SAAT AKU BERPALING - 20
MACAM mana Faliq berbual melalui telefon dengan Taufik yang baru sahaja

selesai membawa ibu bapanya ke rumah orang tua Aina di Ipoh.

Pinangan aku diterima. Jawab Taufik dengan penuh keterujaan. Gelak tawanya jelas kedengaran di hujung talian.

Alhamdulillah. Akhirnya..

Jadi sekarang kau orang dah dekat mana ni

Dalam perjalanan balik KL. Sekarang kami singgah di RnR sekejap.

Drive carefully. Nanti kita sambung bercerita dekat ofis pula.

Thanks bro. Sebab kau lah, kami boleh sampai tahap ni.

Tak ada hal. Jumpa nanti. Talian diputuskan. Lega rasanya apabila mendengar jawapan Taufik bahawa pinangannya diterima. Faliq pula yang lebih gemuruh daripada Taufik saat ini.

Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Faliq kemudiannya melangkah ke kawasan balkoni rumahnya. Ada satu lagi kegiatan rutinnya yang belum dibuat. Dia ingin menjenguk ke rumah Nadhirah. Sudah agak lama, dia dan Nadhirah tidak bersua muka.

Entah ke mana jirannya ini menghilang.

Aik, ada di rumah Tegur Faliq.

Ye la, dekat rumahlah. Saya nak ke mana kalau tak duduk di rumah ni Nadhirah memalingkan wajahnya mencari gerangan yang baru sahaja menyapanya.

Dia yang sedang menyiram pokok kaktusnya di balkoni menjawab soalan Faliq yang sedang berdiri di balkoni sebelah. Setelah hampir tiga minggu dia meninggalkan rumahnya dan bertapa di Australia, Nadhirah akhirnya mempunyai peluang untuk berehat sebentar. Dia memilih untuk terbang semula ke Malaysia setelah kerja-kerjanya yang bertimbun berjaya diselesaikan.

Tak adalah. Rasanya dah berminggu-minggu saya tak nampak awak. Dah lama rasanya, awak tak ada di rumah, kan Senyuman Faliq tak lekang dari bibirnya.

Lega rasanya apabila kelibat Nadhirah kembali kelihatan di ruang balkoni rumahnya. Setiap hari terasa begitu lambat berlalu tanpa melihat wajah Nadhirah. Dalam tidak sedar, dia rindukan Nadhirah.

Saya ada urusan kerja di Australia. Baru je balik ni, jawab Nadhirah.

Bilanya awak sampai

Semalam baru saya sampai.

Owh macam tu. Angguk Faliq perlahan. Mulutnya ringan sahaja terasa mahu menyampaikan sesuatu, tapi bila difikirkan semula macam tak patut pula.

You look uneasy. Why

Siapa Saya. Faliq menyoal dan menjawab sendiri soalan yang diajukannya.

Awaklah. Siapa lagi dekat sini. Awak ada benda nak cakap ke

Memang ada, tapi macam tak ada pula. Faliq bermain dengan kata-kata.

Saya rasa macam ada.

Tak ada, sangkal Faliq.

Ada. Apa dia Desak Nadhirah.

Lain kali kalau awak nak pergi mana-mana, boleh tak awak beritahu saya dulu Secara tiba-tiba Faliq menjawab soalan Nadhirah dengan begitu lancar tanpa halangan. Entah kenapa mulutnya laju sahaja meluncurkan permintaan sebegitu.

Kenapa Nadhirah sedikit terkejut.

Kedua-dua belah kening Nadhirah terangkat sendiri mendengar permintaan Faliq yang boleh dikira tidak masuk akal pada hematnya. Masakan pula dia terpaksa melapor diri setiap kali dia keluar bekerja kepada Faliq pula. Tak masuk akal namanya tu.

Sorry. Saya tak patut cakap macam tu. Saya terlepas cakap. Sorry. Faliq ketawa sendiri. Dia memang langsung tidak menyangka yang permintaan sebegitu boleh terkeluar dari mulutnya. Gila ke apa

Awak tak jawab pun soalan saya. Kenapa saya kena beritahu awak bila saya nak ke mana-mana Nadhirah tertarik dengan reaksi Faliq yang sedikit menggelabah. Dia mahu tahu atas alasan apa Faliq boleh terlepas cakap.

