Errr... Qaireen terkedu.
Nak keluar bilik semula tapi apa kata Adwan pula. Nampak sangat dia gementar. Hati dah ditetapkan pandang ke lain, tetapi mata dia derhaka. Dekat orang tu juga nak direnungnya. Tak berkerdip pula tu.
Qaireen. Adwan berjalan mendekati Qaireen yang kaku di depan pintu bilik tidur.
Dia hanya bertuala separas pusat hingga ke lutut. Bahagian atas tubuhnya terdedah. Tubuh dia bukanlah macam lelaki bina badan tetapi masih boleh menarik mata si isteri untuk memandang ke arahnya tanpa berkerdip.
Entah kena rasuk apa agaknya, spontan tangan Qaireen melekap di dada tegap Adwan sebaik sahaja Adwan berdiri di depannya. Hati berbisik perlahan, betul kata Amanda.
Dada Adwan macam model-model lelaki yang dilihat dalam majalah. Tegap dan pejal. Malah perut Adwan walau tak nampak macam cengkerang kurakura tetapi ketaknya masih ada.
Paling dia suka adalah lengan Adwan. Kekar. Ketara urat-urat yang timbul di situ. Berapa kali dalam seminggu agaknya Adwan ke gym, ya
Cantik. Manis. Lembut. Adwan berbisik. Bibirnya turut singgah di pipi Qaireen.
Qaireen pejam mata. Debaran di dadanya menggila. Jemarinya juga menggigil. Baru tersedar lepas lakunya hinggakan Adwan mengambil kesempatan pun dia tidak sedar.
Wangi. Adwan semakin galak.
Jemarinya sudah menyingkap tudung yang tersarung di kepala Qaireen. Tudung itu dicampak ke atas lantai. Ekor matanya melirik pada wajah Qaireen. Dia lihat Qaireen semakin resah. Senyuman dikulum. Takut Qaireen perasan.
Kedua-dua tangannya melingkar pada kiri dan kanan pinggang Qaireen. Membawa Qaireen rapat ke tubuhnya.
Sa ya, sa ya, kata-kata Qaireen termati. Bibir Adwan selamat mendarat pada bibirnya. Lama. Membuat dia terbuai-buai hingga matanya terpejam rapat.
Comel. Adwan memuji selepas melepaskan bibir Qaireen.
Dia suka melihat reaksi Qaireen yang terpejam matanya tadi. Naluri lelakinya bergetar, tapi dia perlu mengawalnya. Tanggungjawab pada yang Maha Esa perlu ditunaikan dahulu.
Qaireen tersipu-sipu malu.
Geramnya, sambung Adwan lagi. Sekilas pucuk hidung Qaireen dikucup.
Perlahan-lahan dia melonggarkan pelukan pada tubuh Qaireen. Dia berundur. Setapak demi setapak sebelum berpusing dan masuk ke dalam bilik air. Nasib mak long buat bilik air di dalam bilik ini. Senang dan mudah.
Qaireen tarik dan hembus nafas. Cuba untuk mengembalikan aturan nafasnya seperti biasa. Tak dinafikan degupan jantung dia berdetak laju. Jemarinya naik meraba bibir pula. Bibir yang baru sahaja disentuh lelaki yang kini sah bergelar suaminya.
Nak join Suara Adwan bergema.
Pintu bilik air yang tiba-tiba terbuka semula membuat Qaireen tak sempat nak turunkan jemarinya. Dia hanya mampu menggeleng laju. Aduh, malunya. Mesti Adwan ingat dia suka dengan apa yang baru si dia lakukan tadi.
Tak menyesal Adwan menari-narikan keningnya.
Qaireen besarkan mata.
Adwan ketawa. Pintu bilik air ditutup kembali.
Selesai solat isyak, Qaireen pandang Adwan dengan senyuman mengusik.
Kenapa Adwan yang baru meletakkan songkok di atas meja solek memandang Qaireen yang sedang menyidai telekung dan sejadah.
Tak ada apa-apa, senyuman masih tidak lekang dari bibir Qaireen.
Baik awak cakap. Kalau tak jangan harap saya bagi awak keluar dari bilik ni. Adwan berjalan merapati Qaireen.
