Jejawi Tua - 21
Bab 21

KAMIL datang lagi ke Kampung Sungai Teja. Cuma kali ini dia tidak datang bersendirian, sebaliknya datang bersama-sama keluarganya. Bukan sahaja datang untuk melawat dan berziarah sebaliknya datang dengan rombongan peminangan. Dan kedatangannya disambut oleh Pak Syuaib dan Mak Limah dengan beberapa orang penduduk kampung yang lain, termasuklah Tok Ngah Darus. Majlis merisik itu turut dilangsungkan sekali dengan majlis pertunangan. Wajah Salmiah berseriseri. Rosman juga kelihatan sangat gembira. Barangkali kerana keinginan untuk menjadikan kawan baiknya sebagai bakal adik ipar sudah tercapai. Semua orang sebenarnya berwajah gembira kerana majlis tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma di sebalik kegirangan dan kegembiraan para tetamu, Mak Limah susah hati. Acap sangat dia terjenguk-jenguk melemparkan pandangan ke arah pintu pagar rumah besarnya di tepi bendang lama itu. Mak Limah tidak memberikan perhatian langsung kepada majlis yang sedang berlangsung. Malah ketika upacara memperkenalkan ibu bapa pasangan bertunang kepada sanak saudara yang ada di ruang tamu rumah itu, Mak Limah tetap juga dengan gelagatnya. Pak Syuaib acap kali mencuit lengan Mak Limah. Dan setiap kali Mak Limah dicuit, setiap kali itulah juga dia akan berpaling ke arah suaminya sambil melemparkan senyuman yang dibuat-buat.

Kenapa

Pak Syuaib bertanya lembut.

Dia datang,

bisik Mak Limah.

Siapa

Tok Tom.

Pak Syuaib menjengah sama. Dan tanpa sedar mereka, Tok Ngah Darus turut menjadi pemerhati yang sangat setia. Berbeza daripada sebelumnya, Tok Ngah Darus tidak banyak mulut. Sebaliknya dia lebih banyak tersenyum. Cuma apabila dia memerhatikan gelagat pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada Salmiah, wajah Tok Ngah Darus berkerut.

Di mana

Pak Syuaib terus bertanya.

Dia ada di halaman. Sedang menyorok di balik tembok pintu pagar.

Pak Syuaib segera melemparkan pandangan ke arah tembok yang dimaksudkan oleh Mak Limah. Pun begitu, dia tidak melihat kelibat mahupun bayangan Tok Tom sebagaimana yang dikatakan oleh Mak Limah.

Aku tak nampak pun.

Bapanya cuba tengok betul-betul.

Kalau dia dah datang, kenapa dia tak masuk

Itulah yang saya hairankan.

Apa yang dia hendak

Takkan bapanya tak tahu apa yang Tok Tom hendak daripada kita.

Tapi.....

Sebab itulah dia mengganggu.

Mak Limah seperti tahu apa yang hendak dikatakan oleh suaminya.

Kita selesaikan majlis ni dulu. Lepas tu, kita selesaikan Tok Tom.

Saya takut, bapanya.

Apa yang nak ditakutkan. Kita dah tinggalkan dia. Ikut perjanjian dengan Tok Tom, kita dah buat segalagalanya.

Tapi....

Mak Limah merenung Salmiah yang sedang tersenyum simpul dan kelihatan sangat berbahagia bersama kawan-kawannya yang kerap mengusik dan mengacan.

Aku akan pastikan Tok Tom tidak mengusik atau menyentuh anak kita.

Mak Limah menelan air liur dengan penuh kepayahan. Begitu jelas, dia menderita dan dia diasak kebimbangan. Saat itulah, ada suara bising di luar pagar rumah.

Tok Ngah! Tok Ngah!

Suara Sahak kedengaran keras. Semua perhatian segera teralih. Sahak mencelapak anak tangga. Peluh membasahi seluruh tubuhnya. Baju Melayu yang dipakainya lencun dengan peluh.

