LAMA Anis menatap surat jawapan dari dua syarikat yang dipohonnya. Nampaknya nasib tidak menyebelahinya. Surat yang diambil dari peti surat sebaik pulang dari masjid tadi ditatap lagi. Dia jeling pula bungkusan plastik di atas meja.
Hmmbetul kata Imran. Aku hanya layak jual somtam. Nampaknya, aku ni jadi minah somtam la... Anis sedikit mengeluh.
Dia buka pula surat bersampul coklat.
Alhamdulillah Anis kucup surat itu berkali-kali. Permohonannya untuk belajar separuh masa di UiTM diterima. Minggu depan dia kena mula mendaftar.
Siapa pula call aku ni Anis capai telefon bimbit.
Assalamualaikum..
Anis! Aku lah! Zara!
Zara!!!! Aku rindu sangat kat kau! Anis sedikit menjerit.
Rindu aku kerindu abang aku Jelas suara ketawa Izara di hujung talian.
Anis jauhkan telefon bimbitnya dari cuping telinga. Suara ketawa Izara membingitkan telinganya. Boleh pekak aku macam ni!
Merepeklah kau ni! Tak ada maknanya nak rindu abang kau tu! Anis mencebik. Hatinya mula sakit bila teringat sikap Imran.
Ada apa kau call aku ni
Aku nak jemput kau makan tengah hari esok. Datang tau! Aku tunggu!
Belum sempat Anis menjawab, talian sudah terputus. Huish!! Minah ni! Dahlah tak jawab salam aku, lepas tu tak sempat-sempat nak letak telefon! Poyo betul!
Sekali lagi dia capai telefon, mesej dari Izara.
Jangan lupa bawa resume sekali. Nanti Kak Dina marah aku! Ps:Love u!
Resume Anis garu kepala. Ya Allah! Kak Dina dah pesan hari tu!
Anis segera menyelongkar laci meja. Sudah seminggu resume disimpan di situ. Agaknya sudah jadi pekasam kerana kecewa bila permohonannya ditolak. Dikuis-kuis kertas dalam laci itu. Lega kerana sampul surat coklat masih berada di situ. Semua sijil dan resume disimpan dalam sampul itu.
SELESAI solat maghrib, Anis terus ke dapur menyediakan somtam untuk dihantar ke gerai makcik Senah pagi esok. Dia lihat jam di dinding. Sudah hampir isyak. Laju tangannya membungkus somtam ke dalam beg plastik.
Anis!
Anis menoleh. Sarah sudah tersengih di muka pintu dapur. Di tangannya ada sebungkus makanan.
Kau ni buat aku terkejut jelah! Anis menyambung semula membungkus somtam.
Niaku belikan tomyam untuk kau. Aku tahu kau suka makan tomyam. Sarah letak bungkusan tomyam di atas meja makan. Dia mula duduk dan mengambil sepiring somtam.
Kau dah habis kerja ke
Sarah angguk. Pukul enam tadi lagi aku habis. Aku singgah kat medan selera Bangsar jap. Teringin nak makan tomyam. Eh, makanlah tomyam tu! Penat aku beli tau! Sarah sengih. Somtam Anis dikunyah penuh selera.
Yalah! Terima kasih kerana ingat kat aku.
Kau nak hantar mana pulak somtam ni Sarah belek somtam yang telah siap dibungkus.
Mana lagi! Kat gerai makcik Senahlah! Anis senyum. Somtam yang telah siap dibungkus diletak dalam peti sejuk.
Tapi aku tengok lain macam je kau bungkus somtam ni! Selalunya kau masukkan dalam Tupperware je. Sarah belek lagi bungkusan beg plastik.
Aku pun ada cita-cita. Kalau somtam aku ni cantik berbungkus macam ni, aku rasa lagi laku! Yalah, zaman sekarang ni semuanya nak pilih yang cantik. Anis sengih. Sarah di sebelah dijeling sekilas. Melihat reaksi teman serumah.
Kau perli aku eh! Sarah mula mencebik.
Mana ada! Kau je yang terasa! Anis mula ketawa. Tak sangka Sarah mudah menangkap maksud kata-katanya tadi.
Dahlah! Aku nak solat isyak jap. Esok tengah hari aku ada jemputan makan di rumah Zara. Kau ke mana esok Anis mula mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk.
