POKOK puding yang melepasi ketinggianku ini kutarik sedikit. Senyumku lebar saat melihat dua ekor anak burung pipit yang sedang tidur nyenyak di dalam sarang kecilnya. Ibunya pasti keluar mencari rezeki buat si kecil. Begitulah kasih ibu buat anak. Jari telunjukku nakal mengusap kepala salah seekor anak pipit.
Riuh sekali ia bersuara sambil mengangkat kepalanya. Mulutnya kejap-kejap dibuka. Mata pula masih belum celik. Yang seekor lagi turut tersedar dari tidur. Rasa bersalah meresap ke jiwa. Pasti mereka sangka ibu mereka yang pulang, walhal aku yang mengganggu. Hampir seminit aku biarkan mereka dan akhirnya mereka diam kembali. Hendak tenangkan mereka dengan mengusap kepala pastinya mereka akan terus berbunyi.
Kakak, apa pula dibuatnya dengan anak burung tu Soal abah tiba-tiba. Aku terus menoleh ke beranda.
Kakak geram tengok. Comel sangat, balasku sambil tersengih pada abah yang berdiri di beranda. Mama pula sedang meletakkan dulang berisi minuman petang ke atas meja kopi.
Jom naik minum dulu. Nanti mak pipit tu balik, susah hati tengok kakak ada dekat situ. Sempat mama menambah.
Aku tergelak kecil sambil perlahan-lahan melepaskan pegangan pada pokok puding.
Mama ni sangat memahami perasaan mak pipit tu ya Masuk sahaja ke beranda aku terus mengusik mama. Pokok puding terletak betul-betul berhampiran beranda, jadi tidaklah jauh aku perlu berjalan.
Ibu mana tak susah hati kalau tengok orang asing dengan anak mereka. Haiwan pun ada perasaan juga walau tak ada akal. Tapi, sekarang ni manusia pula semakin cetek akalnya. Di mana-mana saja ada kes pembuangan bayi. Ya Allah, kasihan pada bayi yang tak berdosa. Terpaksa menjadi mangsa atas dosa mereka yang langsung tak berfikiran waras. Masalah gejala sosial ni makin merebak dalam kalangan masyarakat kita. Puncanya sebab berkawan sesama bukan mahram tanpa ada batasan, sambung mama panjang lebar dan aku terangguk mengiyakan. Punggung kulabuhkan di atas buaian besi di tepi kerusi kayu. Mama dan abah duduk di kerusi kayu.
Antara kes yang paling susah nak dikawal dari dulu sampai sekarang kes lumba haram. Yang ramainya anak bangsa kita sendiri. Sedih kadang-kadang bila tengok jalan yang anak bangsa kita pilih. Bukannya tak ada pilihan yang lebih baik, malah banyak sangat Institut Pengajian Tinggi Awam yang tawarkan pengajian dengan yuran yang sangat berpatutan. Kolej-kolej kemahiran pun banyak tawarkan program yang sesuai untuk mereka yang lebih suka pada sesuatu yang praktikal. Tak perlu menghadap buku setiap masa. Abah pula yang sampaikan hujahnya. Maklumlah abahku ini guru Bahasa Malaysia selain kini menyandang jawatan GPK Hal Ehwal Pelajar. Jadi memang sentiasa banyak isi untuk dihuraikan dan bila bercakap tentang masalah sosial pelajar memang abahlah juara.
Mama dengan abah bila keluarkan hujah, memang kakak diam tak tahu nak celah apa. Aku sengaja mengusik. Teh O Panas sempat kucapai dan kuhirup sedikit. Kehangatannya terasa menyengat sedikit ke lidah.
Ada-ada aje kakak ni. Kerja macam mana Serasi tak dah setahun lebih kat sana Abah menyimpang ke topik lain sebelum keledek goreng disua ke mulut.
Alhamdulillah setakat ni okey, abah. Dapat bestfriend yang betul-betul sekepala pula tu. Tersenyum aku saat teringatkan Munirah.
Munirah, kan namanya Soal mama.
Aku balas dengan anggukkan.
Tapi, tak lama lagi dah nak kahwin pula. Aku buat muka seposen.
Eh, kawan baik nak kahwin boleh pula dia buat muka. Patutnya gembira untuk kawan tu. Mama cuit bahuku.
Aku hanya balas dengan sengihan lebar.
Senang-senang kahwin ajelah kakak. Kata-kata abah hampir membuatku tersembur Teh O. Mujur hanya sedikit yang ada dalam mulut.
Calon dah ada kakak. Tinggal kakak nak pilih aje yang mana. Si Syafiq tu ada balik kampung minggu lepas. Nampak sangat masih mengharapkan kakak. Ramah dia berborak dengan abah masa di kedai runcit Mak Kiah tu. Abah jelas masih belum berputus asa.
Bang, jangan dipaksa anak kita ni. Biar dia buat keputusan sendiri. Bila tiba masanya, pandailah hati dia nak terbuka. Nanti kita paksa-paksa, takut dah kahwin timbul masalah lain pula. Memanglah biar bercinta lepas nikah, tapi sebelum nikah tu perlu ada persetujuan ikhlas dari kedua belah pihak. Bukan boleh paksa macam tu aje. Mama di pihakku nampaknya kali ini.
