SELESTIAL - 20
Aku tak berminat nak jadikan mereka hos. Aku ada matlamat lain lagi, Razali

Kau nak apa

Asimilasi

Untuk apa

Dunia ini, ada sesuatu yang kamu belum dapat hadam dengan teknologi dan pengetahuan asas kamu tentang mekanisme ia berfungsi. Tidak mengetahui bagaimana rumah berfungsi untuk melindungi penghuninya adalah berbahaya. Rumah haruslah diperkuatkan untuk menghalang sebarang ribut yang mendatang. Jika tidak dapat dihalang, maka rumah itu tiada fungsi. Faham

Rumah itu adalah pengetahuan kau. Tanpa pengetahuan, kamu takkan dapat halang apa saja kemunculan objek dari angkasa. Kamu akan ditewaskan mudah. Tak signifikan. Untuk jadi sesuatu yang signifikan, kekuatan amat penting. Pengetahuan tentang bagaimana alam ini berfungsi juga amat penting. Ia akan menentukan tahap survivaliti. Faham Razali

Tidak, tidak. Aku tanya, kenapa kita perlu berasimilasi

Kerana kami perlukan minda lain dan kapasiti kebijaksanaan lain untuk menguatkan kadar survivaliti tadi. Kamu ada pengetahuan yang kami tak tahu, sebagai contoh, bagaimana bumi berfungsi. Walaupun kami yakin, pengetahuan kamu mengenai bumi juga boleh jadi penuh dengan kesilapan. Namun kami boleh perbetulkannya dengan meneroka minda manusia dan membetulkan persepsi demi persepsi yang salah

Ketika itu, aku percaya aku dibawa ke dalam sebuah hamparan yang diperbuat dari tisu-tisu otak. Lekit dan penuh dengan partikel-partikel yang tidak ubah seperti yang terdapat dalam otak manusia.

Makhluk parasitik itu tidak pula muncul selaku dirinya, tetapi selaku sejenis bebola yang agak luas permukaannya dan dipenuhi dengan wajah-wajah orang yang telah diteroka dan dijajah tubuhnya. Wajah Simon, Sumiyarti, Luke dan ramai lagi wajah-wajah lain, yang aku jangka dari memori rakan-rakanku yang telah mati itu terpapar sama. Setiap satu daripadanya berkomunikasi dengan nada serentak seolah ia koir. Ia menyeramkan. Aku tidak sukakannya. Aku pula dalam keadaan bertelanjangan bulat tetapi androgynus. Aneh sungguh aneh. Namun ini adalah pemilihan yang dibuat makhluk itu. Bentuk aku dan juga bentuknya ditentukan olehnya. Aku tidak tahu kenapa dia memilih bentuk begini. Ia mungkin berada dalam minda separa sedarku, ataupun dia mahukan aku mendapat input sepenuhnya dengan bentuk begini.

Tunggu kejap, tunggu. Kenapa sekarang Bukankah manusia sudah menjelajah Marikh sebelum ini Kenapa tidak cuba berasimilasi dengan robot-robot yang kami hantar Pernah dengar idea evolusi pos-biologikal Apa yang kami hantar adalah robot-robot yang dilengkapi dengan kebijaksanaan artifisial yang jika dibuat asimilasi, akan menghasilkan superintellegence yang mengatasi kepintaran manusia

Aku tidak tahu mengapa aku memaklumkan perihal superintellegence kepada makhluk itu. Tidakkah ia sesuatu yang jauh lebih gila dari apa yang ingin dilakukan makhluk itu Robot yang dimanipulasi makhluk asing kini berada dalam kalangan manusia dan menjajah manusia semahu hati mereka. Ia menakutkan.

Apabila kumpulan kau jatuh ke dalam gaung yang terletak tidak jauh dari tempat persembunyian kami,ia adalah peluang terbaik bagi kami. Pos-biologikal itu imaginasi manusia. Kami tak sukakannya. Ataupun apa yang kau panggil selaku realistik Macam tu

Baiklah, aku faham. Namun apa yang kita nak lawan Kita nak tentang siapa Mengapa musuh itu nak hapuskan kita

Kita hendak melawan The Things, pentadbir alam semesta ini. Mereka tahu teknologi pengangkutan untuk memendekkan jarak angkasa yang luas. Mereka boleh bergerak dari hujung galaksi ke hujung galaksi dengan mudah. Aku difahamkan mereka adalah pentadbir alam ini, tetapi kuasa yang tidak terhad akan buatkan mereka begitu kebal dari penentangan. Setelah mengenali kamu, aku sedar akan kemungkinan ini.

Tiada sesiapa patut pegang kuasa dan teknologi sebegitu dahsyat tanpa ada segelintir pihak untuk menyeimbangkan kuasa itu. Kita harus bersedia untuk menghadapi setiap kemungkinan

Aku pejamkan mata. Aku syak makhluk ini telah diracuni dengan persepsi manusia yang dihuninya ini. Aku sentiasa membayangkan makhluk asing selaku satu makhluk yang tidak langsung punya persamaan dengan manusia. Mereka tidak memerlukan sifat-sifat ganas itu, mereka tidak memerlukan keinginan untuk menguasai sesuatu. Mereka tidak memerlukan apa yang manusia perlukan. Bagi aku, ia adalah satu andaian yang perlu dibuat sebelum kapal angkasa dilancarkan ke exoplanet dengan tujuan untuk mencari kewujudan selain manusia.

Masalahnya, kenapa sekarang Kenapa tiada langsung bukti penjajahan The Things di bumi Kami hidup aman damai tanpa sebarang komunikasi pun dengan makhluk-makhluk selain dari yang ada di bumi

Makhluk itu mendekatiku. Dari wajah-wajah yang terbit itu, muncul pula lidah-lidah yang menjulur keluar dari mulutmulut mereka yang panjang dan menyatu penghujung tiap satunya. Dari gumpalan lidah yang menyatu itu, sebentuk bibir terbit lagi lalu berkata-kata dengan satu suara sahaja. Ia milik wanita.

Kerana manusia sudah punya teknologi untuk menjelajah angkasa. The Things sudah berminat dengan manusia

Aku terdiam. Sudahnya kegelapan menerpa sebelum kepalaku dirasakan berputar-putar. Setelah beberapa ketika aku mendapati kenderaan ini masih lagi bergerak biarpun visinya kabur benar. Debu Marikh, kedinginan yang jauh di bawah paras beku, dan juga angin kuat membuatkan kenderaan ini bergerak sendeng dari laluannya. Dapat dirasakan ia menggelincir sedikit sebanyak dari laluan. Namun begiut, makhluk asing yang menghuni tubuhku ini bijak mengawal pemanduan. Jika aku sendiri yang mengawal, pasti aku mencari tempat teduh sebelum meneruskan pemanduan.

Ini kerja gila. Namun aku sedang berdepan dengan makhluk asing, maka aku tidaklah merasakan kegilaan itu satu yang relevan untuk menggambarkan situasi yang berlaku.