Aku tak ke mana. Abang aku ajak aku makan tapi malaslah Sarah mula bangun. Kerusi dirapatkan ke meja.
Err..jadi betullah Razif tu abang kau Anis berhenti mencuci pinggan. Dia berpaling ke arah Sarah sebaik mendengar Sarah menyebut nama perkataan abang.
Kenapa Kau pun dah jatuh hati pada abang aku ke Sarah ketawa kecil.
Tak ada maknanya! Kau ni pantang bila aku sebut nama lelaki. Mulalah kau buat kesimpulan sendiri. Anis menyambung semula membasuh pinggan.
Aku bukan apa..kesian aku tengok abang aku tu. Sejak dia putus kasih, dia macam tak nak bergaul langsung dengan perempuan. Macam berdendam..
Anis menoleh semula. Riak Sarah sudah berubah. Maksud kau
Ah! Tak nak cakaplah! Itu hal dia. Aku tak nak masuk campur. Aku masuk bilik dulu. Sarah mula melangkah ke tingkat atas.
Dendam Takkan sampai begitu sekali dia cintakan arwah Kak Aiza sampai nak dendam pada perempuan. Sarah dipandang hingga hilang dari pandangan. Selesai mengemas, Anis turut melangkah ke bilik. Usai solat isyak, Anis mula membuka komputer riba. Laman facebook dibuka sekali lagi. Kata-kata Ustazah Hanisah tadi telah membuatkannya ingin mengenali Jay dengan lebih dekat. Anis terus senyum melihat ada nama JS pada ruangan Friends on chat
Mawar Putih > Assalamualaikum
JS > Waalaikumussalam..awak apa khabar
Mawar Putih > Baik, alhamdulillah. Awak
JS > Baik. Boleh saya tanya
Mawar Putih > Banyak pun tak apa..
JS > Boleh saya tahu nama sebenar awak
Anis tergamam. Skrin direnung seketika. Serba salah untuknya menjawab soalan itu.
JS > Kalau tak sudi tak apa.
Mawar Putih > Bukan tak sudi tapi saya punya prinsip sendiri. Selagi saya tak kenal siapa awak, saya tak boleh dedahkan siapa saya. Hanya kawan rapat saja yang tahu. Maafkan saya.
JS > oh..ok..
Mawar Putih > Awak tinggal di mana
JS > Kenapa Awak nak datang rumah saya ke
Anis gelak sendiri. Nak mampus
Mawar Putih > Bukan. Saya tanya je.
JS > Oosaya di KL. Awak
Mawar Putih > Samalah.
JS > Ya ke What a coincident! Kalau macam tu bolehlah jumpa!
Gulp!Anis menelan liur. Jumpa Alamak! Parah ni!
Mawar Putih > Awak serius ke
JS > Yup! Itu pun kalau awak sudi. Yalah..siapalah saya..tak seganding dengan awak yang banyak ilmu agama.
Anis mula menggelabah. Takkan mamat ni serius!
Mawar Putih >Err..boleh jumpa tapi bersyarat. Jumpa di tempat orang ramai dan saya akan bawa kawan sekali.
JS > Memang itu sebaiknya.
Mawar Putih > Ok. Nanti bagi tahu bila dan di mana.
JS > Ok! Terima kasih kerana sudi. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum
Mawar Putih > Waalaikumussalam
Anis menongkat dagu. Skrin komputer ditatap lama. Perasaannya kini berkecamuk. Semua rasa sudah bercampur. Gembira, takut, resah dan rasa berdosa turut menapak di hati kecilnya. Ya Allah! Ampunkan aku!
JAM sudah tujuh setengah pagi. Terkocoh-kocoh Anis melangkah ke perhentian bas. Pagi itu dia terlewat bangun. Solat subuh pun sudah hampir terbit matahari. Sudah lagak Charlie Chaplin pulak. Beg sandangnya penuh dengan somtam. Sesekali dia menjeling jam tangan. Hampir sepuluh minit dia menunggu di situ.
Aku nak cepat, bas pula lambat! Terjenguk-jenguk Anis melihat ke arah kanan jalan.
Mundar-mandir dia di situ. Jenguk lagi melihat kelibat bas. Masih tidak kelihatan.
Allahuakhbar!!