Kenapa dengan kau ni, Sahak Mana Sudin

Pak Syuaib segera berlari mendapatkan Sahak. Pun begitu, matanya tetap berawas ke arah tembok pintu pagar, mencari-cari kelibat Tok Tom.

Sudin terbungkang di rumahnya. Dah tak bernafas!

Hah!

Semua orang terperanjat besar. Tok Ngah Darus yang tadinya tenang, segera mendapatkan Sahak.

Tok Ngah, Sudin dah mati!

ringkas sahaja pemberitahuan Sahak kepada Tok Ngah Darus sebaikbaik sahaja Tok Ngah Darus berada di hadapannya.

Hah, dah mati

Tok Ngah Darus juga terkejut.

Semalam elok saja.

Lepas Tok Ngah ubat dia, memanglah dia elok. Saya dah ajak dia tidur di rumah, tapi dia tak mahu. Pagi tadi, saya ke rumahnya dan saya tengok dia tergeletak di atas tanah tidak jauh dari tangga rumahnya. Badannya macam dikelar-kelar!

beritahu Sahak lagi. Majlis pertunangan Salmiah dan Kamil terganggu dengan berita tersebut. Dan berita kematian Sudin, tidak sahaja habis begitu sahaja. Hari yang sama, masa yang sama, cerita tentang Tok Melah hilang ingatan dan ditemui berbogel sambil merungut-rungut di sekeliling rumah Miah, turut diceritakan sama kepada Tok Ngah Darus. Lebih mengejutkan apabila mayat Mat Ajib yang diratapi oleh isteri dan anak-anaknya turut disampaikan.

Ya Allah! Apa yang dah berlaku di kampung ni Kenapa mala petaka ini berlaku dalam sekelip mata

Tok Ngah Darus bagaikan bertanya kepada dirinya sendiri.

Jom kita pergi tengok,

ajak Rosman bagaikan mewakili Pak Syuaib dan Mak Limah.

Bawa adik kamu sekali!

beritahu Mak Limah dengan pantas. Rosman berpaling ke arah ibunya. Dahinya berkerut. Kamil yang turut berada di sisi Rosman turut keliru dengan arahan Mak Limah.

Biarkanlah dia di rumah. Buat apa dia nak ikut,

Tok Ngah Darus segera menyampuk.

Tapi....

Tak perlu risau. Aku dah tahu... jangan risau, dia takkan berani masuk ke pekarangan rumah ni. Dia saja cari nahas kalau berani buat macam tu.

Tok Ngah Darus segera memberi jaminan. Mak Limah berpandangan dengan Pak Syuaib. Jelas, kedua-duanya kelihatan lega dengan jaminan yang diberikan oleh Tok Ngah Darus.

Siapa yang nak masuk ke rumah ni

Rosman ingin tahu.

Tak perlulah kamu tahu, Rosman. Pergi sajalah dan bantu apa yang patut,

Pak Syuaib segera memintas. Beramai-ramai para tetamu Pak Syuaib dan Mak Limah meninggalkan rumah mereka untuk melihat sendiri tragedi yang mengejutkan. Pun begitu, Pak Syuaib dan Mak Limah tidak bersendirian. Ibu bapa Kamil dan rombongan meminang bagi pihak mempelai sebelah lelaki masih ada. Sahak terus berjalan pantas mengepalai rombongan orang kampung. Dan setiap kali melangkah, setiap kali jugalah hidungnya terdongak-dongak ke langit. Bau yang menusuk ke lubang hidungnya mengesahkan kehadiran Angah Soyah. Cumanya, tiada sesiapa pun yang nampak di mana Angah Soyah berada. Pun begitu, Tok Ngah Darus kelihatan cukup tenang dan kelihatan lega. Mungkin kehadiran Angah Soyah membuatkan Tok Ngah Darus berasa dia seperti dibantu. Rumah Pak Su Cik Leh dijejaki oleh orang kampung. Sebaik-baik sahaja mereka memasuki pekarangan rumah limas itu, mereka sudah dapat melihat tubuh yang sedang tergeletak di atas tanah, di hujung kaki tangga. Tiada darah terpercik sepertimana yang digambarkan apabila Sahak memberitahu tubuh Sudin dikelar-kelar.

