Abstrak Cinta Aku & Dia - 21
BAB 21

LAGU rancak sedang bergema dalam Ballroom Hang Tuah. Kemeriahan suasana Staff Party terasa. Ditambah pula dengan kehadiran para pekerja Hotel Mayang Sari yang hampir semuanya berpakaian mengikut tema. Memang sangat meriah.

Zack dan Amin sedang duduk melepak di sebuah meja, tidak jauh dari pintu masuk Ballroom Hang Tuah. Sengaja mahu duduk di situ sambil memerhatikan gelagat para pekerja yang bergaya mengikut selebriti pilihan masing-masing. Memang sakan!

Amin sedang tersengih dalam diam. Beberapa kali Zack melihat Amin menggeleng. Sesekali Amin ketawa sendiri. Pastinya, Amin sedang mengumpat sendirian dalam hati.

Melihat kesungguhan dan semangat mereka, Zack tersenyum. Namun, untuk dia sendiri bergaya sakan seperti itu, memang tidaklah. Mujur saja Amin,

Qayyum dan Rashidi juga tidaklah terlalu beriya-iya mahu mengikut tema Staff Party. Tidak dapat dia bayangkan sekiranya mereka benar-benar mahu meniru gaya kumpulan Kiss. Memang dia akan tarik diri daripada kumpulan Taufan ini. Untuk tetap mengikut tema staff party, mereka memilih untuk bergaya smart casual. Konon-konon seperti kumpulan Maroon 5.

Tiba-tiba Zack perasan kacak. Terasa seperti Adam Levine pula The Sexiest Man Alive. Adam Levine konon. Adam Levine punya orang gaji, bolehlah. Dia sengih sendiri.

PergghhElvis dowh. Kata Amin.

Zack memfokuskan pandangan.Itu, Papa B kan

Zack meminta kepastian. Amin ketawa terbahak sambil mengangguk. Zack pun sama.

Amboi, bukan main lagi gelakkan orang.

Zack dan Amin ditegur. Mereka mengangkat muka. Terpaku seketika melihat empunya suara. Berbaju kebaya merah menyala dihiasi dengan kerlipan labuci. Cermin mata berbentuk rama-rama terletak elok atas batang hidung. Rambutnya bersanggul tinggi. Zack dan Amin terkebil-kebil melihat Saloma depan mata.Si empunya suara menanggalkan cermin mata rama-rama.

Fuyyo Kak Farah. Ingat siapalah tadi Lima saat kemudian, Amin bersuara setelah dapat mengesan siapa tuan punya suara manakala Zack sengih lagi. Farah Banquet rupanya.

Apa macam Boleh menang tiga ribu tak Tanya Farah.

Tiga ribu Kening Zack berkerut.

Laatakkan kau tak tahu Siapa yang paling retis malam ni, dapat hadiah tiga ribu ringgit dengan voucher hotel. Jawab Farah.

Oooohhh. Zack terangguk-angguk. Baru teringat. Pemenang The Most Celebrity-Me akan menerima wang tunai tiga ribu ringgit dan dua voucher penginapan percuma di Pangkor Laut Resort. Patutlah ramai yang beriya-iya. Walaupun hadiahnya tidaklah terlalu lumayan tetapi ramai juga yang mahu mencuba nasib. Mana tahu, ada rezeki.

Old skool sangatlah kak, tiru Saloma. Kenapa tak tiru Neelofa ke Nora Danish ke Baru begini. Amin berkata mengangkat ke dua ibu jarinya ke atas.

Kau gila nak suruh akak pakai macam Neelofa Tujuh keturunan akak kena cerca nanti tau. Lagipun, akak mana ada kasut Louboutin Balas Farah.

Amin tergelak.

Kenapa korang tak masuk ballroom lagi Farah melontar soalan.

Saja lepak sini. Awal lagi nak masuk Jawab Amin.

Akak masuk dululah. Farah mohon beredar.

Amin dan Zack terangguk-angguk.