Anis mengurut dada. Bunyi hon terlalu kuat. Kereta tu berhenti betul-betul di tempatnya berdiri. Huh! Ingat aku ni pekak ke
Nak ke mana pagi-pagi ni
Anis berpaling sebaik mendengar pertanyaan seseorang dari arah kereta. Imran
Saya tanya! Pekak ke Imran mula bercekak pinggang.
Anis masih diam. Siapa pekak Suka sangat nak sakat aku! Memang aku tak faham dengan mamat ni. Kejap baik, kejap mengutuk!
Awak nak ke mana Imran dah berang. Minah ni buat dek je kat aku!
Suka hati sayalah. Awak sibuk kenapa Anis mula bersuara.
Sombongnya! Saya hanya nak bagi awak tumpang. Nak tak Imran berdiri di sebelah Anis. Senyuman nakalnya mula terserlah.
Anis jeling. Tumpang Dah biul ke apa dia ni Mimpi apa agaknya malam tadi
Nak tak Imran kuatkan lagi suara.Anis yang masih diam dari tadi direnung tajam.
Awak ni demam eh malam tadi Urat saraf kat otak awak tu dah putus eh Anis sengih.
Eh..apahal pulak awak merepek ni.
Habis tu, baik semacam dengan saya hari ni. Saya tak fahamlah dengan sikap awak ni! Atau..awak ada niat jahat kat saya! Anis menelah sendiri. Imran dipandang tidak berkelip. Mana tahu mamat tu ada niat jahat. Mula-mula bagi tumpang lepas tu entah ke mana dibawanya!
Awak ingat saya ni jahat sangat ke Kenapa Awak nak saya peluk awak macam hari tu Perempuan semua sama. Gatal tak bertempat. Dah la kuis kaki saya masa makan malam dulu. Eh, awak tak malu ke Imran dekatkan mukanya ke muka Anis.
Anis segera berundur. Memang dah gila mamat ni!
Saya bukan sengaja. Siapa kata saya suka awak Orang macam awak ni tak ada dalam senarai calon suami saya tahu tak! Anis undur setapak lagi bila Imran semakin dekat.
Ya Siapalah yang bernasib malang masuk dalam senarai awak tu
Anis mencebik. Rimas dengan sikap Imran yang angkuh.
Imran ketawa terbahak-bahak. Dia pandang tubuh gadis somtam itu atas bawah. Pertama kali dia melihat Anis berpakaian macam tu.
Anis pandang Imran yang masih ketawakannya. Memang sah! Imran sudah gila!
Sudahlah! Layan awak ni buang masa saya je! Anis segera menahan bas yang mula kelihatan. Kakinya laju melangkah ke dalam bas. Imran masih di situ.
Dari cermin bas, Anis melihat dengan jelas kereta hitam BMW milik Imran mengekori bas yang dinaikinya. Apa lagi dia ni nak Eiii!!! Tak faham aku!
TIBA di kampus, Anis bergegas ke medan selera. Sekali sekala dia menoleh ke belakang. Mana tahu, Imran masih mengekorinya. Lega! Kelibat Imran tidak kelihatan. Laju saja kakinya menuju ke gerai makcik Senah. Selepas semua somtam diletak di situ, Anis bergegas pula ke tasik. Jam di tangan sudah menunjuk ke angka lapan setengah pagi. Anis mula berlari mengelilingi tasik. Beg sandang diletak di belakang.
Penat berlari, Anis mula berjalan perlahan. Air tasik kelihatan tenang. Sinaran matahari mula memancar keluar menghilangkan kabus pagi yang agak tebal hasil hujan lebat mencurah turun malam tadi.
Kat sini rupanya awak!
Anis terperanjat. Imran tiba-tiba berada di sebelahnya.
Eh! Awak ikut saya eh Anis pandang Imran yang tersenyum. Huh! Perasan handsome pulak mamat ni!
Awak ingat tasik ni awak punya ke
Bila saya kata Soalan tidak perlu dijawab dengan soalan! Anis bengang.
Dan saya tidak perlu memberi jawapan! Imran masih sengih. Suka melihat wajah kemerahan milik gadis somtam itu mula terpancar.
Eiii!!! Anis menggenggam tangan dengan kuat sambil mengetap bibir. Geram dengan sikap Imran yang tiba-tiba menjejakinya sampai ke tasik. Laju dia melangkah meninggalkan Imran.