Errr Qaireen berundur.
Cuba untuk mendekati pintu bilik. Namun dia tersilap langkah. Kakinya terlanggar sesuatu yang keras. Crap! Tak ada ruang untuk dia melarikan diri.
Nope, until you tell me whats so funny Adwan besarkan mata.
Tangannya sudah melekap di kiri dan kanan Qaireen. Mengepung si isteri yang sudah tersandar pada dinding bilik.
Qaireen sengaja ketap separuh bibirnya. Tak sedar aksinya itu membuat Adwan semakin tergoda. Sebenarnya dia tidak tahu nak membuat reaksi yang macam mana. Nak menjerit karang mak long dan pak long serbu bilik mereka pula.
Adwan merenung mata Qaireen dalam-dalam. Tubuhnya sengaja dirapatkan pada tubuh Qaireen hingga tiada udara yang boleh melepasi.
Awak, janganlah. Qaireen menolak manja tubuh Adwan dari terus rapat ke badannya. Mengejutkan Adwan dari terus melayan rasa hati.
Then tell me. Adwan berbisik. Masih tidak mahu mengalah.
Kain pelekat, mata Qaireen memandang ke bawah.
What Why Spontan Adwan jarakkan badan mereka. Berkerut dahinya.
Dia memandang ke bawah. Apa tak kena dengan kain pelekat dia Dia pakai terbalik ke Kain pelekatnya diselak-selak. Mencari-cari kalau betul kain itu dipakai terbalik sebelum panggung wajah melihat Qaireen.
That is soooo not like you. Qaireen kenyit mata.
Takkanlah saya nak pakai boxer nak berjumpa dengan kekasih hati saya Kenalah sopan, serius Adwan menjawab.
Seksi! Spontan Qaireen menekup mulutnya dengan tapak tangan.
Double crap! Kenapalah mulut dia ni cabul sangat. Itu tandanya nak menggoda, Nada Qaireen. Tengok Adwan dah hantar pandangan nakal tu. Matilah dia.
Awak tengah menggoda saya, Qaireen. Tak apa. Malam sikit nanti saya tunjukkan bahagian lain yang lebih seksi. Adwan kenyit mata. Dia tergelak mendengar kata-katanya sendiri.
Dah, jom keluar. Qaireen tolak lagi tubuh Adwan agar lebih menjauh.
Sebelum keluar dia mencapai tudung ekspres yang tergantung di dinding. Pantas menyarungkannya ke kepala. Lalu keluar dari bilik yang tak pernah ada rasa sejuk sejak dari petang tadi.
Adwan tersenyum. Dia turut sama berlalu keluar.
MEREKA berehat di ruang tamu sambil menonton bersama-sama adik-adik Qaireen.
Leka berbual tanpa Qaireen sedari Adwan sudah terlena. Begitu juga dengan adik-adiknya.
Awak Qaireen mencuit siku Adwan. Mahu Adwan bangun dan masuk ke dalam bilik tidur. Malu dengan pak long dan mak long yang sesekali menjeling ke arah dia dan Adwan.
Terpisat-pisat Adwan membuka mata. Badannya yang terlentok pada bahu Qaireen ditegakkan. Malu menerpa bila terperasankan mak long dan pak long yang tersenyum-senyum memandang dia. Semuanya Qaireen punya pasal. Sibuk sangat nak tengok cerita entah apa-apa. Sajalah tu nak buat dia lupa malam ni malam pertama mereka.
Pergilah masuk dalam bilik. Awak mesti penat. Qaireen berbisik.
Jomlah, ajak Adwan manja. Sebelah tangan dah mula menjalar pada pinggang Qaireen.
Masuklah dulu. Cerita ni belum habis lagi. Qaireen beralasan lagi.
Sebenarnya dia tak tahu nak cakap macam mana lagi. Jantung dia berdetak macam nak pecah dada dibuatnya. Dari petang tadi lagi dia dah rasa lain. Sentuhan lembut Adwan betul-betul buat bulu roma dia meremang.