Semua duduk di sini. Biar aku dengan Sahak sahaja yang pergi tengok mayat tu,

beritahu Tok Ngah Darus kepada orang kampung yang ada bersama-samanya. Tiada sesiapa pun yang membantah. Tok Ngah Darus segera melangkah. Sahak teragak-agak tetapi apabila Tok Ngah Darus menarik tangannya, Sahak tidak ada pilihan. Dia terpaksa melangkah mengikut langkah Tok Ngah Darus.

Ya Allah!

Itu sahaja yang terucap di bibir Tok Ngah Darus tatkala dia berada di hadapan mayat Sudin.

Sadis betul cara dia mati.

Dia dah dikuasai sepenuhnya. Apa yang aku buat semalam, nampaknya tak berkesan langsung.

Kenapa jadi macam tu

Dia sendiri yang tak mahu berpisah dengan syaitan itu.

SiapA

Rohani.

Rohani

Sukar sebenarnya untuk Sahak menerima kenyataan bahawa Rohani yang dimaksudkan oleh Tok Ngah Darus adalah syaitan yang menyerupai anak Ma Pah. Lebih tidak boleh diterima akal apabila Tok Ngah Darus menyatakan yang Rohani telah pun meninggal dunia dan Rohani yang dilihatnya bukanlah Rohani sebaliknya penyamaran yang dilakukan oleh penunggu pokok jejawi tua untuk membalas dendam. Memang tidak masuk akal langsung! Namun mayat Sudin yang terdampar di ats tanah di hujung kaki tangga, membuktikan sebaliknya.

Kau pergi ke pekan. Buat laporan polis,

arah Tok Ngah Darus.

Habis tu, mayat ni

Kita tak boleh usik. Nanti ganggu siasatan polis. Biar polis sahaja yang selesaikan. Bila polis dah selesai, bila hospital dah buat post-mortem, baru kita selamatkan mayatnya.

Pak Su Cik Leh

Jangan banyak soal. Pergi sahaja ke pekan. Buat laporan tentang penemuan mayat ini. Buat sekali laporan tentang kehilangan Pak Su Cik Leh dan Pak Long Lateh. Kalau kematian Mat Ajib pun masih tak dilapor, kau laporkan sekali. Biar polis datang dan buat siasatan.

Sahak garu-garu kepalanya yang tidak gatal. Arahan Tok Ngah Darus itu sebenarnya tidaklah sesusah mana. Namun untuk ke pekan itulah yang menjadi masalahnya.

Takkan saya nak pergi seorang diri, Tok Ngah

Takkan kau takut

Errr....

Orang dah mati takkan boleh bangun dan cekik kau.

Biar saya tolong. Sahak boleh pergi dengan saya,

Rosman segera menawarkan diri. Sahak menarik nafas panjang tanda kelegaan. Setidak-tidaknya, dia berteman. Malah setidaktidaknya, dia tidak perlu berseorangan ke pekan. Macam-macam benda boleh berlaku sepanjang perjalanannya nanti.

Aku nak jumpa Angah Soyah. Aku nak ajak dia....

Tok Ngah Darus buat keputusan.

Ajak apa Buat apa

Kau buat saja kerja macam yang aku suruh. Tak perlulah kau tanya apa yang aku nak buat,

Tok Ngah Darus bersuara garang. Mayat Sudin kemudiannya ditutup dengan kain batik. Beberapa orang kampung menawarkan diri untuk menunggu mayat Sudin. Manakala beberapa orang kampung yang lain bersama-sama Tok Ngah Darus ke rumah Mat Ajib untuk melihat keadaan Mat Ajib yang dikhabarkan telah meninggal dunia juga. Sahak terus berjalan sederas mungkin. Rosman tidak bersuara tetapi sesekali dia berhenti melangkah sambil memandang sekeliling. Gelagat Rosman menarik perhatian Sahak.

Kenapa, Rosman

Ada macam sejenis bau....

