sebaik sahaja dia menapak ke dalam rumah sambil kakinya terus melangkah menuju ke dapur memandangkan tiada sesiapa yang menyahut panggilannya.
Rumah banglo dua tingkat ini begitu kemas di pandangan dan kelihatan sudah bersedia menanti ketibaan hari lebaran. Nadhirah yang masih lagi tidak sedarkan diri, dibiarkan terus tidur di dalam kereta.
Cari Mama aja ke Abah tak cari Tegur Haji Mazlan yang sedang memilih taugeh di dapur sendirian.
Aik Abah ni buang tebiat ke apa ni Apasal yang tiba-tiba kena pilih taugeh ni Faliq ternganga. Sejak bila pula Abahnya pandai mengurus dapur ni
Mama Faliqlah ni, dibaginya Cik Jun cuti awal, lepas tu dia membebel kata Abah asyik duduk silang kaki dekat ruang tamu. Langsung tak tolong dia. Bulanbulan puasa ni tak baik gaduh, kan Jadi Abah turutkan sahajalah permintaan dia. Rungut Haji Mazlan. Habis, Abah tu asyik tempah je nak makan itu ini. Kenalah tolong sesekali. Mama masak apa malam ni Faliq menyakat Abahnya.
Dia ketawa mendengar bebelan Abahnya. Perangai mereka berdua memang mirip terutama sekali bila masuk bab membebel. Memang pakar sekali.
Katanya nak buat mee rebus sebab tak ada nasi untuk Abah this week until raya. Abah kena diet minggu ni. Haji Mazlan sekadar membuat muka seposen.
Kenapa kena diet Tekanan darah Abah naik lagi
Naiklah sebab terover makan rendang daging lembu, kurma kambing, masak lemak daging rusa dekat surau tu. Buka puasa dekat surau kan banyak hidangannya. Dia orang hidang lauk-lauk yang macam gini! Abah telan ajalah. Haji Mazlan menaikkan ibu jarinya.
Patutlah. Sesuailah tu dengan Abah bila Mama suruh diet. Faliq setuju dengan tindakan mamanya.
Mama mana, Bah
Kat belakang. Pergi ambil daun pandan katanya. Nak buat agar-agar.
Haaaa, dah sampai pun orang jauh. Sapa Hajah Habibah yang baru sahaja ternampak tubuh Faliq, terus menegur.
Mama dah cari orang nak kopekkan kelapa kalau Faliq tak balik juga tau. Silap haribulan, Abah sekali kena menganyam ketupat.
Tengok, nama Abah juga yang kena. Faliq tahu tak sejak Abah bersara ni, Mama selalu buli Abah.
Kalau tak buli awak, siapa lagi saya nak buli. Lagipun kalau saya tak buli awak, saya yang kena buli nanti. So, I take some precaution. Hajah Habibah mengukir senyuman.
Daun pandan yang sudah dicuci kemudiannya dicarik dan dimasukkan ke dalam periuk yang sedang menggelegak bersama-sama dengan gula melaka.
Hajah Habibah sekadar bergurau. Tak mungkin dia menyuruh Haji Mazlan menganyam ketupat. Habis punah semua pucuk kelapa tu nanti.
Faliq baliklah Ma. Faliq dah cakapkan Faliq balik.
Cakap Faliq bukan boleh percaya sangat. Kalau dah menghadap kerja-kerja, terus lupa Mama dengan Abah dekat sini. Nak jumpa tiga bulan sekali pun payah. Ujar Hajah Habibah dengan nada merajuk.
Sorry Ma, Kerja banyak. Tak tahu nak grab yang mana dulu. Hanya itu yang mampu diucapkan Faliq kerana yang diluahkan Mamanya benar belaka.
Awalnya Mama masak. Baru pukul dua petang sekarang.
Mama nak buat agar-agar gula melaka dengan santan. Kena sediakan awal sikit, nanti tak sempat pula nak membeku.
Pak Tam dah balik Tak nampak pun dekat luar Faliq turut duduk bersama Abahnya di meja makan.
Dia sememangnya agak rapat dengan tukang kebun di rumah berkenaan. Pak Tam telah lama berkhidmat dengan keluarganya oleh itu Faliq sudah menganggap Pak Tam umpama pak ciknya juga.
Tanya Mama kau sebab dia lah Cik Jun dengan Pak Tam tak ada dan Abah pun terperangkap di dapur ni memilih taugeh. Haji Mazlan menjuihkan bibirnya ke arah Hajah Habibah.
Lusa dah nak raya, Mama bagi dia dengan Cik Jun cuti awal sikit. Lagipun bolehlah dia orang bertolak balik kampung dia orang awal sikit. Hajah Habibah menjelaskan sambil tangannya masih sibuk mengacau agar-agar di dalam periuk.