Saya tak bernikah untuk tidur seorang, Qaireen. Adwan merengek manja. Tangannya cekap sahaja menjalankan tugas. Belakang Qaireen diusap lembut.
Hesy, perlahan sikit suara tu. Qaireen sembunyikan kepala di sisi Adwan. Segan bila mak long tersengih-sengih melihat dia dan Adwan.
Kalau awak tak nak dia orang dengar, kita masuk dalam. Adwan mengugut.
Cerita ni... Qaireen muncungkan bibir pada kaca televisyen. Sikit saja lagi rancangan yang dia tonton ini akan habis.
Seksinya bibir. Adwan mengusik.
Dia kenyit mata bila Qaireen pandang dia serupa macam nak telan. Suara dia terkuat sikit kut bila pak long turut sama menoleh.
Pergilah masuk bilik dulu, gesa Qaireen keras tapi masih berbisik. Dia mencubit sedikit paha Adwan.
Adwan menyeringai. Ikut hati mahu sahaja dia membalas tapi dia sedar bukan hanya dia dan Qaireen sahaja di ruang tamu ini. Dah masuk bilik nanti siaplah Qaireen. Dia akan balas balik.
Sudah-sudahlah tengok tv tu, Reen. Kesian pula mak long tengok si Adwan ni. Tak lari tv ni hah. Suara mak long mencelah.
Errr... Qaireen garu kepala. Bibir dikemam bila tengok Adwan buat muka macam nak lompat bintang dekat situ.
Pergi tidur, Reen, Adwan. Mesti kau orang berdua dah penat. Esok nak pusing-pusing kampung lagi,
Pak long pula menyampuk. Bersetuju dengan saranan isterinya.
Sayang... Adwan dah berdiri. Tangan dihulur pada Qaireen.
Qaireen menggeleng. Kenapalah nak beromantik bagai depan orang ni encik suami. Malu dia dengan pak long dan mak long.
Adwan buntangkan mata.
Mahu atau tidak Qaireen sambut juga huluran tangan Adwan. Itu pun bila dia melirik pada ke sisi nampak mata mak long masih tidak lepas memandang pada dia dan Adwan.
Elok sahaja daun pintu bertutup rapat, sepantasnya Adwan memaut pinggang Qaireen. Membawa tubuh langsing itu rapat ke tubuhnya. Wajah yang menjadi dambaannya itu direnung penuh kasih. Tudung yang tersarung di kepala Qaireen ditanggalkan.
Love you, jemarinya membelai rambut Qaireen.
Perlahan-lahan dia menarik Qaireen ke katil bila tiada respons dari si isteri. Dia dudukkan Qaireen di birai katil sebelum dia turut melabuhkan punggung di sebelah.
Saya faham kalau awak...
Automatik jari telunjuk Qaireen melekat pada bibir Adwan. Mematahkan kata-kata Adwan. Saya tak bermaksud nak menolak. Beri saya masa, dia ukir satu senyuman manis.
Adwan pegang pergelangan tangan Qaireen. Menarik si isteri duduk di ribanya. Dia bertindak memeluk Qaireen erat dari belakang. Dagunya direhatkan pada bahu Qaireen.
Qaireennn... dia menggumam lembut. Mengucup bahu Qaireen sebelum beralih pada tengkuk si isteri.
Qaireen kaku. Bukan ke tadi dia cakap dia belum bersedia Apa yang Adwan nak buat ni Dada dia kembali berdebar kencang. Jantung dia berdegup laju. Mengepam darah luar dari kebiasaan. Sekali lagi Adwan membuat dia tidak senang duduk. Jangan Adwan dengar ritma jantung dia sudahlah.
Namun lain yang diharapkannya lain pula yang berlaku. Bukan degupan jantung yang Adwan dengar tetapi bunyi keroncong dalam perutnya. Spontan dia tekup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan.
Seriously Adwan ketawa-ketawa di belakang Qaireen.
Dikalihkan badan Qaireen ke tepi sedikit. Wajah si isteri yang bersembunyi dipandang.
Malunya, suara Qaireen tenggelam timbul di balik tapak tangannya.
Pecah berderai tawa Adwan. Tak boleh ditahantahan lagi. Pelukannya dilonggarkan.
