EPILOG KITA - 20
TERPISAT-pisat biji mata Hani. Telinganya seakan bergerak-gerak mencari suara yang hingar-bingar di luar. Semakin lama suara itu semakin kuat. Celik terus matanya. Jam loceng di tepi diambil.

Sepuluh pagi! Hilang terus lesu akibat bangun dari tidur. Mentang-mentang tak boleh solat, sesuka hati kau bangun pukul berapa kan Hani bangun dari tempat tidurnya. Alas tidur dilipat. Saat dia ingin mengangkat bantalnya, satu bunyi kuat menusuk telinganya.

Apa benda tu

Hani terdiam! Berkerut dahinya. Telinganya dipasang mendengar suara yang semakin jelas pada pendengarannya. Suara tu macam dia kenal.

Suara milik...

Ryan!!!

Hani tanpa kata berlari ke arah pintu. Tombol pintu dipulas dengan mata meliar sekeliling bilik Ryan. Lelaki tu tiada! Sah! Memang jeritan tu milik Ryan. Tapi, kenapa lelaki tu berteriak ganas macam tu Bingkas Hani berlari keluar dari bilik.

Ryan jangan melampau! Nenek ni tetap nenek Ryan. Hormat sikit!

Hani di atas tangga tergamam melihat tiga manusia yang saling berdepan. Masing-masing muka sudah merah kecuali Datuk Fatimah yang seakan menahan lelah. Wajah merah padam milik Puan Laila yang baru menjerkah anak sendiri, buat Hani tergamam. Pertama kali melihat Puan Laila bersuara. Lantang pula tu.

Ibu nak bela perempuan tua ni Ibu , Ryan ni anak Ibu . Lepas apa yang dia dah buat, Ibu patut sebelahkan Ryan. Bukan dia. Ryan kesal dengan Ibu ! suara Ryan sama-sama naik.

Namun jauh disudut wajah marah itu terselit perasaan kecewa.

Ibu tak akan diam kalau Ryan kurang ajar! Perkara dah lama jadi. Kenapa Ryan nak simpan marah tu lagi Ryan dah melampau sekarang. Ibu tak sangka Ryan akan berubah macam ni!

Memang Ryan berubah. Berubah sebab dia ni! Dia dah musnahkan hidup Ryan. Dia buat Ryan dan Riana menderita. Ryan tak akan berhenti selagi dia tak rasa apa yang Ryan rasa!

Terkilas wajah kesal di wajah Puan Laila. Hati keibuannya memberontak kerana gagal mendidik satu-satunya anak mereka. Rasa bersalah pada arwah suaminya menjelma. Dia tak mampu menjadi ibu yang baik untuk Ryan.

Ibu ni tiba-tiba nasihatkan Ryan. Selama

ni ada Ibu ambil tahu pasal Ryan Tak da Jadi Ibu tolong la jangan masuk campur urusan Ryan dengan Datuk yang hebat ni! sinis Ryan.

Bila kemarahan mula memuncak, rasa hormatnya mulai hilang. Dia tak dapat mengawal setiap perkataan yang muncul dari ulas bibirnya. Perkataan yang menyembunyikan rasa marah dan kecewanya pada keluarga sendiri.

Ryan!!!

Sudah tu Laila. Betul cakap anak kamu tu. Ini hal mak dengan dia. Datuk Fatimah maju ke depan.

Bagus la kalau tahu ni urusan kita berdua. Dengar sini, Ryan tak kan sesekali lepaskan Hani. Nenek tak kan mampu pisahkan kami. Ryan membulatkan matanya dengan muka tersangat sinis. Mencabar neneknya dalam diam.

Hani yang sudah beralih di gigi tangga tergamam. Ryan sebut nama dia kah tadi Dia pandang wajah Datuk Fatimah.

Nenek tak kira! Nenek nak Ryan lepaskan perempuan tu. Nenek tak kan benarkan dia jadi sebahagia dari keluarga kita! Dia tak layak!

Tak layak Kenapa Sebab dia anak luar nikah

Hani semakin tergamam. Hatinya mula sakit. Kenapa Ryan selalu menuduhnya seperti itu Emaknya lahirkan dia dengan ikatan yang halal! Terasa seperti maruah arwah emaknya tengah dikotak-katikkan. Tapi, kenapa Ryan asyik sebut pasal tu Kenapa nak kaitkan status tu untuk sakitkan hati Datuk Fatimah

Kenapa diam Sebab tak dapat terima kenyataan yang perempuan yang jadi cucu menantu nenek tu adalah dari keturunan tak sah Sebab nenek dah kalah Ryan terus memprovok neneknya. Cuba menaikkan amarah wanita tua tu.

