Kristal Berdarah - 20
BAB 19

Dia masih meneruskan perjalanannya. Sesekali dia berpaling dan cuba mengingati jalan yang dihalanya se malam, tetapi dia masih terlupa. Dia benarbenar terlupa.

Mungkin hala ke sana!

Dia melangkah lagi. Ketika langkah yang tersusun menjadi sepuluh, dia berhenti. Kepalanya seakan ber denyutdenyut. Seolaholah ada seekor ulat besar sedang me ngorek dan menjahanamkan bahagianbahagian otaknya.

Kepalanya dipegang. Matanya terpejam. Kesakitan yang dideritai sekarang terlalu menyukarkan.

aduhh! Dia hanya mampu mengaduh.

Dan ketika itulah wajah seorang lelaki muncul lagi. bagaikan tertayangtayang untuk dilihat dan diteliti. Lelaki itu menguntumkan senyuman.

Tugas kau ialah membunuh Suhaili. Kalau kau dapat berjumpa dengan Salimah, bunuh dia sekali. Kemudian gertak Ramlan supaya merahsiakan perkara tu. Jangan biarkan sesiapa pun tahu. Suruh Ramlan ubah proceeding dan menukar segala hak milik harta Tan Sri Wan Hasyim kepada aku.

Katakata itu bagaikan baru sebentar tadi didengarnya. be naknya bagaikan dipasang alat perakam untuk memu tarkan katakata tersebut.

Kesakitan terus menyerangnya.

aduhhh! Dia benarbenar tidak tahan.

Wajah lelaki yang muncul sebentar tadi, kini sudah hi lang. Dia tidak dapat mengingati sebarang perkara. Ma lah dia juga tidak tahu siapa dirinya sebenar.

Telapak tangannya tersentuh pada luka yang menga nga di belakang kepala. Kesakitan berbaur lagi. Memben tuk kesakitan yang lebih tragis.

Dia berteleku di tanah. Kesakitan di kepalanya, mem buat kan dia terpaksa menunduk dan mencecahkan dahi nya ke daundaun kering yang menjadi ambal hutan.

Wajah seorang wanita muncul di benaknya. Wanita itu berwajah serius. Tetapi wanita itu tidak menu turkan sepatah perkataan pun. Malah wajahnya juga tidak ber gerak.

aku mahu kau tengok gambar ni. inilah Suhaili. Tuan punya Syarikat Setia Jaya. Orang yang dah banyak mencerca dan menjatuhkan maruah aku di khalayak ra mai. Orang macam dia, patutnya mati saja. Dialog itu berulang lagi. Menerangkan tentang gambaran yang ter pamer di wajahnya.

Kesakitan telah mula berkurangan. Dia sudah boleh meng angkat kepala dan merenung sekeliling. Wajah wa nita tadi cuba diingatinya. Dia berjaya. Sekarang, dia sudah men dapat maklumat tentang wanita tersebut.

Wanita itu bernama Suhaili. Di manakah Suhaili sekarang

ahhh!!! Dia melaung sekuat hati. cuba menghilangkan kekucarkaciran di hatinya.

Suaranya bergema bagaikan tertalun. Dadanya terasa rabak. Seluruh urat dan saraf dalam tubuhnya bagaikan direntaprentap. nafasnya agak sukar. Seolaholah ada sesuatu yang menghalang di dalam tenggoroknya.

Dia berhempaspulas melawan kesulitan itu. namun segalagalanya terlalu menyusahkan. Setiap inci kulitnya membahang seolaholah dia sedang dipanggang di atas bara api yang sangat merah warnanya.

Dan warna merah tibatiba muncul di dalam pengli hatannya sebelum kekelaman hadir dan menghilangkan diri nya yang sebenar. Pun begitu, dia masih sempat men ang kap suara tawa seorang lelaki tua yang begitu gem bira dengan keadaannya.

Dia cuba melawan, cuba membukakan matanya tetapi kelopak matanya menjadi terlalu kaku dan payah dibuka. Suara tawa itu semakin lama semakin kuat. Pada masa yang sama, pada tubuhnya sesuatu sedang menjalar dengan kulit yang basah dan sejuk.

aku dah bagitahu kau, kau takkan mampu mengalahkan sesiapa pun. Kau takkan mampu membunuh wa nita itu kerana ular ini akan melindunginya. Dan sebagai gantinya, nyawa kau akan dilepaskan dari tubuh kau.

Dia pun hilang di dalam kekelaman dengan kesakitan yang semakin sembuh.

