Mata Abriel melirik ke arah satu sampul surat yang agak besar di atas meja makan. Sampul surat itu diletakkan Jaejoong di situ saat pulang dari syarikat rakaman tadi. Dia mengambil dan membuka sampul surat itu dan mengeluarkan sebuah naskhah yang dijilid kemas. Daripada catatan di muka depannya, dia tahu itu naskhah skrip.
Dia membukanya, cuba memuaskan rasa ingin tahunya dan mula membaca. Saat mendongak, matanya bertemu dengan mata Jaejoong yang sedang memandangnya dengan senyuman. Apabila dia membalas senyuman itu, wajah Jaejoong semakin riang. Memang benar kata Mama. Tak susah membahagiakan seorang lelaki. Cukuplah dengan membuat dirimu bahagia, lebih-lebih lagi kalau lelaki itu benar-benar mencintaimu.
Cinta Abriel terpegun. Benarkah lelaki itu mencintainya Walaupun berkali-kali lelaki itu mengungkapkannya dengan kata-kata dan tindakan, Abriel masih sukar untuk mempercayainya.
Telefon bimbit Abriel berdering. Yoohwan. Dia melirik ke arah Jaejoong yang sedang memandang ke arahnya dengan perasaan ingin tahu. Mahu tidak mahu, Abriel terpaksa mengangkatnya. Helo
Kau di rumah hyung
Suara lelaki itu kedengaran sedih. Abriel tersenyum pahit mendengarnya. Ya. Dia tidak dapat menghalang dirinya dari bertanya Kau okey
Yoohwan tertawa, namun ketawa itu kedengaran palsu di telinga Abriel. Aku tak sakit, kalau itu maksud kau.
Abriel mengerutkan kening. Betul ke
Kenapa kau ambil berat soal Yoohwan lagi. Jangan pedulikan aku. Bahaya.
Kenapa kau cakap macam tu soal Abriel kehairanan. Entah kenapa lelaki ini begitu aneh.
Sebab aku mungkin akan buat sesuatu yang akan buat kau menyesal nanti. Lagi pun hyung kuat cemburu, walaupun tak seteruk aku.
Abriel mengangkat kening. Kau Kuat cemburu Betul ke
Yoohwan tertawa. Sudahlah. Sampaikan salam aku pada orang yang sedang merenung kau bercakap dengan aku sambil menarik muka masam. Kemudian talian dimatikan. Abriel mengangkat muka. Memang benar, Jaejoong sedang memerhatikannya sambil menarik muka masam. Siapa soalnya serius.
Yoohwan, sahut Abriel selamba. Dia mencedok nasi ke dalam mangkuk dan meletakkannya di hadapan Jaejoong.
Kenapa dia telefon awak Ada nada agak tajam dalam soalan Jaejoong.
Abriel menjongket bahu. Entah. Suaranya macam sedih.
Tapi dia tak nak cakap apa masalahnya.
Masalah Betul ke
Mana saya tahu Awak lagi selalu jumpa dia daripada saya.
Awak selalu telefon dia
Tak pernah.
Dia selalu menelefon awak
Tak juga.
Macam mana dia boleh ada nombor telefon awak Awak yang bagi Bila
Abriel merenung Jaejoong jengkel, membuat lelaki itu tibatiba rasa marah. Kenapa ujarnya dengan suara tinggi. Saya tak boleh tanya
Abriel menggeleng-gelengkan kepala. Betul apa yang dia cakap. Awak kuat cemburu. Tapi saya tak sangka awak akan cemburu pada kawan baik awak sendiri. Padahal dia selalu cakap benda yang bagus tentang awak dan selalu mempertahankan setiap tindakan awak sampai saya nyarisnyaris tumbuk dia.
Sekarang Jaejoong tersenyum. Dia buat macam tu Abriel mengangguk.
Dia kata saya kuat cemburu sekali lagi Jaejoong bertanya. Abriel mengangguk lagi. Dan dia cakap cemburunya lebih dahsyat dari cemburu awak. Siapa Yoohwan
Abriel mengangguk. Betulkah
Jaejoong mengangkat bahu. Entahlah. Aku tak pernah nampak dia cemburu. Sebab selalunya dia yang meninggalkan perempuan, bukan sebaliknya, cerita Jaejoong. Eh, lupa. Pernah sekali, masa sekolah menengah.
Dia cemburu dengan kekasihnya.