Nenek halang Ryan dengan Riana sebab dia anak tak sah taraf! Tapi, akhirnya Ryan tetap kahwin dengan perempuan... perempuan yang lahir dari hubungan tak halal. Macam Riana. Sekarang Ryan dah kotakan janji Ryan! Nenek dah kalah! Jangan harap Ryan akan lepaskan dia. Sampai mati, Ryan nak tengok nenek sakit hati sebab tengok muka perempuan tu. Biar ego nenek yang dijunjung selama ni, musnah. Musnah sampai nenek rasa hidup nenek tu satu mala petaka! Biar bayangan Riana sentiasa pengaruhi fikiran nenek!

Hani terlangkah satu anak tangga dek terkejut. Hampir saja dia terjatuh, nasib tangannya sempat berpaut pada pemegang tangga. Jadi satu-satunya alasan kenapa Ryan ambil dia menjadi isteri sebab Ryan ingat dia anak tak sah taraf Sama seperti Riana Ryan nak dia jadi bayangan Riana pada Datuk Fatimah

Hatinya pedih. Rasa sakit bagai ditusuk. Kalau dia tahu, dah lama dia yakinkan Ryan. Dia fikir Ryan pilih dia sebagai ganti kontrak sepuluh juta dan juga sebab dia bukan anak orang kaya seperti Ryan. Dia tersilap! Ryan memilihnya kerana fikir dia dan Riana adalah sama.

Ryan fikir nenek akan kalah macam tu saja

Ryan ingat nenek tak tahu Ryan upah perempuan tu untuk sakitkan hati nenek kan Tak nak lepaskan dia Suatu hari nenek yakin yang Ryan akan lepaskan dia sebab Ryan tak cintakan dia. Agaknya sampai bila Ryan boleh hidup dengan orang yang Ryan tak suka Ryan cuma cintakan arwah Riana. Nenek tak kan termakan dengan rancangan Ryan kali ni. lawan Datuk Fatimah seolah-olah dia sudah berada di pihak yang menang.

Bergerak segala urat-urat di tepi leher Ryan menahan amarah. Dia ingin menyakit hati tua itu, tapi sekarang dia yang sakit. Kau tak boleh menyerah begini Ryan!

Ye ke Mungkin apa yang nenek cakap tu betul. Ryan tak mungkin cinta perempuan lain selain Riana, tapi... bibir Ryan terjongket sebelah. macam mana kalau cucu nenek lahir dari rahim perempuan macam tu wajah Ryan kembali jahat.

Tertegun Datuk Fatimah dibuatnya. Puan Laila sendiri terkejut. Sampai begitu sekali Ryan mampu bertindak.

Ryan!!!

Ryan terkesima. Bukan kerana terkejut, tapi kerana suara menjerit itu tak lain tak bukan, milik Hani! Laju kepalanya dipusing ke arah tangga.

Hani turun tangga dengan perasaan hancur. Saat Ryan berkata dia digunakan sebab fikir dia anak tak sah taraf, hatinya sakit. Bila Ryan kata tak mungkin mencintai perempuan lain selain Riana, hatinya senak! Tapi, bila Ryan sanggup keluarkan perkataan anak demi untuk menyakitkan hati nenek sendiri, perasaannya hancur.

Apa rancangan Ryan lepas ni Gunakan dia dan buat dia lahirkan cucu untuk Datuk Fatimah hanya untuk menang dalam dendam ni Habis apa yang patut digelar pada anak yang bakal lahir tu Hanya mainan untuk menyakitkan perasaan orang Ryan dah melampau!

Hani berjalan terus ke arah Ryan. Matanya membesar tanpa kata. Dia benar-benar sakit hati. Persetankan semua ugutan Ryan! Ryan fikir dia perempuan lembik yang hanya menurut ke

Apa maksud awak tadi Apa maksud awak nak cucu nenek awak ni lahir dari rahim perempuan macam saya Apa maksud awak Awak betul-betul melampau! bergetar bibir Hani menahan amarah. Ada genangan di bibir matanya.

Ryan buang nafas dengan muka bengang. Bengang kerana Hani muncul tiba-tiba. Datuk Fatimah sudah berdiam diri. Puan Laila hanya mampu menahan rasa sakit kepala yang datang tiba-tiba. Kenapa keluarga mereka jadi seperti ni

Better kau diam. Kau tak patut masuk campur sekarang! tubuh Hani ditolak sehingga terdorong gadis itu ke tepi.

