menghalang kita sayang. Rindu awak =)

CapitalM : Rindu hee

Aku : Tak boleh takpe =(

CapitalM : Papa

Aku : Ha, awak panggil Fiz papa haa

CapitalM : Aah, bolehkan

Aku : Boleh mama. Panggillah apa yang sayang nak panggil pa okay.

CapitalM : Tak nak. Ma nak panggil papa je.

Aku : Yela mama. Thanks ma sebab buat pa bahagia =D

CapitalM : Yela papa. Sayang pa

Aku : Hee. Ma buat apa ni Makan dah

CapitalM : Ma limping-limpang. Makan dah, roommate belikan tadi.

Aku : Senang hati tengok ma macam ni. Tak mau sedih2 tau.

CapitalM : Baik pa. Eh pa pergilah study. Ma ni ganggu je.

Aku : Hm ma pun study tau. Exam dah dekat ni.

CapitalM : Baik pa.

Aku : Jangan lupa makan. Jangan lupa solat. Doa banyak-banyak pada Allah. Jaga diri, jaga hati. Jangan bagi siapa curi okay =)

CapitalM : Baik pa. Miss you =)

Aku : Miss you too ma =)

Mama. Aku suka dengan panggilan ni. Tak tahu pulak CapitalM yang nak mulakan dulu. Dulu memang aku terfikir nak panggil dia Mama tapi biarlah bila dah halal nanti. Tipulah kalau aku cakap aku tak bahagia sekarang ni. Tapi dalam masa yang sama, aku tak boleh nak sorokkan kerisauan aku. Risau masa depan kami. Risau masa depan dia. Sebab Allah tu lebih mengetahui segalanya. Dia Maha Perancang. Aku hanya mampu berdoa dan tawakkal.

Pernah sekali hati aku goyah. Banyak kali juga sebenarnya. Sebab aku rasa yang aku dah tak sekuat dulu. Aku dah tak mampu nak pertahankan lagi hubungan ni. Sebab aku manusia biasa. Dia pun manusia biasa. Kekuatan dan ketabahan kami juga ada hadnya. Bila dia lemah aku akan datang menyokongnya dan bila aku lemah, dia ada untuk terima aku seadanya. Tapi aku yakin sampai satu masa nanti, kami berdua akan rebah, sujud menyembah bumi. Sebab hati aku dah banyak kali hancur. Sekarang ini tiada apa lagi yang perlu dipertahankan. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada aku.

Selalu kami berlakon. Bayangkan seolah-olah yang kami dah berkahwin. Bahagia. Semuanya indah belaka. Kenakalan dia, kelucuan dan keprihatinan dia. Buat hati aku tertawan. Oh mama, papa sayang mama. Sayang sangat-sangat