Aku nampak abah menghela nafas agak panjang. Rasa bersalah pada abah mula menyengat di hati. Namun apakan daya, kata-kata mama lebih bernas untukku kali ini.
Saya ni bukannya apa, bimbang tak sempat nak tengok anak naik pelamin. Nak tunggu si adik, lambat lagilah jawabnya. Orang lelaki ni kena kumpul duit dulu baru kahwin. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu, berpatutan aje belanja kahwin. Sekarang semuanya nak mewah. Tak ada 20 ribu dalam simpanan, alamatnya lepas kahwin nanti sibuk nak membayar hutang belanja nikah. Abah mula meluahkan rasa. Nampak kerisauan di wajah abah. Sebelum ini abah tenang sahaja. Entah kenapa abah makin serius pula.
Abah, Insya-Allah bila tiba masanya kakak akan berikan calon menantu untuk abah. Yang mampu buat abah tersenyum bahagia. Abah jangan fikir bukanbukan. Yang penting abah kena jaga kesihatan baikbaik. Jangan buat kerja berat sangat. Balik dari sekolah tu berehat. Ini petang sibuk juga nak turun ke kebun. Giliran aku pula berhujah panjang.
Eh, dia bebelkan abah pula. Abah tergelak kecil sambil menggeleng.
Aku hanya tayang semua gigi. Minum petang kami sekeluarga disambung dengan perbualan kecil yang lain. Isu kahwin terhenti seketika.
AKU tunduk mengusap daun limau purut di tangan. Usai mengambilnya di tepi rumah tadi, aku singgah sebentar di pangkin di bawah pokok rambutan ini. Fikiranku ligat berputar. Pelbagai bayangan muncul. Semuanya berkaitan peristiwa yang berlaku dalam tempoh sebulan yang berlalu. Jari telunjukku menekan dahi.
Masa berlalu cukup pantas tanpa aku sedari. Namun dalam kepantasan waktu ini, terselit satu perasaan halus yang aneh. Rindu! Pada seseorang yang tidak harus aku hadiahkan rasa ini. Namun walau mulut, mata dan segala deria yang lima ini menafikan, tapi hatiku menyimpan hakikat yang paling tepat.
Daniel Izdihar satu nama yang kini melekap ke hatiku. Bagai magnet yang tidak bisa menjauh dariku. Dia menghilang sekali lagi tanpa khabar berita. Cuma yang berbezanya kali ini langsung tiada usahaku untuk menghubunginya.
Aku senyap, dia juga senyap. Entah di mana dia sekarang atau entah apa yang dibuatnya sekarang. Satu yang aku pasti ialah dia sudah kembali ke pangkuan daddynya.
Masih jelas peristiwa petang itu yang membawa Niel pergi dari kisah hidupku. Mungkin untuk seketika atau sampai bila-bila. Setelah kereta mewah itu menghilang dari pandanganku, Mukhriz muncul tanpa aku sedari. Jika dia tidak memanggil namaku, rasanya sampai ke sudah aku akan terkaku. Penjelasan Mukhriz sedikit mengecewakanku. Bukan kecewa dengan Niel, tetapi dengan tidakan ayahnya.
Ayah Niel hantar orang untuk bawa Niel balik. Dia tak masuk ke bengkel pun, hanya tunggu dalam kereta. Dia minta lelaki-lelaki tu serahkan cek pada saya sebagai bayaran sebab jaga Niel. Dia juga tahu tentang akak. Saya yakin dia upah penyiasat untuk tengok setiap gerak-geri Niel. Dia minta kita jauhkan diri dari Niel. Saya pulangkan semula cek tu. Tak pernah terdetik untuk minta apa-apa balasan atas pertolongan saya pada Niel.
Itulah kata-kata Mukhriz padaku. Hanya yang kumampu adalah memohon maaf berulang kali padanya. Jika bukan keranaku, pasti Mukhriz tidak akan terlibat dengan masalah ini. Tidak pasal-pasal Mukhriz terheret sekali dan aku tahu hati Mukhriz pastinya tercalar dengan tindakan ayah Niel itu. Namun, apakan dayaku.
Petang itu aku pulang ke rumah dengan rasa buntu yang menghambat diri. Makanan yang kubawa untuk Niel aku serahkan sahaja pada Mukhriz.
Munirah ada bertanya tentang Niel atau yang biasa dipanggilnya Fitri kecil. Aku cuma katakan yang Niel sudah berhenti kerja. Munirah pula tidak bertanya lebih-lebih. Semuanya kujalankan seperti biasa, namun hanya luaran kerana dalamanku sarat memikirkan ini semua. Ianya bukan masalah, tetapi bagaikan satu bebanan hati.
Ya Allah, apakah perasaan aneh ini akan terus merajai hati
Kakak! Panggilan mama merencatkan fikiranku yang jauh menerawang. Aku terus menoleh ke pintu dapur. Kelihatan mama di situ.
Kenapa ma Sambil bangun aku menyoal.
