Majlis tahlil malam itu berlangsung dalam suasana lancar. Meskipun insiden petang tadi telah membuatkan semua orang cemas, tapi segalanya telah berakhir. Danira selamat. Hanya itu yang Filman mahukan. Seperti yang dimahukan ibunya dia membawa Danira ke rumahnya.
Gadis itu duduk di suatu sudut, lengkap berpakaian kurung dan bertudung putih milik adiknya Najla. Ada surah Yassin di tangan gadis itu. Mulutnya pula tidak pernah berhenti membaca surah Yassin buat disedekahkan kepada arwah Aliff aka Naufal yang penting di hati mereka semua.
Sesekali dilihatnya Danira menyeka airmata di penjuru pipi. Dia mengeluh panjang. Dia tahu betapa kuatnya Danira berusaha untuk menahan diri dari menumpahkan airmata. Hanya dia yang tahu itu!
Tidak jauh dari Danira, dia melihat kelibat Mak Minah dan ibunya sedang bercakap-cakap. Najla pula duduk agak jauh dari orang lain. Filman tahu, sejak kematian Aliff, belum sekalipun adiknya itu bersuara. Wajah Najla sembab dan lesu. Senyuman Najla yang dahulu cerita kini tidak ada lagi.
Sedang Filman asyik memerhatikan ke arah Danira, satu sentuhan di lengannya singgah. Dia berpaling. Terpacul wajah Pak Maidin yang entah sejak bila berada di sampingnya.
Ayah kamu mana soal Pak Maidin separuh berbisik.
Filman tidak menjawab. Dia sendiri tidak tahu harus berkata apa. Bukan Pak Maidin seorang sahaja yang bertanya ke mana ayahnya menghilang. Tapi apa yang hendak dikatakan lagi. Luka di hati ayahnya tak mungkin mudah sembuh selepas ini. Dia mengalihkan pandangan lalu bersua pandang dengan Danira yang sedang menatapnya. Bibir gadis itu melemparkan senyuman hambar. Dia juga begitu. Lirikan mata Danira terhadapnya tidak lagi bersifat penolakan seperti beberapa minggu yang lalu. Dia yakin apa yang Danira katakan siang tadi serius. Gadis itu sungguh-sungguh menyintainya sepertimana dia menyintai Danira setulus hatinya.
Abang sayangkan Kak Nira kan Pertanyaan Aliff tidak lama dahulu kembali menerpa ke benak fikirannya. Dia memandang Aliff separuh terkedu. Tidak menyangka itu yang akan ditanyakan anak muda itu ketika itu.
Aliff rasa
Anak muda itu tersenyum hambar.
Cinta
Lebih dari itu. bisik Filman sejujurnya.
Walaupun selepas abang tahu siapa Kak Nira sebenarnya
******
Filman memejamkan mata. Terharu! Siapa sangka itu perbualan terakhirnya dengan Aliff sejurus sebelum anak muda itu menyerahkan telefon bimbit dan sekeping surat padanya.
Abang sayangkan kakak Aliff. Abang cintakan dia sepenuh hati abang. Pengakuannya itu yang paling jujur pernah diakuinya di lubuk hati. Cinta yang dirasakannya terhadap Danira semakin dalam. Sebelum dan selepas dia mengetahui apa yang telah berlaku selama ini. Aneh! Cinta boleh mengatasi seribu dendam yang menyala di hati. Cinta juga boleh mengatasi setiap rasa benci yang berladung di jiwa. Dan cintanya terhadap Danira telah memberikan keajaiban di dalam hidupnya.
Dan melihat senyuman Aliff saat itu, dia merasa sebak hati. Ternyata pengakuannya benar-benar membuatkan wajah Aliff kelihatan tenang. Jawapannya bukan sekadar mahu menenangkan hati Aliff semata-mata. Tapi itu adalah isi hatinya yang paling luhur dan paling ikhlas pernah diungkapkannya terhadap seorang gadis.
Bunyi tapak kaki turun dari tingkat atas membuatkan lamunannya terhenti. Dia menoleh lalu terpandang kelibat ayahnya. Turun dari tingkat atas, lengkap memakai persalinan baju melayu. Kemunculan lelaki itu menarik perhatian semua tidak terkecuali ibunya dan Danira sendiri. Wajah ayahnya sembab dan muram. Mata ayahnya pula bengkak teruk. Entah berapa banyak airmata ayahnya yang terkenal keras hati itu tumpah Sebanyak manakah ayahnya menangisi pemergian Aliff
******
Melia sudah tertidur di pangkuan Danira. Tetamu-tetamu yang hadir juga sudah beransur pulang. Danira asyik membelai rambut Melia di pangkuannya. Sesekali dikucupnya ubun-ubun di dahi anak kecil itu.
Dia letih sangat. ujar Filman yang tiba-tiba muncul di bangku kayu di laman rumah. Danira sekadar mengangguk lesu.
Mana Pak Maidin dan Mak Minah tanya Filman. Sedari tadi dia cuba mencari kelibat kedua-dua orang tua itu, tapi tidak bersua.
Pak Maidin dan Mak Minah dah balik. ujar Danira.
Filman mengangguk. Begitu rupanya! Matanya dikerling ke arah Danira di sampingnya. Wajah comel itu kelihatan tidak bermaya. Sesekali tatapan mata Danira singgah ke wajahnya. Dan bagaikan disuruh-suruh, renungan mereka mendalam. Saling menatap tanpa sebarang suara.
Nira okey kan Soal Filman lembut.
Danira mengangguk. Masa akan mengubat segala-galanya! Mungkin dia akan mengambil masa yang lama untuk melupakan semua ini. Melupakan Naufal bukannya mudah, tapi dia akan mencuba. Cuba untuk terus kuat demi kata-kata Naufal yang dititip untuknya tempoh hari.
Lepas ni apa rancangan Nira
Maksud awak
bersambung
Bab akan datang:
Adakah mereka akan mengikat hubungan dengan tali pernikahan