Jadi macam mana Menakutkan
Jaejoong mengangguk. Dia tak banyak bercakap tapi moodnya serta merta akan bertukar. Dan suasana sekeliling pun akan ikut perubahan moodnya. Cukup dengan air muka dan pergerakannya, saya dah tahu dia sedang marah. Tapi sukar untuk tahu perasaan sebenarnya kalau awak tak berapa kenal dia. Dia memang pandai berlakon.
Memang sukar menebak isi hati Yoohwan, detik Abriel. Dia boleh berubah bila-bila masa. Sekejap baik, sekejap jahat. Membingungkan.
Anyway, skrip ini untuk satu drama TV, ujar Jaejoong sambil menuding ke arah skrip di tangan Abriel. Saya dah terlanjur terima semasa tengah kecewa beberapa minggu lepas, katanya sambil tersengih. Untuk siaran waktu musim panas nanti.
Loceng pintu berbunyi. Abriel dan Jaejoong saling berpandangan. Berbunyi beberapa kali lagi. Kemudian Jaejoong melangkah ke pintu. Abriel meneruskan suapannya. Kedengaran sedikit kekecohan di depan pintu masuk. Seperti Jaejoong sedang menghalang seseorang daripada masuk.
Didorong perasaan ingin tahu, Abriel menjenguk ke ruang tamu. Chaekyong! Sedang berdiri di depan pintu sambil bertengkar dengan Jaejoong yang tidak mahu membenarkan dia masuk. Saat melihat Abriel, mata Chaekyong terbeliak.
Kau! Hey perempuan sundal tak tahu malu! Kau buat apa di sini jerit gadis itu nyaring.
Chaekyong! jerkah Jaejoong. Jangan cakap dengan kekasih aku macam tu!
Chaekyong memandang mereka silih berganti dengan pandangan tidak percaya.Apa kau cakap Kekasih Perempuan ni
Betul. Kenapa Ada masalah soal Jaejoong tenang.
Abriel merenungnya dengan kagum. Bila berhadapan dengan perempuan yang sedang marah, tahap kesabaran Jaejoong sangat tinggi.
Ibu kau kata Chaekyong. Betul, ada ibunya. Abriel mahu tahu apa reaksi Jaejoong.
Ibu aku tak boleh terima tapi aku tak peduli.
Mana boleh kau tak peduli! jerit Chaekyong emosi. Fikirkan kedudukan, harta, pangkat dan pengaruh keluarga kau! Kau nak buang semua ni untuk seorang perempuan pekerja kedai runcit jeritnya semakin kuat. Ini hidup aku kan Kenapa kau sibuk sangat
Kalau aku jadi Chaekyong, aku akan cepat-cepat pergi, getus Abriel.
Sebab aku cintakan kau, bodoh! AKU CINTAKAN KAU! Agak aneh kerana tidak ada pengawal yang datang dan menghalau Chaekyong kerana menimbulkan kekecohan sebegitu. Apartmen ni kedap bunyi ke
Aku tak cintakan kau, sahut Jaejoong tenang. Matanya merenung tajam ke arah Chaekyong. Aku tak cintakan kau. Aku cintakan dia, ujarnya lalu menarik tangan Abriel. Cuma dia.
Abriel mengukir senyum manis pada lelaki itu. Bangga kerana lelaki itu berani berterus terang di hadapan Chaekyong yang sudah seperti naga yang akan menghamburkan api dari mulutnya bila-bila masa. Kemudian gadis itu tertawa palsu.
Kau akan menyesal. Kau dengar tak Dan masa tu kau akan melutut di kaki aku! ancam Chaekyong sebelum berlalu pergi. Jaejoong menutup pintu dan berpaling ke arah Abriel.
Kata-kata dia tu betul. Ibu awak akan buang awak kalau dia tahu, ujar Abriel penuh diplomasi.
Saya tak kisah. Saya dah sedia dan saya yakin dengan keputusan saya.
Awak tak rasa rugi Meninggalkan semua cuma untuk saya Saya tak nak awak menyesal nanti.
