Ayah lelaki yang sangat baik kak. Yang sentiasa menyayang Naufal tanpa meminta balasan. Kerana itu Naufal sanggup ikut jejak langkahnya dan belajar undang-undang untuk jadi lelaki hebat seperti ayah. Tapi sayangnya Naufal tak boleh habiskan pengajian Naufal dan bantu ayah seperti abang Filman. Kakak, kalau suatu hari nanti marah ayah sudah reda, kakak dekatilah dia bagi pihak Naufal. Pujuklah ayah agar dia sudi maafkan Naufal kak..
Dada Tengku Amar bergetar. Suara Aliff yang didengarinya membangkitkan pelbagai rasa yang mencengkam lubuk hatinya.
Untuk mendekati ayah, untuk terus berada di samping ayah, Nira harus jadi peguam seperti yang Naufal mahukan selama ini. Kerana dia terlalu menyayangi ayah. Bisik Danira tenang.
Tengku Amar mengesat tubir matanya yang kini basah. Dia memandang Danira dengan perasaan bersalah. Maafkan ayah, Nira. Ayah dah banyak bersalah pada Nira dan Aliff selama ini.
Ayah tak pernah bersalah apa pun pada kami. Sebaliknya Nira yang terhutang budi dengan ayah atas apa yang telah ayah lakukan pada Naufal selama ini. Terima kasih kerana menjadi ayah pada Naufal selama hidupnya.
Tengku Amar sekadar mengangguk dengan wajah sebak. Hatinya terharu kerana gadis itu tidak pernah membencinya. Semakin lama dia mendekati Danira, semakin dia merasakan betapa murninya hati gadis itu. Dan kerana Danira, dia merasa lebih dekat dengan arwah Aliff berbanding dahulu.
Pintu besar itu dibuka dari dalam. Seorang lelaki berjambang selekeh keluar dari pintu itu. Namun dia kelihatan agak terganggu dengan cahaya matahari yang terik di atas kepala. Dia meraba-raba pakaian yang membalut tubuhnya. Pakaian yang sama yang dikenakannya sewaktu dia menyerah diri lima tahun yang lalu. Pakaian itu masih nampak baharu, hanya dia yang kelihatan selekeh dan tidak terurus.
Cobe. Suara yang tidak asing kedengaran muncul tak diduga. Dia menoleh lalu terpandang kelibat seorang lelaki sedang tercegat memerhatikanya. Matanya dikecilkan cuba meneliti lelaki itu lebih dekat.
Tim Suaranya bernada tidak pasti. Namun apabila dia melihat lelaki itu mengangguk, bibirnya segera menguntum senyuman. Mereka berpelukan sejenak. Menghimbau kenangan lama yang pernah mengikat mereka berdua.
Kau apa khabar Tanya Tim.
Baik. Aku masih macam dulu, tak terkalahkan walau duduk dalam penjara. Gurau Cobe sengaja bersenda. Tim ketawa mendengarnya.
Aku datang sini sebaik aku tahu kau akan dibebaskan hari ni. Danira yang telefon dan maklumkan pada aku. Ujar Tim.
Cobe terdiam. Nama Danira yang meniti dari bibir Tim menghasilkan reaksi yang ternyata kekok baginya.
Macam mana dia boleh telefon kau pulak
Aku ada tinggalkan nombor telefon pada dia dulu. Tiba-tiba sahaja dia telefon beberapa hari yang lalu. Jelas Tim.
Dia telefon kau semata-mata nak suruh kau jemput aku Wajah Cobe separuh bingung. Tim sekadar tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya lalu dihulurkan ke arah lelaki itu.
Dia minta aku bagi ini pada kau. Ujar Tim.
Dahi Cobe berkerut. Gulungan kertas di tangan Tim beralih padanya. Dia membuka gulungan kertas itu lalu meneliti isi kandungannya. Tiba-tiba wajah Cobe berubah. Kenapa geran rumah anak-anak yatim yang diserahkan pada Danira lima tahun dahulu kembali ke tangannya semula
Selama kau di penjara, Danira minta aku perbaiki dan ubahsuai rumah anak-anak yatim tu. Dia suruh kau tinggal aje di situ dan minta kau buka semula rumah tu seperti dahulu. Dalam dua tiga hari lagi, dia akan datang cari kau untuk bincangkan perinciannya. Ujar Tim menyampaikan pesanan.
Cobe terdiam. Kata-kata Tim hanya didengar acuh tak acuh.
Cobe, gadis tu baru balik dari luar negara. Dia dah jadi peguam. Katanya dia nak balas budi kau sebab membantunya dulu. Sambung Tim lagi sambil tersenyum.
Cobe tidak berkata apa-apa. Meskipun wajahnya nampak seperti tidak kisah dengan kata-kata Tim, namun jauh di sudut hati, dia sedang tersenyum. Dia juga ingin menemui anak gadis itu. Ada banyak perkara yang mahu dibicarakan dengan Danira.
Kau macam mana sekarang Tim Apa yang kau buat sekarang Pertanyaan Cobe melencong pada Tim pula. Tim hanya tersenyum.
Aku dah tak terlibat dengan kerja-kerja haram tu lagi. Badak pun sama. Kami berdua berkongsi buka sebuah agensi pelancongan. Selain itu aku juga uruskan sebuah pusat latihan taekwando untuk sesiapa yang nak mempelajari seni mempertahankan diri. Jelas Tim.
Cobe tersenyum lebar. Syukurlah kedua-dua temannya sudah kembali ke jalan yang lurus. Dia juga akan berjalan ke jalan yang lurus selepas ini. Tidak pernah ada istilah terlewat walaupun untuk orang sepertinya.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana kehidupan Danira dan Filman selepas ini