Tunggu! Imran menyambar tangan Anis.
Awak nak apa lagi Anis cuba lepaskan tangannya dari genggaman Imran.
Ingat! Saya tak suka orang suka berpura-pura baik! Imran menuding ke arah muka Anis.
Siapa yang berpura-pura
Awaklah! Muslimah konon! Tapi tak tahu malu! Perempuan apa namanya!
Anis mengetap bibir sekali lagi. Imran direnung tajam. Kata-kata Imran sudah melampau!
Apa maksud awak Saya tak faham! Cuba terangkan dengan lebih jelas supaya saya tak salah anggap kat awak! Saya tak nak dosa fitnah!
Ni! Pakai tudung tapi pakai seluar dan baju macam ni! Apa awak ingat senonoh sangat ke Satu lagi! Awak macam perigi mencari timba! Jangan ingat keluarga saya sukakan awak, awak ingat saya juga sukakan awak! Kau bukan selera aku!! Imran tuding jari telunjuk tepat ke batang hidung Anis. Matanya terbeliak memandang Anis.
Apa Perasan! Kalau aku bukan selera kau, kau seribu kali bukan selera aku!!! Anis semakin geram. Dia menepis jari telunjuk Imran yang masih melekat pada hidungnya. Kau cakap kasar, aku pun boleh cakap kasar!! Geramnya sudah sampai ke tahap ledakan gunung berapi.Sudah membuak keluar.
Tahu tak apa! And for your information, you are not shortlisted. Not even selected! Imran mula berlalu pergi.
Anis pandang Imran yang ketawa terbahak-bahak sambil berlalu pergi meninggalkan tasik. Nanti kau!! Aku pun seribu kali tak ingin!!!
PULANG dari tasik, Anis terus meluru ke bilik. Sakit hatinya sudah tidak tertahan. Mukanya disembamkan ke bantal.
Jaga kau Imran. Kau jangan perasan yang aku sukakan kau! Aku benci!!! Anis mula mengesat air mata yang membasahi bantal.
Dia pandang sekitar bilik. Matanya tertancap pada sekeping gambar yang dibingkai cantik. Foto kenangan keluarganya dengan keluarga Izara. Matanya melekat pada wajah lelaki di sebelah Izara. Benci!!! Bantal dibaling ke arah foto itu. Terpelanting foto itu jatuh ke lantai.
Eh! Anis! Kenapa ni
Anis menoleh. Sarah sudah tercegat di muka pintu bilik.
Sarah mendekati Anis yang masih duduk di atas katil. Foto yang jatuh ke lantai dikutip.
Sarahaku benci diri aku sendiri! Anis peluk Sarah.
Kenapa ni Kau tak pernah macam ni sebelum ni Sarah mula memujuk Anis. Pulang dari kampus tadi, Anis terus berkurung dalam bilik. Mata Anis sudah merah.
Sarahapa salah aku Kenapa Imran benci sangat pada aku Hina sangat ke aku Bertubi soalan keluar dari mulut Anis.
Anisapa yang Imran sudah buat Sarah mula gelisah. Nyata Anis menangis sampai bengkak mata.
Tak..tak ada apa-apa. Memang aku yang patut rasa malu. Sarah..aku sedar siapa aku. Anis pandang Sarah dengan mata masih berkaca.
Kau..kau cintakan Imran Sarah renung mata Anis. Ingin melihat kejujuran dalam mata bundar itu.
Anis diam. Angguk tidak. Geleng tidak. Dia sendiri tidak tahu perasaannya sendiri. Namun yang pasti, dia tidak dapat menidakkan perasaan debarnya setiap kali memandang wajah kacukan itu.
Dahlahtengok, mata pun dah macam mata Garfield! Sarah cuba memujuk Anis. Senang melihat Anis mula senyum. Kalau dulu, Anis yang selalu memujuknya dan memberi nasihat.
Sarah..terima kasih. Anis peluk sekali lagi.
Sarah senyum dan mula melangkah keluar dari bilik Anis. Biarlah Anis redakan perasaannya dulu.
Anis capai komputer riba. Laman facebook dibuka buat sekian kali. Hampa bila melihat Jay tidak online. Sekurang-kurangnya Jay mengerti perasaannya walaupun tidak pernah bersua muka. Anis capai pula telefon bimbit yang mula berdering.