Tak baiklah. Mana boleh control bunyi tu. Qaireen bingkas berdiri.
Itulah. Tadi saya ajak makan malam tak nak. Sibuk dengan diet dia. Adwan bercakap dengan tawa yang masih bersisa.
Awakkk... mulut Qaireen dah muncung. Panjang. Alololo, kesian sayang saya.
Adwan menarik tangan Qaireen. Tubuh itu dipaksa duduk semula diribanya. Tangannya melingkar di kiri dan kanan pinggang Qaireen.
Peluk-peluk macam ni mana boleh kenyang. Qaireen merengek.
Sebenarnya dia nak tutup rasa malu. Rasa macam nak menyorok bawah katil. Perut inilah. Berdondang dendang tak kena masa. Kuat pula tu.
Sekejaplah. Bagi hilang rasa penat saya. Bau badan awak ni, hurmmm..
Adwan tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan dia ketika ini. Bila satu perhubungan itu telah halal, perasaannya lain. Berbeza ketika dia bersentuhan dengan perempuan-perempuan yang pernah berdampingan dengannya satu ketika dahulu.
AWAK... Qaireen memanggil lagi bila Adwan senyap seribu bahasa.
Jom. Adwan tepuk pinggul Qaireen.
Eee, macam tak ada tempat lain nak pukul. Qaireen memukul lengan Adwan.
Dulu tak boleh. Sekarang, bila dah boleh tangan jadi ringan aje.
Malas nak layan. Nak makan juga tak Tanya Qaireen cuba kalih topik.
Ada lagi ke benda yang boleh dimakan Soal Adwan balik.
Dah tengah malam ni, dia rasa segan pula nak menyelongkar dapur rumah orang. Biar pun ini rumah mak long Qaireen.
Lauk pauk makan damai tu rasanya ada lagi. Udang, ikan. Qaireen cuba mengingatkan kembali apa yang dia nampak di ruang dapur tadi.
Jom. Adwan mengangguk setuju.
Ketika mereka berdua keluar dari bilik, keadaan di ruang tamu sudah gelap.
Awak duduk dulu. Saya ambilkan nasi.
Qaireen terus capai dua biji pinggan. Diceduk nasi ke dalam pinggan. Selesai semuanya diletakkan diatas meja berdepan dengan Adwan. Dia kemudian mengeluarkan lauk sambal tumis udang dan ikan masak masam manis dari dari almari yang memang mak long khaskan untuk menyimpan lauk-pauk. Diletakkan di atas meja makan. Dua biji gelas diambil dari rak pinggan.
Air masak aje boleh tanyanya pada Adwan dan dia menuangkan air masak bila Adwan mengangguk.
Kakinya melangkah ke meja makan semula. Punggung dilabuhkan pada kerusi di sebelah Adwan yang sedang ralit mengupas kulit udang.
Awak, meleret suara Qaireen berserta gelengan bila Adwan tersenyum memandang dia.
Tak susah mana pun, jemari Adwan semakin rancak mengupas.
Saya boleh buat sendiri. Qaireen cuba menarik pinggan nasinya.
Qaireen jangan berdegil, sayang. Saya dah cakapkan nak bahagiakan awak, bulat mata Adwan memandang tepat wajah Qaireen.
Saya tahu tapi saya boleh buat sendiri. Kalau mak long dan pak long nampak, saya nak cakap apa Qaireen mainkan keningnya.
Awak tak payah jawab. Biar saya yang tolong jawabkan. Adwan tersenyum-senyum.
Jangan risau. Nanti saya ajak pak long sekali. Biar kami kopekkan kulit udang ni berjemaah untuk bagi pada isteri kami. Mak long mesti terkedu punya, sambungnya lagi serentak memasukkan seekor udang yang sudah siap dibuang kulitnya ke dalam mulut Qaireen.
Nasib otak Qaireen sempat mencerna apa yang Adwan sedang buat. Dikunyah perlahan udang itu.
Nanti nak upah tau. Adwan ketawa-ketawa.
Tengok tu. Tak ikhlas. Saya tak suruh tau, satu cubitan hinggap pada paha Adwan.