Hani tersenyum pedih. Dia masih mainan buat Ryan kan Mainan yang boleh ditolak seperti sekarang. Tapi, dia bukan barang mainan!

Awak dah silap Ryan.

Ryan pandang Hani pelik. Apa yang silap Hani bergerak kembali ke depan Ryan.

Saya bukan perempuan yang awak patut kahwin.

Apa

Awak cari perempuan yang sama status seperti arwah Riana, tapi awak dah salah bila pilih saya. Saya bukan anak tak sah taraf. Saya lahir dari hubungan yang halal!

Kau masih cakap perkara yang sama Kau pergi sekarang, aku tak nak cakap dengan kau. Aku dah cakap, aku lebih percaya apa yang aku dengar dari apa yang kau cakap.

Siapa yang awak dengar Didi Awak rasa cakap dia tu boleh percaya ke Pernah ke awak siasat pasal saya, Ryan Hani menyoal berani.

Patutnya dia berada di pihak Ryan, tapi sikap lelaki tu buat dia getik! Ryan melampau! Dia yang deritakan hidupnya sendiri, bukan orang lain!

Mak dengan bapa saya berkahwin. Hasil perkahwinan mereka, saya dan arwah adik saya dilahirkan. Tapi, bapa saya lari dari rumah dan hilang macam tu saja. Mak saya meninggal dan kami dibawa ke rumah anak yatim. Masa di rumah anak yatim, adik saya meninggal dan saya diambil sebagai anak angkat. Saya terjumpa Didi masa sekolah menengah. Kami tak sehaluan jadi Didi selalu cari gaduh dengan saya. Dia dapat tahu saya anak angkat jadi dari situ dia mula gelarkan saya anak tak sah taraf sedangkan dia tahu hakikat yang sebenarnya. cerita Hani.

Usai bercerita, dia mengangkat wajah seperti sedang mencabar Ryan. Masihkah Ryan akan percaya pada telinganya sendiri

Ryan terkelu. Muka Hani ditenung lama.

Jadi Hani bukan seperti yang disangkanya. Benda yang membelenggu kepalanya semalam sudah terjawab. Hani ada adik kandung dan memang semalam dia terfikir akan hal itu. Hari ni semuanya dah terjawab.

Ryan genggam tangannya kuat tanpa sedar. Hatinya membara. Dia tak kisah kalau Hani bukan seperti dia inginkan. Tapi, dia marah kerana Hani buka rahsia betul-betul di depan neneknya. Terasa semua orang disekelilingnya seakan mentertawakannya.

Ryan mara ke arah Hani dan tangan gadis itu dicengkam erat tiba-tiba. Kasar tubuh itu ditarik kearahnya.

Kenapa kau buat macam ni Kenapa kau bongkarkan semua ni sekarang Depan nenek aku. Kenapa! bisiknya geram.

Hani merentap tangannya kuat bersama satu rengusan. Kenapa Ryan masih tanya kenapa

Sebab saya tak nak jadi bahan mainan awak lagi! Awak fikir saya ni apa Dah la awak ugut saya supaya kahwin dengan awak. Awak buat saya macam orang suruhan! Sekarang awak sanggup permainkan maruah saya. Awak fikir apa lagi yang saya nak buat Perlu ke saya duduk diam tengok orang perkotak-katikkan maruah saya

Masa bila aku permainkan maruah kau

Hani ketawa kecil. Ketawa pedih yang jelas dibuat-buat.

Sebab nak sakitkan hati nenek awak, awak cakap apa Nak lahirkan cucu Lepas tu apa Demi dendam awak tu, awak nak paksa saya lahirkan anak awak untuk sakitkan hati nenek awak pula ke Awak fikir saya ni hamba awak! naik turun dada Hani.

Rasa suka, rasa rindu bertukar benci sekelip mata. Ryan bukan lelaki yang pantas untuk disukai!

Ryan pejamkan matanya seketika. Kalau orang lain, mungkin tangannya sudah naik ke muka. Tapi, dia tak mampu buat begitu pada Hani.

Saya nak pergi! Saya bukan perempuan yang awak cari. Bukan perempuan yang boleh sakitkan hati nenek awak. Awak bagi masa sebulan untuk saya buat nenek awak sakit hati kan Supaya awak puas tengok nenek awak menderita, tapi saya tak mampu. Saya dah berterus-terang dengan nenek awak dan sebenarnya nenek awak sendiri tahu saya bukan anak luar nikah. Dia dah siasat latar belakang saya. Betul tak Datuk Fatimah

Serta-merta muka Ryan terhala pada Datuk Fatimah. Wanita itu nampak teragak-agak bila ditanya, tapi dia mengangguk juga.