Di sebuah kampung pribumi Sarawak di tengah hutan...

Zulkifli menarik nafas lega. Juruterbangnya itu ruparupanya mempunyai hubungan yang cukup baik di bumi Kenyalang. Sementara dia menerbangkan helikopter itu me lewati kampungkampung dan hutan belantara, dia mas ih boleh membuat hubungan dan meminta supaya dih antar sebuah jip bersama peta kawasan hulu Sarawak ke sebuah kampung.

Sebelum itu, Zulkifli menghamun juruterbang tersebut kerana tidak melakukan persediaan rapi sebelum memula kan penerbangan. Pada masa itu dia sudah membayangk an kematian tragik yang bakal menimpa dirinya.

Di luar jangkaannya, juruterbang itu sekadar ingin ber gurau. Mereka mendarat di lapangan terbang lama Sungai besi untuk mengisi bahan bakar. Malah juruter bang itu sekadar tersenyum kepadanya, bagaikan me nyin dir kerana dia tidak mampu mengawal kemarahan walau pun dia adalah seorang pengarah urusan sebuah syarikat ter nama yang sudah pasti sentiasa berhadapan dengan mas a lah yang lebih berat berbanding kehabisan bahan bakar.

apabila dia mendaratkan pesawat tersebut, sebuah jip sudah sedia menunggu. Mereka tidak perlu membuang masa. Zulkifli sendiri tidak pernah bertanya bagaimana jip tersebut boleh sampai dengan cepat, sedangkan jalan darat yang ada di situ terlalu terhad.

Mereka mengambil masa hanya beberapa minit sahaja untuk meninggalkan kampung tersebut. beberapa orang penduduk kampung itu telah menerangkan kedudukan Gunung Kemuning.

Malah mereka turut men ce ritakan ba ha wa Gunung Kemuning didiami oleh sekumpulan wan ita dari pelbagai kaum yang bersikap aneh.

Dia tidak mempedulikan tentang keanehan tersebut. biarlah mereka aneh. biarlah mereka ditumbuhi bulu se kali pun, yang penting dia harus menemui Suhaili, mengu gutnya dan kemudian menyerahkan perjanjian yang dibawanya bersama untuk ditandatangani oleh wanita itu.

You not suppose to be here! cacian Suhaili itu bagaikan terdengar jelas di telinganya.

Ketika itu dia hanyalah seorang kerani cabuk yang dianggap sebagai beban kepada Setia Jaya.

Tapi puan... Dia cuba juga untuk membalas cacian Suhaili itu.

Kerja yang you buat, langsung tak boleh pakai. ini bukan kerja orang dewasa. ini kerja budakbudak kecil. Ka lau bagi anak saya buat pun, saya rasa lagi baik dari ker ja yang you buat, Suhaili terus mencercanya.

Dia hanya tunduk. Membisu. Walaupun debar dada dan gerak hatinya ingin membantah apa yang dikatakan oleh Suhaili itu, tetapi tahap kesabarannya masih tinggi. Dia tidak akan meletakkan dirinya terlalu rendah untuk dicerca oleh Suhaili meskipun Suhaili akan terus meng ejeknya dengan katakata yang menyakitkan hati.

nah! Laporan setebal 200 muka surat itu dicampakkan. berterabur di atas lantai.

Ketika itulah dia berasakan seperti kambing kembiri. Terbongkokbongkok dia mengutip setiap helaian laporan tersebut. Sedangkan pada masa yang sama, Suhaili ters e nyum seperti berpuas hati dengan apa yang dilakukannya.

You buat balik! I tak kira. Selagi I tak puas hati de ngan kerja you, selagi itulah I buat macam ni, kata Suhaili dengan tegas.

Dia hanya mampu mengangguk kerana ketika itu dia hanyalah seorang kerani. Dia tidak boleh melawan katakata atau perintah Suhaili. Suhaili adalah anak perempuan pengerusi eksekutif. Dan secara tidak langsung, Suhaili adalah ketua kepada semula ahli lem baga pengarah yang lain. Suhaili bakal menjadi pemegang saham majoriti. Suhaili adalah...

Si celaka itu memang celaka! entah mengapa, ge tusan itu terlahir di bibirnya.

Juruterbangnya yang sekarang sudah menjadi peman du jipnya, menoleh ke arah Zulkifli sejenak. barangkali tertarik dengan katakata yang terhambur dari mulut salah seorang ahli lembaga pengarah Setia Jaya itu.

