DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 20
Sekitar 22 tahun yang lampau.

Nak beli aiskrim perlukan duit, paling koman seposen. Aku perlukan seposen setiap hari buat modal beli aiskrim. Selalunya aiskrim kacang seposen di kedai Oie saja. Cuma kalau dapat dua puluh sen aku lajak beli kacang potong sekali. Minta duit dari kakak saudara aku yang aku panggil Kak Boya memang selalu aku buat. Kadang-kadang kalau angin baik, aku dapat sampai tiga puluh sen. Kadang-kadang dapat seposen saja. Ada juga masa yang aku langsung tak dapat apa-apa. Itu selalu jadi. Waktu petang-petang, dekat rumah tak ada orang, yang ada cuma Kak Boya. Dia sajalah harapan aku.

Satu petang seperti biasa, aku lakukan amalan rutin setelah penat bermain kejar-kejar di rumah Mak Ngah Ani

Kak Boya, minta duit nak beli aiskrim! Nak beli keropok cikedies sekali, aku mintak macam biasa-biasa aku buat. Tangan kanan dah genggam erat senapang kayu. Lepas pekena aiskrim, aku rancang nak main askar-askar pulak dengan Iyas dan Alan. Tadi setakat main kejar-kejar tak berpeluh sangat.

Aku tak ada duit tapi aku boleh ajar kau satu jampi. Kak Boya buat muka serius.

Aku terkebil-kebil. Jampi apa kejadah pula ni Jampi tu binatang apa tanya aku jujur.

Ini susah cakap dengan budak kecik. Jampi tu macam bacabacalah. Macam baca doa-doa. Kalau nak halau hantu selalunya kita kena baca jampi. Kalau nak berubat orang sakit pun kita pakai jampi, Kak Boya explain panjang lebar.

Aku jadi makin serabut kepala. Nak beli aiskrim pun ada pakai jampi ke

Itu yang aku nak ajar ni. Kalau kau baca jampi, kau boleh dapat aiskrim free. Keropok chikedies pun free. Tak payah bayar duit, baru la jadi hero betul-betul! Kak Boya terang sungguhsungguh.

Aku dah rasa ada semangat magis. Aku jadi suka tak boleh nak tahan-tahan.

Ajar ajar ajar ajar ajar! Nak buat apa Nak baca apa Bagitau!

bagitau! Aku dah excited tahap cipan.

Kak Boya sambung. Mula-mula baca bismillah dalam hati. Macam ni jampi dia: ............................... <-- ayat jampi ni aku kena potong, ianya amat berbahaya dan menyesatkan!

Dua tiga kali Kak Boya ajar aku ayat jampi serapah yang amat magik itu. Jenuh juga aku nak menghafal sebab kata Kak Boya bila baca depan Oie tak boleh silap. Kalau silap payah nak menjadi. Terkinjat-kinjat aku menghafal. Aku ulang-ulang kasi lancar. Ayatnya tak lah panjang sangat. Tapi sebab ayat jampi serapah, kenalah aku hafal dengan serius. Takut tak menjadi.

Kak Boya sambung lagi sesi pendidikan jampi beliau. Lepas kau ambil aiskrim, tunjuk aiskrim tu depan Oie, sambil tunjuk

Ilmu Jampi Serapah Yang Gampang Punya Hebat

sambil baca jampi yang aku ajar tadi. Bagi Oie dengar ayat-ayat jampi tu.

Belum sempat apa-apa, laju aku berlari terpa ke kedai Oie. Selipar pun aku tak pakai. Senapang kayu aku lempar entah ke mana. Aku dah ada ilmu jampi sekarang. Mesti magik habis ni. Mesti Alan dengan Iyas cemburu sama aku nanti. Hati aku berbunga-bunga.

Sampai di kedai Oie, aku tangkap aiskrim kacang. Duit dalam poket memang lima sen pun haram aku tak bawak. Berdebardebar aku menuju kaunter berjumpa Oie. Dalam hati aku ulangulang jampi yang Kak Boya ajar aku tadi.

