Weh, follower Zairis dah 300,000! Memang popularlah. Tak menyesal aku minat dia selama ni! Bersungguh-sungguh salah seorang staf di situ memuji Zairis. Mesti peminat fanatik lelaki itu.
Haah. Dengar-dengar dia nak buat event dengan para artis dan selebriti. Cuba kau tengok pos tu, suruh Alisa pula. Makin seronok tengok Instagram lelaki itu.
Syakila yang melihat sekadar menggeleng. Apa nak jadilah ni kalau bos mereka nampak, memang kena marah! Waktu kerja, buatlah kerja. Sibuk sangat dengan Zairis tu. Huh!
What Dia buat dekat Kota Kinabalu, Sabah Alah, aku nak pergi juga. Seronok tu. Tapi bayarannya mahal. Nak dekat seribu ringgit, kopaklah aku kalau duit labur kat situ. Kali ini, Mariana seperti berkeluh-kesah sendiri. Keliru barangkali. Nak memenuhi kehendak, atau melepaskan peluang tersebut begitu saja.
Eh kau ni, Riana Tu pun nak berkira ke Tengoklah, Zairis nak sambut birthday dia sekali dekat sana. Kalau kau tak ikut, rugilah. Aku nak booking, tak kisahlah kalau habis seribu ringgit. Janji aku enjoy! Karmila tayang wajah yakin. Konon-konon, nak pergilah. Bukan nak tengok, dah penuh ke tak. Ada ruang lagi ke Apabila jenguk ke bawah sedikit, tiba-tiba
Eh, dah penuhlah! Cepatnya penuh. Aku baru nak pergi sekali Wajah Karmila berubah keruh. Dia berpeluk tubuh. Geram kerana peluang itu tidak berpihak kepadanya.
Tulah, lain kali jangan yakin sangat. Bukan nak tengok dah penuh ke belum, sekali bila tahu dah penuh, hah padan muka! Alisa menyampuk. Dapat dilihat Karmila menjeling tajam ke arahnya. Tak berpuas hatilah tu.
Eh, kau orang ni. Tak ada kerja ke nak buat Karang bos masuk, kena marah baru tahu! Syakila menegur. Dari tadi, dia perhati saja mereka tu. Macam ada masalah besar. Padahal, pasal artis aje pun. Bukannya artis tu bayar makan minum kau orang pun. Hmm, leka betul!
Sekejap bercerita pasal artis, fikiran Syakila mula jauh menerawang. Maksudnya, Zairis nak buat event tu dekat Kota Kinabalu Jauhnya tapi, dia memang tak tersenarai. Itu semua dianggap gurauan saja. Takkan Zairis serius dengannya tempoh hari Tak mungkinlah. Detik hati Syakila lalu menyambung kerjanya semula.
ZAINURA turut bercerita perkara yang sama ketika dalam perjalanan pulang. Riak wajah teruja mula terpeta pada gadis itu.
Syakk, kau tahu tak Zairis ada buat event dekat Kota Kinabalu Wah, seronoknya. Cuma masalahnya, aku baru nak booking tiba-tiba dah habis. Hmm.
Sama seperti semua kawan-kawannya di pejabat tadi. Dua kali lima aje.
Apalah yang kau dapat dengan pergi ke sana Membazir aje
Membazir Untuk orang macam kau, memanglah membazir. Tapi, bagi aku tak adalah macam tu. Bak kata peribahasa. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang nak jumpa Zairis, aku boleh bercuti sekali, kan
Suka hati kaulah, Nura. Syakila dah malas nak melayan gadis itu. Asyik Zairis saja. Tak habis-habis pasal lelaki itu. Dia yang mendengar pun dah naik muak. Huh!
MALAM menjelma. Syakila hanya duduk santai di rumah. Malas nak keluar. Penat. Tubuh dibaringkan di atas tilam empuk. Layan mata
pun best juga ni.
Baru sahaja dia mahu melelapkan mata, kedengaran bunyi telefon pintar berdering. Syakila lekas membuka mata semula. Dia mencapai telefon pintarnya yang diletakkan di atas meja. Tertera nama Zairis di skrin. Apa hal lelaki itu menghubunginya
Hello, apa susah sangat nak bagi jawapan Baru sahaja talian bersambung, Zairis dah bertanya direct. Bagi salam pun tak!
Kau ni dah kenapa Tiba-tiba aje. Lain kali, bagi salam dulu! Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Hah, kenapa Tiba-tiba call aku
Lambat betullah kau nak bagi jawapan. Cepat sikitlah! Kau jangan nak bagi aku malu. Nama kau dah ada dalam list, jangan nak mengada-ngada
Aku tak naklah! Yang kau nak paksa-paksa kenapa Suara Syakila sudah melantun tinggi. Suka paksa-paksa dia. Makin lama, makin rimas!
Ini bukan paksa, tapi ini kebetulan. Dah nama kau ada, takkan tak ikut kut
Nama aku ada sebab kau yang letak. Kebetulan tengkorak kau!
No excuse. Ikut jugak.
Tak nak
Tahu tak, waktu tu majlis apa
Aku malaslah nak tahu, bosan Syakila apabila acapkali dipaksa.
Tekalah paksa Zairis.
Apa!
Apa Aku suruh kau tekalah! Memang bimbo betul! Kan dah kena bimbo!
Kasar betul bahasa kau. Mood aku malam ni baik.
Jangan sampai aku maki kau nanti
Aku gurau ajelah.
Okey. Majlis hari jadi, kan
Kau tahu tak bila
Mangkuklah kau ni. Manalah aku tahu!
Kalau tak tahu, kenapa hari jadi aku kau tahu
Hah, kau lagi teruk. Bukan mangkuk, tapi mangkek!
Mangkek tu apa Sejenis barang yang aneh ke Abaikan. Hari jadi aku, jatuh pada Pada hari Dahi Syakila sedikit berkerut.
Esok!
Ohh
Ohh aje
Habis tu, kau nak apa Penyepak
Wishlah sikit
Tak ingin aku. Kau kan ada ramai peminat.
Suruhlah dia orang wish
Dia orang lain dan kau pula lain
Apa yang lain
Kau
Apa dia
Kau
Hahh
Ermm, kau...
Lambatnya. Aku tutup telefon karang!
Kau
Dari tadi kau sebut kau aje. Sebenarnya apa yang lain
C comellah.
Gulp. Merona merah muka Syakila. Comel Dia puji siapa tu
Tak, maksud aku beruk kat zoo hari tu. Aku tengok comel sangat!
Bodohh!!
Zairis ketawa, Dah perasan aku puji kaulah tu, kan
Tak adalah
Syakk lembut nada suara Zairis memanggil namanya.
Jantung Syakila tiba-tiba berdegup laju. Ini kali pertama, Zairis memanggilnya begitu. Apa hal
Temankan aku. Kita berpasangan dekat event Kota Kinabalu tu, nak
Sekali lagi wajah Syakila bertukar warna. Merona merah.
Sebab
Sebab apa
Event tu jatuh pada hari Sabtu ni!
Apa!! Kau gila ke
Hilang terus rona merah pada wajah Syakila dan bertukar pucat. Sabtu ni Aduh, cepatnya! Nak feeling pun dah tak boleh. Aduhh
Kerja gila betullah, Zairis Haikal ni! Tak pasal dia pun terjebak jadi gila macam mamat tu.
Urghhhh... sebalnya!!!