Hello..assalamualaikum.. Lemah suara Anis menutur.
Anis! Aku la..Zara! Kau ni kenapa Malam tadi pun lemah macam ni juga suara kau.
Anis cepat-cepat berdehem kecil. Dia pandang skrin telefon. Izara masih di talian.
Zaraada apa Anis cuba bersuara ceria.
Cuba kau tengok jam kejap
Jam Kenapa Anis mula menoleh jam di atas meja belajar. Sudah menghampiri sebelas pagi.
Pukul sebelas. Kenapa
Pukul berapa kau nak datang rumah aku
Err..kau kata pukul dua baru makan. Takkan aku nak datang masa ni. Nanti abang kau kata aku ni tak malu! Anis jeling lagi jam di atas meja belajar. Mana tahu dia tersalah lihat. Memang betul jarum jam menunjukkan pukul sebelas pagi. Masih awal.
Memanglah tapi kau kan tukang masak. Nak makan apa nanti kalau kau datang lambat!
Eh, kenapa pula aku yang kena masak Aku kan tetamu! Lagipun aku bukannya pandai masak! Anis mula merasa pelik.
Tak kira! Kau kena masak juga. Mama aku yang suruh! Aku tak tahu! Bila kau nak datang ni
Kejap lagilah! Anis mula merungut. Bukan masalah aku pun. Tak pergi pun tak apa. Tengok muka mamat tu buat aku benci je!
Aku dah ada kat bawah ni!
Hah Anis pantas melompat dari katil menuju ke tepi tingkap. Izara sedang melambai ke arahnya. EiiZara pun satu! Ikutkan hati, malas kakinya menapak ke rumah itu. Wajah Imran bagai tersembul di ruang mata.
Err..abang kau ada sekali ke nanti Anis beranikan diri bertanya pasal Imran. Walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan Izara nanti.
Mestilah dia ada sekali. Kenapa Kau rindu kat dia eh
Jelas kedengaran suara ketawa Izara di hujung talian. Lawak sangatlah tu! Minah ni pun satu! Tak habis-habis nak nyakat aku!
Dia pandang lagi Izara yang masih ketawakannya.
Turunlah cepat! Izara mula melaung dari bawah.
Anis mula menukar pakaian. Baju kurung jingga dan tudung putih kekuningan. Dipandang wajahnya ke cermin. Tiada secalit solekan dioleskan ke muka.
Ah! Buat apa nak lawa-lawa! Bersolek hanya untuk suami saja. Aku pun tak ingin nak bersolek lebih-lebih. Tambah lagi mamat perasan hebat tu!!
Anis..kau cakap sorang-sorang ni kenapa Sarah muncul di sebelah.
Kau dengar ke tadi Anis mula senyum kelat.
Aku dengar semuanyakau dah nak keluar ke Eh! Kenapa pucat je muka tu. Meh sini! Sarah terus tarik Anis ke katil. Wajah Anis disolek lembut.
Eii..tak nak aku solek macam ni! Aku bukannya nak ke parti atau dinner besar-besar cik Sarah oi! Anis mula mengesat gincu jingga yang dicalit oleh Sarah tadi.
Kau ni! Dah! Sarah cepat-cepat menghalang. Tubuh Anis ditolak keluar dari bilik. Anis terpaksa menurut.
CANTIK pun kau! Izara mula memuji Anis sebaik melihat Anis menapak ke arahnya bersama Sarah.
Zara, dia memang macam ni. Cepat bawa dia pergi sebelum dia tukar fikiran. Sarah sengih. Dia mendekati Izara. Ada sesuatu yang dibisikkan ke telinga Izara.
Kau bisik apa Kau mengumpat eh Anis mencebik.
Jom! Izara mula tarik tangan Anis masuk ke dalam kereta. Kereta Honda Accord Izara meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Anis.
Sepanjang perjalanan, Anis hanya diam. Dia jeling Izara yang senyum dari tadi. Matanya masih pada jalan di hadapan.
Kenapa kau senyum Dari tadi aku tengok kau senyum memanjang! Kalau orang lain tengok, orang ingat kau ni gila tau tak! Anis tidak puas hati dengan sikap Izara.
Izara senyum lagi. Semakin lebar.
Err..apa yang Sarah bisik tadi Anis mula mengorek cerita.
Tak ada apa.. Senyuman di bibir Izara masih melekat.