Aku pandang Oie. Aku tunjuk aiskrim, baca bismillah dalam hati lalu aku alunkan jampi serapah yang Kak Boya ajar aku. Aku alun penuh keyakinan. Oie jadi macam tersentak lepas aku jampikan dia. Muka dia jadi tak berapa nak percaya. Keliru semacam. Oie hanya angguk-angguk macam orang tengah bercelaru. Mungin dia tak percaya budak kecil macam aku dah memiliki ilmu hebat. Aku keluar kedai sambil pandang Oie takut-takut dia nak mintak duit pula dari aku. Aku memang tak ada duit, aku ada ilmu jampi saja.

Lu balik jalan baik-baik aa kata Oie pada aku penuh ihsan.

Wah! Jampi serapah sudah menjadi!

Habis sebatang aiskrim. Aku ulang semula pergi Kedai Oie. Kali ni aku angkat dua batang aiskrim jenama mahal sikit. Kacang potong tiga, keropok Bon Bon, keropok chikedies, gula-gula sugus, air Fanta hijau pun aku ambil juga. Aku letak semua depan meja kaunter. Tunjuk depan Oie. Syarat jampi aku kena ikut. Sambil tunjuk barang yang kita beli, sambil baca jampi bagi Oie dengar. Aku baca lancar. Oie diam sekejap. Dia macam kena pukau. Tiba-tiba dia bersuara. Lu ambillah lagi apa lu suka. Itu kelopok jagung balu mali. Itu kacang tumbuk pun ada. Ambil lagi banyak-banyak kasi Alan, kasi Iyas makan sama-sama lu. Aku turutkan kemahuan Oie. Nampak gaya Oie dah tunduk dengan jampi serapah aku. Dia dah jadi macam orang bodoh!

Esoknya, aku bawa sekali Alan sama Iyas saksikan ilmu baru aku. Beli aiskrim dan gula-gula tak payah bayar. Barang-barang di Kedai Oie aku perlakukan sesuka hati. Bila terkena saja jampi aku, Oie akan suruh aku ambil barang-barang lain sama. Alan dan Iyas amat kagum dengan kebolehan aku. Tapi aku tak boleh ajar mereka sebab Kak Boya tak bagi aku ajar ilmu tu pada orang lain.

Sejak itu hidup aku berubah dari seorang kanak-kanak marhaein kepada kanak-kanak yang memiliki magik hebat lagi unggul.

NOTA KAKI:

Dah dekat dua puluh dua tahun aku tak amalkan jampi serapah keramat yang hebat tu. Tapi aku tetap ingat jampi tu tak pernah lupa. Tak apalah sebab korang baca buku aku, aku kongsi jugalah sama korang walaupun jampi ni diiktiraf sangat berbahaya oleh ibu aku dulu.

Pandang Oie tunjuk aiskrim sambil alunkan jampi dengan keyakinan...

Oie kira ni berapa Masuk dalam buku tiga lima ibu aku. Nanti

Ilmu Jampi Serapah Yang Gampang Punya Hebat

hujung bulan ibu aku setelkan!

DISCLAIMER

Ilmu magik aku kekal berfungsi dengan baik sebelum ibu aku mansuhkan balik ilmu tu dari diri aku. Kiranya ilmu ibu aku lagi tinggi dari ilmu Kak Boya. Ibu aku kata jangan guna dah jampi tu dekat Oie. Sangat bahaya! Boleh makan diri dan keluarga. Ibu aku juga turut mengamuk pada Kak Boya sebab mengajar aku ilmu bukan-bukan yang amat berbahaya dan mencemaskan beliau. Lepas pada tu, ilmu jampi dah tak menjadi. Oie dah mula geleng kepala, bukan lagi hangguk-hangguk macam selalu. Aku suspect Oie dah guna ilmu lagi hebat yang boleh patahkan ilmu jampi yang aku pakai. Mesti ibu aku yang ajar Oie ni!