Mencari Kiblat Cinta - 204
Yalah, Nira nak terus kerja kat taska tu, atau nak balik ke rumah lama Nira

Danira terdiam. Sejujurnya dia masih belum memikirkan apa-apa. Kamila sendiri pernah bertanyakan hal itu padanya.

Nira panggil Filman apabila dilihatnya anak gadis itu hanya diam sahaja.

Danira berpaling. Matanya dikecilkan sedikit ketika menatap lelaki itu. Renungan Filman terus meratah wajahnya tidak berkelip. Danira menarik nafas panjang. Dia mengerti, kerisauan Filman berterusan terhadapnya.

Filman, saya tahu apa yang awak nak cakap. Saya mengaku saya masih sedih, saya masih rasa terluka kerana kehilangan Naufal. Mungkin perasaan ini akan terus berlanjutan dalam tempoh masa yang cukup panjang. Tapi saya yakin saya akan mampu melaluinya. Kerana saya ada awak di sisi saya. ujar Danira redha.

Ya, saya akan sentiasa di sisi Nira. Saya akan jaga Nira baik-baik.

Awak akan jaga saya Danira tersenyum. Ada rasa bahagia mengulit ke jiwa.

Filman hanya mengangguk seraya merenung kasih pada gadis di sampingnya.

Selagi saya masih bernyawa. Kerana cinta saya terhadap Nira ikhlas. Cinta saya terhadap Danira selamanya. bisik Filman.

Awak takkan menyesal soal Danira.

Kenapa saya mesti menyesal

Sebab saya bekas banduan. Awak lelaki yang dihormati Filman, lelaki yang punya status. Sedangkan saya

Syyy.jangan cakap fasal status atau kedudukan. Ini bukan sesuatu yang patut kita bincangkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Bukan! Filman menggelengkan kepalanya.

Danira mahu meningkah kata-kata Filman, tapi suaranya tertutup rapat saat menyedari kelibat seseorang muncul tidak jauh dari situ. Perasaannya bergelora, saling tidak keruan sebaik terpandang seraut wajah sedang memandang lama ke arahnya. Menyedari perubahan sikap Danira, Filman turut mengekori arah pandangan gadis itu. Dan sama seperti Danira, melihat lelaki itu sedang memandang ke arah mereka, dia hanya mampu menarik nafas panjang.

******

Filman benar-benar gelisah dibuatnya. Sudah lebih satu jam, tapi Danira tidak keluar-keluar dari bilik kerja ayahnya. Entah apa yang dibincangkan kedua-duanya sebenarnya. Semakin lama dia menanti di situ, semakin hati kecilnya tertanya-tanya. Dan jawapan itu tidak mampu ditafsir sekeping hatinya yang merasa gusar dan gundah-gulana.

Sejak ayahnya masuk ke bilik itu bersama Danira, dia jadi tidak senang duduk. Dia masih ingat lagi bagaimana ayahnya pernah menampar wajah Danira suatu ketika dahulu. Tapi itu tindakan orang yang sedang marah. Masih marahkah lelaki itu terhadap Danira Itu yang dibimbanginya kini. Lagi-lagi ayahnya Tengku Amar sukar sekali ditafsir fikirannya.

Tengku Saida yang melintasi ruangan itu mahu menuju ke arah dapur, terhenti sejenak. Dia menoleh ke arah Filman yang mundar-mandir di hadapan bilik kerja suaminya.

Keluhan Tengku Saida meniti di bibir. Dia memahami rentak hati anak lelakinya. Sudah pasti Filman merasa risau dan bimbang. Sama keadaan dengannya sebaik dia mengetahui suaminya mahu memperkatakan sesuatu dengan Danira. Jangan suaminya itu berbuat yang macam-macam sudahlah. Sungguh dia rasa kasihan benar dengan nasib Danira. Kesempatan untuk berbual-bual dengan Pak Maidin dan isterinya Mak Minah, membuatkan dia tahu banyak perkara perihal Danira dan arwah Aliff. Dan dari situ, timbul simpatinya pada kedua beradik itu. Siapa sangka, hidup Danira dan arwah Aliff dulu begitu banyak penderitaan. Begitu menyedihkan! Kalaulah dia tahu rupa-rupanya nasib Aliff tidak seindah khabar, sudah pasti dia akan melayan Aliff dengan lebih baik. Penuh dengan kasih sayang yang lebih mendalam.

******

Aliff, belum pun dua hari Aliff tiada, tapi Ma sudah mula merindui kamu sayang. Aliff tetap anak Ma dunia dan akhirat. Kematian bukan medan pemisah kita, tapi ia hanya satu penghijrahan kekal. Aliff pergi dulu, dan suatu hari nanti Ma akan menyusul. Tapi rindu ini akan terus bersemadi di hati Ma untuk Aliff! Bisik Tengku Saida sebak, serentak melemparkan pandangan ke arah potret Aliff di atas pelantar dinding berhampiran.

Pintu bilik di hadapan Filman sudah terbuka. Serentak, Tengku Saida mengalihkan pandangan. Filman sudah tercegat sebaik kelibat Danira muncul dari dalam. Wajah Danira muram. Ada genangan airmata di wajah anak gadis itu.

NiraFilman mengerutkan dahinya. Tergamam melihat keadaan Danira. Tengku Saida juga ikut terkedu dari jauh. Mengapa Danira menangis Takkan suaminya masih tega memarahi gadis itu Fikir Tengku Saida benar-benar risau.

Nira, kenapa ni Filman masih tertanya-tanya.

Danira sekadar menggelengkan kepala. Saya tak apa-apa. Saya nak balik dulu Filman. Ujar Danira lalu langsung beredar. Filman tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sekadar memerhatikan kelibat Danira beredar dari situ. Sejurus pandangan matanya beredar ke arah daun pintu yang terkatup rapat tidak jauh darinya. Bibirnya diketap rapat. Wajahnya menegang. Dia yakin pasti ada sesuatu yang dibicarakan ayahnya yang membuatkan Danira menangis lalu terus beredar meninggalkan dirinya.

bersambung

Bab akan datang:

Bagaimana dengan Tengku Amar