Sorry saya tak patut suruh awak buat semua tu. I am just a stranger, but saya risau bila saya tak nampak awak berminggu-minggu. Awak pergi tak cakap sepatah pun. Faliq berterus terang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terpaksalah tanggung.

Risau Nadhirah tersenyum mendengar katakata Faliq. Pelik pula mendengar perkataan itu dari seorang Encik Jiran yang baru dikenalinya.

Just forget it. Awak buat saya rasa macam nak terjun bangunan ni. Faliq terasa seperti kepalanya ditunjal-tunjal melihat senyuman yang bertamu di bibir Nadhirah. Sesuangguhnya dia langsung tak pandai mahu meluahkan rasa dihati apatah lagi melindunginya.

But

Nad, forget it. Saya tersilap cakap. Faliq sudah mula menanggung bahana akibat permintaan tidak berasasnya tadi. Wajah Faliq terasa kebas.

Baiklah. Saya takkan tanya lagi. Nadhirah tersenyum sambil mengangkat tangannya mengalah.

Gelagat Faliq yang kelihatan begitu malu amat menggeletek tangkai hatinya. Dia tidak tahu mengapa Faliq boleh terlepas cakap, tapi yang pasti wajah Faliq yang sudah pun merah menyala itu seakan-akan memohon Nadhirah dari berhenti bertanya.

Bila awak nak balik kampung Faliq cuba melarikan perhatian Nadhirah daripada isu yang secara tidak sengaja ditimbulkannya. Sungguh dia malu saat ini.

Kampung Saya tak ada kampung. Saya orang sini.

Papa saya orang sini.

Habis tu, tak balik rumah dia

Hurmtak balik kot. Nadhirah menjawab sambil menggelengkan kepala.

Kenapa

Berapa banyak soalan awak ada untuk soal saya hari ni, Encik Faliq Nadhirah melemparkan senyuman. Pelik pula rasanya dia apabila Faliq mula menyoal mengalahkan polis pencen.

Faliq jungkit bahu, Nak tahu atas alasan apa awak tak balik kampung raya ni.

Faliq duduk di meja kopinya yang tersadai dibucu balkoni seperti biasa. Bezanya cuma bulan puasa macam ni tak ada lah sarapan gempak macam selalu.

Well, Mama saya dah tak ada, lama dulu. Papa pula ada keluarga lain. Jadi saya beraya sendirilah. Senyuman hambar terukir.

Dia sengaja menyibukkan diri dengan menggemburkan tanah di dalam beberapa buah pasu bunga. Memang itulah yang terjadi. Sejak Nadhirah ke luar negara menyambung pelajaran, dia sudah tidak lagi beraya dengan sesiapa kecuali Alana. Malangnya tahun ini Alana terpaksa bekerja, oleh itu Nadhirah terpaksalah beraya sendirian.

Seingatnya, dia tidak pernah pun betul-betul beraya. Nak beraya dengan siapa Mati hidup balik pun dia tidak akan balik beraya di rumah Papanya. Jangankan hari raya, hari biasa pun susah dia mahu menyua muka ke rumah berkenaan.

Saudara mara Mak Cik, Pak Cik Tak ada. Nadhirah menggeleng lagi.

Dia sedaya upaya mengukir senyuman. Sedih pula rasanya bila di soal siasat Faliq begini. Memanglah dia tiada sesiapa selama ini tetapi bila melihat wajah Faliq yang seolah-olah bersimpati padanya, Nadhirah turut bersimpati dengan dirinya sendiri. BENCI BETUL!!!

Jadi apa rancangan awak raya ni

Saya ingat nak pergi bercuti.

Nak ke mana Bila

Hari ni. Saya ingat nak pergi somewhere yang jauh sikit. Tak naklah tangkap leleh pagi-pagi raya seorang diri. Nadhirah tersengih sendiri dengan gurauannya yang hambar itu.

Somewhere Jauh Luar negara ke

Hurm, saya ingat nak pergi Boracay. Bercuti dekat sana dalam seminggu. Nadhirah bercerita.

