Mencari Kiblat Cinta - 201
Dia cuba rampas tempat aku. Tapi mujurlah aku cerdik dan pandai dalam perniagaan. Lelaki tu tak boleh buang aku macam tu aje. Selagi dia perlukan aku, selagi itu dia akan layan aku dengan baik.

Selepas umi kau diarahkan agar mendekati ayah kau dan bercinta dengannya, aku mula masuk dalam hidupnya. Berpura-pura seorang kawan yang baik hati. Tapi tugas aku cukup mudah. Aku mesti mengawasi Zahlia agar dia ikut arahan bila diperlukan. Tapi umi kau lebih bodoh dari apa yang aku sangkakan. Dia mulai mencintai ayah kau dan enggan bantu kami lagi. Kalau bukan sebab aku, sudah lama kamu semua dihapuskan. Gumam Zaharah.

******

Danira tersentak. Rupa-rupanya selama ini Zaharah adalah api dalam sekam. Musuh dalam selimut yang keluar masuk dalam hidup mereka. Dan wanita itu ada kaitan dengan Datuk Kahirul yang mengarahkan ayahnya dibunuh. Ya Allah!

Nira benar-benar tak sangka aunty orang begini. Nira sangka aunty ikhlas tolong kami selama ini.

Ikhlas kau kata Huhuntuk pengetahuan kau, aku menyampah setiap kali aku tengok umi kau yang gila tu. Aku menyampah tengok kamu dua beradik. Tapi selagi kau berguna untuk aku, aku akan biarkan kamu hidup. Tapi bila umi kau semakin gila, dia sudah tidak bererti apa-apa lagi pada kami. Kami boleh biarkan sahaja dia hidup sebab dengan gila dia tu, dia takkan mampu membongkar kegiatan kami pada pihak polis. Tapi aku tak mahu. Aku lebih suka tengok dia mampus agar permainan ini lebih menarik. Bisik Zaharah sambil ketawa kecil.

Danira terpegun. Kata-kata Zaharah mengingatkan dia pada sesuatu. Kata-kata Cobe dan penafian Faruk tempoh hari terang-terangan menunjukkan kedua-duanya tidak tahu apa-apa berkenaan kematian ibunya. Matanya beredar ke wajah Zaharah. Renungannya melata di wajah wanita itu. Tubuhnya bergetar bila mengenangkan perkara yang bermain di mindanya. Mungkinkah kematian ibunya ada kaitan dengan wanita itu

Beritahu Nira, aunty. Apakah aunty sebenarnya yang tolak umi jatuh dari bangunan tu tempoh hari Suara Danira bergetar hiba.

Zaharah berpaling ke arahnya lalu tersenyum. Hebat kan Tapi sumpah aku tak bermaksud nak tolak dia di hadapan kau. Kebetulan kau lalu kat situ dan menyaksikan semuanya. Aku hairan kenapa kau masih tak gila macam umi kau bila berhadapan dengan kejadian macam tu Nira.

Dada Danira berombak kencang. Nafasnya bergetar mendengar kata-kata Zaharah yang kasar dan tak berperi kemanusiaan. Kenapa wanita itu mendendami keluarganya sampai begitu sekali

Selama ini aku tak pernah tinggalkan Malaysia. Aku masih di sini. Suami yang aku tinggalkan di New Zealand tu sebenarnya tak wujud pun. Ia hanya untuk mengelabui mata kau supaya kau percaya bulat-bulat pada aku.

Kenapa aunty sanggup buat macam ni pada Nira

Bila kau dipenjarakan tempohari, aku memang nak biarkan kau saja. Biar kau merempat dalam penjara tu. Tapi diam-diam Cobe dan orang-orangnya tolong kau. Tak cukup dengan itu, kau dan adik kau buat organisasi kami huru-hara. Mednex Laboratories dah disita, begitu juga dengan semua aset-aset di atas nama Datuk Kahirul. Emas yang sepatutnya jadi milik aku dah dirampas pihak berkuasa. Kau dan adik kau yang dah mati tu, buat aku kehilangan segala-galanya. Getus Zaharah kasar.

Danira bangun dari kerusi yang didudukinya. Matanya menjamah tajam ke wajah Zaharah yang menyinga. Aunty yang dah gila sebenarnya. Nira takkan biarkan aunty buat sesuka hati aunty lagi. Tak disangka-sangka Danira mencapai pinggan nasi di hadapannya lalu dicampak ke arah Zaharah.

Zaharah berjaya mengelak. Sebaik dia menoleh, Danira sudah melarikan diri ke arah pintu utama. Dia dapat mendengar Danira cuba membuka pintu yang sudah dikuncinya sejak awal-awal lagi. Dia benar-benar geram bila mengetahui emas-emas milik Mr. Kay yang mahu diseludup keluar ditemui pihak polis di pelabuhan. Sia-sia sahaja dia menembak mati lelaki itu di atas bot dan menghumban lelaki itu di lautan. Sangkanya semua tindakannya akan membuatkan dia kaya raya tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Zaharah mendengus kasar. Dia segera mencapai pisau pemotong daging di atas meja. Kali ini dia nekad, gadis itu harus dihapuskannya. Dia meluru ke hadapan, namun kelibat Danira sudah menghilang.

Nira ke mana sayang Aunty main-main saja tadi, keluarlah sayang. Pujuknya sambil matanya meneliti setiap tempat itu. Merenung setiap inci ruang yang boleh dijadikan tempat persembunyian.

Memang aunty yang bunuh umi Nira, tapi aunty benar-benar sayangkan Nira tau. Aunty takkan bunuh Nira kalau Nira keluar. Pujuknya lagi. Tiba-tiba dia mengundur selangkah dia. Matanya dengan cepat menangkap bayang sesusuk tubuh yang sedang bersembunyi di belakang almari sederhana besar di tepi sudut. Bibirnya dengan cepat tersenyum. Jumpa juga akhirnya!

bersambung

Bab akan datang:

Benarlah seperti yang Zaharah katakan dia yang bunuh ibu Danira