ARISSA melangkah perlahan menelusuri laluan pokok-pokok yang lebih dikenali Metasequoia Lane. Sesekali dia mendongak melihat dedaun berguguran memenuhi bumi. Warni kuning dan merah daun cukup menarik dan indah. Kakinya menguis-nguis daun yang berguguran. Bila terasa sejuk, Arissa rapatkan mafla di lehernya. Topi yang menutupi rambut turut dibetulkan. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket baju.Cuti yang dipohon seminggu tidak mendapat apa-apa bantahan dari Syed Faizal walaupun dia tahu tugas di makmal semakin bertambah. Lulus atau tak lulus, dia tetap akan bercuti. Bukan bawa diri tetapi ingin melupakan semua kejadian pahit. Lupakan segala yang berlaku. Lupakan pernikahan yang tidak menjadi kenyataan. Semuanya bagai mimpi ngeri. Hancur berkecai!
Perlahan Arissa menapak ke sebuah bangku. Dia melabuhkan punggung di situ. Kedua tangan diletakkan atas meja kayu sambil menopang dagu. Lama matanya menatap keindahan pulau itu.
Kalaulah aku boleh sentiasa berada di sini, alangkah nyamannya.. Matanya dipejam rapat
Tanpa sedar titis jernih mengalir lembut ke pipinya. Arissa menekup muka. Kejadian hitam pada malam itu dan hari pernikahannya yang sudah hancur masih jelas di ruang matanya. Jelas, Tuah tidak dapat menerima semua itu. Jelas juga, Tuah tidak ikhlas mencintainya. Perlahan Arissa buka mata.
Apakah aku mampu menempuh hidup ini Apakah aku mampu lupakan semua itu Sekali lagi Arissa menekup muka. Termengguk di meja.
Tersedu-sedu menangis. Nyata dirinya tidak kuat menghadapi semua itu.
Selain dari mengadu pada pencipta, dia tiada siapa lagi dalam dunia ni. Kepada siapa dia harus meluahkan semua perasaannya tika ini Dalam dunia ini, dia hanya sebatang kara. Ayah sudah lama pergi buat selama-lamanya. Ibu pula masih belum ditemui. Jauh sekali saudara mara.
Nelissa Oh tak mungkin!
Arissa bingkas bangun. Dia meneruskan langkah. Senyuman hambar mula terukir di bibir. Dia pandang sekitar. Pulau indah itu sentiasa dikunjungi pelancong tidak kira masa. Bunga sakura yang berkembang mekar di ranting pokok sungguh cantik. Tersenyum dia melihat begitu ramai pelancong yang berebut mengabadikan foto di situ. Sama seperti di laluan deretan pokok yang menjadi tempat lokasi terkenal drama popular Korea.
Angin sejuk mula bertiup. Mafla di lehernya dikemaskan. Kali ini dia menelusuri pula ke arah deretan bunga tulip yang mekar berkembang.
Berdiri seketika di situ memerhati keindahan ciptaan Allah. Dia berpeluk tubuh. Memang tepat kedatangannya pada waktu ini. Pertengahan April yang sungguh indah! Demam musim bunga! Sengaja dia rahsiakan dari Nelissa. Susah payah dia menaiki tren dan tukar pula menaiki bas dari Gapyeong. Dulu pernah sekali arwah ayah membawanya ke situ. Ketika itu suasana tidak seperti sekarang yang sudah dinaiktaraf menjadi tempat pelancongan setelah drama Winter Sonata itu popular di seluruh dunia.
TANPA sedar, tingkah Arissa diperhatikan seseorang. Zaki yang dari tadi memerhati tingkah gadis itu mula tertanya-tanya. Melihatkan wajah gadis itu yang murung, mungkin gadis itu sarat dengan seribu satu masalah. Kalau tak, takkan gadis itu sampai membawa diri sampai jauh ke Pulau Nami seorang diri
Hmm..siapa agaknya perempuan tu Zaki masih duduk di bangku sambil menunggu Daniel yang sibuk mengambil foto keindahan bunga yang berkembang terutama bunga sakura.