Ya! Nenek dah tahu siapa dia. Hari yang Ryan bawa balik dia, nenek dah suruh orang siasat pasal dia. Ryan tahu kenapa nenek tak marah Sebab dia bukan orang yang mampu buat nenek sakit hati. Nenek cuma nak tengok sampai bila Ryan nak gunakan dia supaya balas dendam pada nenek. jelas Datuk Fatimah.

Cukup la tu Ryan. Ibu mohon, hentikan semua ni. Kami semua dah tahu pasal semua ni. Puan Laila pula menyampuk setelah lama menyepi.

Otak Ryan terasa berpusing. Kekalahan terasa berada di tangannya. Dia pandang benci pada Hani. Tak patut dia percayakan gadis itu. Gadis berbaju biru tu mesti bertanggungjawab atas apa yang terjadi hari ni.

Kenapa awak pandang saya Awak nak ingatkan saya pasal ugutan awak tu Awak nak buat hidup saya dan keluarga saya merempat tanya Hani bila mata Ryan seolah-olah memberi amaran dalam diam.

Hani menggeleng perlahan sebelum memandang Datuk Fatimah dan Puan Laila.

Saya minta maaf, saya dah tak mampu nak simpan rahsia ni. Dia cuma nak Datuk menderita. Satu-satunya yang mampu menyelamatkan keluarga saya adalah kebenaran. Ryan patut tahu pasal Datuk.

Membulat mata Datuk Fatimah. Dia tahu apa yang Hani nak katakan. Dia ingin menggeleng, tapi dia rasa tak berdaya.

Rahsia dalam marahnya Ryan menyoal pelik.

Ye, rahsia. Keinginan awak cuma satu saja kan. Awak cuma nak orang yang buat hidup awak dan arwah kekasih awak menderita turut rasa menderita. Ya! Nenek awak sedang menderita sekarang.

Hani... Puan Laila ingin melarang, tapi Hani tak peduli.

Ini saja jalan supaya dia dan keluarganya tak terancam dengan ugutan Ryan.

Nenek awak menderita selama ni. Kanser tulang tahap ke-empat!

Terhenyak Ryan dengan kenyataan Hani. Matanya terbeliak tak percaya. Dengan mata membulat, dia pandang mulut yang baru saja berkata-kata itu.

Puan Laila pula mendekati ibu mertuanya. Tubuh itu dipeluk dengan sebelah tangannya. Rahsia yang disimpan sudah terbongkar.

Bukan saya yang buat nenek awak menderita dan bukan juga awak, tapi takdir. Nenek awak sakit. Setiap saat dia mengira detik kehidupannya. Awak tak percaya Kalau tak percaya tanya sendiri pada mak awak. Kalau awak tetap tak nak percaya, awak minta saja laporan kesihatan dari pihak hospital.

Ryan sudah tak terkata. Hanya membiarkan Hani menyerangnya bertubi-tubi.

Cukup la tu. Apa yang awak nak dah terkabul. Saya mohon satu saja, kembalikan hidup saya yang dulu. Saya tak berguna pun dalam hidup awak jadi tolong biarkan saya pergi. Cukup la dengan dendam awak tu. Dendam awak dah terbayar dah. pinta Hani dengan suara sudah kendur.

Dia pandnag wajah Datuk Fatimah yang nampak pucat. Pucat kerana rahsianya sudah tidak menjadi rahsia. Benar! Datuk Fatimah pernah buat salah, tapi melihat wajah tua itu, dia tahu Datuk Fatimah menyesali setiap perbuatannya.

Puaskah awak sekarang bila tahu orang awak benci tu hidupnya hanya tinggal menghitung hari Dia nenek awak Ryan. Berbaloi ke enam tahun awak membenci dia Membenci sebab awak tak dapat menerima takdir. Kekasih awak meninggal, sebab nenek awak ke Sekarang awak suka kalau awak tengok orang yang awak benci tu dah tak ada. Darah daging awak sendiri. Awak suka ke soalan yang selalu bermain di fikiran, Hani luahkan.

Dia membuang nafas sebelum bergerak ke tangga. Dia tak rasa dia mampu berhadapan dengan Ryan saat ni. Dalam diam dia meninggalkan Ryan, Datuk Fatimah dan Puan Laila disitu. Dia tak nak masuk campur. Biarlah mereka anak-beranak menyelesaikan perkara tu.

Masa dia di sini sudah berakhir!.