Jaejoong menyentuh pipi Abriel. Saya tak akan menyesal. Betul soal Abriel lagi. Masa depan awak Masa depan saya adalah awak, bisik Jaejoong romantis.
jjj
Keesokan harinya, hujan turun dengan lebat. Abriel memerhatikan rintik hujan dari tempatnya berteduh. Fikirannya masih terkenangkan kata-kata Chaekyong semalam. Walaupun sudah beribu kali Jaejoong menyuruhnya bertenang dan jangan memikirkan tentang ugutan Chaekyong, dia tetap tidak tenang. Dia tahu apa yang mungkin dan tidak mungkin boleh dilakukan oleh perempuan seperti Chaekyong. Sesuatu yang lelaki tidak akan faham
Di depan sana, adas sepasang kekasih sedang berjalan berpegangan tangan dalam udara musim luruh yang semakin dingin. Mungkin dia dan Jaejoong tidak akan dapat menikmati pengalaman begitu. Berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam atau duduk di pinggir jalan sambil berkongsi makan tteokbokki. Tapi rasanya dia tidak akan menyesal dengan kisah cintanya yang perlu disembunyikan. Dia tidak ada keinginan untuk berdepan dengan peminat-peminat Jaejoong atau menjadi tumpuan media-media dan tabloid gosip yang akan sentiasa mengorek kisah-kisah peribadi mereka untuk melariskan akhbar atau majalah mereka. Tidak ada yang akan mempersoalkan kenapa Jaejoong memilihnya atau kenapa dia memilih Jaejoong. Abriel menghela nafas panjang. Sejenak, dunia yang hilang daripada pandangan membuat hatinya damai dan hidupnya kembali sederhana. Perempuan cantik macam kau, jangan berdiri pejam mata sampai lupa keadaan sekeliling. Takut dirompak.
Abriel membuka mata. Yoohwan berdiri di sebelahnya sambil tersenyum manis. Di tangan lelaki itu ada sekaki payung. Wajah lelaki itu tersenyum mesra walaupun sebahagian dari hud jaketnya melindungi wajahnya. Tidak ada yang sedar itu adalah Yoohwan, anggota kumpulan Blue. Dalam kesibukan orang lalu lalang, mereka menyangka lelaki itu sama seperti mereka, seorang lelaki yang sedang berteduh seketika dari hujan.
Kau buat apa di sini soal Abriel.
Yoohwan tersenyum. Dia mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. Kemudian menyedut sekali sebelum menghembuskan asap perlahan. Ini mengingatkan Abriel pada salah satu gambar yang pernah dihantar Jaejoong padanya dengan tajuk Lelaki Paling Seksi. Memang lelaki ini mempunyai pesona yang menakutkan.
Entahlah, ujarnya. Aku pun tak tahu apa yang aku buat di sini. Penting untuk kau tahu
Abriel mengerling ke arah Yoohwan sekilas sebelum berpaling. Jantungnya tiba-tiba berdebar. Ingatkan kamu semua tengah sibuk dengan persiapan konsert, ujar Abriel. Yoohwan tersenyum. Selalunya yang sibuk adalah Jaejoong hyung dan Ilwoo hyung. Kalau yang lain tak berapa sibuk kalau tak ada latihan.
Kenapa macam tu soal Abriel.
Sebab Jaejoong hyung akan terlibat dalam susunan muzik dan persembahan pentas. Ilwoo hyung pula akan atur persiapan lain, terang Yoohwan.
Abriel tersenyum. Kalau kau
Yoohwan menggeleng. Tak minat. Aku tak suka terlibat dengan urusan-urusan macam ni. Dunia aku di pentas, bukan di sebaliknya.
Tak adil, getus Abriel sebelum mereka sama-sama tertawa. Kemudian Yoohwan memandang Abriel dengan penuh prihatin. Kau ada masalah ke Nampak sangat ke soal Abriel agak terkejut.
Hyung ada cerita, sahut Yoohwan ringkas.
Abriel mengangguk faham. Matanya terfokus pada bibir lelaki itu. Walaupun kuat merokok, bibirnya tetap kelihatan semerah strawberi. Entah apa rahsianya.
Perasan yang Abriel sedang memandang bibirnya, Yoohwan tersenyum. Kau tak suka aku merokok
Abriel menggeleng sambil tersenyum. Yoohwan mengangguk puas hati. Aku ingatkan kau perempuan macam tu.
Kening Abriel berkerut. Perempuan macam mana
Perempuan-perempuan yang selalu memaksa aku berhenti merokok.
Aku tak ada masalah dengan perokok, asalkan tak terlalu banyak dan kerap. Ayah aku sendiri perokok jadi aku rasa aku dah terbiasa.
Yoohwan mengangguk. Jadi kau tak kisah soalnya.
Nada yang seakan berjauh hati itu membuat Abriel tersenyum. Mestilah aku kisah, kalau terlalu banyak dan terlalu kerap, aku akan marah orang tu.
