ke bawah bumi
kaupaksa semua kejora
kepadamu menghamba diri
aku memilih diam sebagai teman
saat kausemadikan bulan
tanpa pacak nisan
kau bakar gemawan damai
hingga tangis langit renyai
aku jadikan senyap sebagai kawan.
kau keldai lemah
jangan berani mara membantah!
sila kau pula diam dan senyap
bila aku meringkik kencang
turun ke kuburan
mantera sakti berkumandang
terbangunlah bulan
jangan takut
kerana aku dan bulan
bukan pengecut!
Elegan, Legasi Oakheart, 2012