Apa yang ayah cakap pada Danira tadi soal Filman ingin tahu.
Ayah penat Fil. Tolong biarkan ayah sendirian. ujar lelaki itu tanpa menjawab pertanyaannya. Wajah itu tidak beremosi, bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku. Ini membuatkan Filman semakin berang. Kesabarannya teruji lagi kali ini.
Ayah langsung tak nak mengaku kalah bukan Sampai bila ayah nak buat macam ni Sampai bila ayah nak layan Danira seperti itu soal Filman bertalu-talu.
Tengku Saida diam-diam menjenguk dari muka pintu. Pandangan Tengku Amar beredar ke wajah isterinya. Renungan wanita itu sayu memandangnya. Dia tahu isterinya tentu beranggapan yang serupa dengan Filman. Menuduhnya dengan tuduhan yang berat!
Kamu betul-betul sayangkan gadis itu soal Tengku Amar, kembali ke wajah anaknya.
Filman terdiam. Pertanyaan itu seperti sengaja memerangkapnya.
Saya sayangkan dia ayah. ujar Filman akhirnya.
Sejauh mana kamu perlukan dia sepertimana dia perlukan kamu
Saya akan lindungi Danira sepertimana janji saya pada Aliff ayah. Dengan persetujuan ayah atau tanpa persetujuan ayah. Kerana cinta saya terhadap Danira ikhlas. tekad Filman.
Tengku Amar terdiam. Kata-kata Filman membuatkan dia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Jika itu kehendak Filman!
Jika kamu benar-benar cintakan gadis itu, maka kamu harus lepaskan dia. Lepaskan dia Filman.
Filman tersentak. Lepaskan Apa maksud ayahnya
Let her go. tekan Tengku Amar tegas.
Filman semakin bingung. Dia tidak mengerti apa-apa. Mereka bercakap bahasa yang sama, tetapi kenapa dia gagal mencerna maksud ayahnya kali ini Wajah ibunya di muka pintu dipandang. Tapi sepertinya, wajah ibunya turut bingung.
Barang-barangnya sudah siap dikemaskan di dalam sebuah beg kecil. Dia tidak mempunyai banyak barang di tempat itu. Cukup sekadar barang-barang keperluan asas sahaja. Sesekali matanya terarah pada sebuah kotak kecil yang berisi barang-barang lama peninggalkan ayah ibunya. Itu barang-barang yang paling disayanginya. Dan dari dalam saku bajunya, sekeping gambar Naufal yang dewasa dipandang lama.
Wajah Naufal di dada potret sedang tersenyum riang memandangnya. Tanpa disedari dia juga melemparkan senyuman untuk gambar bisu yang tidak mampu berkata-kata. Mujurlah Najla sudi menyerahkan sekeping gambar Naufal untuk tatapan matanya. Gambar ini akan disimpannya baik-baik demi mengubat kerinduan yang dirasakannya terhadap adiknya sendiri.
Betul Nira dah nekad nak berhenti kerja Satu suara kedengaran dari arah belakang. Danira berpaling. Terpapar wajah Kamila yang muram, tercegat entah sejak bila di muka pintu biliknya.
Danira tersenyum lantas mengangguk.
Dah fikir betul-betul Kamila masih mencuba nasib memujuk gadis itu mengubah fikirannya.
Nira minta maaf kak. Pak Maidin dan Mak Minah ajak Nira balik tinggal dengan mereka. Nira dah anggap mereka berdua macam mak dan ayah Nira sendiri.
Habis kakak Nira nak tinggalkan kakak macam tu aje Nira dah tak sayangkan kakak lagi Kamila menjeruk hati.
Bukan macam tu kak. Demi ALLAH, Nira sayangkan Kak Mila, sayangkan semua yang ada di taska ni. Tapi selepas kematian Naufal, Nira banyak berfikir. Selama ini Nira tak pernah terfikir yang suatu hari nanti Nira akan kehilangan Naufal secepat ini. Tapi Nira bersyukur pada ALLAH, sekurang-kurang-kurangnya ALLAH kasihankan Nira dan pertemukan Nira dengan Naufal meskipun hanya sebentar. Sebenarnya jika difikirkan, semua itu ada hikmahnya. Di sana, Naufal akan bersatu dengan ayah dan ummi kami. Mungkin itulah yang sebaiknya untuk Naufal dari dia berada di penjara besi seperti Nira dahulu.
Nira akan teruskan perjalanan Nira ini meskipun tanpa Naufal, kak. Nira dah berjanji akan terus kuat dan tabah. Nira mahu sambung belajar. Nira mahu jaga Pak Maidin dan Mak Minah kerana mereka berdualah yang kutip Nira dan Naufal ketika kami dibuang saudara sendiri dulu. Nira harap kakak faham.
Kamila mengangguk. Hatinya sebak. Sungguh dia tidak mahu berjauhan dengan gadis yang diam-diam mula disayanginya. Tapi dia juga tahu yang dia tidak berhak meminta Danira singgah di sisinya buat selama-lamanya. Perjalanan Danira masih panjang. Hidup gadis itu harus diteruskan!
Nira, Filman ada di bawah. Dia cari Nira. ujar Kak Siti yang tiba-tiba masuk menjengah. Danira terdiam. Filman
Pergilah jumpa Filman. suruh Kamila tersenyum. Dia tahu perasaan dan hati anak muda kedua-duanya. Selepas apa yang telah berlaku, perasaan Filman langsung tidak pernah berubah terhadap Danira. Kamila benar-benar bersyukur dan berharap Filman mampu membahagiakan Danira buat selama-lamanya.
Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang luas saujana mata memandang dapat ditatap dari restoran Seri Angkasa yang terletak di bangunan KL Tower.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana untuk Filman berhadapan dengan Danira dan meyakinkan hubungan mereka pada Tengku Amar