Filman asyik memerhatikan gadis di hadapannya tidak berkelip. Wajah itu kelihatan tenang. Langsung tidak ada riak-riak resah terpamer di wajah ayu bertudung litup itu. Ketika dia mencari Danira di taska Kamila tadi, gadis itu kelihatan biasa-biasa sahaja. Malah Danira tidak menolak ketika diajak keluar. Sikap Danira berbeza sekali dengan dirinya kali ini.
Hatinya pula penuh dengan kebimbangan. Sejak Danira bercakap-cakap dengan ayahnya, dia langsung tidak senang duduk. Apatah lagi niat ayahnya jelas, mahu memisahkan dirinya dengan Danira. Ya ALLAH, apa patut aku lakukan Tolong jangan pisahkan aku dengan gadis ini lagi!
Pandangan Danira kini beralih arah. Tidak lagi tertumpu ke luar jendela kaca restoran itu, sebaliknya sepasang mata Danira yang redup kini meratah wajahnya pula. Senyuman Danira hadir di bibir. Lembut dan mendamaikan.
Itu tempat duduk Aliff. Kalau kami makan di sini, itulah tempat duduk kesukaaan Aliff. ujar Filman sekadar memaklumkan pada gadis itu, tempat yang diduduki Danira sekarang pernah ditempati arwah Aliff.
Danira terkedu sejenak. Namun gadis itu tidak berkata apa-apa. Hanya mengangguk sahaja.
Filman menarik nafas panjang. Susahnya! Kenapa lidahnya seakan-akan kelu mahu bertanyakan Danira perihal malam semalam Kenapa
Terima kasih ya Filman. ujar Danira.
Filman mengerutkan dahinya. Terima kasih Untuk apa
Terima kasih untuk apa
Terima kasih sebab selama ini awak dah banyak bersusah payah sebab Naufal. Terima kasih kerana tidak pernah membenci Naufal meskipun awak tahu hal sebenar. Dan terima kasih kerana awak sentiasa berada di sisi saya bila saya perlukan seseorang.
Filman terdiam. Aku melakukan segalanya kerana aku mencintaimu Danira! I will love you forever.
Malam ini, mungkin ini akan jadi pertemuan kita yang terakhir. sambung Danira tenang. Cukup membuatkan wajah Filman berubah mendadak.
Apa Nira cakap ni
Saya dah fikir masak-masak Filman. Saya
Apa yang ayah saya cakap dengan Nira malam semalam Dia minta Nira tinggalkan saya Begitu pintas Filman dengan wajah tegang. Suaranya juga meninggi.
Danira terdiam. Filman seperti tidak tahu apa-apa. Tidakkah hal semalam sudah berada di pengetahuan lelaki itu
Danira, speak to me Tell me whats going on. tekan Filman rungsing.
Perlahan-lahan Danira membuka beg tangannya lalu mengeluarkan sesuatu dari dalam saku beg. Kertas yang berada di tangannya dihulurkan ke arah Filman. Filman sekadar merenung kertas di hadapannya. Dia nampak jelas logo MAS di kepala tiket kapal terbang itu. Dia juga nampak destinasi yang tertulis pada tiket tersebut.
Filman mengigit bibir. Jauhnya tempat di mana ayahnya mahu membuang Danira dalam hidupnya. Sampai hati ayahnya! Tidakkah lelaki itu mendengar kata-katanya sebelum ini Tidakkah ayahnya tahu bahawa dia terlalu mencintai Danira Malah dia sudah berhasrat mahu menyunting gadis itu menjadi suri hidupnya. Menjadi ibu kepada Melia.
Betullah andaian saya, ayah mahu memisahkan kita berdua. keluh Filman seraya meneguk fresh orange di hadapannya. Dadanya yang terbakar harus diredakan bahangnya.
Filman..
Ikut saya balik malam ini. Kita jumpa ayah saya. Saya akan berterus-terang dengan dia bahawa saya nak memperisterikan Nira. Kita kahwin dan dia takkan dapat cakap apa-apa. ujar Filman nekad.
Danira terdiam. Kahwin
Mata Filman merenung wajah bujur sirih di hadapannya. Wajah itu ditatap penuh asyik.
Awak sudi kan Kahwin dengan saya soal Filman inginkan jawapan.
Danira menarik nafas panjang. Bunyinya sungguh indah sekali. Hidup bersama lelaki itu adalah impiannya saat ini. Tapi dia tidak berupaya mahu menolak permintaan Tengku Amar.
Jika kamu mencintai Filman, ini sahaja pilihan yang kamu ada. Berangkat ke sana, mulakan hidup baru dan lupakan segalanya di sini. Kata-kata Tengku Amar menerpa ke ingatan, membuatkan dia memejamkan matanya sejenak. Pilihan Ini sahajakah satu-satunya pilihan yang dia ada
Kenapa Nira diam Dont you love me Suara Filman merayu dalam sebak.
Danira kembali ke alam realiti. Suara Tengku Amar hilang berganti rayuan Filman. Wajah lelaki itu dipandang tidak berkelip. Filman! Apa patut saya buat Saya tak mampu nak pergi jauh dari awak! Naufal! Beritahu kakak, apa yang harus kakak lakukan sekarang
Filman, saya harus pergi.
Kata-kata Danira bagai halilintar. Filman terpanar!
Saya sayangkan awak, cintakan awak tapi saya harus pergi tinggalkan tempat ini. sambung Danira.
No, you dont have to. Jangan pergi ke mana-mana sebab saya takkan benarkan. Soal ayah saya, Nira jangan takut. Selagi saya ada, dia tak mampu buat apa-apa.
Awak tak faham Filman. Ayah awak berniat baik.
Dia nak pisahkan kita, itu yang Nira kata baik suara Filman tegang lagi.
bersambung
Bab akan datang:
Kemanakah Danira akan pergi Apakah benar niat Tengku Amar itu baik