Melihat kelibat ayahnya sedang bercakap-cakap dengan Joshua dan Umar serta dua orang detektif berpakaian biasa, dia segera menghampiri kumpulan lelaki itu.
Kenapa ni Tanya Filman ingin tahu. Lelaki-lelaki itu segera menoleh ke arahnya.
Mana Danira Bukan dia balik dengan kau Soal Joshua hairan.
Dia ada hal. Kejap lagi dia datang. Tapi apahal ni
Pihak polis sedang mengesan salah seorang suspek dalam kes ni. Kami syaki dia menjadi dalang dalam pembunuhan Datuk Kahirul. Kami perlu dapatkan bantuan Danira untuk mengecam suspek tu. Ujar Joshua.
Tapi kau kata semua orang-orang Datuk Kahirul dah ditangkap. Gumam Filman dengan suara meninggi.
Bukan semua, masih ada seorang yang mesti kita buru sampai dapat. Menurut maklumat dari Cobe, Datuk Kahirul ada seorang perempuan simpanan yang sering menjadi mastermind dalam segala aktiviti-aktiviti haram yang dijalankannya. Perempuan ni bijak memanipulasi dan memperdayakan orang. Namanya Zaharah. Sampuk Umar.
Dahi Filman berkerut sejenak. Pelik! Perempuan yang jumpa Danira tadi, namanya juga Zaharah. Ujar Filman perlahan.
Umar dan Joshua saling berpandangan sesama sendiri. Dahi Tengku Amar turut berkerut mendengarnya. Melihat dirinya menjadi panahan mata-mata lelaki itu, Filman mula memahami sesuatu. Dadanya berdebar-debar.
Wait, takkan perempuan tadi tu Dia gugup.
Mana mereka pergi Filman Umar bertanya dengan nada keras. Wajah Joshua juga bertukar resah. Filman menelan liur berkali-kali. Ya Allah, apa yang dah aku buat kali ini
Sudah puas dia menyelongkar barang-barang di rumah itu, namun dia tidak menemui apa-apa rantai yang menjadi kepunyaan Zaharah. Kalau ada pun, tentu ia sudah dikebas isteri pak ciknya Musliha. Begitulah hati Danira terdetik. Dia keluar dari bilik tidur lama ibunya untuk mencari Zaharah.
Aunty Ara, aunty kat mana Laung Danira. Namun panggilannya tidak bersahut. Dia turun dari tingkat bawah, namun hidungnya segera terhidu bau enak yang menjamah rongga hidung. Dia segera melangkah ke arah dapur. Melihat Zaharah sedang memasak sesuatu, dia tergaman.
Aunty buat apa ni Soal Danira bingung.
Nira tak nampak aunty buat apa Aunty sedang memasak untuk Nira. Nira tentu lapar kan Kita makan dulu ya. Wanita itu tersenyum sambil menyambung tugasnya yang tergendala sebentar tadi.
Err aunty, Nira dah cari rantai tu tapi masih tak jumpa. Nira rasa Mak Long Nira tentu dah ambil rantai tu. Ujar Danira.
Biarkan aje. Aunty tak kisah pun. Kita makan dulu ya sayang. Aunty masak nasi goreng ni khas untuk Nira. Pujuk Zaharah.
Sepinggan nasi goreng yang masih panas berasap diletakkan di atas meja di hadapan gadis itu. Terkelip-kelip Danira memerhatikan nasi goreng itu.
Jamahlah sikit nasi goreng tu. Pelawa Zaharah.
Nira tak lapar aunty, tak apa aunty makanlah. Nira nak pergi call Filman sekejap. Danira mahu beredar dari situ.
Aku kata duduk! Tengking Zaharah tiba-tiba.
Danira tersentak. Darahnya tiba-tiba berderau. Entah kenapa, dia merasa ada yang aneh dengan kelakuan Zaharah kali ini. Nada suara wanita itu benar-benar berbeza dari dulu.
Duduk dan makan nasi goreng tu. Susah payah aku masak untuk kau dan kau nak pergi macam tu aje Jerkah Zaharah dengan wajah berang. Panggilan lembutnya turut bertukar nada.
Hendak tak hendak Danira segera duduk menghadap pinggan nasi goreng di hadapannya. Kelopak matanya berair sedikit. Dia tidak mengerti kenapa sikap Zaharah tiba-tiba berubah.
Zaharah tiba-tiba ketawa besar. Macam tulah sayang aunty. Aunty nak Nira makan nasi goreng tu. Tapi sebelum tu kita campur perasa sikit, takut nasi goreng tu tak sedap. Tak disangka-sangka Zaharah mencurahkan sesuatu ke atas pinggan nasi goreng di hadapan Danira. Danira tersentak. Dia nampak jelas bekas berisi serbuk putih di tangan Zaharah.
Ra..racun. Kenapa Ke..kenapa aunty nak bunuh Nira Tergagap-gagap dia menyoal wanita itu. Zaharah hanya tersenyum memandangnya.
Aunty memang tak nak bunuh Nira sayang. Tapi Nira dan Naufal dah banyak susahkan aunty. Aunty tak boleh biarkan Nira hidup lagi. Bukankah lebih baik Nira mati macam umi Nira Macam ayah Nira dan macam Naufal Tutur Zaharah tenang.
Danira bingung. Macam mana Zaharah yang dipercayainya sepenuh hati selama ini bertukar menjadi menakutkan seperti sekarang
Kenapa aunty buat Nira macam ni Apa salah Nira
Kau memang tak salah apa-apa. Umi kau yang salah. Kami berdua sama-sama wanita yang bekerja dengan Datuk Kahirul. Tapi selepas dia datang, perhatian Datuk Kahirul pada aku tertumpu pada umi kau.
bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Zaharah sanggup untuk membunuh Danira Adakah dia ingin membalas dendam