Malam itu, Hasya tampak anggun dengan dress sendat bewarna merah paras lutut. Tanpa perlu bermekap tebal; hanya gincu merah menyala tercalit di bibir untuk bertemujanji dengan Bahrain buat kali kedua. Lokasi pilihan bukan lagi Carat Club tetapi di sebuah restoran eksklusif di Damansara Heights. Kenapa tidak Carat Club lagi Hasya tertanya dalam hati sebelum membuat kesimpulan sendiri: Apa mungkin Bahrain tidak mahu kemesraan yang semakin membunga antaranya dan Hasya menjadi buah mulut di kalangan mereka yang mengenalinya di situ Mungkin. Atau mungkin juga dia punya kekasih yang perlu dijaga hatinya Mungkin.
Sambil sesekali mencicah sambal belacan dalam piring kecil bersebelahan menu kegemarannya nasi goreng, Bahrain bersuara, So, when are you going to settle down and have kids
Why cant I have kids then I settle down I can pop the baby out right now!
Ketawa besar Hasya yang mengiringi jawapan tidak konvensional itu membuatkan Bahrain berhenti mengunyah lantas merenungnya, You are so rude you are so rude, tambahnya lagi sambil meletakkan sudugarfu di pinggan. Hasya terkedu, tidak menyangka Bahrain mengambil serius akan gurauannya itu.
Hanya selepas beberapa saat kemudian, barulah dia mula ketawa; berjaya juga menangkap maksud jenaka yang dilontarkan Hasya.
You are very childlike, kata Bahrain.
Its better to be childlike than childish, right
Itu jawapan spontan Hasya bagi membalas kenyatan Bahrain dalam memberi deskripsi tentang personalitinya.
Bahrain mengiyakan pendapat Hasya: Bersifat keanakanakan bukan bermakna ketidakmatangan seperti kanakkanak, katanya. Malah sifat itu sesungguhnya positif kerana lazimnya terjadi, sebaik seseorang itu menginjak ke usia dewasa, mereka bertukar menjadi serius dalam pembawaan diri; lupa betapa elemen sebagai kanak-kanak yang menikmati setiap saat yang berlalu tanpa berfikir terlalu jauh hingga mengakibatkan kegundahan yang terlampau, perlu dikekalkan.
Kekaguman Hasya pada lelaki lebih separuh abad usianya itu semakin melimpah dengan falsafah hidupnya yang menyerlahkan kematangan seorang manusia yang telah merasai segala; pahit, manis serta payaunya kehidupan... Tidak berkelip matanya memandang Bahrain.
Bahrain membalas renungan itu sehingga menusuk ke kalbunya Hasya berasakan seolah-olah segala isi hatinya yang paling dalam hampir ditelanjangkan Bahrain! Hasya lantas meminta diri untuk ke bilik air; takut kalau-kalau rahsia hatinya itu dibongkari. Sebaik bangun seraya mencapai clutch hitam bermanik kristal miliknya di atas meja, Bahrain menyapa, Why must you carry your handbag to the wash room Just leave it here.
Gesaan Bahrain itu mematikan langkah Hasya seketika. Apa alasan yang harus diberikan I cant I need to touch up my lipstic. I want to look good in front of you.
Katanya bercanda seraya mengenyitkan mata.
Wow! Lelaki ini bukan saja punyai karisma luar biasa hebatnya meski agak konservatif, tapi juga seorang yang bersifat mengongkong. Private person Yes. Secretive Oh yes. Possessive Definitely. Loving Sure as hell!
Selamanya tidak akan terpadam daripada memori Hasya akan kerendahan hati Bahrain yang tidak keberatan membenarkannya berkongsi makan sepinggan; menikmati nasi gorengnya sebentar tadi seolah-olah memberi gambaran bahawa kepercayaan sudah terbina antara mereka meski hanya dua, tiga kali bersua muka.
If I were to be married at all, it would be with this man only with this man.
Bahrain secara tidak semena-mena menoleh semula ke arah Hasya yang lagi asyik merenungnya makan sebelum melangkah ke wash room. Apa mungkin bisikan hatinya didengari lelaki itu
Di kamar kecil, Hasya mengoles bibirnya dengan gincu. Mukanya yang sedikit berminyak, dipedappedapkan dengan tisu muka. Bahagian baju di sebelah kiri pahanya diselak sehingga menampakkan tali hitam di mana terselitnya pistol semi-automatik Glock 21. Dia memastikan kedudukan pistol buatan Austria itu kekal tidak berganjak dari posisinya.