Fikirannya menerawang. Sudah sembilan bulan dia berpindah ke rumah Kathy. Sembilan bulan yang lalu adalah petaka buat dirinya. Dia tidak boleh dan tidak akan melupakan malam durjana itu.
Malam yang penuh sembilu yang menghiris-hiris perasaannya. Sejak malam itu hatinya sentiasa dibalut dendam dan pilu. Dia bukan hanya berdendam pada Murad. Bahkan dia beranggapan lelaki 134
semuanya sama. Pandai mengambil kesempatan daripada kelemahan insan sejenisnya.
Sejak Ayu tinggal serumah dengan Kathy, fikirannya agak tenang. Tetapi tidak setenang air di tasik, kerana kadang-kadang peristiwa itu datang juga mengasak. Acapkali apabila dia mengenangkan peristiwa itu dia akan menangis sendirian. Namun tiada seorang pun tahu akan penderitaannya.
Hanya Murad. Ya, hanya Murad bekas tunangnya itu. Selepas Datuk Megat dan keluarganya pulang dari percutian, Ayu terus mendesak ibunya memutuskan tali pertunangan itu tanpa memberi alasan. Bagi Ayu biar semua orang menuduhnya curang.
Biar semua orang menuduhnya kacang lupakan kulit. Tetapi Murad tahu hakikat sebenarnya. Walaupun keputusan itu tergesa-gesa dan menyusahkan semua pihak, namun, tiada jalan lain. Dia sendiri akur kalau apa-apa terjadi hasil daripada kebuasan Murad, orang akan menuduhnya jahat dan sebagainya.
Ayu juga tahu, betapa pilunya hati Aton dan Neng Jenab akan tindakannya itu. Ayu juga tahu betapa pilunya hati Murad. Namun, jika dibuat perbandingan, pilu lagi derita yang ditanggungnya. Tunang yang diharapkan menjadi benteng telah menjadi pemusnah.
Tanpa sedar Ayu telah terlcna. Dia terbangun apabila dikejutkan oleh ketukan pintu rumahnya. Dia bergegas bangun dan membukanya. Kathy teman serumahnya telah pulang dari bertugas. Sambil melayan badan yang penat Ayu menuju ke biliknya. Dicapainya tuala, dia terus ke bilik air.
NENG JENAB mengelamun, menghayun kerusi malas kegemaran arwah suaminya. Matanya tertumpu 135
ke langit luas, menatap bintang-bintang yang bertaburan indah bak berlian yang berkerdipan.
Namun di sudut hati tuanya, warna suram memenuhi dada, tidak seindah bintang yang terang. Alangkah bagus jika dia mampu memetik suis lalu memadamkan kerlipan bintang di langit agar manusia tahu bahawa hatinya sedang bergelora.
Aton muncul di muka pintu, turut mendongak ke langit.
Kamu tak tanya ke, kenapa Si Ayu tu beriya-iya sangat nak putus tunang
Entahlah mak, Aton sendiri tak mengerti! Entah-entah dia dah ada orang lain tak. Hi... malu betul aku dengan mak Si Murad tu! Elok-elok kita bersaudara, sekarang ni dah macam musuh! Aton tunduk. Dia akui kebenaran kata ibunya. Dia sendiri tidak mengerti dengan sikap Ayu yang memberontak agar pertunangan segera diputuskan sembilan bulan lalu. Dia tidak tahu kenapa, kerana Ayu tidak memberitahu sebabnya.
Bila Ayu cuti
Tak taulah mak! Kata Ayu... kerja dia tak ikut masa. Siang, malam, kadang-kadang subuh! Begitulah kata Ayu. Kerja di awan biru sungguh menyeronokkan tetapi apabila terlalu lama agak membosankan. Sudah hampir sembilan bulan Ayu bertugas, dan hampir seusia dengan tarikh putus tunang. Murad pula, dengar khabarnya telah pun berangkat ke London. Antara keluarga Murad dan Ayu, kerenggangan sedang mengisi gara-gara putus tunang.
Berita terakhir yang diterima oleh Aton mengenai Ayu, bahawa dia akan dipromosi ke sesi penerbangan antarabangsa. Khabarnya, Ayu diberi cuti seminggu 136
sebelum menduduki kursus lanjulan.
Sehari dua ni... Ayu akan balik! Aton memecah sepi.
Balik Neng Jenab memaling menatap wajah Aton.
Ya mak! Ayu diberi cuti seminggu sebelum ambil kursus lanjutan!
Oh.... Neng Jenab sekadar mengangguk.