Rosman tidak menghabiskan kata-katanya.

Bau Angah Soyah.

Angah Soyah

Dia mesti ada dekat-dekat sini. Kalaupun batang hidungnya kita tak nampak, tapi baunya sudah cukup untuk memberitahu kita yang dia sememangnya ada di kawasan ini,

beritahu Sahak.

Dia masih macam dulu

Dia tetap macam dulu. Angah Soyah tidak pernah berubah.

Dia yang tak pernah berubah atau orang kampung ni yang tak pernah berubah untuk terima Angah Soyah sebagai sebahagian daripada warga Kampung Sungai Teja

Rosman bertanya kembali. Sahak terdiam. Kata-kata Rosman bagaikan pisau tajam yang menghiris tekaknya.

Kalut sungguh hari ini... apa sebenarnya yang berlaku

Rosman bertanya kepada Sahak. Sahak angkat bahu. Sesungguhnya dia benarbenar tidak tahu apa sebenarnya kemelut yang sedang berlaku. Mahu sahaja dia menceritakan pengalamannya bersama-sama Tok Ngah Darus petang semalam, tetapi kalau diceritakan pun, Rosman tidak mungkin akan percaya. Rosman terpelajar sedangkan cerita-cerita sebegitu hanya layak untuk orang tongong sepertinya yang terperangkap dengan kehidupan di sebuah perkampungan yang berlatarbelakangkan sepohon jejawi tua.

Ada macam-macam cerita di kampung ni.

Apa asal mulanya

Sahak sekali lagi menelan liur. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan penjelasan kepada Rosman. Apatah lagi, dia begitu kuat percaya yang Rosman tidak akan menerima penjelasannya bulatbulat.

Tentu ada kaitan dengan jejawi tua tu, kan

Rosman yang bersuara terlebih dahulu.

Kau pun tahu.

Masih ada orang kampung ni yang menagih bantuan daripada jejawi tua tu

Sahak terdiam. Dia sebenarnya tidak begitu tahu.

Itulah padahnya kalau bersekutu dengan syaitan. Syaitan tidak akan berpuas hati melihat kehancuran manusia. Dendam Iblis, bapa kepada segala syaitan adalah untuk menghancurkan manusia. Dia dah berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam dan Hawa. Dan itulah yang dilakukan.

Sahak diam.

Dunia semakin maju sedangkan orang kita masih lagi terperangkap dengan perkara-perkara khurafat yang bukan sahaja mencacatkan akidah mereka tetapi juga merosakkan mereka sendiri.

Rosman bagaikan seorang ustaz yang cuba memotivasikan para pengikutnya. Rumah Mak Limah dan Pak Syuaib sudah tidak jauh lagi. Langkah Sahak tiba-tiba terhenti. Begitu juga dengan Rosman.

Cuba tengok perempuan tua yang terbongkokbongkok tu. Siapa dia

Rosman segera bertanya kepada Sahak sambil menuding ke arah wanita tua yang dimaksudkannya. Sahak menggeleng pantas.

Apa pula yang dibuatnya di sini Kau kenal perempuan tua tu

Sekali lagi Sahak menggeleng.

Bukan orang kampung ni, barangkali.

Rosman menarik tangan Sahak. Mereka mendekati wanita tua yang sedang mundar-mandir tidak jauh dari pekarangan rumah Mak Limah dan Pak Syuaib. Susah benar dia hendak mengheret kakinya di atas tanah. Sesekali dia menekan-nekan dadanya sambil merungut-rungut sesuatu dengan bahasa yang sukar difahami.

Mak cik cari siapa

Rosman segera menyapa sebaik-baik sahaja dia berada di hadapan wanita tua itu.

Rosman! Jangan dekati puaka tu!

Suara Mak Limah memekik dari arah beranda, membuatkan Rosman dan Sahak berpaling. Ketika itulah, wanita tua tersebut menarik tangan Rosman. Dan Sahak bagaikan menyedari maksud sebenar Mak Limah, segera berusaha membantu Rosman melepaskan cengkaman tangannya daripada wanita tua yang tidak dikenali itu.