Kenapa tuan Tuan sedang memikirkan sesuatu

Zulkifli terus menoleh. Dia cuba mengatakan tidak, te ta pi mulutnya seperti tidak tahu menuturkannya. akhirnya satu sahaja tindakan yang boleh dilakukannya dia menggeleng.

Juruterbang itu mengerutkan mukanya. barangkali tidak senang dengan aksi yang diperlihatkan oleh Zulkifli tetapi Zulkifli tidak mahu lagi berkata apaapa.

Perjalanan mereka semakin jauh. Zulkifli sendiri tidak tahu mereka berada sekarang. Dia langsung tidak melihat sebarang kelibat manusia di sepanjang perjalanannya. Yang dia nampak pun hanyalah kera dan monyet. Sesekali burung enggang yang dikenali dengan nama tempatan se ba gai kenyalang, terbang dan hinggap di dahan berham piran jalan tersebut.

Kenapa you bodoh sangat Kan I dah ajarkan macam mana nak buat laporan ni Suara dan aksi Suhaili kem bali terbayang di fikirannya.

Saya dah cuba...

Jangan menyampuk masa I tengah bercakap! itu se bab nya you bodoh macam lembu. Malah lebih bodoh dari lembu! Suhaili terus menghamunnya, sekaligus memo tong katakatanya.

Dia hampir membalas katakata tersebut. Jikalau dia tidak mempunyai visi, sudah tentu dia akan menampar wanita itu. Sudah tentu dia tidak akan membiarkan Suhaili mempermainmainkan maruahnya.

Kenapa you bodoh sangat You dah banyak habiskan masa dan kertas. I rasa hanya satu cara saja untuk ajar you!

Debaran dadanya bertambah kencang. Dia tahu Suhaili tidak akan teragakagak untuk mengambil tinda kan yang begitu tegas terhadapnya. Suhaili memang tidak berhati perut. Suhaili seperti membencinya. Suhaili seperti mengharapkan dia akan berputus asa dan meninggalkan Setia Jaya.

Setengah bulan gaji you kena potong!

Dan dia hampir terduduk apabila mendengar kepu tusan yang diambil oleh Suhaili itu.

Tapi gaji saya tak sampai empat ratus. Kalau dah pot ong setengah, saya nak makan apa Sebenarnya dia ingin meninggikan suaranya, tetapi dia tidak boleh mela ku kannya.

Suhaili tersenyum. Padan dengan muka you! Kalau you masih buat silap lagi, mungkin you langsung tak ada gaji.

Dia tidak dapat menentang arahan Suhaili itu. Suhaili tidak bertindak setakat itu sahaja. Dia pernah minum air paip selama beberapa hari dan terpaksa menahan diri darip ada menjamah makanan rutin sematamata kerana tindakan Suhaili yang langsung tidak berperi kema nusiaan.

Jauh tuan termenung ada sesuatu ke

Pertanyaan juruterbangnya itu sekali gus mematikan langsung lamunan Zulkifli. Sekali lagi Zulkifli berpaling dan merenung wajah juruterbangnya.

Tak ada apaapa.

Tuan, kalau saya tanya sikit, tuan marah tak buat seketika Zulkifli tidak menjawab pertanyaan

tersebut tetapi kemudian dia tersenyum.

Tanyalah. Kalau kena caranya, takkan saya nak marah. Lagipun kalau awak dah merajuk nanti, saya juga yang susah.

Mereka tertawa. Tawa mereka terlalu singkat. Seketika kemudian, yang terdengar hanyalah deru enjin jip dan derapan tayar jip di permukaan jalan tanah merah.

ada perkara penting ke yang memerlukan Puan

Suhaili

Kenapa awak tanya macam tu

Yalah... kalau tak kerana perkara penting, takkan tuan sanggup jelajah hutan ni dan tinggalkan kehidupan selesa di Kuala Lumpur. Lagipun kalau tak kerana perkara penting, takkan tuan tak mahu orang lain tahu yang tuan ke sini.

Zulkifli diam lagi. begitu sukar untuk dia menjawab pertanyaan tersebut. namun di dalam keadaan seperti itu, dia sewajarnya mewujudkan suasana mesra. Dia tidak bo leh berlagak seperti seorang tuan, biarpun juruterbang itu memanggilnya tuan.

Ya... perkara penting. Sebab tulah saya bersusahpayah datang ke sini.

Fasal apa

Fasal urusan perniagaanlah.