Yoohwan tertawa. Kemudian mereka sama-sama membisu sambil memandang keadaan sekeliling. Yoohwan menoleh ke arah Abriel yang jelas kelihatan sedikit tegang. Kau risaukan Chaekyong soalnya memecah kesunyian.
Susah juga kalau tak risau, getus Abriel.
Jangan risau, hyung akan jaga kau, ujar Yoohwan cuba meyakinkan. Padahal sebenarnya dia mahu mengatakan Aku akan jaga kau. Namun kata-kata itu cuma ditelannya di dalam hati.
Abriel masih membisu. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Sama ada mahu percaya pada kata hati atau pada logik akalnya.
Kau tak percaya. Itu bukan soalan. Itu pernyataan. Abriel menoleh ke arah Yoohwan lagi. Wajah yang selalu tenang itu direnung lama. Lelaki itu seperti dapat membaca hatinya.
Perlahan dia mengangguk, mengiakan. Bodoh kan Bukankah cinta sepatutnya percaya dengan sepenuh hati Tapi bila aku ingatkan perkara lepas, otak ku menyuruh aku pergi jauh-jauh tinggalkan dia. Bukan aku tak cintakan dia atau tak percayakan dia tapi kata-kata Abriel terputus di situ.
Yoohwan menghela nafas panjang. Aku bukan suruh kau percaya padanya secara membabi buta, tapi kau perlu tahu, dia cintakan kau dengan sepenuh hati.
Ada banyak benda yang tak boleh diselesaikan dengan cinta, keluh Abriel.
Tiba-tiba tangannya terasa hangat. Yoohwan menggenggam tangannya. Dia mengangkat muka dan mata mereka bertemu untuk beberapa saat. Kemudian kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka, namun tangan mereka masih bertaut erat, masing-masing dengan alasan yang tersendiri.
Selepas hampir sejam berdiri di situ, hujan lebat masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Akhirnya mereka memutuskan untuk meredah hujan menuju ke kereta Yoohwan yang terletak agak jauh dari situ. Kata Yoohwan, dia akan menghantar Abriel pulang. Kerana dia sudah kedinginan, Abriel bersetuju saja. Lagi pun bukan mudah untuk mendapatkan teksi di kawasan ini.
Yoohwan menanggalkan jaketnya dan melindungi kepala Abriel. Mereka berlari menerobos hujan lebat menuju ke kereta. Sebaik sampai di kereta, kepala Yoohwan sudah basah kuyup. Abriel mencari-cari tuala di tempat duduk belakang tetapi tidak ada. Akhirnya dia mengeluarkan tuala kecil dari beg tangannya dan menghulurkannya kepada Yoohwan. Lap rambut kau, nanti demam.
Yoohwan menyambut tuala itu dan mengelap kepala dan mukanya ala kadar. Kemudian tuala itu dihulurkan kembali kepada Abriel. Gadis itu menggeleng.
Tak boleh lap macam tu! Kena lap sampai kering! bantahnya. Dia mengambil tuala dari tangan Yoohwan dan mula mengesat rambut lelaki itu yang masih basah. Jaraknya yang agak dekat dengan Yoohwan membuatkan lelaki itu dapat menghidu bau minyak wangi gadis itu.
Pertama kali dia menemui perempuan yang memakai minyak wangi yang berbau segar seperti bau buah tembikai. Bau itu begitu menggoda sehingga degupan jantungnya menjadi tidak stabil. Wajah gadis itu semakin hampir kepada wajah Yoohwan saat dia sedang berusaha mengeringkan bahagian hadapan rambut Yoohwan.
Hampir saja lelaki itu hilang kawalan dan menyentuh bibir itu dengan bibirnya, namun dia memejamkan matanya kuat-kuat, tidak mahu terus hanyut dalam pesona gadis itu. Okay dah siap! ujar Abriel riang. Yoohwan membuka mata dan melihat cermin pandang belakang. Dandanan rambutnya memang sudah rosak tapi sekurang-kurangnya rambutnya tidak lagi basah. Selepas mengucapkan terima kasih, dia mula memandu untuk menghantar Abriel pulang.
jjj
Hari ini, Jaejoong menemani Abriel ke perpustakaan. Abriel perlu menyiapkan tugasan berkaitan serat fabrik untuk salah satu daripada subjek yang diambilnya. Walaupun lelaki itu cuma berbaring di satu sofa di sudut yang agak tersembunyi sambil memasang masker di wajah, Abriel senang dengan kehadirannya. Sesekali dia berhenti membaca dan memerhatikan Jaejoong yang sedang berehat. Setelah hari menjelang malam, barulah Abriel membangunkan lelaki itu. Dah siap kerja awak soal Jaejoong sambil menggeliat.