WAKTU sudah menunjukkan pukul lapan sepuluh minit malam. Ballroom semakin penuh dengan para pekerja. Ada juga yang turut melepak di luar ballroom sambil berbual-bual. Zack dan Amin masih meneruskan aktiviti melepak di situ.

Mata Zack tertumpu kepada seseorang. Seseorang yang telah mencuri perhatiannya dalam diam.Walaupun hanya mengenakan gaun labuh ringkas berwarna hitam, Zareen tetap cantik di matanya. Iyalah, dah suka. Kalau Zareen guna kain guni buat baju pun, dia akan tetap kata cantik. Hingga hari ini, dia kurang pasti kenapa dia tertarik dengan Zareen. Dia tak kisah kalau Zareen lebih tua. Tak kisah kalau Zareen lebih tinggi darinya. Dia cuma mengharapkan peluang untuk mengenali Zareen lebih rapat dan sekaligus mencuri hati si gadis pujaan tetapi si gadis pujaan sudah berpunya. Itu yang menyebabkannya berfikir banyak kali untuk meneruskan niat.

Zareen sedang berbual-bual dengan Jessy. Sesekali tertawa. Zack menghela nafas dan menghembuskan perlahan. Otaknya memberi amaran untuk tidak memandang lagi. Jangan cari pasal, Zareen sudah ada teman lelaki. Tetapi hati dan matanya tidak mahu mendengar nasihat. Zareen tetap direnung.

Hey you alls.

Tiba-tiba saja, pandangan Zack dikaburi oleh seekor ayam berbulu putih. Dia memerhatikan 'ayam' itu dari atas ke bawah.

Amin pula ternganga. Zack mengambil masa beberapa saat untuk menyedari yang itu adalah Jay lalu dia ketawa.

Sampai ternganga. Mesti you alls tergugat tengok mak kan Kata Jay.

Haah. Tergugat sangaattt. Jawab Amin sambil membuat aksi tangan di bahu, mata ke atas.

Alayou alls saja dengki. Kata Jay, tercebik mulut. Zack, vogue tak mak Jay mengajukan soalan kepada Zack pula.

Zack memerhatikan Jay sekali lagi.Jay memakai rambut palsu berwarna perak panjang hingga ke pinggang. Bajunya pula adalah dress paras lutut tanpa lengan, juga berwarna perak. Ada hiasan bulu-bulu pula macam bulu ayam. Jay turut memakai sarung tangan panjang ke lengan berwana putih. Sepasang kasut but paras lutut turut dikenakan sebagai pelengkap gaya. Dah serupa ayam serama. Solekan Jay pula, laksana Permaisuri Salju. Pucat semacam. Siap ada petir di sebelah kanan pipinya.

Zackcantik tak Soal Jay lagi.

Ouwwhhh.cantiikkkk sangattt, nyah! Puji Zack, meniru gaya Jay.

Sesiapa yang mendengar, pasti tahu yang Zack hanya memerli. Tapi, Jay seolah-olah tidak perasan. Atau mungkin saja dia tidak mengambil kisah. Janji dapat pujian.

Hari ni, mak jadi Lady Gaga you. Mesti mak menang besar punya Balas Jay sambil ketawa manja.

Amin sudah gelak terbahak-bahak.

Hei..kau diam, Amin. Malam ni, mak lawan band you alls tau. Mak all out malam ni. Gerenti mak menang punyalah. Dapat sepuluh ribucampur lagi tiga ribu. Auwwhhh.mak suka. Mak suka. Jay bertepuk tangan.

Isk. Geli-geleman pulak aku. Amin berkata perlahan kepada Zack.

Layankan aje Balas Zack sambil tersengih.

Mak pergi dulu, nyah. Kata Jay sambil membuat posing maut yang agak kurang sopan di hadapan Amin dan Zack sebelum berlalu.

Zack menggeleng sambil ketawa apabila Amin pura-pura terjeluak. Lima minit kemudian, kedengaran bunyi paluan kompang menandakan tetamu jemputan telah datang. Pemilik Hotel Mayang Sari, Tan Sri Yusuf dan isteri, Puan Sri Haryatie telah hadir bersama-sama dengan beberapa lagi rakan kongsi dari YUSHAR Group of Corporation. Ini bermakna, majlis akan bermula bila-bila masa dari sekarang.

