Tika Cinta Berbisik - 21
Bab 20

SELEPAS balik dari pasar, Nurul menelefon Anita. Mujur dia masih menyimpan nombor telefon bimbit sahabatnya itu.

Assalamualaikum.

Waalaikumsalam. Siapa bercakap

Anita, kau tak cam suara aku ke

Macam pernah dengar. Hm... Nurul ke

100 markah!

Nurul!

Terasa seperti mahu pecah gegendang telinga Nurul mendengar jeritan Anita. Ternyata gadis lincah itu masih tidak berubah lagi sikapnya.

Aku nak minta tolong ni....

Nurul, kau kat mana sekarang. Kau memang dah lupakan aku, kan Bila ada masalah baru nak cari aku. Kawan apa ni marah Anita.

Janganlah fikir yang bukan-bukan. Aku bukan lupakan kawan. Cuma ada hal yang tak dapat aku elakkan. Kau tak nak tolong aku ke ni

Tak mahulah aku.

Betul tak nak tolong Tak apalah kalau orang dah tak sudi, nak paksa pun tak guna juga. Terima kasihlah.... Nurul berpura-pura merajuk.

Nurul, aku main-main sajalah! Takkanlah kawan tak nak tolong kawan. Kau pun banyak tolong aku dulu. Budi kau tak terbalas lagi. Kau nak aku tolong apa

Sayang jugak kau pada aku ya Nita, tolong carikan aku kerja. Kau tahu mana ada tempat kosong tak

Oh, kalau pasal kerja, rasanya aku boleh tolong. Adik aku ada bagitau syarikatnya ada kekosongan. Tapi bukan kerani, pembantu peri badi.

Ish, berat kerja tu. Aku tak pandai nak ambil tahu hal-hal orang ni.

Kau kan pernah jadi kerani Encik Kamal. Kerja kau pun lebih kurang sama cuma kena tumpu pada aktiviti harian bos kau saja. Kau cuba dulu.

Okeylah. Lagi pun memang aku perlukan kerja sangat-sangat.

Eloklah tu. Nanti aku beritahu adik aku. Kau jangan risau.

Nurul menamatkan panggilan selepas berjanji untuk berjumpa dengan Anita. Dia berasa terlalu bersyukur dengan pertolongan sahabatnya itu.

Nurul yakin kehidupannya akan lebih baik selepas ini. Insya-Allah.

RASA bahagia sedang menyelubungi hidup

Nurul. Manakan tidak, riak wajahnya sendiri telah mempamerkannya. Jika dilihat orang, mungkin ada yang menganggap gadis itu sudah tidak siuman. Senyum meleret sahaja daripada tadi.

Pagi ini dia mempunyai temujanji dengan Iwan. Nurul ingin menyampaikan berita gembira ini. Pasti lelaki itu akan melompat kesukaan mendengarnya. Nurul berkira-kira mahu membawa Iwan berjumpa Anis.

Pin... pin...!

Itu kereta Iwan. Terjenguk-jenguk Iwan di dalam kereta melihat ke arah rumah. Nurul segera keluar, tidak mahu Iwan menunggu lama.

Assalamualaikum, Encik Iwan.

Waalaikumsalam, Cik Nurul.

Nurul tersipu-sipu malu. Entah kenapa tibatiba dia menjadi wanita pemalu. Iwan hanya menjeling dengan ekor matanya. Mungkin melihat reaksi Nurul yang tertunduk-tunduk sejak masuk kereta.

Kenapa dengan Nurul hari ni Iwan mengangkat keningnya.

Nurul memandang wajahnya. Lelaki itu memang kacak! Dia termanggu-manggu mencari waktu yang sesuai untuk mengkhabarkan berita gembira itu kepada Iwan. Tidak terasa langsung angin yang menerjah masuk melalui cermin kereta yang terbuka luas.

Nurul mengatur ayat demi ayat di dalam hati. Nafas ditarik perlahan. Rasa lain macam debarannya. Agaknya kalau pada hari perkahwinan nanti tentu lagi teruk keadaannya. Nurul mula membayangkan seandainya dia berada di atas pelamin.

Nurul, Nurul...! Iwan menguatkan suaranya.

Nurul terkejut. Melayang segala angan-angannya yang manis tadi.

Kenapa dengan awak Diam saja. Dah tak mahu cakap dengan saya ke tegur Iwan dengan mempamerkan reaksi muka seperti orang merajuk.

Eh, taklah. Nurul menggeleng kepala. Saya sebenarnya nak beritahu sesuatu.

Apa dia

Nurul memusingkan badan menghadap Iwan. Dia mengira dengan cara ini akan dapat memudahkannya melihat reaksi Iwan nanti.

Awak, nampaknya Tuhan memang men yayangi hamba-Nya. Saya rasa inilah keputusan yang paling baik pernah saya buat.

Apa maksud Nurul sebenarnya

Saya sedar kesilapan saya dahulu. Melakukan tindakan bodoh yang sebenarnya adalah jalan paling sukar untuk saya tempuh. Saya tak berfikir panjang.

Nurul... Iwan mengeluh. Saya tak faham. Cuba terangkan hal yang sebenar. Jangan berahsia dengan saya Nurul, terus teranglah. Awak dah setuju berkawin dengan dia Awak dah fikir masakmasak masa depan awak Awak tak terfikirkah bila Anis mengetahui hal ini menjadikan dia membenci awak Kalau saya jadi Anis, saya tak akan terima bantuan dari awak bila tahu daripada mana awak dapat duit itu.

Iwan memalingkan muka. Perlahan-lahan kereta yang dipandunya menghala ke tepi jalan dan berhenti di bawah sepohon pokok rendang.

Iwan, itu bukan kehendak saya. Nurul sengaja menguji Iwan.

Iwan hanya mendiamkan diri. Segera dia keluar dari kereta dan duduk di atas batu di tepi jalan. Tangannya mencapai apa sahaja yang ada di situ. Habis rumput ditariknya. Kakinya turut menguis tanah.

Nurul menghampiri Iwan. Dia terus duduk di sebelah lelaki itu tanpa meminta izin.

Kenapa Nurul, kenapa awak lakukan perkara yang awak tahu salah rungut Iwan.

Maafkan saya, sebenarnya saya bersyukur Tuhan datangkan awak dalam hidup saya. Memberi kesedaran yang saya langsung tak nampak. Alhamdulillah, sekarang saya mampu buat satu tindakan yang wajar. Saya dah tak terikat dengan perjanjian itu lagi.

Iwan menoleh memandang wajah Nurul. Di re nungnya tajam ke mata gadis yang berjaya mencuri hatinya itu. Mungkin ingin melihat kebenaran akan kata-kata Nurul sebentar tadi.

Benarkah, Nurul

Ya. Nurul tersenyum melihat kerutan di dahi Iwan. Dia terus menceritakan kejadian malam tadi kepada Iwan.

Hari itu, Iwan menghabiskan masa seharian bersama Nurul. Masing-masing kini meyakini perasaan yang semakin mekar di dalam hati mereka berdua.