Zaki masih memerhati. Gadis itu dilihat termenung jauh melihat deretan bunga tulip yang berwarna warni. Jelas dia melihat ada riak sugul di wajah putih kemerahan gadis itu. Wajah yang mirip gadis Korea tetapi masih ada ciri melayu..
Dia orang Korea ke Zaki mengusap dagu. Sesekali matanya menala ke arah Daniel yang masih leka membelek kamera.
Zaki!!
Zaki menoleh. Daniel sudah melaung dari situ. Dia segera menapak ke arah Daniel.
Ya bos Zaki senyum. Daniel dilihat segak dengan kot putih tebal dengan mafla lembut warna kelabu. Teringat seorang pelakon Korea yang terkenal dalam drama My Girl, Lee Dong Wook, sekali pandang, wajah Daniel memang ada iras pelakon itu walaupun darah yang mengalir dalam tubuh Daniel lebih kepada darah Inggeris yang diwarisi sebelah Datuk JB. Tadi, sebaik tiba di pulau itu, dia perasan ramai juga perempuan yang saling berbisik sambil menuding ke arah Daniel. Malah ada yang cuba bergambar. Mungkin mereka juga ingat Daniel adalah selebriti Korea terkenal itu!
Kenapa pandang saya macam tuDaniel berkerut kening. Dari tadi Zaki asyik memandangnya.
Oh..tak..tak ada apa. Err..bos tak teringin ke nak berkeluarga Entah kenapa soalan itu yang terpacul dari mulutnya.
Kenapa
Lelaki macam bos ni, pilih saja perempuan mana yang berkenan. Ada rupa, kaya, muda..pakej lengkap. Zaki berterus-terang.
Oh..please dont say that. Daniel senyum malu.
Its true. Really! Tidakkah bos ingin mempunyai keluarga sendiri Isteri, anak Sekali lagi Zaki bertanya.
Daniel terdiam seketika. Selama ini hidupnya hanya untuk berseronok. Perempuan yang ditidurinya hanya untuk seronok dan bukan untuk komitmen apa-apa. Setakat ini, dia tidak terfikir untuk mendirikan rumahtangga. Komitmen kerja nyata lebih penting daripada komitmen perkahwinan. Saat ini wajah Arissa mula bermain di mata.
Bos Zaki sentuh bahu Daniel yang kelihatan sedikit sugul.
Zaki..you know me. Saya tak pernah serius dengan perempuan tapi... Kata-kata Daniel terhenti di situ. Dia serba salah meneruskan kata-katanya tadi. Bimbang Zaki akan mentertawakannya.
Tapi apa bos
Actually...I like one girl.. Daniel mula berterus terang.
Really Zaki teruja. Maknanya bos mudanya akan mula berubah sikap tak lama lagi. Orang kata bila sudah suka pada perempuan secara serius, maka akan ada niat untuk bernikah.
Daniel mengangguk lemah. Terus terbayang wajah lembut Arissa yang mula menapak di hatinya.
Boleh saya tahu siapa Zaki mengusik.
Daniel senyum hambar. Dia melepaskan pandangan ke arah deretan bunga tulip yang berkembang indah. Kamera di tangannya dihala ke sana. Lensa kamera diputar sedikit, cuba fokus pada bunga tulip. Klik! Klik! Klik!
Daniel menelan liur. Is that Arissa
Bos! Kenapa Zaki mula pelik melihat riak Daniel seperti melihat hantu.
Daniel genyeh mata berkali-kali. Dia segera meluru ke arah Arissa yang masih berdiri di tepi deretan bunga tulip.
Arissa.. Daniel beranikan diri menyapa gadis itu.
Arissa yang masih leka dengan bunga tulip mula berpaling.
You
Daniel segera tarik tangan Arissa bila melihat Arissa ingin beredar dari situ. Kuat Daniel menarik tangan Arissa sehingga Arissa terpeluk dalam pelukannya.
Stop it! Let me go! Arissa tolak badan Daniel.
Arissa..please..forgive me! Daniel tarik semula tubuh Arissa.
Stay away from me!!! Jerit Arissa kuat.
Pelancong yang lalu lalang di situ mula berpaling.
Daniel terus tarik tangan Arissa ke tempat yang jauh sedikit dari orang ramai.
Arissa..please...let me explain..Daniel masih peluk Arissa yang cuba meronta.