Abriel mengangguk. Dah. Terima kasih sebab temankan.
Jaejoong mencuit hidung Abriel. Sama-sama. Awak lapar tak
Taklah lapar sangat. Awak soal Abriel kembali.
Kita pergi makan, ya ajak Jaejoong. Abriel bersetuju.
Mereka mencari tempat-tempat yang biasa mereka kunjungi namun kebanyakan restoran penuh malam ini. Sepertinya semua orang telah memutuskan untuk makan di luar malam ini. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk membeli makanan segera di restoran pandu lalu dan makan di dalam kereta yang diletakkan di hadapan restoran makanan segera itu.
Tiba-tiba Abriel tertawa, hampir saja Coke yang disedutnya tadi tersembur keluar dari mulutnya. Jaejoong mengambil tisu dan mengesat bibir Abriel. Awak kenapa soalnya.
Kita ni kelakar, kan Saya tak pernah bayangkan akan duduk di dalam kereta sambil makan ayam goreng di tempat parkir restoran bersama kekasih superstar saya, katanya sambil tertawa lagi. Sangat lain daripada yang pernah saya fikirkan.
Jaejoong tersenyum. Jadi apa yang awak bayangkan
Abriel mengetuk-ngetuk jari di dagunya, pura-pura berfikir. Mungkin berhibur di Lotte World seharian dan diakhiri dengan menonton pertunjukan bunga api yang dibuat khas untuk saya ujarnya sambil tersenyum nakal.
Kali ini giliran Jaejoong untuk ketawa. Boleh, tak ada masalah. Tapi perlukan masa dan perancangan yang rapi. Kena tutup taman. Kena cari bunga api lagi, ujarnya. Tapi yang paling susah, mendapatkan kebenarannya. Tahu tak, untuk satu pertunjukan bunga api kecil saja pun kena memohon permit daripada polis dua minggu sebelum nak buat, kalau tak boleh ditahan sebab menimbulkan kekecohan, ujar Jaejoong.
Abriel tertawa lagi. Okey, alasan awak boleh diterima. Tapi kenapa sesekali awak tak romantik dengan saya Awak kan pandai tulis lagu yang berbunga-bunga, tapi tak pernah ada perlakuan romantik untuk saya daripada awak.
Jaejoong tersenyum. Mungkin sebab saya tak pernah cuba. Saya tak nak awak takut.
Abriel tersenyum manis. Lelaki itu mengucup jarijemarinya. Sesungguhnya Jaejoong memang pandai membuat hatinya berbunga-bunga.
jjj
Mereka pulang dengan senyuman di bibir. Puas bercanda, bergurau, ketawa dan memadu asmara. Saat bergandingan menuju ke lif apartmen Abriel, tiba-tiba ada satu suara yang sangat dikenali mengejutkan mereka berdua. Berhenti!
Mereka menoleh serentak. Ibu Jaejoong berdiri di belakang mereka sambil bercekak pinggang. Belum sempat Jaejoong membuka mulut, Puan Park sudah menyerbu ke arah Abriel dan menampar mukanya sekuat-kuat hati. Baik Abriel mahupun Jaejoong tidak menyangka serangan itu akan dilakukan.
Ibu! jerit Jaejoong kuat. Dia menarik Abriel ke belakang tubuhnya, mau melindungi gadis itu daripada serangan selanjutnya.
Puan Park merenung Jaejoong dengan pandangan benar-benar marah. Dia menoleh ke arah dua pengawal peribadinya yang berada di belakangnya. Tangkap dia! Jangan biarkan dia terlepas!
Kedua-dua pengawal itu pantas bertindak, menerkam ke arah Jaejoong, mengilas tangannya dan menutup mulutnya dengan kain. Jaejoong meronta-ronta namun tenaga keduadua pengawal bertubuh tegap itu sukar dikalahkan. Lamalama dia merasa kepalanya pening dan pandangannya kelam. Tidak sampai dua minit, kedua lelaki itu sudah membawa Jaejoong dengan mudah menuju ke kereta.
