SEMBANG TEPI JALAN - 20
7 November 2004 Bagi diriku, muzik adalah luahan, santapan rasa untuk yang ikhlas mendalaminya. Muzik memerlukan tumpuan yang telus dan jujur. Perlu ada rasa 'Cinta' pada muzik dan irama. Selain instrumen bertali seperti Gitar, Sitar, Celo, etc, ada juga alat-alat muzik Gendang dan juga untuk ditiup seperti Seruling, Flute. Perkara paling asas dalam muzik adalah 'rhythm' atau rentak. Bagi mereka yang mempunyai bakat mungkin tidak menjadi masalah kerana rhythm telah sedia ada ada dalam dirinya, bermaksud sudah ditakdirkan tidak semua orang boleh jadi pemuzik, Berbagai-bagai nada boleh dilagukan - dari format 'DO RE MI' sehinggalah ke muzik counting (sebut kiraan) India Raga..SA RE GA MA', Jenis-jenis counting pula ada yang dalam format piawai 4/4,(lagu-lagu popular biasanya menggunakan counting sebegini kerana ianya paling mudah),ada juga 3/4, 6/8, 7/8, 5, 4 dan banyak lagi mengikut kesesuaian konsep muzik yang dimainkan. Seorang pemuzik perlulah memahirkan cara permainannya dengan berlatih. Berlatih dan terus berlatih. Mesti ada rasa cinta pada muzik dan 'semangat'. Berlatih Berlatih sendirian adalah tak digalakan tanpa bimbingan tenaga pengajar, sebal sebab mungkin akan mengakibsinting yang tak konsisten. Masalah akan akan timbul bila bermain dalarrlan. Berdas Berdasarkan pengalaman, kaedakling baik ialah melalui group chord dan ch. dan chord progression dan cara mirar dengan konstan. Bagi yang baru 55 nmla belajar, anda digalakkan bermiila dengan gitar akustik (kapok) atau jenis gitar tong lain. Rasionalnya, sekiranya kita mampu bermain gitar tong, kita tidak akan ada masalah untuk bermain gitar elektrik, klasikal, akustik. Pada dasarnya, mereka adalah tiga jenis gitar yang berlainan. Cara permainan pun berlainan - sebab dari segi bentuknya pun tak sama. Perkara yang paling sukar ialah bagaimana untuk mendapatkan tone atau feel dalam bermain. Ianya niengambil tempoh masa yang lama, perlu banyak bersabar sebab feel itu rasa, dan masing-masing punya rasa yang berbeza. Nikniat rasa pemuzik apabila dia memetik gitar - ada soul- seperti B.B KING, pemain gitar blues terkenal (sebut Living Legend). Aku pernah menghadiri bengkel gitar yang dikendalikan oleh pemain gitar terkenal antarabangsa dari kumpulan CASIOPEA yang berasal dari Jepun. Namanya Issei Norro. Dia ini seorang pemain gitar Fusion Rock yang hebat. Dia amat mengkagumi BB King, sebab dia pernah membuat persembahan dengan BB King. Katanya, "His note is very big." Oleh itu, bagi mendapatkan feel tersebut kita perlu tekun,sama seperti kita belajar Agama, berperingkat-peringkat; ada Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Syariat itu tubuh badan kita, berfungsi untuk fikiran,beribadat dan beramal. Tarikat itu perjalanan kita untuk menuju destinasi yang kita impikan manakala Hakikat itu 'Rasa', ilmu Rasa dari perjalanan menuju ke tempat yang nak dituju dan kita dah yakin dan pasti akan destinasi tersebut. Makrifat itu NYATA lah ia, kita dapat apa yang kita inginkan, Hakkul Yakin, kata Bijak Pandai. Dalam muzik pun jalannya sama, sebab ianya satu aliran atau cabang yang kita pilih, sama ada kita mahu serius atau sebaliknya Ada yang bermain muzik untuk hobi, ada yang untuk suka-suka, ada juga mahu jadikan ia sebagai profesion, masing-masing punya hak. Maka ititlah sebabnya gitaris- gitaris hebat dunia, seperti Steve Vai, John Magglaughin, Michael Hedges atau Robert Fripp (King Crimson) mempunyai soul, spiritualistik, sufistik, mistik, dan surealistik. Ciri-ciri tersebut ada dalam permainan mereka. Nama-nama seperti aku nyatakan adalah kaki meditasi. Cara mereka mengajar lebih menitikberatkan dalaman daripada luaran. Lebih jauh kita pergi, lebih dalamlah kita akan menyelami nikmat Rasa. Bermain muzik tidak perlu tergesa-gesa untuk jadi gitaris yang hebat macam Malmsteen, bagus macam Satriani. Apa yang paling penting ialali dapatkan nada yang betul dan kita enjoy apabila bermain. Tak perlu hipokrit.^'wrt be yourself. Kadang-kadang kita lihat gitaris suka tunjuk lagak dalam permainannya. Sebenarnya mreka itu teruja. Kita boleh agak, dia benar-benar feel atau dia sengaja buat-buat. Bagi aku bagi mereka yang buat-buat, mereka tidak mempunyai nilai. Sungguhpun demikian, ego perlu ada dalam diri kita sebab ego itu hidup tapi harus tapi bagaimana untuk mengawalnya dengan seikhlasnya. Oleh itu, ia akan timbul dengan semulajadi dari jiwa kita sendifj.. Kita perlu sering memberitahu diri kita sendiri bahawa segala kebolehan yang kita ada dalam dunia ni bukan milik kita - semuanya bersifat pinjaman. Kalau kita rasa kita bagus, fikir bahawa ramai lagi yang lebih bagus. Apa yang penting bagi aku adalah dapatkan keihkhlasan dalam bermain, anda akan berjaya. Seni itu pula sesuatu yang berkait rapat dengan Rasa, Halus, NATURAL. Bukan kebendaan, bukan tujuan. Aku bermain gitar sejak tahun 1982 lagi, tapi masih lagi belajar. Masih lagi meinetik gitar setiap waktu. Aku cinta muzik. Aku membesar sebagai manusia melalui muzik, menerusi lirik. Dari situlah aku faham tentang kejujuran, ketidakadilan, keduniaan, keakhiratan, cinta. Bagiku semuanya ' ada dalam muzik