Dia memang sudah lama memasang angan-angan untuk ke sana. Menurut cerita yang disampaikan oleh Alana kepadanya, pulau peranginan tersohor di Filipina itu memang amat cantik dan bersih.

Jauhnya sampai ke Filipina. Baru sampai dari Australia semalam, hari ni nak terbang lagi Why dont you stay saja di Australia Lepas raya baru balik. Kan senang Hairan pula Faliq dengan rancangan jirannya ini.

Memanglah saya baru balik. Saya melarikan diri sebenarnya. Kalau saya stay lama-lama sangat di Australia, lagi bertimbun kerja-kerja yang datang. Since saya dapat cuti, saya lari dulu. Lagipun saya dengar, tempat tu cantik sebab tu saya nak pergi.

Tempat tu memang cantik. Saya dah pernah pergi last two years. Tapi, yang tak bestnya kena pergi sebab kerja. Tak sempat nak cuci mata lama-lama.

Itu antara sebab saya kena pergi, nak cuci mata. Nadhirah sekadar bergurau bagi menghilangkan mood sedihnya akibat soalan-soalan cepu emas Faliq.

Tiket dah beli

Belum lagi. Saya ingat nak terus pergi beli dekat kaunter je. Kemas beg, pergi airport dan beli tiket.

Laa ingatkan dah lengkap semua. Kalau tiket tak ada macam mana

Musim raya ni orang jarang travel luar la. Takkanlah tak ada tiket. Tapi, kalau tak ada tiket, saya pergi tempat lain pula. Tak susah pun.

Memang dah nekadlah ni Tak nak duduk di Malaysia minggu ni

Tak nak. Kalau ada Alana lain cerita. Baru pagi dia dan Alana berbual ditelefon namun ingatannya pada Alana masih menebal.

Alana siapa pula

Doktor yang rawat awak tempoh hari. My best friend.

Dia tak dapat cuti raya ke Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih lagi.

Doktor, memang tak cutilah raya-raya ni. Lagipun tahun lepas dia dah cuti.

Awak tak balik kampung ke Sibuk tanya saya itu ini, dia pun tak balik juga. Nadhirah baru terperasan akan hakikat bahawa Faliq juga belum lagi bertolak ke mana-mana untuk beraya.

Saya pun petang ni baru nak balik Johor Bharu.

Saya ingat awak orang sini.

Tak adalah. My parents tinggal di JB lepas dia orang bersara. Rumah pusaka arwah datuk dengan nenek. Jadi saya kena balik sana.

Dengar macam seronok. Saya tak ada kampung. Jadi suasana macam tu saya tak pernah rasa. Have fun nanti. Jangan lupa snap gambar banyak-banyak.

Senyuman nipis spontan terukir dibibir Faliq mendengar pesanan Nadhirah. Macam budak-budak pula rasanya.

Your dad is a lawyer What about your mom

Haah. My dad dah bersara from his own law firm yang saya tengah serve sekarang dan Mama saya pula pesara guru.

Untung awak ada ayah dan mama... Hatinya merungut. Ada nada cemburu dibenak Nadhirah.

Membayangkan suasana raya itu sahaja sudah cukup membuatkan Nadhirah teruja. Dia tidak pernah mengalaminya. Ke semua yang berada di dalam bayangannya hanyalah gambaran hari raya yang dipaparkan di kaca televisyen sahaja. Beraya bersama Alana tidak boleh dikira beraya sangat disebabkan selalunya aktiviti mereka di pagi aidilfitri hanya sekadar menghabiskan masa menjamu pizza dan menonton filem-filem baru di rumah sepanjang hari.

Actually, awak dah berapa lama sebenarnya raya macam ni

Beraya macam mana

Sendirian berhad.

Mana ada! Selalunya saya beraya dengan Alana, tapi tahun ni Alana kena bertugas.

Hmm, pukul berapa nak pergi airport

Dalam pukul sebelas sebab penerbangan ke Filipina dalam pukul dua petang macam tu. Saya kena pergi awal sikit. Setelah berkira-kira, rasanya pukul sebelas adalah waktu yang sesuai.

Saya hantarkan. Nanti bila awak dah siap, just missed call me. Saya hantar awak pergi lapangan terbang. Faliq memberi cadangan.