Ma Faliq memanggil perlahan.
Kenapa Hajah Habibah terus mengalihkan pandangannya.
Setiap kali ada masalah yang dibawa pasti Faliq akan memanggilnya begitu. Minta simpati awal-awal.
Takut kena marah.
Faliq bawa kawan datang beraya. Boleh kan
Aik sejak bila pula Mama tak kasi Faliq bawa kawan datang rumah Setiap tahun, kan memang kawan-kawan Faliq datang sini. Hairan Hajah Habibah dengan anaknya.
Ala yang ni lain bukan macam tu. Bukan kawan yang nak datang beraya nanti.
Habis tu
Faliq bawa kawan, dia ada dekat dalam kereta. Tertidur.
Apasal tinggal dia tidur dalam kereta. Ajaklah tidur dekat dalam. Faliq ni... Hajah Habibah terkejut.
Ma dengan Abah dengarlah dulu apa Faliq nak cakap ni.
Huh apa
Faliq ada bawa balik seorang kawan. Tapi, dia tak tahu yang Faliq bawa dia datang sini.
Faliq nak cakap apa sebenarnya ni Haji Mazlan yang turut memasang telinga kehairanan.
Shes all alone dan dia dah rancang nak pergi beraya dekat Filipina sebenarnya. Masa Faliq nak hantar dia pergi airport tadi, dia tertidur. Faliq tak sampai hati, so I just drove all the way to here...
She Ooo, Faliq bawa balik kawan perempuandan dia tak tahu yang Faliq bawa balik dia datang sini sebab
dia tertidur dalam kereta Macam tu
Ya, perempuan. Macam tu lah ceritanya.
Jadi, Faliq nak kami buat apa
Kejap lagi, Faliq nak pergi kejutkan dia. Kalau dia mengamuk, kalau dia tarik rambut Faliq, kalau dia naik hantu. Tolong back up boleh tak
Ini yang Abah tak suka dengar. Faliq yang cari pasal, Faliq selesaikan sendiri. Mama dengan Abah akan tunggu Faliq bawa masuk dia. Kau orang nak bergusti dekat laman tu kau orang bergustilah. Mama dengan Abah takkan masuk campur.
Mama setuju dengan Abah kau. Kami tak nak masuk campur. Hajah Habibah memutuskan untuk tidak menyertai Faliq.
Sampai hati Abah, Mama Faliq mengalihkan pandangannya kepada Hajah Habibah pula.
Faliq yang cari pasal kan, jadi Faliq selesaikan sendiri. Dah selesai gaduh, bawa dia masuk. By the way, kalau dia nak hempuk Faliq, tolong make sure jangan sampai terkena pokok-pokok bunga Mama. Pak Tam tak ada nak susun semua balik.
Kejamnya! Faliq tidak menyangka. Langsung tidak menyangka yang dia akan mendapat layanan begini.
You know us right Haji Helmi menambah sambil memegang tangan Hajah Habibah. Bajet sweet couple lah tu!
Eh, kejap... dia girlfriend Faliq ke Soalan cepu emas meluncur keluar dari mulut Haji Mazlan.
Mama pun tengah fikirkan pasal benda yang sama. Hajah Habibah mengukir senyuman nakal.
Mana ada... Abah ni. Mengarut ajalah. Mata Faliq membulat sebaik sahaja telahan liar Abahnya singgah ke telinga.
Awal mengarut lepas tu melalut kemudiannya ke laut. I dont mind. As long as you happy.
Hesy, dia jiran Faliq. Baru pindah dalam sebulan lebih. Faliq just culik je dia datang sini. Nanti kalau kami gaduh, Mama dengan Abah buat-buat tak nampak je, okey Pinta Faliq. Tidak tidak tahu macam mana reaksi Nadhirah nanti. Oleh itu langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Ala kalau jadi girlfriend pun apa salahnya. Faliq pun bukan muda lagi. Dah tiga puluh tahun lebih pun. Hajah Habibah tersengih. Dia tidak kisah. Yang penting Faliq bahagia.
Jangan cakap benda macam tu dekat dia. Kang dia lari balik KL pula. Faliq memberi amaran sebelum dia melangkah keluar. Dia perlu membangunkan Nadhirah yang masih berada di dalam kereta.
Iyalah... Serentak kedengaran jawapan berkenaan keluar dari mulut Mama dan Abahnya.
Nsudah pun masuk ke dalam perut kereta ADHIRAH, bangun. Panggil Faliq yang
di bahagian pemandu.
