Juga, perlindungan insurans untuk bencana alam selalunya berada pada kadar premium (mahal) dan tak semua industri sediakan perlindungan sebegitu. Ada yang provide, ada yang tak provide. Which, ada consumer yang ambil, ada juga yang tak ambil.
Darurat, kalau ditengok daripada aspek perlindungan perniagaan, kebanyakan insurans ada exclusion coverage untuk darurat, Atau dalam sesetengah industri mengguna pakai istilah Force Majeure. Benar, apa-apa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh darurat, insurans tak cover punya. Namun harus diingat....tuntutan insurans mestilah dirujuk pada tarikh berlakunya kerosakan/kemusnahan, dan bukan selepas tarikh pengisytiharan darurat.
Maksudnya di sini, kalau api turun dari langit dan membakar 1000 buah kampung kelmarin, lalu esoknya datang deklarasi darurat, maka orang kampung masih boleh claim insurans kebakaran rumah sebab tragedi tu jadi sebelum darurat dan bukan dalam tempoh masa darurat.
Faham tak ni
Okey berbalik pada Takaful yang korang ada tu, (walaupun aku tau ramai belum ada tapi purapura ada dan dia lah paling risau bertanya ke hulu ke hilir cover ke tidak, cover ke tidak Macam lah aku tak tau).
Takaful hayat dia tetap cover Walaupun keadaan bencana da darurat. Tapi, tengok pula pada bentuk darurat. Kalau negara berada dalam kencah perang teluk, atau urusan domestik politik Ekonomi semua kucar kacir sampai menyebabkan tadbir urus negara lumpuh, struktur sosial yang governed by law and order dah bertukar menjadi anarki, rakyat merusuh dan kacau bilau, tiada kawalan undang-undang, ha, darurat yang jenis ni Memang tak ada apa benda yang boleh cover.
Untuk kes darurat yang kita borak dalam 1-2 hari ni, kalau isytihar pun polisi hayat Takaful tetap Jalan macam biasa.
Jadi kesimpulannya, untuk rakyat jelata, ambil lah Takaful.
Manakala untuk pemimpin pula, jadilah pemimpin yang tangkas bertindak dalam menangani kemelut domestik dan jangan semberono meletakkan ejen Takaful macam aku ni sebagai sasaran kecaman rakyat.