Tiada Tajuk - 20
Bab 20

"Aku mintak maaf. Benda ni bukan sesuatu yang aku suka nak bagi tau dekat orang..."

Zaiful mengangguk tanda faham.

"Sekarang ni cuba kau cerita dekat aku, apa yang berlaku sebenarnya Dari mula sampai habis."

"Kan kau dah baca novel tu."

"Itu yang penulis tu reka. Entah apa-apa yang dia membohong dalam tu pun aku tak tau. Yang aku nak tau adalah cerita dari mulut kau sendiri. Pengalaman kau sendiri. Cerita dari pihak kau sendiri."

"Tak. Dia tak bohong. Semua perincian dalam novel tu, aku jugak yang ceritakan pada dia...."

"Aku tak kira. Aku nak jugak tau cerita versi kau. Lagipun kalau tak silap aku, cerita-cerita pendek dekat dalam Jangan Baca Novel Ni tu, adalah cerita yang dah dipengaruh dengan ketidakstabilan mental kau masa tu kan Maksud aku, versi yang betul-betul asal lain kan Yang kau baca dalam novel bertulisan tangan tu"

Munir mengangguk.

"Tapi tak banyak bezanya. Cuma yang berbeza, masa aku tengah khayal tu, banyak watak-watak dengan nama lain, aku nampak macam nama lain. Contohnya cerita Tumpang. Cerita tu sebenarnya tentang seorang perempuan yang bernama Rohaya. Tapi aku nampak macam Suraya. Siap adik beradik Rohaya tu pun aku baca, nampak macam nama-nama adik beradik Suraya. Membuatkan aku percaya yang novel tu memang menceritakan tentang Suraya. Lepas tu ada lah beberapa perkara lagi yang sebenarnya tak ada dalam buku tu. Tapi aku nampak macam ada. Termasuklah kejadian-kejadian yang berlaku masa tu, macam kematian Suraya, yang sebenarnya hanya berlaku dalam kepala otak aku saja. Hanya mainan imaginasi aku yang kronik. Doktor cakap itu semua kesan daripada menghidu dadah dari dakwat dalam tulisan buku tu."

"Mana buku yang asal tu sekarang Betul ke tiba-tiba hilang"

"Hilang Taklah. Aku dah serah pada penulis tu masa dia datang tegur aku dekat pusat rawatan dulu."

Zaiful mengangguk beberapa kali.

"Jadi kalau kau memang watak Munir yang sebenar dalam novel tu, kau rasa watak Zack tu pun orang betul jugak ke"

"Zack Zack mana pulak ni"

"La... yang masa part akhir novel tu..."

"Aku tak tau. Macam yang aku cakap. Aku tak baca pun novel yang komersial tu. Dalam novel asal yang ditulis oleh Anom, tak ada watak nama Zack. Hanya ada tujuh cerita pendek."

"Yang kau tak baca tu siapa suruh Sibuk suruh aku baca. Dia yang hero dalam tu sendiri pun tak baca lagi. Apa da...!" kutuk Zaiful sambil bangun untuk mengambil novel tersebut.

"Buat apa aku nak baca sesuatu yang akan mengingatkan aku pada peristiwa tu Kalau boleh aku memang tak nak ada kena-mengena langsung la."

"Kau tak ada pilihan. Nak tak nak kau kena ambil tau. Novel ni ditulis berdasarkan kehidupan kau," tekan Zaiful.

"Bukan. Cuma berdasarkan sebahagian kecil kehidupan aku. Dan bahagian yang aku tak mau akui wujud. Yang aku cuba sehabis boleh untuk lupakan."

"Nah cuba kau baca part last ni. Ada cakap pasal Zack," kata Zaiful sambil melontarkan novel tersebut ke tangan Munir yang menyambutnya nak tak nak.

Dalam Munir sedang membaca itu, tiba-tiba atmosfera di dalam balai berubah. Semua orang semacam gelisah. Ada yang jadi tak senang duduk. Semuanya kerana berita yang baru mereka dapat.

"Aku kena gerak ke Pahang," maklum Zaiful sejurus dia kembali dari diseru oleh tuannya.

"Kenapa"

"Pembunuh Batik Biru..."

Itu saja yang keluar dari mulut Zaiful. Tapi sudah cukup untuk Munir faham tentang segalanya. Munir pun menutup novel di tangannya dan bangun bersiap-siap untuk pergi.

"Kau nak pergi mana" tanya Zaiful.

"Nak ikutlah."

"Suka hati kau je.... Kau dapat arahan ke"

Munir baru sedar tentang sesuatu. Dia tidak ditugaskan dalam kes tersebut.

"Kau tinggal sini. Siasat siapa Zack. Jangan risau, apa-apa perkembangan aku roger kau nanti..." kata Zaiful sebelum cepat-cepat beredar.

Zack memerhatikan dada-dada akhbar yang terpamer di sebuah gerai. Belum ada. Lambat pula hasil kerjanya 'dihargai' kali ini. Zack pun berlalu ke tempat kerja dengan hampa.

Di tempat kerja, Zack asyik tersengguk. Rasa letihnya menyembelih, menyiat dan melapah tempoh hari tak hilang-hilang lagi. Sampaikan ada sekali tu ketika di dalam makmal, Zack sedikit saja lagi hendak terkorek keluar biji matanya apabila mukanya tersembam pada mikroskop kerana terlalu mengantuk.

"Here... this might help."

Tiba-tiba seorang gadis membawa secawan kopi panas untuk Zack.

"Eh... Fika. Susah-susah je. Thank you..." senyum Zack. Dia menghirup kopi tersebut dengan selera. Tambah sedap kerana yang membancuhnya adalah seorang pembantu makmal baru yang begitu enak mata dipandang.

bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah Munir menyiasat tentang Zack