Gadis itu hanya ketawa mendengar bebelannya. Namun seperti biasa rajuknya tidak pernah dilayan Danira. Gadis itu lebih selesa berbicara tentang perkara lain berbanding perkara yang menyangkut soal hati dan perasaan.
Pertunangan mereka sudah masuk lima tahun. Dia sebenarnya sudah tidak sabar mahu mengikat Danira menjadi isterinya. Lima tahun dia terpaksa menunggu Danira menghabiskan pelajaran. Dan kini saat itu sudah berlalu. Mujurlah pertunangan mereka mendapat restu dari ibu bapanya. Sejak peristiwa yang menimpa keluarga mereka, sikap ayahnya Tengku Amar semakin jauh berubah. Sedar tak sedar, ia sebenarnya membawa lebih kebaikan berbanding dahulu.
Ketika diberitahu tentang hasratnya mahu menyunting Danira, keluarganya sepakat bersetuju. Malah Melia orang yang paling gembira mendengar keputusannya ketika itu. Dia bertunang dengan Danira sejurus sebelum gadis itu berangkat ke luar negara kerana menyambung pelajaran. Malah hasratnya itu juga dikongsi bersama bekas isterinya Wirda yang turut membantu di majlis itu.
******
Soal tentang Melia dan hakikat bahawa Melia sebenarnya anak Firdaus, masih menjadi rahsia antara mereka. Wirda pernah berhasrat mahu berterus terang dengan kedua-dua keluarga mereka, tapi dia meminta rahsia itu disembunyikan dahulu buat sementara waktu sehingga kesedihan keluarganya kerana kehilangan Aliff terubat sepenuhnya. Mujurlah Wirda bersetuju untuk menyembunyikan perkara itu. Sedar tak sedar dalam tempoh ini, hubungan Wirda dan dirinya semakin pulih. Meskipun cinta antara mereka sudah terlerai, namun persahabatan mereka lebih bererti kali ini. Begitu juga dengan hubungan Wirda dan Melia. Dalam usia menjangkau 10 tahun, Melia sudah memahami bahawa Wirda itu ibu kandungnya tapi lebih suka memanggil Danira sebagai mama.
Sedar tak sedar Filman tersenyum sendiri. Syukur semuanya selesai dengan baik. Dahulu dia menyangka hubungannya dengan Danira takkan mampu dipulihkan lagi dengan kematian Aliff. Tapi kerana arwah Aliff juga dia mendapat kembali cintanya. Kini Danira pulang untuk selama-lamanya. Dia juga tidak ingin berpisah lagi dengan gadis itu. Danira adalah cintanya, jiwanya dan segala-segalanya!
Teksi yang dinaikinya berhenti di bahu jalan. Dia turun dari perut teksi dengan wajah tenang. Matanya dengan lekas terpandang sebuah kereta yang tidak asing diparkir di seberang jalan. Danira menarik nafas panjang. Dia menoleh ke arah pemandu teksi lalu meminta dikeluarkan bagasi-bagasinya yang tersimpan di bonet kereta. Si pemandu hanya menurut lalu mengeluarkan hampir tiga buah bagasi besar miliknya.
Tanpa mempedulikan bagasi-bagasinya, dia berjalan perlahan-lahan meredah tanah perkuburan yang sudah beberapa tahun tidak pernah dijejakinya. Dia nampak kelibat Filman tadi, tapi dengan sengaja dia meninggalkan lelaki itu. Meskipun dia melarang Filman menjemputnya, namun lelaki itu tetap jua berdegil menantinya di lapangan terbang. Maafkan Nira, Fil. Nira harus ke mari terlebih dahulu, tapi Nira tak mahu Fil ikut Nira ke mari kerana Nira perlu bersendirian. Bisik hati kecil Danira.
Tapi sendirian yang diharapkannya rupa-rupanya tak kesampaian. Dia sepatutnya sudah boleh mengagak kehadiran lelaki itu. Bunyi bacaan ayat-ayat suci mencelah ke gegendang telinganya. Danira tersenyum. Perlahan-lahan dia menghampiri lelaki itu lalu turut sama menghadiahkan Fatihah untuk pusara-pusara di hadapannya. Pusara ayah, umi dan pusara Naufal.
Menyedari kehadirannya, lelaki itu menoleh. Terpegun. Dia turut menoleh ke arah lelaki itu dengan wajah tenang.
Bila Nira sampai Soal Tengku Amar separuh bingung. Dia ingat yang Danira akan pulang dari Seattle, tapi dia gagal mengingati bila tarikh sebenar kepulangan anak gadis itu.
Nira baru sampai tadi ayah.
Tengku Amar mengangguk sambil mencari-cari sesuatu. Mana Filman Dia tak jemput Nira Soal lelaki itu hairan.
Danira tersenyum. Nira tinggalkan Filman kat airport tadi. Kejap lagi dia tentu marah, tapi Nira terpaksa. Nira perlu ke mari terlebih dahulu. Ujarnya berterus-terang.
Tengku Amar ketawa kecil namun tidak memberi sebarang ulasan. Dia asyik membersihkan lumut-lumut yang mencomoti nesan Naufal. Danira sekadar memerhatikan perlakuan Tengku Amar dengan perasaan sebak. Dia tahu lelaki itu sentiasa melawat pusara Naufal setiap sebulan sekali. Sudah lima tahun dan rutin lelaki itu tidak pernah berubah.
Boleh ayah tanya Nira sesuatu Tengku Amar tiba-tiba bersuara. Danira memasang telinga dengan wajah berkerut. Menanti dengan sabar apakah yang mahu diperkatakan lelaki itu kali ini.
Lima tahun dulu, bila ayah beri peluang Nira belajar apa sahaja. Kenapa bidang guaman yang Nira pilih Soal Tengku Amar ingin tahu.
Danira terdiam. Dia tahu suatu hari nanti lelaki itu akan bertanyakan jua soal itu padanya. Kali ini dia sudah bersedia dengan jawapannya. Dia segera menyeluk beg tangannya lalu mengeluarkan telefon yang sudah usang dimamah waktu.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah jawapan Danira kepada persoalan Tengku Amar