CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 21
IDLAN merenung ke dada langit. Malam yang pekat dan kelam. Tiada sebarang cahaya kelihatan.

Bulan tak sudi menjengah keluar. Bintang tak sudi menampakkan bayang. Seolah-olah memahami keadaan dirinya sekarang.

Lan...

Idlan menoleh. Memberi senyum pada ibu yang menegur. Sebelah tangan Che Jah berada atas bahunya, disentuh perlahan.

Mak tak tidur lagi

Macam mana nak tidur kalau nampak anak mak asyik susah hati.

Mana ada saya susah hati. Tak adalah.

Che Jah mencebik. Macamlah dia kenal Idlan sehari dua.

Mak yang mengandung dan melahirkan Lan. Tak perlu Lan sorok apa-apa dari mak. Sejak Lan balik, awal-awal mak dah tahu Lan ada masalah. Bila Lan ceritakan semuanya, memang penilaian mak tak silap. Sekarang Lan termenung macam ni, tentu ada perkara lain Lan sorok. Cakap dengan mak. Jangan pendam sorang-sorang, ujar Che Jah panjang berjela.

Idlan menarik nafas. Susah betul nak sembunyikan rahsia hati dari pengetahuan Che Jah. Kalau disimpan, tak sampai tiga hari tentu ibunya dapat menghidu apa yang membelenggu dirinya sekarang.

Saya fikir fasal Ika, Idlan bersedia mahu terusterang.

Kenapa dengan Ika

Saya berhajat nak kahwin dengan dia.

Che Jah tak terperanjat. Dia sendiri nampak bagaimana keakraban terjalin antara kedua-duanya sejak kebelakangan ini. Senyum nipis terukir di bibir tuanya.

Dulu kamu jual mahal. Sekarang, dah turun harga

Idlan mengusap belakang leher. Kata-kata ibunya umpama sindiran.

Tak salah kan mak, kalau harga diri kita tiba-tiba jatuh merudum. Tambah lagi kalau ada diskaun. Dia tersengih.

Che Jah tarik muka kelat. Lan jangan buat loyar buruk. Perkara ni tak boleh dibuat main. Lan tak cukup dengan seorang isteri Itu pun bermasalah. Ada hati nak kahwin satu lagi.

Idlan berdeham. Pedas sungguh bicara ibunya malam ini. Bunyi agak kejam dan tak ada kompromi.

Saya lelaki. Kelebihan saya boleh kahwin sampai empat orang isteri. Tak ada masalah.

Senang cara Lan berfikir. Lan ingat orang perempuan ni macam barang Bila nak, Lan sungguhsungguh mengejar. Bila tak nak, Lan tinggalkan.

Mak janganlah sindir saya. Dahlah saya ada masalah, mak tambah lagi, rungut Idlan.

Masalah apa Masalah Lan cari sendiri. Dahlah. Tak payah pasang niat nak kahwin dengan Ika. Yang dekat Johor tu pun tak terjaga. Mak takut kalau apa yang Lan kejar tak dapat, yang Lan kendong berciciran. Nanti satu pun takkan jadi milik Lan. Selesaikan dulu masalah dengan isteri Lan. Kalau dia dah tak mahu hidup bersama, Lan tahu apa yang perlu dibuat, kan Tak perlu mak nak sebut. Rasa macam tak elok kalau perkataan tu keluar dari mulut mak. Bila dah selesai, baru Lan fikir soal Ika.

Idlan tunduk. Memahami maksud ibunya, Insya-

Allah, mak. Nanti saya selesaikan hal itu.

Che Jah kembali meletak tangan atas bahu Idlan. Hatinya kuat mengatakan Idlan bakal menemui kegagalan nak selesaikan masalah tersebut. Dia tahu, hati Idlan lembut. Tak mudah untuk Idlan lepaskan Irdiana dalam waktu terdekat ini. Kalau tak dipaksa atau tak diletak pisau pada leher, mustahil Idlan akan menceraikan perempuan itu.

Che Jah menggeleng lemah. Dada diurut sedikit sambil beristighfar panjang.

Mak risau apa akan jadi pada Lan sebab mak tahu, Lan terlalu sayangkan Irdiana. Mak bimbang, Lan...

