Danira muncul di hadapannya seraya tercegat memandangnya.
Nira..to..tolong aunty Nira. Tolong keluarkan aunty. Rayunya pada anak gadis itu. Namun Danira hanya tercegat memerhatikannya tanpa sebarang reaksi. Di luar, bunyi siren kereta peronda polis lantang kedengaran. Zaharah semakin cemas. Dia tak boleh ditangkap polis kali ini. Dia harus membebaskan dirinya.
Please..Nira. Tolong aunty. Aunty janji aunty akan pergi dari sini dan takkan ganggu Nira lagi. Rayu Zaharah berkali-kali.
Selepas apa yang aunty lakukan, aunty masih tak malu mahu meminta pertolongan Nira Manusia jenis apa aunty ni Umi anggap aunty benar-benar kawan baiknya selama ini. Tapi aunty khianati kami sampai begini. Tak cukup dengan itu, aunty bunuh umi dan cuba bunuh Nira hari ni. Dan aunty ingat Nira nak mengalah macam tu aje Hidup dalam penjara dah mengajar Nira untuk jaga diri sendiri dari jenis orang macam aunty ni. Sekarang aunty tunggu ajelah hukuman penjara seumur hidup tu. Ia lebih sesuai untuk aunty berbanding Nira. Getus Danira lalu beredar meninggalkan wanita itu yang menjerit-jerit memanggil namanya.
******
Pintu hadapan sudah pun dipecahkan beberapa orang anggota polis yang menerpa masuk dari luar. Dia segera mengisyaratkan sesuatu pada anggota polis tersebut yang segera faham lalu menuju ke arah Zaharah yang masih ditimpa almari besar itu.
Nira! Namanya diseru seseorang. Dia segera menoleh lalu terpandang kelibat Filman dan Joshua yang sama-sama berlari ke arahnya. Bibirnya melepaskan senyuman hambar pada kedua-dua lelaki itu. Tapi sejurus dia mengalihkan pandangan, dia melihat seperti ada seseorang sedang tercegat memerhatikannya dari suatu arah. Sedang tersenyum memandangnya! Danira terpaku tanpa disedari. Naufal!
Sejurus seorang anggota polis melintas di hadapannya, kelibat Naufal segera menghilang. Namun entah kenapa dia seakan-akan dapat mendengar bisikan Naufal di telinganya.
Semuanya dah berakhir kakak. Sekarang kakak harus hidup untuk diri kakak. Lupakan segala-galanya, dan cintailah seseorang yang akan mencintai kakak dengan setulus hatinya.
Danira menutup kelopak matanya. Cuba merasai kehadiran Naufal sekali lagi, Dia menyakini hatinya bahawa adiknya tidak pernah hilang dari sisinya. Kerana itu Naufal muncul di pandangan matanya.
Sentuhan lembut menjamah kedua-dua bahunya. Dia segera membuka matanya. Melihat kelibat Filman yang cemas di hadapannya, dia segera tersenyum.
Nira tak apa-apa kan Maaf, saya tak tahu siapa sebenarnya perempuan tu. Mujur tak ada apa-apa yang buruk berlaku. Ujar Filman gelisah.
Filman..
Lain kali ingatkan saya supaya tak lepaskan Nira di tangan orang tak dikenali. Saya tak boleh maafkan diri saya kalau apa-apa yang buruk me.
Filman, saya cintakan awak. Pintas Danira sebelum lelaki itu terus mengguman sesuatu lagi. Kali ini Filman terkedu. Bulat matanya meratah wajah di hadapannya.
Apa Soalnya dengan wajah bingung.
Saya cintakan awak Filman. Saya nak hidup bahagia seperti yang Naufal mahukan. Saya percaya dia akan tenang di sana kalau saya bahagia di sini. Dan sekarang, satu-satunya kebahagiaan saya adalah awak dan Melly. Bisik Danira malu-malu. Entah kenapa dia yakin dengan keputusannya kali ini. Dia harus merebut kebahagiannya sendiri kali ini.
Senyuman Filman muncul di pinggir bibir. Dia hampir tidak percaya dengan apa yang didengarinya dari mulut Danira, namun hatinya kian berbunga di dalam. Dia yakin dia mampu membahagiakan Danira seperti yang Aliff mahukan. Kami akan bahagia Aliff! Abang akan bahagiakan kakak Aliff! Bisik Filman yakin.
Joshua hanya mampu mendengar perbualan kedua-duanya dengan wajah muram. Suka atau tidak dia harus melepaskan gadis itu sekarang. Apatah lagi dia tahu siapa yang Danira cintai. Kalau Filman yang Danira pilih, dia akan memberikan restunya. Diam-diam dia menapak keluar, meninggalkan kedua-duanya. Dari jauh sebuah Mercedez Benz berhenti di luar pagar rumah itu. Evelyn keluar dari perut kereta lalu mendapatkan Joshua yang terpinga-pinga memerhatikannya.
Josh, you tak apa-apa Danira okey ke Soal Evelyn dengan wajah cemas.
Mendengar pertanyaan wanita itu, Joshua tersenyum lebar. Kepalanya digelengkan tanda segala-galanya sudah selesai. Tanpa disedari jari-jemarinya sudah memaut tangan Evelyn, menghelanya ke arah keretanya sendiri yang diparkir tidak jauh dari sebuah kereta peronda polis. Evelyn tercengang-cengang melihat reaksi Joshua.
Kita nak ke mana Josh Soal Evelyn hairan.
Temankan I dinner malam ni Perut I lapar sangat macam tak makan seminggu. Pinta Joshua seraya tersenyum. Pintu di sebelah tempat duduk pemandu dibukakan untuk Evelyn yang masih jua kelihatan bingung.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah percintaan mereka direstui keluarga