Eh, tak apa. Saya pergi dengan teksi. Tak payah susah-susah.

Saya hantarkan. Tak payah nak buang duit bayar teksi. Lagipun saya memang menuju ke selatan.

Yelah. Walaupun agak tidak bersetuju. Nadhirah iyakan sahaja.

Faliq memang suka menggunakan kuasa vetonya. Tapi yang menghairankan Nadhirah, setiap kali Faliq memberi arahan kepadanya, dia hanya mengikut sahaja. Nak membantah nanti kena marah, nak menolak nanti Faliq membebel sampai maghrib, nak melawan nanti Faliq juga yang menang.

N

ADHIRAH sudah pun bersiap. Baju-bajunya sudah dikemaskan, segala kelengkapan peribadinya juga sudah dimasukkan.

Seganlah pula... Dia teragak-agak mahu membuat panggilan kepada Faliq. Telefon yang berada di dalam genggaman tidak juga ditekan.

Oh mak engkau Nadhirah melatah.

Saat dia sedang berkira-kira mahu menghubungi Faliq, jejaka ini terlebih dahulu menghubunginya. Hampir gugur jantung Nadhirah kerana terkejut mendengar bunyi nyaring nada dering telefonnya sendiri yang sudahpun berada di genggaman.

Dah siap ke belum

Dah. Baru nak call awak tadi.

Jom jumpa dekat luar rumah. Faliq mengajak Nadhirah.

Okey. Nadhirah sekadar bersetuju. Jam menunjukkan jam 10.50 pagi.

Besarnya beg awak. Awak pergi seminggu ke setahun ni Soal Faliq sebaik sahaja kelibat Nadhirah muncul disebalik pintu. Faliq sudah pun berdiri di luar rumahnya bersama-sama beg pakaiannya.

Biasalah ni. Lagipun saya bawa 1 je beg. Nadhirah bersusah payah menarik begnya yang berat.

Bak sini saya bawa. Faliq menyuakan tangannya. dan tangkai beg diserahkan pada Faliq.

Awak nak terus balik Johor ke lepas hantar saya Nadhirah terpandang akan kehadiran sebuah beg pakaian yang dipegang Faliq.

Cadangnya macam tu. Faliq tersengih sendiri.

Nadhirah sedikit pelik kerana senyuman Faliq ini agak fishy. Seolah-olah ada benda lain yang berlegarlegar di fikiran Faliq saat ini.

Dah, jom jalan.

Kenapa nampak macam mengantuk je ni Soal Faliq apabila melihat Nadhirah yang kelihatan lali dan hampir tertidur.

Nampak sangat ke Sebenarnya saya baru sampai pukul sebelas semalam. Lepas tu terminum pula Nescafe segelas masa bersahur. Langsung tak boleh tidur sampai pagi tadi. Sekrang ni rasa pening-pening lalat sikit.

Saya pun macam tu. Langsung tak boleh tidur kalau minum nescafe. Oh, lupa nak tanya. Awak ada projek baru ke di Austalia Lama balik ke sana.

Ada satu lot tanah dekat Sydney yang tengah dilelong bank dan saya tertarik nak beli. Tanah dekat kawasan yang agak strategik. Dalam masa yang sama ada juga syarikat lain yang ikut bid. Apalagi, kelamkabutlah menguruskannya. Nadhirah bercerita.

Padanlah...

Itulah. Banyak benda nak kena bincang. Faktor lokasi, nilai semasa, menguruskan pinjaman bank dan bajet lagi. Pening kepala fikir. Nasib baik semua dah selesai. Kalau tak saya kena beraya di Aussie tahun ni. Dia menambah lagi.

Dah namanya pun kerja. Pening kepala tu biasa. Lagipun best juga tu kalau beraya dekat sana. Australia, kan banyak juga tempat menarik.

Sekali sekala pergi memanglah seronok. Saya ni almost every month ke sana. Bosan! Nadhirah menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

Pergi kerja dengan pergi bercuti berbeza tau Nadhirah. Cuba sekali awak ke sana sebab nak bercuti sahaja. Mesti best.