Habis yang kau senyum sengih macam kerang ternganga ni kenapa Anis mula geram.
Dah sampai! Izara tidak menjawab soalan Anis. Dia mula keluar dari kereta.
Anis masih dalam kereta. Malas rasanya nak keluar dan menapak ke dalam rumah mewah itu. Imran yang menjadi punca dia begitu.
Oi minah somtam! Tak nak keluar ke Izara mengetuk cermin kereta. Anis mula tersedar dari lamunan.
Zara..aku nak baliklah. Kalau abang kau ada sekali, aku nak balik. Anis mula teragak-agak. Dia pandang sekitar taman. Kereta hitam BMW milik Imran tiada di situ. Lega.
Alah..abang aku bukannya singa! Kau ni takut semacam je! Kekau dah jatuh cinta kat abang aku Gabra semacam je ni Izara sengih menampakkan sebaris giginya yang putih berseri.
Anis jeling Izara. Kata-kata Izara sama seperti Sarah. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia terpaksa mengikut bila ditarik masuk ke dalam rumah. Puan Zaharah dan Kak Dina sudah menantinya di ruang dapur.
Mama! Ni tukang masak dah sampai! Izara mendekati Puan Zaharah.
Aadah sampai pun. Anis nak masak apa Puan Zaharah mula menyambut salam dari Anis. Kepala Anis diusap perlahan.
Senang melihat gadis manis itu di rumahnya. Sudah disematkan dalam hatinya untuk menjodohkan Anis dengan Imran.
Err..saya tak pandai masak puan. Zara ni je yang pandai-pandai. Anis mula merendah diri sambil mencium tangan orang tua itu.
Alah..buat tak tahu pula. Sudahlah! Ni..sayur, udang, ayam dah lama tunggu kau. Izara keluarkan sayur dan ayam dari peti sejuk.
Anis senyum kelat. Entah kenapa bila berada di tengah-tengah keluarga Izara begitu dia merasa sangat dihargai tapi bila muncul sahaja Imran, jiwanya mula memberontak.
Dia capai sayur dan ayam dari atas meja dan dibersihkan. Anis terpaksa memasak mengikut resipinya sendiri bila Puan Zaharah menyerahkan bulat-bulat kepadanya. Terpaksa!
Haadah siap pun! Sedap baunya! Tak sabar nak makan ni! Izara senyum. Hidungnya didekatkan ke pinggan ayam masak merah.
Adik pun kena tahu masak. Esok-esok nak jadi isteri kena tahu semua ni! Puan Zaharah jeling anak gadisnya yang masih bujang.
Alah mama ni..ke situ pulak. Lambat lagi la mama. Adik nak enjoy dulu! Izara mula muncung.
Anis senyum. Rasa kau! Bukan main lagi nak suruh aku kahwin dengan Imran. Dia sendiri nak berseronok dulu.
Mana abang Irdina pula menyampuk.
Entah..tadi ada. Kereta dia tak ada kat laman. Entah mana perginya. Pagi lagi dah merayap! Izara jenguk ke laman melalui tingkap.
Anis senyum kelat. Mana lagi! Pagi buta dah tercongok kat perhentian bas. Lepas tu kat tasik pulak! Menyampah! Sengaja dia tidak cerita pada Izara. Panjang pula ceritanya nanti kalau Izara tahu hal yang sebenar.
Anis mula minta diri untuk solat zuhur. Dia mengekori Izara ke bilik. Usai solat, Anis dan Izara kembali semula ke dapur menghidangkan lauk pauk yang disediakan tadi.
Mari makan! Puan Zaharah senyum memandang Anis. Kak Dina dan abang Kamarul dah sedia menunggu di meja makan.
Langkah Anis terhenti bila melihat Imran sudah tercegat di muka pintu dapur. Imran merenung tajam ke arahnya. Ada riak tidak senang di mata lelaki itu.
Ha..kenapa tercegat kat situ Marilah makan. Puan Zaharah pandang Imran yang masih berdiri di situ.
Imran mula melangkah ke meja makan. Dia sengaja duduk berhadapan dengan Anis. Matanya masih melekat pada wajah gadis itu.
Err..Zara, aku duduk kat situlah. Anis cuit Izara di sebelahnya..
Eh, duduk jelah di situ. Kat sini jauh nanti nak ambil lauk. Izara membetulkan tempat duduknya.