Tapi saya ada dengar khabarkhabar angin...

Tentang apa

Tentang tuan cuba mengambil alih keseluruhan sa ham Setia Jaya.

Zulkifli merenung tajam.

Siapa yang bagi tahu awak

Juruterbang itu menoleh sejenak. Tersenyum. Kemu dian kembali menumpukan perhatian terhadap peman duannya.

bendabenda macam ni mudah dibaca orang. Setakat yang saya jumpa, ramai pengarah yang cuba mengambil alih syarikat yang mana mereka jadi ahli lembaga penga rah.

Saya bukan macam tu.

ada sesetengahnya yang sampai sanggup upah orang untuk membunuh sematamata kerana harta dunia. ada sesetengah tu pula, sanggup mengugut ahli lembaga pe nga rah yang lain supaya menyerahkan sebahagian dari pada saham yang mereka miliki.

Zulkifli bagaikan terpukul dengan katakata tersebut. Oleh kerana itu dia memilih untuk mendiamkan diri.

Untuk apa sebenarnya kita kejar harta dunia Kepada siapa yang kita nak serahkan hartaharta tu bila kita mati nanti

Zulkifli memang tidak ada jawapan untuk soalan ter sebut. namun dia begitu teringin memberitahu juruterbang tersebut tentang kepuasan apabila setiap sasaran tercapai.

Juruterbang itu barangkali terlalu baik dan sentiasa men cari jalan mudah dan selamat tanpa mahu bermain dengan risiko bagi mencapai sasaran yang lebih besar.

Kita sering lupa tentang kematian. Kita bekerja keras, sanggup cantas dan membunuh sematamata untuk jadi jutawan. Tapi apabila kita sudah jadi jutawan pun, kita ma sih nak kaya lagi. Untuk apa Saya memang tak faham.

Takkan ada orang yang faham. Saya rasa awak pun bercitacita untuk kaya juga. itulah sebabnya awak jadi juruterbang.

Tuan tersalah anggap. Saya bekerja untuk keluarga saya.

Dengan pendapatan lumayan.

Saya bekerja untuk cukup makan minum, bagi kedia man yang selesa dan sedikit wang belanja yang tak putus. berbeza dengan jutawan yang melaburkan sejumlah besar wang mereka di bank. Tak mahu orang lain tahu, mereka simpan di bank Swiss. Juruterbang itu tersenyum lagi.

Zulkifli terus terpukul dengan katakata tersebut. Dia ingin menyuruh juruterbang itu diam sahaja. Tetapi dia sudah berjanji yang dia tidak akan marah.

Saya bukan jenis macam yang awak cakapkan tu.

Juruterbang itu mengangguk. bibirnya terus mengelobek membungakan senyuman.

Ya... tuan mungkin tak sama dengan mereka yang saya sebutkan tadi. Tapi tak mustahil suatu hari nanti, tuan juga akan jadi macam mereka.

awak yakin

Dah ramai yang saya jumpa. Semuanya sama. Masa tak ada, mereka jadi manusia biasa. Tapi bila mereka dah menguasai aliran penting dalam sesebuah syarikat atau perniagaan, citacita untuk membunuh orang yang lebih berjaya tetap terpahat dalam hati masingmasing.

awak seperti menyindir saya.

Saya tak sindir tuan. Kenyataan. Tuan harus mengaku.

Zulkifli terus memandang ke arah luar. benaknya sibuk memikirkan katakata juruterbangnya sebentar tadi.

Perjalanan mereka semakin melewati batas masa. Wa jah Suhaili bagaikan terus tertayangtayang bersama wajah seorang wanita yang tidak diketahuinya. Helaian demi helaian gambaran bagaikan gugur dari langit dan menimpa mukanya. bangunan Setia Jaya yang setinggi 88 tingkat bagaikan sudah bertukar nama dan menjadi miliknya.

Tetapi haruskah dia melakukan itu semua bagaimana pula dengan katakata juruterbang yang kini memandu jip itu Tidakkah katakatanya benar Ke manakah dia hen dak membawa segala harta yang bakal diperolehinya nanti berapa banyak yang akan dibahagikan antara anak dan isterinya Dan bagaimana seandainya dia tertangkap dan kemudian dihumbankan ke perut penjara Tidakkah nanti seluruh keluarga akan malu kerana ketamakan dan dendamnya

Zulkifli menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. Lelaki itu bagaikan mengerti apa yang sedang bermain di fikiran Zulkifli sekarang ini. Dia tersenyum.