Saya takkan apa-apa. Mak jangan terlalu fikir fasal saya. Saya nak mak beratkan soal kesihatan mak saja.

Tapi, Lan... mak...

Saya akan cari jalan macam mana nak uruskan masalah saya dengan Ir. Mak tak perlu fikir banyak. Saya juga nak minta maaf sebab selalu susahkan hati mak. Sekarang ni, saya dah dapat balasan setimpal kerana pernah engkar dengan permintaan mak dan ayah. Buktinya, rumahtangga saya tak bahagia. Irdiana seolah-olah membenci saya.

Sudahlah tu. Jangan ingat-ingat lagi. Lan asyik ulang benda yang sama sedangkan dalam hati mak, sikit pun tak ada perasaan marah. Cuma terkilan tu, ada la juga, ujar Che Jah dengan menepuk perlahan bahu Idlan.

Idlan menarik nafas. Wajah kembali mendongak ke langit. Keadaan masih sama. Tiada bulan dan bintang seperti malam-malam sebelumnya. Mungkin hujan akan turun.

Mak... Idlan beri tumpuan semula pada Che Jah yang masih setia jadi peneman. Hajat di hati, ingin membuka semula topik perbualan mengenai Ika.

Mak suka Ika tak

Dahi Che Jah berlapis seraya menoleh, Dah tentu mak suka. Kalau tak suka, takkan mak tegur-tegur dia. Mak borak dengan dia. Mak dah rasa Ika tu macam anak sendiri.

Senyum Idlan makin lebar. Dia tunduk sebentar. Perasaan segan mula bertandang. Ingin terus-terang dengan ibunya, buatkan dia malu-malu nak meluah rasa. Bimbang kalau ibunya menyindir macam tadi.

Che Jah tergelak kecil melihat perlakuan Idlan,

Kenapa Lan senyum-senyum ni

Mak suka tak kalau Ika jadi menantu

Che Jah menggeleng perlahan. Idlan keluarkan semula topik itu.

Kan mak dah cakap tadi Jangan fikirkan fasal Ika kalau hal rumahtangga Lan belum selesai.

Idlan mengeluh panjang. Bukan dia lupa, tapi buat masa ini, dia tak mahu fikir mengenai perkara itu. Apa yang ingin diluahnya sekarang, adalah perasaannya terhadap Ika. Itu saja. Dia berharap Che Jah faham.

Mak jawab dulu apa saya tanya.

Che Jah kecilkan mata. Cuba mencari sesuatu di wajah Idlan. Jelas Idlan mengharap dia berkata jujur. Tak mahu hampakan Idlan, dia terpaksa buat pengakuan.

Ya. Mak suka kalau Ika jadi menantu.

Senyum Idlan makin lebar. Okey. Katakan kalau saya berjaya pujuk Ika untuk kahwin dengan saya, boleh tak mak terima dia

Lan mengarut apa ni Dah, pergi masuk tidur. Makin lama mak layan, entah apa-apa lagi yang Lan akan merepek. Che Jah mengatur langkah masuk ke rumah, tapi langkahnya terhenti apabila Idlan bersuara.

Saya tak merepek. Saya sukakan Ika. Sekarang saya tengah pujuk dia supaya terima saya seadanya. Saya pun nak bahagia macam orang lain. Kalau bukan dengan Irdiana, saya yakin akan jumpa kebahagiaan tu dengan Ika. Lagipun, dia pilihan pertama mak dan ayah untuk saya jadikan isteri. Sekarang tak salah, kan kalau saya tunaikan impian mak dan ayah disamping mencari kebahagiaan untuk diri saya sendiri. Jelas Idlan panjang lebar. Tutur katanya juga lancar.

Che Jah pegang pintu. Niat nak masuk ke rumah, terhalang dengan bicara Idlan. Dia menghampiri semula anak lelakinya itu.

Lan sungguh-sungguh ke

Pantas Idlan mengangguk. Wajah nampak penuh yakin dengan perkara disebutkan tadi, Saya serius. Keputusan saya muktamad. Saya dah beritahu hasrat saya pada Ika. Tapi, dia tak mudah terima. Dia menolak dan ingatkan saya tentang kesilapan lalu.

Che Jah mengeluh perlahan. Nafas dihela seketika. Rumit betul hasrat dinyatakan Idlan. Bukan main-main hajatnya.

