CARTA HATI - 21
PULANG dari kerja tiba-tiba Zainura memaksa dia menemaninya ke pusat membeli-belah. Mahu tdak mahu, Syakila ikutkan sahaja. Lagipun dia malas nak ambil teksi untuk pulang ke rumah. Nasib badanlah Syakila sebab tak ada lesen dan kereta!

Kau nak beli apa ni soal Syakila. Dari tadi, kawan baiknya itu masuk ke sebuah butik dan butik berikutnya. Tapi, tak ada beli apa-apa pun. Apa yang dicari pun tak tahulah.

Adalah. Aku tak jumpa lagi barang yang aku nak beli tu, ujar Zainura.

Langkah menghala ke sebuah butik lagi. Kali ini butik khas yang menjual perfume. Satu botol perfume eksklusif dibeli. Selang beberapa minit, mereka berdua mula keluar dari butik tersebut.

Nak buat apa perfume ni Syakila merenung beg plastik yang dijinjing oleh Zainura.

Nak bagi Zairis. Hari ni kan hari jadi dia. Eh, jomlah. Aku nak cari pembalut hadiah pula Langkah Zainura yang berada di hadapan diekori.

Hari jadi Zairis Ohh, patutlah. Tapi, takkan Syakila pun nak bagi hadiah kepada Zairis Lelaki itu suka apa ya Kalau beli dengan Zainura, takut terkantoi nanti! Jadi, tak payah belilah. Msoal Syakila ketika di ruang tamu. Mata ACAM mana kau nak bagi dekat dia

terarah kepada Zainura yang ralit membelek hadiah yang berisi botol perfume tersebut. Aku nak pos dekat dia esok.

Kening Syakila sedikit terjongket, Maksud kau

Maksud aku, nak pos dekat rumah dia. Esok aku nak pergi pejabat pos, balas Zainura. Matanya dilarikan pada skrin televisyen.

Kau tahu ke rumah dia

Tahu. Hari tu aku tanya dekat pembantu peribadi dia.

Ohhh

Kau pula

Dahi Syakila mula berkerut. Kenapa

Kau tak nak bagi dia hadiah ke

Dah kenapa pula aku nak bagi Tak minatlah

Rugilah kau. Zairis tu kacak orangnya. Beruntunglah siapa yang jadi teman wanita dia, kata Zainura. Dah mula memasang angan-angan yang belum tentu menjadi kenyataan.

Untung Agak-agak siapa teman wanita Zairis tu

SYAKILA membuka telefon apabila terdapat notifikasi pada icon mesej Whatsapp.

Zairis: Hadiah mana

Dengan tak bagi salam, tiba-tiba minta hadiah Syakila menggerutu dalam hati. Dia menyandarkan tubuhnya ke atas katil. Zairis ni memang tak ada kerja lain ke Nama saja artis, tapi nampak seperti tidak sibuk saja.

Syakila: Hadiah apa

Zairis: Hadiah sempena hari jadi akulah! Bak sini hadiah.

Syakila mengetap gigi. Cara minta pun kasar! Laju tangannya beraksi di skrin tersebut.

Syakila: Peminat-peminat kau kan dah bagi hadiah. Kenapa minta kat aku pula

Tertera mesej lagi di bawah.

Zairis: Tu lain. Sekarang, aku nak hadiah daripada kau! Mana Cepatlah kasi!

Amboii, mamat ni memang ada keturunan yang suka memaksa orang ke Dibiarkan saja mesej itu. Malas nak balas.

Zairis: Dengar tak Woii, monyet! Balaslah. Aku ada kat bawah ni!

Hahh Kat bawah Buat apa Zairis kat bawah ni Syakila mula gelisah. Zainura belum tidur lagi tu. Masih menonton televisyen kat ruang tamu. Nanti dia tanya macam-macam pula.

Tiba-tiba

Telefon pintarnya berdering!

Klik.

Punat hijau ditekan.

Kau biar betul Asal tiba-tiba datang ni

Turun ajelah. Banyak cakap pula dia ni.

Malaslah aku! Kau balik ajelah.

Turun! Kalau tak, aku naik ke atas.

Tolonglah faham. Nanti Nura tanya aku, aku nak jawab apa

Kau jawablah, nak pergi dating dengan kekasih gelap ke

Kau gila ke

Kau nak aku tercongok kat depan pintu apartment kau

Janganlah buat macam tu!

Kalau macam tu, turunlah cepat! Lembab!

Yalah Panggilan dimatikan. Syakila segera keluar dari bilik lalu menuju ke pintu.

Kau nak pergi mana Tiba-tiba Zainura bertanya.

Keluar kejap

Yalah, keluar kejap tu pergi ke mana

Pergi makan kat restoran bawah. Laparlah pula, tipu Syakila. Tangannya sudah bersedia mahu memulas tombol pintu.

Hmm, okey.

Sebaik saja Zainura tidak bertanya lagi, Syakila bergegas beredar dari situ. Kaki laju melangkah seraya turun ke bawah. Nmendekati Zairis yang menyandarkan AK apa Syakila menyoal apabila sudah

tubuh di tepi keretanya.

Hadiah

Mana ada hadiah. Takkan tu pun kau tak faham Aku gurau aje. Kau ni, asyik cepat marah aje

Mahu tak marah, kau suka paksa-paksa aku. Aku

tak suka tau! Pandangannya dilemparkan ke arah lain. Tanda protes terhadap Zairis.

Maaf, tapi aku ada sesuatu untuk kau. Tanpa Syakila sedar, seperti ada sesuatu yang dipakaikan pada lehernya. Dia memegang sesuatu itu. Errm seutas rantai

Rantai ni, jadi tanda untuk hubungan kita. Bila aku dah tak ada dalam hidup kau, kau simpan rantai ni. Buat kenang-kenangan supaya kau boleh teringatkan aku, ucap Zairis yang baru selesai memakaikan rantai tersebut pada leher Syakila.

Tapi k kenapa Perlahan-lahan Syakila renung wajah Zairis. Tanpa semena-mena, detak jantungnya memainkan irama dengan pantas.

Hubungan kita bukan sekadar kawan

Bukan sekadar kawan

Ya. Kenapa Kau ingat kita hanya berkawan ke, Syak Kali ini, giliran Zairis pula merenung wajah Syakila.

Kalau bukan sekadar kawan, hubungan kita

Hubungan kita terlalu jauh.

Terlalu jauh Apa kau merepek

Syak Lembut Zairis menyebut nama itu.

Simpan rantai tu elok-elok. Sabtu ni, kita jumpa lagi

Bila masa aku setuju

Kau telah ditakdirkan untuk menjadi teman aku. Bagaikan bulan dan bintang, serta siang dan malam yang memerlukan antara satu sama lain

Kenapa dengan kau ni Okey ke tak Tiba-tiba bersastera bagai Syakila mula merasakan sesuatu. Wajah Zairis nampak tenang. Kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu di luar jangkaannya!

Tunggu aku, ingat. Bisik Zairis di telinga Syakila. Dia terus berlalu sehingga kelibatnya mula hilang di pandangan mata gadis itu.

Turun naik nafas Syakila. Apa semua ni Dia dah kena pukau ke apa

Tunggu aku, ingat! Kata-kata itu mula bermainmain di minda Syakila. Membuatkan dirinya hampir hilang keseimbangan. Kenapa Zairis berkata begitu kepadanya