Bedilan demi bedilan yang dilancarkan sudah tidak mampu ditanggung oleh medan daya yang dipancarkan dari Kubah Gemawan. Juwita masih belum mahu menggunakan Pemancar Cik Siti Wan Kembang; biarkan Kubah Gemawan berfungsi dahulu. Namun jujukan bedilan itu tidak langsung menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
Kepulan asap menari-nari di langit tinggi!
Neo-Kuala Lumpur adalah utopia buat neoHuman. Memakmurkan kesamarataan; neo-Kuala Lumpur tidak pernah bergolak secara anthropologikalnya. Umat neo-Human tidak bobrok seperti umat proto-Human dahulu; mereka tidak dipimpin oleh sistem demokrasi yang tercela dan juga tidak mempunyai mana-mana dukungan agama.
Tanpa retorik diskriminasi dan kerencaman pendapat.
Namun tba-tiba sahaja neo-Kuala Lumpur bertukar menjadi baraan api marah, umpama neraka di dalam dongeng Timur Tengah.
Kepulan asap menari-nari di langit tinggi!
Tiga minggu lalu mereka berdua telah bertemu dengan Buhaira. Tindakan mereka untuk membiarkan Razief dijaga oleh nabi proto-Human itu ternyata adalah satu tindakan yang tepat. Kerana mereka berdua tahu, bedilan yang menggila di ruang udara neo-Kuala Lumpur itu sebenarnya tidak datang daripada ancaman hegemoni antarabangsa, bahkan serangan itu disyaki dilakukan oleh Jaafar dari Kompleks Pertahanan itu sendiri!
Kepulan asap menari-nari di langit tinggi. Apa yang hendak ditarikan lagi, wahai kepulan asap
Juwita ...
Kita tunggu di sini sahaja. Ruang makmal ini sudah aku aktifkan kekebalannya. Malah aku sudah merencat kedudukannya supaya tidak dapat dikesan oleh mata sang Cyborg celaka! Ah, ciptaanku juga!
Mereka berpegangan tangan.
Pujangga, aku tidak rasa serangan ini datangnya daripada Kesatuan Israel dan Palestin!
Barangkali....
Biar aku menghubungi Jaafar.
Sistem komunikasi dalaman diaktifkan. Hologram menjelma.
Juwita... Jaafar di hujung sana, tersenyum tenang.
Khabarkan aku tentang jujukan bedilan celaka itu, Laksamana!
Juwita. Kau terlalu sempurna untuk hidup di
dalam dunia yang tempang ini...
Jaafar! Neo-Kuala Lumpur berada di dalam bahaya!
Bahaya Mungkin perasaanmu sahaja, sayangku ...
Pujangga masih berdiam diri; amuk dalam hati.
Celakalah kamu, wahai-
Apa kau tahu Juwita, dunia ini hanyalah sementara. Ah, tentu sahaja kamu tahu akan segala-galanya; bukankah kamu diangkat menjadi Srikandi oleh visual boneka itu!
Jaafar!
Juwita, Pujangga; kamu tahu semua manusia itu dilahirkan jahat. Apa kau fikir, dengan meletakkan bongkah-bongkah besi yang dipacu papan litar, sifat jahat itu terhakis Apa kamu fikir, kamu selayaknya mencatur kami, Juwita...
Hentikan bedilan ini!
Atau apa Juwita Atau anak tunggalmu di Dataran Pembebasan itu akan datang menuntut bela Hahaha ... kalian perempuan-perempuan tua, hanya perlu duduk-duduk minum petang sahaja! Aku akan menjadi Tuan Pemerintah yang lebih baik untuk kamu semua. Bukankah begitu, wahai Pujangga ku
Celaka!!!
Pujangga melontarkan tongkatnya, membelah imejan hologram dan meremukkan komunikasi mereka dengan Jaafar. Hati tuanya meraung amuk; ingin disiat-siat kulit Jaafar seperti mana dia pernah menyiat kulit sebilangan ulama proto-Human suatu ketika dahulu. Tongkatnya tercampak jauh sebelum dikutip kembali oleh sepuluh orang pemuda yang sedia berpagar nyawa demi melindungi srikandi berdua itu.
Kepulan asap masih menari-nari di langit tinggi!
Jaafar, apa kamu sudah gila; memberontak sedang negara dilanda ancaman!
Dunia ini terlalu sakit untuk hidup aman dan damai. Malah aman damai itu sekadar fantasi falasi, sedang kita semua ini diperintah oleh sebuah program yang tidak mampu dizahirkan secara fizikal. Atau apa kamu sebenarnya Tuan Pemerintah, Mama Juwita!
Tergamak kamu-
Dunia ini akan menjadi lebih aman jika aku yang berkuasa, Juwita! Apa kamu ingin menafikan kekejaman Tuan Pemerintah yang menafikan semua kebaikan Memanglah sejarah itu ditulis oleh tangan-tangan pihak yang menang! Kamu ingat, apa yang kamu baca selama ini, sehingga hampir ke pengakhiran ini, benar-benar berlaku Apa kamu percaya kita ini sebenarnya wujud! Atau kita ini hanya satu program di dalam satu perisian Atau apa kita ini hanya satu mimpi oleh manusia biasa Atau kita ini hanya satu virus kecil yang memecut di litar elektrik pada papan supercomputer Apa ini semua hanyalah sebuah kerja tekun dan fantasi sang penulis gila yang insomniac pada bulan puasa Apa kita semua ini percaturan Tuhan yang entahkan ada entahkan tidak Apa semua ini benar-benar terjadi Apa semua ini realiti Apa itu realiti Atau kita ini hanya sebuah mesin akal yang pintar Atau kita ini hanya ramalan sang manusia biasa Atau kita semua ini sudah mati dan dihidupkan semula Apa semua ini Juwita Dan kamu sendiri tidak punya kunci untuk membuka pintu jawapan kepada persoalan
yang kamu sendiri tanyakan!