Sorry saya tertidur. Kita dah sampai ke
Dah. Kita dah sampai. Faliq masih lagi melihat wajah Nadhirah yang kelihatan masih mamai.
Lain macam je tempat ni. Kita dah sampai airport ke Nadhirah masih kali diselubung rasa mengantuk.
Tak, kita dah sampai JB. Faliq membuka mulut.
What! Nadhirah membuka matanya luas-luas.
Dia duduk dengan tegak memandang kiri dan kanan. Apa jadi Airport saya mana
Airport awak tak ada. Kita dah jauh sangat daripada airport awak tu. Faliq yakin sahaja menggelengkan kepalanya. Saya tak jadi hantar awak pergi lapangan terbang. Kita dah sampai JB. Awak raya dengan saya tahun ni.
This is not funn, Faliq. Matanya yang masih lagi terasa berat ditenyeh beberapa kali. Memang lapangan terbangnya langsung tidak kelihatan dipandangan mata sekarang ini.
Well, I am not even trying to be funny at all. Saya serius ni. Kita dah sampai JB. Mama dengan Abah saya tengah tunggu awak dekat dalam. Jom masuk.
Hah, masuk. Masuk mana
Dalam rumah saya la. Takkan awak nak tinggal dalam kereta ni
Awak nak suruh saya stay sini Mata Nadhirah masih lagi meliar memandang keadaan sekitar.
Ya. Tinggal dengan kami untuk beberapa hari. Raya sini.
Faliq sememangnya tidak bergurau. Mereka berdua sedang berada di tengah-tengah kawasan laman yang luas di hadapan sebuah rumah kayu dua tingkat yang mempunyai ciri-ciri minang indah terpampang di ruang mata.
Raya sini Nadhirah seolah-olah tidak percaya.
Ye la. Buat apa nak pergi Boracay, saya kan ada.
Awak boleh ikut saya. Pintas Faliq. Saya nak balik!
La, buat apa nak balik pula
Saya tak bawa baju raya, Faliq. Apa pun saya tak bawa. Takkan nak beraya dekat rumah orang nak pakai T-shirt je Takkanlah saya nak datang rumah orang dengan tangan kosong pula
Baju raya Tak payah risau saya dah belikan. Sebungkus beg kertas berjenama Isobelle Apparelle yang berisi baju kurung Pahang berwarna royal blue diletakkan di atas ribaan Nadhirah.
Bila awak beli ni Bulat mata Nadhirah memandang sepasang baju raya yang dihulurkan Faliq.
Tadi, dekat Big Ark. Jom, parents saya ada dekat dalam. Tangan Nadhirah ditarik perlahan bagi meyakinkan gadis ini bahawa dia tidak bergurau.
Saya nak balik. Hantar saya pergi stesen bas pun boleh.
Musim raya ni tiket dah habis lama dah. Tak payah awak mimpi nak balik rumah awak waktu macam ni. Kang tak pasal-pasal kena tidur dekat stesen bas.
Saya tak kenal dia orang pun. Nadhirah menggigit jari. Dia tidak biasa bertandang ke rumah sesiapa.
Aishhh budak ni... Puasalah! Tangan Nadhirah ditepuk oleh Faliq.
Saya terlupa. Nadhirah hampir sahaja memasukkan mukanya ke dalam dashboard kerana malu dipukul oleh Faliq.
Jomlah masuk. Kita berkenalan dulu, sembang sikit-sikit.
Awak sengaja nak kenakan saya, kan
Mana ada. Tadi dekat airport saya dah tanya dekat kaunter. Ada ribut taufan dekat Filipina. Semua penerbangan dibatalkan. Faliq tetap menayangkan wajah serius walaupun dia sebenarnya sedang mengelentong Nadhirah di bulan ramadhan begini.
Tengok muka awak pun saya dah tahu. Nampak sangat awak menipu. Nadhirah mencebikkan bibirnya. Mana ada saya menipu. Betullah apa saya cakap.
Awak ingat saya tak Google Forecast dulu ke sebelum rancang nak pergi bercuti Filipina tengah kemarau sekarang.
Ye ke Kantoi saya kalau dah macam tu. Oleh itu Cik Nadhirah, tolonglah saya. Takkan kita nak berbuka puasa dekat dalam kereta ni. Apa pula cakap my parents nanti Jomlah turun.
Dia orang okey ke saya datang macam ni Tak bawa apa-apa pun. Datang pun tangan kosong, Nadhirah sudah berputus asa. Dia terpaksa mengikut sahaja rancangan yang dibuat Faliq.
Dia orang okey. Jangan risau sangat. Tak ada lagi yang mati di kampung ni kerana ditelan parents saya. Semua orang kampung ni hidup lagi. Jom.