Abriel cuba menghalang namun sekali lagi wajahnya ditampar Puan Park, kali ini sehingga dia jatuh tersungkur di lantai. Puan Park mengangkat jarinya tanda amaran. Aku dah ingatkan kau, kan Anggap ini peringatan terakhir! Jangan dekati anak lelaki aku lagi! Jauhi dia kalau kau masih sayangkan nyawa kau! Pelayan macam kau tak layak untuk anak lelaki keluarga Park!
Selepas meludah ke arah Abriel, wanita sombong itu terus beredar, masuk ke dalam sebuah kereta pacuan empat roda warna hitam yang menunggu tidak jauh dari situ. Kemudian kereta Jaejoong yang parkir di hadapan kereta itu juga dipandu pergi. Abriel ditinggalkan begitu sahaja dengan pipi yang perit dan hati yang terluka dan penuh kemarahan.
jjj
Jaejoong telah dikurung di rumahnya. Seluruh rumah itu dikawal ketat sehingga dia tidak dapat meloloskan diri untuk menemui Abriel. Hanya orang-orang tertentu yang dibenarkan menemuinya, manakala telefon bimbitnya sudah dirampas oleh ibunya. Langsung tidak ada ruang untuknya menghubungi Abriel dan bertanya khabar.
Hatinya risau mengingatkan gadis yang dicintainya itu. Rumah sudah terasa bagaikan penjara untuknya.
Kau tengok ni! ujar Ilwoo yang melemparkan sebuah akhbar tabloid ke atas meja sebaik dia sampai. Wajahnya kelihatan kecewa sekali. Sudah dua hari berlalu sejak kejadian di apartmen Abriel itu berlaku.
Jaejoong mengambil akhbar tabloid itu dan membacanya. Wajahnya berubah merah padam serta-merta. Matanya memandang teman-teman lain yang kelihatan gelisah dan kurang selesa. Pasti mereka juga sudah membaca akhbar itu pagi tadi.
Di muka surat paling depan, terpampang wajah Chaekyong dengan tajuk Kami Berpisah Kerana Orang Ketiga. Berita di muka surat dua memaparkan wawancara eksklusif bersama Kim Chaekyong yang mendedahkan bahawa hubungannya dengan Park Jaejoong telah berakhir selepas dia terserempak Jaejoong bermesraan dengan wanita lain di apartmen lelaki itu. Gambar Chaekyong sedang menangis juga dipaparkan.
Semua itu membuatnya muak. Jaejoong melontar akhbar tabloid itu ke lantai sebelum kembali memandang temantemannya. Semua memandang dia, menunggu reaksinya.
Apa cadangan kau soal Yoohwan yang duduk paling hujung. Wajahnya jelas menggambarkan dia sedang marah. Marah kerana itu akan mendedahkan Abriel kepada serangan pihak wartawan yang mahukan beritaberita sensasi tanpa peduli sama ada ia benar atau tidak. Jaejoong merenung wajah Yoohwan yang kelihatan marah itu dengan perasaan kurang mengerti. Kenapa dia marah Apa kaitan hal ini dengan dia
Apa maksud kau soalnya, juga dalam nada dingin.
Chaekyong pasti sudah beritahu pihak tabloid tentang Abriel. Dan kalau mereka tahu bermakna
Yoohwan tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Jaejoong sudah keluar dari bilik itu, diiringi jeritan Ilwoo yang menghalangnya pergi. Itu idea paling buruk! Apa akan jadi kalau ada wartawan yang nampak kamu bersama
Yoohwan hanya memandang saat Jaejoong meluru keluar sambil menghela nafas berat. Dia kecewa dengan cara Jaejoong menjaga Abriel. Sudah diingatkan tentang kelicikan Chaekyong yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Belum ditambah masalah keluarga Jaejoong!
Itu bukan urusan kau. Kata-kata Ilwoo seakan meredam sedikit kemarahan Yoohwan. Aku dah ingatkan kau dan aku mahu ingatkan kau sekali lagi. Jangan masuk campur. Ini bukan urusan kau, faham
Suara Ilwoo yang serius membuat teman-teman lain semua menumpukan perhatian kepadanya. Mereka jarang-jarang melihat Ilwoo dan Yoohwan berselisih faham sebelum ini.
Telefon bimbit Yoohwan bergetar. Pesanan ringkas dari Yongwung. Tekadnya membulat. Dia menoleh ke arah Ilwoo. Maaf, hyung. Kali ni aku tak boleh janji, ujarnya lalu keluar dari bilik itu, meninggalkan tiga orang yang kecewa dengan pendiriannya.