Jom masuk. Ajak Amin.

Zack mengangguk.

MAJLIS dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tan Sri Yusuf. Kemudian, Jessy dan Alfian - Training Manager dari bahagian Sumber Manusia menerangkan aturcara majlis pada malam ini.

Cabutan Bertuah dan MS Got Talent adalah acara yang ditunggu-tunggu kerana dua acara ini menawarkan hadiah yang lumayan.

So now. Let the party beginKata-kata Jessy disahut dengan sorakan dari para pekerja Hotel Mayang Sari.

KUMPULAN T & T telah hampir separuh membuat persembahan. Mengambil kesempatan di atas kegilaan Kpop yang sedang berleluasa sekarang ini. Tidak dapat dinafikan tarian mereka mantap. Nampak benar yang mereka benar-benar bersungguh mahu memenangi pertandingan.

Zack berdiri sambil bersandar di dinding, jauh dari perserta yang lain. Sengaja dia mengasingkan diri, mencari sedikit ruang untuk menenangkan jiwa. Tangannya pantas membuka plastik pembalut Mentos perisa pudina lantas isinya dimasukkan ke dalam mulut.

Dia kurang pasti, sudah berapa banyak Mentos perisa pudina yang telah dimakan. Dia hanya mahu menghilangkan rasa gian untuk merokok yang semakin menggila ketika ini.

Zack. Qayyum memanggil dari belakang.

Zack menoleh. Mereka akan membuat persembahan bila-bila masa dari sekarang. Malam ini dia redahkan saja. Dia hanya sempat berlatih sekali dengan kumpulan Taufan. Jadi, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang. Lagipun, dia hanya bidan terjun menggantikan tempat Nizam yang masih bercuti sakit.

Lets welcome, Taufan Band! Suara Jessy yang menjadi pengacara majlis, kedengaran dari luar.

Tepukan juga kedengaran dari luar. Kesemua ahli Taufan Band keluar ke pentas. Terdengar tepukan dan jeritan diberi kepada mereka.

Pandangan Zack terhenti pada satu wajah. Mata bertentangan. Senyuman manis yang terukir di bibir empunya wajah membuatkan dia terkaku tiba-tiba.

Jalanlahoi. Terdengar Shidi menegur perlahan.

Zack tersentak lalu akur. Terus mengambil tempatnya di hadapan pentas sambil memeriksa mikrofon. Mata si empunya senyuman manis masih kekal padanya membuatkan rasa gugup datang tiba-tiba. Dia cuba tidak menghiraukan gangguan itu. Berusaha menumpukan perhatian.

Testing.Zack memetik gitarnya dua tiga kali. Begitu juga Amin, Shidi dan Qayyum.

Kami dari Taufan Band. Terimalah lagu. Habis berkata, Zack memberikan isyarat. Persembahan bermula.

Tak usah kau terangkan ku tahu

Potret wajahmu di setiap penjuru

Curahkan deritamu padaku

Biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang , bersama rasa sayang

Ku biarkan kau terbang

Terang terang, sudut kecil ku isi

Untuk senyuman mu lagi

Terbaring ku renung ke bulan

Lagu yang tulis ku nyanyikan

Lagu cinta tentang kita berdua

Yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Mimpi mimpi, yang tak kembali

Aku janji, janji takkan pergi

Habis saja lagu yang dipersembahkan, Zack membuka mata. Suasana menjadi kelam dan sunyi. Tiada penonton yang bersorakan atau bertepuk tangan. Tempat ini kosong. Tiada sesiapa.Ada satu cahaya dari atas yang menyuluh ke bawah. Cahaya itu menyuluh ke arah seseorang. Ke arah Zareen.

Hanya Zareen saja yang berada di sini. Senyuman manis terukir di bibir Zareen. Cantik umpama bidadari. Mata mereka saling bertentangan.