Lan betul-betul ke ni ada niat nak berpoligami Idlan tak teragak-agak. Dia terus mengangguk. Ya, mak.

Lan sanggup ke Soal Che Jah dengan wajah berkerut. Dia kurang yakin.

Lebih dari sanggup. Besar harapan saya kalau mak dan ayah juga menyokong. Irdiana pula dari awal dia dah tak kisah apa saya nak buat. Malah, dia cabar supaya saya berkahwin dengan perempuan lain, Idlan tak berselindung.

Susah, Lan. Bukan senang hidup berpoligami ni. Macam ni ajelah, malam ni Lan fikir habis-habis. Jangan buat keputusan kerana ikutkan hati. Itu namanya terburu-buru. Buat keputusan tanpa fikir panjang, silap percaturan... Lan tanggunglah nanti.

Mak, tolonglah. Kalau bukan mak dan ayah, pada siapa lagi saya nak harapkan sokongan dan minta tolong

Che Jah pegang dahi. Nampak sedang berfikir. Simpati dengan nasib Idlan. Kalau dah namanya anak, bukan senang dia buat tak peduli dengan kemahuan Idlan.

Baiklah. Apa yang Lan nak suruh mak dan ayah buat

Idlan melangkah lambat-lambat ke arah ibunya. Sebelah tangan Che Jah ditarik perlahan lalu dibawa ke dada.

Mak tolong pinangkan Ika sekali lagi.

Che Jah menggeleng. Nampak tak sanggup nak penuhi permintaan itu, Tak boleh, Lan...

Kenapa mak cakap tak boleh Tadi mak juga yang sanggup nak bantu saya

Che Jah menarik semula tangannya, Lan ingat perkara ni main-main ke Tunang, putus. Lepas tu nak sambung balik

Tolonglah, mak. Macam saya katakan tadi, tak ada orang lain yang boleh tolong saya kecuali mak dan ayah.

Tapi, mak malu, Lan. Mana nak letak muka ni Dulu mak dan ayah beria-ia nakkan Ika jadi menantu. Lepas tu, Lan buat hal. Kami terpaksa sembunyikan perkara sebenar dari keluarga Ayah Wan. Lan fikir, senang ke untuk kami simpan rahsia Lan selama bertahun-tahun tu Lan ingat mudah ke kami berdepan dengan orang kampung setiap kali ada yang bertanya bila nak dilangsungkan majlis Lan dengan Ika Lan biarkan mak dan ayah terpaksa hadap semua itu. Sekarang, Lan suruh mak dan ayah pinangkan Ika sekali lagi Nanti apa Ayah Wan dan Mak Wan akan cakap Tak fasal-fasal pula dituduhnya kita dah meludah lepas tu nak jilat balik. Eee... mak tak sangguplah, Lan. Tak sanggup!

Idlan tiba-tiba melutut. Kedua-dua tangan Che Jah dipegang kemas. Dia tunduk sambil membawa keduadua tangan ibunya ke bibir. Dikucupnya berkali-kali dengan sepasang mata berkaca-kaca.

Mak... ampunkan saya. Kalau dulu saya ikut kehendak sendiri dan ketepikan perasaan mak dan ayah, tapi untuk kali ni saya janji akan bahagiakan mak. Saya akan usaha untuk gembirakan ayah. Pinangkan Ika untuk saya. Dia perempuan paling layak untuk buat saya bahagia. Tolonglah, mak, saya merayu... pinangkan dia. Saya nak dia jadi isteri saya...

Pipi Che Jah basah dengan air mata. Rambut Idlan diusap perlahan.

Bangunlah, Lan. Mak akan cuba tunaikan apa yang Lan nak. Insya-Allah kalau kali ni jodoh kamu betul-betul menjadi dengan Ika, mak harap kamu jumpa kebahagiaan selama ini kamu cari. Tapi, satu saja mak minta, tolong jangan lukakan hati Ika. Tolong berlaku adil kalau Ayah Wan dan Mak Wan setuju dengan hajat Lan.

Idlan terangguk-angguk. Mata masih berkacakaca menunjuk perasaan berterima kasih pada Che Jah yang sudi penuhi hasratnya walau terpaksa membelakangkan air muka dan maruah keluarga.