Explain what Arissa bulatkan mata. Tubuh Daniel cuba ditolak sekali lagi.
I know that..I have done something bad to you but trust me! Its not what you think! Tubuh Arissa didakap kemas. Dia tahu Arissa akan berlari pergi kalau tubuh gadis itu dilepaskan.
Oh really You such a liar! Kau dah rosakkan aku!! Kau buat kerja laknat tu! Arissa mengetap bibir dengan kuat. Nada suaranya semakin tinggi.
I..Im sorry. I was so confused that time. I thought you were Tan Sris daughter. Dendam aku pada Tan Sri masih tebal..aku dah tersalah anggap.You are actually Arissa and not Nelissa.. Daniel tunduk. Perlahan dia lepaskan rangkulannya.
Sudah terlambat untuk kau minta maaf. Kau memang ada niat nak rogol aku kanKau memang tak guna!Arissa kuatkan suara. Geram! Tiada lagi bahasa sopan untuk lelaki itu.
Daniel terdiam. Memang salahnya juga. Mungkin malam tu dia keliru. Namun untuk berterus terang keadaan sebenar, tidak sekali-kali selagi Arissa belum menjadi miliknya yang sah.
Apa pun alasan kau, kau telah rosakkan aku! I have nothing! Nothing! And for the rest of my life, I hate you!! Arissa menangis tersedu-sedu.
Daniel tatap semula wajah Arissa yang sudah menangis. Bibir Arissa yang kemerahan begitu mempesona. Ingin saja dia mengucup bibir itu. Ah! Daniel! Please dont!!
Arissa masih merenung tajam wajah lelaki di depannya. Memang tidak dinafikan kekacakan jejaka itu menjadi kegilaan ramai perempuan.
Bukan dia tidak perasan, banyak mata perempuan muda merenung Daniel dengan senyuman manis dan menggoda. Wajah lelaki di depannya ditatap seketika. Hatinya mula bergetar. Jantung berdegup kuat. Ah! Arissa! Please dont!
Arissa...I love you.. Daniel mula mendekati Arissa. Jiwa lelakinya sudah tidak keruan. Wajah gadis itu sudah melekat kuat dalam hatinya. Ingin sekali lagi dia mencium bibir gadis itu.
Pang!!!
Who do you think you are huh You loved me Shame on you!! Arissa geram. Padan muka melihat
Daniel menggosok pipinya yang dilempang kuat tadi. Ada hati nak cium aku! Go to hell!! Ikut hati nak saja racun mamat ni dengan bakteria Vibrio cholera, biar mampus kojol!! Dia terus berlari meninggalkan Daniel di situ.
Zaki yang berdiri tidak jauh dari Daniel hanya memerhati babak Daniel dan Arissa. Jelas dia melihat pipi bos mudanya ditampar kuat oleh gadis itu. Siapa gadis itu pada Daniel
Daniel masih berdiri di situ. Terasa pedih bila ditampar kuat oleh Arissa tadi. Pertama kali dapat merasa penampar perempuan. Pada muka kau Daniel! Siapa suruh kau peluk dan cuba cium bibir gadis tu Kau dah cemarkan maruah dia dan sekarang ada hati nak berbaik dengan gadis tu Daniel mendongak melihat Arissa yang sudah jauh pergi dari situ.
Zaki mendekati Daniel.
Bos...maafkan saya. Apa yang berlaku sebenarnya Zaki bertanya perlahan. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena antara Daniel dan gadis itu.
Daniel senyum kelat. Memang patut pun dia terima penampar dari gadis itu. Malah walau beribu kali kena tampar sekalipun, tidak akan mungkin boleh meredakan perasaan benci dan marah Arissa dan mengembalikan senyuman manis Arissa. Maruah gadis itu sudah tercemar kerana tindakan salah faham aku dulu!
Nothing...lets go.. Daniel mengajak Zaki pulang ke apartment semula. Seharian mereka berada di situ.
DANIEL termenung panjang di balkoni bilik mengadap panorama Myeong dong yang sentiasa sibuk dengan manusia yang tak pernah lengang di situ. Pusat beli belah terkenal di situ memang sentiasa hidup.
Bos..
Daniel berpaling.