Betul juga. Selama ni saya stay dekat sana pun sebab kerja ja. Tak apa lah lain kali. This time saya nak pergi Boracay. Hehehhe. Nadhirah tersengih.

Minum air kelapa muda, ais krim vanila, mandi pantai beserta suasana langit biru bersama tiupan angin di tepi pantai sudah berada di dalam bayangannya. Mesti indah!!!

Awak rancang nak pergi berapa hari ni

Dalam lima hari, kalau rasa macam best sambung la sampai seminggu.

Untungnya dia. Orang kerja sendiri bolehlah buat plan macam awak ni.

Masa ni je saya ada nak keluar bercuti pun. Kalau tak, asyik fikir pasal kerja yang tak sudah-sudah.

Since awak punya business ada di Australia, kenapa tak tinggal sana terus. Kan senang. Soal Faliq. Saya tak nak tinggal kat sana. Pendek jawapan yang diberikan Nadhirah.

Dia tidak mahu menghurai panjang perihal alasan sebenar dia enggan tinggal di Australia. Setiap kali dia menjejakkan kaki ke sana pasti ingatannya pada arwah mamanya terus terbayang. Setiap apa yang terjadi pada hari kematian mamanya kadangkala secara jelas bertebaran di ruang mindanya. Apatah lagi apabila dia memikirkan kemungkinan dia akan terserempak dengan Johan di sana memandangkan Johan sudah dibebaskan dari penjara.

Awak ada bawa baju raya tak Soal Faliq tiba-tiba ketika mereka sudah berada jauh dari rumah.

Kenapa saya nak bawa baju raya pula Saya pergi bercuti tepi laut, bawah pokok kelapa. Nak buat apa bawa baju raya bagai Buat berat bagasi je. Pelik benar soalan yang dilontar oleh Faliq pada hemat Nadhirah.

Apa salahnya. Lagipun bukannya ada orang larang pun. Faliq menjawab sambil jari-jarinya selamba mengetuk stereng.

Kereta yang elok meluncur laju di atas jalan raya tiba-tiba memberi lampu isyarat membelok. Faliq membelokkan kereta menuju ke parking Big Ark Mall.

Kita singgah dekat sini sekejap ya Kereta sudah pun diparkir dan Nadhirah kematian kata.

Banyak betul kerenah Encik Faliq Helmi Mazlan ni. Nadhirah sebal. Kalau tahu begini kejadiannya, lebih baik dia telefon teksi sahaja.

Awak nak beli barang ke Nadhirah memandang wajah Faliq yang masih berkaca mata gelap.

Ya. Sekejap je saya pergi. Awak tunggu sini. Faliq mengenyitkan matanya pada Nadhirah yang masih lagi kelihatan terpinga-pinga.

Nak beli apa

Ada lah. Ujar Faliq sebelum dia berlalu meninggalkan Nadhirah sendirian di dalam keretanya.

Setelah selesai membeli barang yang diinginkan Faliq, dia bergegas menuju ke kawasan parkir. Bimbang juga meninggalkan Nadhirah sendirian di dalam kereta. Sebaik sahaja dia sampai di sana, Faliq mendapati Nadhirah sudah pun tertidur. Puas dipanggil, Nadhirah tetap juga nyenyak mungkin kerana terlalu penat. Melihatkan keadaan Nadhirah yang kepenatan, Faliq jadi kasihan.

Takkanlah nak biarkan dia beraya seorang diri Memanglah dia cakap okey, tapi tak sedih ke dia nanti Orang lain beraya sakan, dia tak ada sesiapa teman. Terlintas bisikan berkenaan dibenak Faliq. Tanpa sedar, wajah polos Nadhirah dipandang lama. Faliq mengamati wajah Nadhirah yang sedang nyenyak tidur di dalam keretanya.

Okey Nadhirah, tahun ni saya culik awak. Awak tidurlah. Jangan bangun sebelum kita sampai JB. Bisik Faliq perlahan ditelinga Nadhira.

Sempat juga dia titipkan doa agar Nadhira tidak terjaga dia tengah jalan. Mahunya botak kepalanya jika Nadhirah mengamuk. Terbayang rupanya jika Nadhirah bangun dan menarik rambutnya kerana membawanya lari begini.