Anis mula resah. Imran masih merenungnya. Dia mula menundukkan wajah. Tidak berani bertentang mata. Hish! Mamat ni pun satu! Tak malu ke renung aku macam tu depan keluarganya. Perasan kacak sangatlah tu agaknya! Eiii!!!!
Ambil lauk tu..jangan segan. Anis juga yang masak ni. Irdina menyuakan sambal udang kepada Anis.
Imran mula terbatuk-batuk. Dia teguk air habis satu gelas. Siapa masak
Anis lah..siapa lagi. Nak harapkan makwe abang tu, semuanya hanya tahu pasang badan je.. Izara pula menyampuk.
Imran pandang Izara yang sengih dari tadi. Melangit memuji masakan minah somtam tu. Ingat bagus sangat ke! Pandangan Imran beralih pula ke arah Anis. Huh! Conteng bibir dengan gincu, mata pula dah macam hantu dengan celak tebal! Cantik sangat ke
Abang! Izara tendang kaki Imran yang masih merenung Anis dari tadi.
Sakitlah! Imran menggosok betis.
Berangan lagi! Abang tenung Anis sampai macam tu sekali tu kenapa Kalau suka cakap jelah..main tenung-tenung pulak. Izara mula mengusik kembarnya.
Sudah..sudah. Tak baik bertengkar depan rezeki. Puan Zaharah pula mencelah. Geleng melihat anak kembarnya asyik bergaduh benda yang remeh.
Anis pula hanya diam. Tidak berani mengangkat muka. Lauk pula hanya diambil mana yang tercapai oleh tangannya. Kakinya diletakkan ke belakang sedikit. Bimbang kejadian dulu berulang lagi. Tak pasal-pasal Imran menuduhnya gatal lagi nanti.
Oh ya! Anis ada bawa resume Irdina mula bertanya.
Anis hanya angguk. Dia cepat-cepat tunduk semula. Nasi dalam pinggan dihabiskan segera.
DI RUANG TAMU, Anis duduk bersandar di sofa. Kak Leha senyum sambil membawa kopi dan karipap panas. Itulah yang selalu dihidangkan setiap kali lepas makan. Majalah di atas meja sofa dibelek perlahan.
Anis buat apa sekarang Puan Zaharah mula duduk di sebelah Anis.
Err..saya masih mencari kerja puan. Sementara tu saya ada jual somtam sikit-sikit. Anis senyum hambar. Dia jeling Imran yang turut berada di situ. Riaknya tidak berubah. Masih merenung tajam ke arahnya.
Mana resume yang akak minta dulu Ada tak Irdina turut mencelah.
Anis menghulurkan sekeping sampul surat besar kepada Kak Dina.
Layak ke nak kerja dengan Stephen Holdings Imran mula bersuara. Matanya masih melekat pada gadis somtam itu.
Abang ni! Dia ada ijazah pengurusan macam adik juga la! Keputusan dia lebih bagus dari adik. Memang lebih dari layak! Izara cubit paha Imran. Tidak puas hati dengan kata-kata Imran sebentar tadi.
Anis terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Imran. Macamlah aku ni terhegeh sangat nak kerja dengan syarikat ni.
Kalau bukan kerana Kak Dina dan Zara, tak ingin aku nak kerja kat situ! Anis jeling jam di dinding. Sudah hampir empat jam dia di rumah mewah itu.
Abang..tak baik merendahkan kebolehan orang lain. Abang tu apa kurangnya Masih merangkak lagi dalam alam pekerjaan.
Proposal yang akak suruh buat hari tu dah siap Irdina turut memarahi Imran.
Belum.. Imran menjawab acuh tak acuh. Dia bingkas bangun dan terus melangkah ke tingkat atas.
Err..Zara, makcik dan kak Dina, saya minta diri dulu. Petang ni nak ke pasar pula. Anis turut bangun dan mula bersalam dengan keluarga Izara.
Izara segera mengekori Anis bila melihat Anis sudah melangkah ke arah laman. Mereka berdua mula menaiki kereta.
IMRAN melihat dari tingkap biliknya. Hmm..eloklah blah cepat. Ada hati nak kerja kat Stephen Holdings. Tak apatahulah nanti apa aku nak buat. Senyuman nakal mula terukir di bibirnya.