Maaf..kalau saya tanya sikit.. Zaki mula serba salah. Kejadian di Pulau Nami semalam nyata mengganggu fikirannya.
Boleh saya masuk Zaki teragak-agak.
Daniel angguk.
Zaki menapak ke arah balkoni dan berdiri di sebelah Daniel sambil turut menikmati suasana malam.
Apa yang awak nak tanya tadi Daniel menoleh ke kiri. Zaki dilihat masih memandang ke arah bandar Myeong dong.
Pasal hal di Pulau Nami semalam. Boleh saya tahu siapa gadis tu pada bos Zaki beranikan diri bertanya.
Oh..that girl..why
Zaki masih berfikir. Dari pengamatannya, gadis tadi adalah seorang gadis kacukan..mungkin keturunan melayu kacukan dan jika benar, gadis itu beragama Islam. Dia perlu tahu, jika benar gadis itu seperti yang disangkakan, gadis itu perlu diselamatkan dari nafsu rakus Daniel. Siapa tak kenal bos mudanya yang mudah dapat perempuan jika dia berkehendak.
Bos..suka dia ke
Daniel senyum. Matanya beralih semula ke arah pemandangan di luar.
Itulah gadis yang saya maksudkan hari tu. Shes the one that makes me out of my mind! Daniel berterus terang.
Zaki menelan liur. Jadi memang benar Daniel suka pada gadis itu. Persoalannya sekarang, suka secara serius ke atau hanya untuk berseronok
Err..so, bos ada niat ke nak nikah dengan dia tersekat-sekat Zaki bertanya.
Daniel pantas menoleh. Wajah Zaki serius.
Why
Gadis tu saya tengok seorang yang baik. Belum pernah saya tengok seorang gadis yang bos kenal bertindak macam tadi. Semua yang saya tahu, mereka lagi suka kalau bos cuba bermesra tapi gadis tu berlainan sekali. Zaki pula berterus terang.
Ya..dia memang berlainan. And because of that.. Im falling in love with her. Pelik bukan Daniel pandang Zaki. Menanti jawapan balas dari Zaki.
Zaki senyum. Memang tepat tekaannya. Daniel yang hanya tahu berseronok kini telah mula jatuh cinta.
Jadi..bos nak ambil dia sebagai isteri
I dont know...awak tengok sendiri bagaimana dia layan saya kan Daniel menopang dagu. Mata menala ke arah langit yang terang dengan bintang berkerlipan.
Boleh ke saya berkahwin dengan dia Maksud saya..dia muslim and me..I dont know.. Daniel sugul. Sebenarnya kusut di benaknya kini dengan persoalan seperti itu. I love her!!
Bos boleh nikah dengan dia tapi bos kenalah belajar Islam dulu.. Zaki senyum.
Pantas Daniel menoleh. Do you mean..
Zaki senyum lagi.
Kalau bos belum bersedia untuk itu, saya rasa bos juga belum bersedia untuk bernikah. Dalam Islam, ikatan pernikahan adalah yang paling suci dan paling disukai Allah. Ikatan yang menghalalkan sebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan. Saya kira, agama lain pun sama.
Apa yang berlaku sekarang ini, manusia cuba menidakkan peraturan itu. Lihat apa yang berlaku sekarang ini, tiada lagi rasa malu dan segan.
Kita tak tahu perempuan yang kita tiduri tanpa ikatan sebuah pernikahan itu mungkin anak kepada seseorang, mungkin juga ibu atau isteri kepada seseorang atau kakak dan adik kepada seseorang. Bayangkan jika itu terjadi kepada ibu, isteri, kakak, adik atau anak kita sendiri
Tegakah kita melihat itu semua terjadi Zaki menutur lembut.
Daniel terdiam. Terkelu mendengar kata-kata Zaki. Ya, selama ini dia tidak pernah terfikir soal itu. Apa yang dia tahu hanyalah untuk berseronok.
Jangan pula bos rasa terpaksa masuk Islam hanya semata nak bernikah. Nasihat saya, bos belajarlah dulu apa itu Islam. Jika Allah izinkan, bos tetap ada jodoh dengan gadis tadi. Saya sentiasa doakan bos berada di kalangan orang terpilih dalam menerima hidayahNya. InsyaAllah, jika telah ada niat seperti itu, Allah akan membuka jalan seluas-luasnya. Zaki memberi harapan.