Keadaan menjadi sepi semula. Aton mengerti, ibunya tidak puas hati dengan keputusan Ayu untuk memutuskan pertunangan. Malah, walaupun sudah hampir sembilan bulan peristiwa itu berlaku, ibunya masih tetap membangkitkan perkara itu. Dia juga menyalahkan Ayu dan ternyata tidak menyenangi tindakan cucunya itu.
MENTARI petang menjelang - melempar cahayanya yang lembut dan Ayu melangkah tenang memasuki kawasan laman.
Mak... Ayu balik! Aton terpekik riang apabila tubuh anaknya tersembul di muka pintu.
Nah... ada sikit buah tangan untuk mak dan nenek! Ayu menghulurkan beberapa bungkusan yang berbalut rapi.
Neng Jenab keluar, menjeling sepi ke dalam anak mata Ayu. Tiada lagi suasana ceria seperti dulu. Ti-ada lagi pelukan hangat pelepas rindu. Neng Jenab ternyata dingin.
Mak... kenapa nenek diam saja, langsung tak tegur Ayu macam dulu!
Mak pun tak tau, kau tanyalah sendiri!
Ayu mengeluh, hatinya terasa dibuang, melangkah ke arah bilik neneknya. Neng Jenab duduk, warna sepi berbunga pada wajah dan Ayu merapati lalu 137
duduk di sisi tubuh tua itu. Diurutnya rambut Neng Jenab penuh kasih.
Nek... kenapa ni Nenek marahkan Ayu ke Tak... nenek tak marah! Neng Jenab tidak menoleh terns mengangkat punggung.
Ada darah mengalir di hati, melukakan perasaannya yang halus. Ayu tidak berputus asa, bingkas mengekori neneknya.
Nek... cakaplah dengan Ayu... jangan buat Ayu macam ni! Kenapa nenek marah sangat! Nenek tak marah! Suara tua itu kedengaran tinggi dan tubuh tua itu pergi menjauh.
Ayu meredupkan mata, ada sinar berkaca yang bening lambang kedukaan. Tanpa disedari, Aton muncul di sisi mengusap manja anak rambut Ayu yang kusut.
Mak... takkanlah nenek begitu membenci! Entahlah... tapi nenek selalu mengungkit tentang putus tunang!
Takkanlah kerana putus tunang, Ayu begitu dibenci!
Begitulah hati tua Neng Jenab, yang luluh gara-gara gagalnya perhubungan Murad dan Ayu.
AYU tidak betah lagi tinggal di sini. Terasa bagai anak terbuang. Dirinya bagai disisih, tidak lagi bertegur sapa dengan neneknya.
Kalau adapun, yang menghibur hati hanyalah pondok usang di belakang rumah. Di sinilah Ayu menghabiskan masa, tidur, bercanda, dan berbual dengan labah-labah temannya.
Bukankah elok kalau kalian sentiasa dapat bersamaku dan tidaklah aku kesunyian lagi!
Ayu bingkas, berdiri di jenang tingkap yang kecil 138
sambil melontar pandangan. Lima hari di desa bagaikan lima tahun penuh seksa. Kalau dulu, sebulan di desa bagaikan sehari sahaja. Kini, segala-galanya berubah.
Dia tidak betah lagi untuk lebih lama di sini lalu mengambil keputusan untuk pulang ke KL.
Ayu turun ke laman, bergegas ke dalam rumah dan terus mengemas pakaian. Segala-galanya beres lalu dia terus mencari Aton di dapur.
Mak... Ayu pulang dulu ya! Kalau nenek dah terlalu bencikan Ayu, apa boleh buat! Sampaikan saja salam Ayu pada nenek dan cakap kat nenek Ayu sayangkan dia... okey mak
Aton terpaku, tidak dapat berkata apa-apa cuma melihat Ayu turun ke laman. Akhir sekali kelibat anaknya hilang menjauh.
Neng Jenab kelu sendirian. Mata yang berkaca sebentar tadi telah merebahkan air bening. Tidak dapat ditahan kepiluan hati mendengarkan kata-kata Ayu. Hatinya pecah, merobekkan sekujur tubuh tua yang tidak lagi malu untuk menangis. Neng Jenab bergegas keluar, ingin mendakap cucunya.
Aton... mana Ayu
Aton hanya membisu.
Sudah berangkatkah dia
Sudah mak... baru saja dia pergi!
Neng Jenab semakin pilu.
Ayu kirim salam!
Waalaikumussalam! Air bening jatuh lagi. Kali ini dia benar-benar berasa pilu. Aton... bila agaknya Si Ayu tu balik kampung lagi
Entahlah mak... mungkin sebulan dua lagi.. itu pun kalau dapat cuti panjang!
Wajah Neng Jenab semakin layu....139