Zack berterusan merenung Zareen tanpa kata-kata. Lama. Zareen menghulurkan tangan. Tanpa teragak-agak, Zack menyambut.

TEPUKAN dan sorakan dari penonton membawa Zack kembali ke alam nyata. Dia menarik nafas panjang sambil memerhatikan suasana di sekeliling. Suasana bingit, tidak sunyi. Dan dia tidak berduaan saja dengan Zareen. Ramai yang berada di dalam Ballroom.

Zareen masih ada di depannya, cuma bukan bersamanya di atas pentas. Zareen berdiri di bawah sambil memandangnya dengan senyuman.

Thank you. Ucap Zack lalu meninggalkan pentas bersama ahli-ahli Taufan Band yang lain.

Thanks Zack. Di belakang pentas, Amin berkata sambil menghulurkan tangan. Tanda penghargaan kepada Zack kerana sudi menggantikan tempat Nizam malam ini.

Zack senyum, menyambut salam lalu berlaga bahu.Tak ada hal. Balas Zack.

Ucapan yang sama juga diterima dari Shidi dan Qayyum. Kemudian, mereka bersama-sama meninggalkan tempat itu.

LADY Gaga' adalah peserta yang terakhir membuat persembahan ketika ini. Ramai yang bersorak. Tak tahulah bersorak kerana terhibur dengan persembahan 'Lady Gaga' itu ataupun sebab saja mahu mengejek Jay.

Zack tersengih. Gigih sungguh Jay. Benar-benar mahu memenangi tiga belas ribu ringgit malam ini. Iyalah. Nama pun masuk pertandingan. Mestilah mahu menang. Dalam diam, dia tak berapa yakin yang Taufan Band akan menang. Persembahan mereka kurang kreatif berbanding dengan peserta-peserta yang lain. Berlatih pun pada minit-minit terakhir. Harap-harapnya...menanglah. Tapi, kalau tak menang pun tak apa. Rezeki masing-masing. Air Coke diteguk.

Zack

Teguran itu menyebabkan Zack tersedak Coke. Terbatuk-batuk. Selepas menarik nafas, dia menoleh ke kanan, ke arah empunya suara.

Sorry. Tak sangka pulak awak terkejut

Zareen sudah duduk di sebelahnya, tersenyum kelat. Tergambar sedikit rasa kesal di wajah.

Its okay. Balas Zack. Mulut dikesat dengan tisu. Dalam masa yang sama, cuba berlagak tenang walaupun hatinya sudah mula bermain dram. Senyuman Zareen dibalas. Mereka kemudiannya terdiam seketika. Seolah-olah cuba mencari topik perbualan yang sesuai.

Awak cakap, awak tak nak masuk talent show ni Zareen melontar soalan.

Nizam accident. Sebab dah last minute, dia orang mintak tolong saya gantikan Nizam. Kawan-kawan punya pasal, tak sampai hati pulak saya nak tolak. Terang Zack.

Zareen angguk.

Not bad Komen Zareen.

Zack pula, senyum sumbing. Terasa hati agak kembang bila di puji.

Terdengar sorakan dan tepukan dari penonton. Jay telah selesai membuat persembahan. Jessy mengambil alih pentas utama, lalu membuat beberapa pengumuman. Cabutan bertuah untuk pusingan terakhir akan dilakukan sekarang. Kemudian, keputusan pemenang The Most Celebrity-Me dan MS Got Talents akan diumumkan.

Zack tidak memberi perhatian kepada pengumuman itu. Dia menjeling Zareen dengan ekor mata. Secara tiba-tiba, nafas menjadi kurang teratur.

Cik Reen Panggil Zack.

Iya

Cik Reen nampak cantik malam ni Terkeluar juga ayat yang telah disusun dalam kepala sejak tadi.

Zareen tersenyum mendengar kata-kata Zack.