Kepulan asap masih menari-nari di langit tinggi!
Bedilan terakhir itu berjaya juga akhirnya menembusi Singgahsana Tuan Pemerintah walaupun telah dikebalkan oleh pengawal keselamatan. Bedilan Siberion yang dicipta oleh Jepun itu mencarik urat logam pada singgahsana, meluluhkan kesucian tempat bersemayam Tuan Pemerintah. Namun nyatanya Tuan Pemerintah masih hilang!
Tahulah Pujangga bahawa Jaafar tidak berseorangan ; Maharani Matsui dari Kesatuan Jepun Raya (KeJeRa) selama ini membantunya untuk menyerang hendap dan melakukan pemberontakan dalaman di neo-Kuala Lumpur. Dinding makmal itu juga mula bergegar. Mereka tidak punya banyak masa. Dan Juwita masih terkesima akan perang saraf yang dilontar Laksamana Jaafar sebentar tadi. Tiba-tiba sinar matanya bernyala; tajam. Dia berdiri tegak memberikan arahan di dalam makmalnya; selayaknya seperti seorang penguasa unggul sebuah empayar.
Cohedron, aktifkan air-car.
Kebalkan air-car kami. Tegas Juwita memberi arahan.
Aktifkan peranti halimunan dan medan pelindung daya serangan!
Pujangga sudah mula berjalan di hadapan Juwita untuk mendapatkan air-car itu, sedang Juwita masih lagi berjalan di belakang Pujangga, melambakkan arahan demi arahan kepada Cohedron.
Aktifkan sistem anti-buka!
Lokasi: Dataran Pembebasan!
Aktifkan penerbangan megasonic luar radar!
Aktifkan rekognisi suara!
Pujangga yang berjalan di hadapan Juwita, tiba-tiba rebah ditolak kasar!
Terduduk Tinta Pujangga di dalam air-car yang bakal dipacu Cohedron. Dia kaget diserang sebegitu rupa oleh Mama Juwita, dan belum pun sempat dia bertindak-balas, Juwita terus memberikan arahan kepada Cohedronnya.
Aktifkan kekunci pintar.
Demi galaksi yang tidak berpencipta ini;
bergeraklah wahai Cohedron!!!
Dari luar kaca jendela air-car, kelihatan Tinta Pujangga menjerit-jerit supaya mama Juwita turut ikut serta. Sanggul yang tadinya tersisir rapi, kini sudah lolos; menguraikan alunan rambutnya yang hitam menawan. Ada satu sungai yang mengalir, tersudut di hujung kelopak mata Pujangga. Srikandi tua itu tidak henti-henti mengetuk jendela aircar, sebelum Cohedron secara automatik membawanya berlepas ke Dataran Pembebasan. Mata mereka tertancap. Pujangga masih berhempas-pulas untuk memberhentikan air-car; ingin mengajak Juwita bersamanya, namun sudah gagal kerana dibawa air-car yang membelah langit neo-Kuala Lumpur yang kini rancak ditari oleh kepulan-kepulan asap bergentayang.
Juwita!!!
Juwita senyum. Perjuangan masih belum selesai; seperti Tun M pula getusnya!
***
Sudah hampir tiba Bulan Puasa, menurut Buhaira.
Fikirnya, Alif Lam Lam Ha telah mencanting malam itu dengan hujanan meteorit yang tiba-tiba memagari bulan yang terang benderang. Bintang-bintang dan extraterrestrial earth yang didiami oleh kesatuan Amerika dan Rusia juga mengerlip perlahan, seolah-olah suatu tanda komunikasi dengan bumi kuno yang semakin sakit ini. Buhaira membelai janggutnya yang terbuai dimanjai bayu malam.
Sudah hampir tiba Bulan Puasa, menurut Buhaira.
Isaiah yang sudah tertidur disebelahnya diselimutkan. Salju juga bakal turun beberapa minggu lagi. Aruhan medan elektromagnetik bumi juga sudah tidak stabil, masakan langit beraurora dan berhujan meteorit dan juga berbintangan, wujud secara saksama Atau itu tanda Tuhan ingin bermesra dengan manusia Apa Juwita masih lagi menyimpan Kalam Tuhan atau hanya sudah menjadi abu berhamburan seperti mana yang telah dilakukan oleh Laksama Jaafar suatu ketika dahulu Dunia ini sudah tenat, namun hampir seratus tahun dihadap, tiada juga akhirnya zaman.
Sudah hampir tiba Bulan Puasa, menurut Buhaira.
Haa.. OMG apa ni
Bukalah...
Borhan... but ... but ....
Borhan melutut. Pengunjung di kafe telah mula tersenyum, meraikan.
Nora, I love you even before I know you. And I tak nak kehilangan you lagi. And this time, I nak kita berdua sama-sama-
You sanggup tunggu I selama ni
Even if it takes hundred years, Nora
Borhan...
Nora, will you marry me
Sudah hampir tiba Bulan Puasa, menurut Buhaira.