Daniel tunduk. Hatinya masih keras dengan semua itu.
Oh ya..ni hadiah dari saya untuk bos. Bos bacalah dulu. Kalau ada apa-apa yang tak faham, saya sedia membantu. Jangan segan bertanya. Zaki hulur sebuah terjemahan al Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa melayu.
Apa ni
Quran..kitab suci umat Islam. Zaki senyum.
Err..maksudnya Nampak sangat Daniel tidak tahu semua itu. Dulu, mendiang ayah dan ibu tidak pernah dedahkannya dengan benda itu semua.
Quran ni adalah kitab yang terakhir diturunkan kepada manusia yang mencakupi segenap perkara. Ia diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah. Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul. Jelas Zaki. Muka Daniel dilihat berkerut. Mungkin belum faham kata-katanya. Biarlah sekurang-kurangnya Daniel ada niat untuk mengenali Islam.
Daniel angguk-angguk.
Di dalam tu ada semua jawapan yang bos cari selama ini. Termasuk soalan yang pernah bos tanya dulu. Bacalah dulu..Zaki menapak ke arah pintu.
Saya masuk tidur dulu. Maaf bos..kat rumah ni tak ada arak. Zaki teringat waktu sebegini, Daniel suka menghabiskan masa bersendirian seperti tadi sambil meneguk minuman keras.
Oh..its ok! Daniel senyum kelat.
MALAM itu, Daniel termenung lagi. Masih berfikir kata-kata Zaki. Betapa selama ini dia telah merosakkan ramai perempuan yang entah apa status mereka. Mungkin ibu, isteri, anak, kakak atau adik seseorang.
Oh my...
Dan terakhir..Arissa. Walaupun gadis itu tidak disentuh tapi dia merasa sangat bersalah. Bersalah kerana melihat tubuh gadis itu yang dijaga selama ini dan sudah semestinya tubuh itu hanya untuk tatapan seorang suami kepada Arissa. Selepas kejadian itu, dia tidak pernah lagi sentuh tubuh perempuan. Setiap kali ingin meniduri perempuan, jiwa dan perasaannya bagai ditarik satu suara untuk tidak melakukannya. Waktu itu juga menjelma wajah Arissa tersenyum manis kepadanya. Bagai melekat kuat di benaknya. Ya, Arissa seorang gadis yang baik seperti yang Zaki katakan. Perasaan cinta dan sayang pada gadis itu menyebabkan dirinya tidak berani meragut kesucian gadis itu pada malam itu. Dan jelas di Pulau Nami semalam, gadis itu begitu bencikannya saat dirinya mula menyimpan kasih dan cinta pada gadis itu.
Matanya menala pada jam kecil di atas meja sebelah katil. Sudah menghampiri tengah malam. Telinganya ditekap ke dinding. Suara lunak Zaki mengalunkan sesuatu jelas di telinganya. Terasa menusuk ke jantung. Tenang. Tidak pernah lagi dia mendengar ayat-ayat seperti itu sebelum ini apa lagi dialunkan sebegitu rupa.
Hmm....dia baca apa Daniel masih memasang telinga mendengar alunan suara dari bilik sebelah.
Matanya menala pada terjemahan al Quran yang dihadiahkan oleh Zaki tadi. Dibelek sekilas.
Hmm..nantilah aku baca. Al Quran itu diletak semula di atas meja.
Komputer riba dibuka semula. Foto Arissa ditatap lagi. Hati dan jantungnya berdegup kencang. Teringat kamera yang disimpan dalam beg di atas meja. Sekali lagi Daniel memuatnaik semua foto yang diambil semasa di Pulau Nami semalam.
Oh my..she so beautiful... Daniel menatap foto Arissa semasa gadis itu membongkok di deretan bunga tulip yang berkembang mekar. Jelas tingkah Arissa memegang sekuntum bunga tulip. Sempat dia mengabadikan wajah lembut itu di lensa kameranya.
I didnt realize loving one is so hard like this...Daniel tunduk. Jemarinya mencengkam kuat rambut.