Zack pula menjadi seperti tak keruan. Harapnya, Zareen tak salah sangka dengan pujiannya tadi. Pujian yang diberi, memang ikhlas dari hati. Bukan memuji semata-mata nak mengurat Tuan Puteri. Sebenarnya, memang niat nak mengurat tu ada. Berharap benar agar Tuan Puteri terjatuh hati pada Sang Arjuna. Lupakan terus Tuan Putera. Teruk juga penyakit angaunya. Tiba-tiba saja nak bersastera. Dia mengurut tengkuk perlahan.

Cantik untuk malam ni aje ke Sebelum ni tak cantik Soal Zareen, bergurau.

Zack tersenyum.

Hari-hari pun, Cik Reen nampak cantik. Cuma malam ni lebih cantik. Saya suka tengok Cik Reen malam ni Tutur Zack lagi. Dia pun tak tahu dari mana datang keberaniannya untuk mengeluarkan ayat Romeo sebegitu. Lancar pula tu. Selalunya, tergagap-gagap.

Zareen menundukkan muka, kekal tersenyum sambil menggeleng.

Zack menggigit bibir. Rasa serba salah pula mengeluarkan ayat begitu. Tapi tak apa. Ini namanya...test market. Harap-harapnya, adalah market.

Thanks for the compliment. Awak pun, nampak handsome malam ni Balas Zareen.

Isk..ya ke Zack pula yang tersipu-sipu. Biasa aje

Ya. Jawab Zareen sambil tergelak.

Suara awak punsedap dengar. Sambung Zareen.

Zack senyum sumbing. Terasa sesi puji-memuji ini begitu kekok sekali.

Kalau Cik Reen nak, hari-hari pun saya boleh nyanyi untuk Cik Reen. Ayat Romeo terkeluar lagi.

Zack...Zack. Bagus awak punya pick-up line. Makes me wonder, betul ke awak tak ada girlfriend Zareen menembak soalan dengan selamba.

Errr....Kening Zack terangkat. Rasa terperangkap. Pandai Zareen mengambil kesempatan untuk bertanya.Betul.

Kenapa

Kenapa apa Soal Zack kembali.

Kenapa awak tak ada girlfriend lagi

Belum jumpa yang sesuai.

Zareen senyum.

Sebenarnya dah jumpa tapi belum berani nak luahkan perasaan. Sambung Zack.

Zareen ketawa kecil.

Saya kenal ke orangnya

Soalan Zareen membuatkan Zack mula terasa sedikit pelik dengan perbualan ini. Kenapa Zareen tiba-tiba saja berminat untuk mengambil tahu

Kenalkot... Jawab Zack, sengaja bermain teka-teki.

Siapa Zareen masih lagi menyoal.

Kenapa Cik Reen nak tahu

Saja...

Zack terdiam, merenung Zareen agak lama.

Zareen turut membalas renungannya.

Sekali lagi, mereka bertentangan mata. Entah kenapa, Zack terasa yang Zareen sengaja membuat provokasi dengan bersikap begini. Tapi, untuk apa Mungkin, dia yang terlebih fikir. Zareen sekadar mahu bertanya tanpa bermaksud apa-apa. Atau, adakah Zareen turut merasa apa yang dia rasa Tapi bukankah Zareen sudah ada teman lelaki

Ah, pedulikan! Tiba-tiba saja, Zack terasa ada semangat baru dalam dirinya. Tak peduli sekiranya Zareen sudah ada teman lelaki. Tak peduli seandainya dituduh merampas kekasih orang lain. Yang penting, the best man win!

Awak betul-betul nak tahu, siapa orangnya Soal Zack.

Zareen senyum.If you don't mind to tell...

"Okey...kalau Cik Reen nak tahu..." Zack menarik nafas sebelum menyambung kata. Saya sebenarnya

Zack terasa jantungnya berdetak laju. Betul ke apa yang dia nak buat sekarang ni Betul ke dia mahu meluahkan perasaan Kalau Zareen menolak, macam mana Malu nanti.

Zareen kekal tersenyum walaupun dia kelihatannya seperti tak keruan menantikan jawapan Zack.

Zareen, saya sebenarnya dah jatuh hati pada