Daun limau purutnya mana sayang Lama dah labu dalam periuk tu tunggu, jawab mama sambil menggeleng sedikit.
Ya Allah, maaf mama. Raut wajahku penuh rasa bersalah. Teringat akan niat mama untuk membuat labu masak lemak sebagai salah satu menu berbuka puasa kami hari ini.
Apalah yang anak mama menungkan tu. Jauh sangat mama tengok. Mama merangkul bahuku.
Tak ada apa-apa Ma. Aku menggeleng sebelum berjalan ke sinki untuk membasuh daun limau purut.
Hari ini hari pertama di bulan yang mulia, Ramadhan jadi aku tidak mahu kerana fikiranku yang terganggu semuanya akan terjejas. Seperti tahun lepas, tahun ini juga aku sengaja ambil cuti untuk berpuasa dan berbuka di rumah pada 1 Ramadhan. Jadi alang-alang itu aku ambil cuti panjang sedikit. Dua hari sebelum 1 Ramadhan aku sudah selamat tiba ke rumah. Bukannya selalu dapat pulang ke kampung.
M
ASUK minggu kedua di bulan Ramadhan. Paginya aku mendapat panggilan telefon dari
Mak Cik Ruqayyah. Sungguh aku tidak jangka dan terasa kesal dengan diri sendiri.
Begitu aku alpa, sehingga langsung tidak menghubungi Mak Cik Ruqayyah setelah dia pulang dari Mekah. Berkali-kali aku minta maaf darinya kerana tidak menelefon bertanya khabar. Tapi, wanita itu terlalu baik. Sesopan mungkin menenangkanku. Patutnya yang muda harus mulakan bertanya khabar, tapi lain pula denganku.
Mak Cik Ruqayyah mengajakku berbuka puasa di rumahnya pada hari yang sama. Jantung mula tidak duduk diam memikirkan siapa yang akan ada di situ. Namun, untuk menolak pelawaan Mak Cik Ruqayyah pastinya terlalu sukar. Pelawaannya terlalu ikhlas dan sopan. Mulutku tak mampu berkata tidak. Apa pun yang akan berlaku nanti aku terima sahaja.
Jadi, kira-kira selepas asar aku bertolak ke rumah Mak Cik Ruqayyah. Sampai sahaja di depan pagar, bibir kuketap kuat dan aku beristighfar banyak kali.
Ya Allah, kenapa begitu sukar situasi ini
Langkahku bagai terkunci. Salam masih belum mampu terlucut dari bibir. Wajah kutundukkan, mata kupejam rapat dan nafas kutarik sedalam mungkin.
Kak Aliya. Panggilan itu menyentakku sedikit.
Aku terus angkat wajah. Kelihatan Inayah sedang tersenyum manis. Lengkap bertudung bawal bidang besar, bert-shirt lengan panjang labuh ke lutut dan seluar slack hitam. Senyuman manis aku hadiahkan buat gadis cantik ini.
Kenapa tak terus masuk kak Jom, ummi dah tunggu. Ramah Inayah menyapa sambil membuka sedikit pintu pagar.
Akak macam lupa sesuatu tadi, itu yang berdiri kat luar dulu. Jawapanku sedikit bohong.
Eh, akak tertinggal purse atau telefon ke Inayah lurus menyoal. Tangannya dihulurkan padaku sebelum dia tunduk mengucup tanganku.
Ada dah. Akak aje yang confuse. Aku buat-buat gelak sambil beriringan dengan Inayah masuk ke dalam rumah.
Kelihatan Mak Cik Ruqayyah menantiku di ruang tamu. Salam kuhulur dan khabar kutanya. Layanannya tetap sama. Mesra dan mendamaikan. Lebih kurang jam 5.30 petang kami bertiga beralih dari ruang tamu ke dapur. Sesi memasak juadah berbuka bermula.
Pada mulanya aku berniat ingin membawa sesuatu untuk persiapan juadah berbuka tapi Mak Cik Ruqayyah puas memujuk supaya aku bawa diri sahaja. Akhirnya aku akur dengan hanya membawa tupperware kosong yang pernah menjadi bekas puding jagung Inayah.
Juadah yang dirancang Mak Cik Ruqayyah ialah ayam masak kurma, siakap tiga rasa, kailan ikan masin, ayam goreng berempah dan sambal belacan. Kuih-muih juga tidak terkecuali. Antaranya ialah roti jala dan karipap yang telah disediakan awal oleh Mak Cik Ruqayyah dan Inayah.
Bahan-bahan untuk masakan juga sudah tersedia. Hanya tinggal untuk dimasukkan ke dalam kuali dan periuk sahaja. Segan juga aku kerana tidak banyak yang perlu kutolong.
Lebih kurang jam 6 lebih, kedengaran nada dering telefon berbunyi riang. Inayah meminta diri untuk menjawab. Pasti tunangnya yang menelefon. Tidak sampai 10 minit, Inayah kembali sambil tersenyum riang.
Fitri ummi. Kata-kata Inayah membuatku kejung sedikit. Bagaikan ada sesuatu mengetuk jantungku.
Adakah Niel sudah ada di luar Debaranku memuncak saat menanti dia muncul ke dapur.