Hihihihi....

Gelak tawa daripada wanita tua itu menyeramkan Sahak namun Sahak tetap tidak menyurut daripada membantu Rosman. Mak Limah dan Pak Syuaib berlari turun dari rumah. Ibu bapa Kamil dan anggota-anggota rombongan yang lain pula sekadar berdiri sambil terjenguk-jenguk di muka pintu dan tingkap ruang tamu.

Lepaskan anak aku!

Mak Limah menjerit dan memetir. Wanita tua itu segera berpaling ke arah Mak Limah. Pun begitu wajahnya tidak dapat dilihat kerana tertutup dek rambutnya yang berjerumbai dan mengerbang. Tangan Rosman tidak dilepaskan.

Aku tuntut janji aku, Limah.

Kami dah penuhi apa yang dijanjikan. Kami tak berhutang apa-apa lagi dengan kau!

Pak Syuaib pula membalas.

Tidak! Hutang kau berdua tidak pernah dijelaskan!

wanita tua itu bersuara keras.

Dasar syaitan... kau tak boleh masuk ke rumah, kau gunakan anak lelaki aku sebagai umpan.

Hihihihi... aku dah cakap yang aku akan ambil tebusan. Kau berdua sahaja yang tak pernah peduli dengan apa yang aku katakan.

Tebusan apa ni, mak, ayah

Rosman segera bertanya, terpinga-pinga.

Lepaskan anak aku!

Mak Limah menjerit lagi. Dan secara tiba-tiba wanita tua itu menggigil-gigil ketakutan. Tangan Rosman dilepaskan. Mukanya ditutup dan dia segera berlalu laju biarpun dengan badan terbongkok-bongkok dan heretan kaki di atas tanah kelihatan menyusahkan. Serentak dengan itu juga, bau Angah Soyah begitu kuat.

Angah Soyah,

beritahu Sahak kepada Mak Limah, Pak Syuaib dan Rosman. Mak Limah segera menarik tangan Rosman.

Saya nak ke pekan bersama-sama Sahak,

beritahu Rosman apabila dia menyedari apa sebenar tujuan ibunya menarik tangannya.

Tak payah! Bahaya!

Mak Limah segera bersuara.

Tapi....

Mak kata tak payah. Kau kena fikirkan tentang keselamatan kau dulu!

Tok Ngah Darus suruh kami ke pekan dan buat laporan polis tentang kematian Sudin,

Sahak berwajah resah.

Tapi....

Mak Limah serba-salah.

Biarkanlah... itu tanggungjawabnya.

Pak Syuaib sempat merenung semak belukar yang berada tidak jauh dari tempat mereka sedang berdiri.

Angah Soyah ada di sini. Orang tua tu takkan berani kalau Angah Soyah ada di sini.

Rosman kerutkan keningnya sambil cuba memahamkan maksud sebenar kata-kata ayahnya.

Pergilah... cepat balik dan selesaikan kerja kamu. Nampaknya, kita ada banyak kerja hari ini.

Rosman bersalam dengan Mak Limah dan Pak Syuaib, kemudian cepat-cepat menuju ke keretanya sambil dituruti oleh Sahak. Kamil sememangnya menghadapi pengalaman yang sangat baru dan sangat membingungkan. Dia tidak pernah mendengar sebarang cerita-cerita pelik tentang Kampung Sungai Teja. Baik Rosman mahupun Salmiah, tidak pernah menceritakan tentang perkara mistik yang menyelubungi kampung tersebut. Malah apabila dia datang ke kampung itu pun, Mak Limah dan Pak Syuaib tidak pernah menceritakan apa-apa. Namun cerita yang didengar sepanjang dia berada di halaman rumah Pak Su Cik Leh, benar-benar menarik minatnya. Daripada cerita yang didengarnya, sepohon jejawi tua menjadi punca utama. Dia tidak pernah melihat sebarang pokok jejawi sepanjang dia datang ke kampung itu. Dia tidak pernah tahu di mana letaknya jejawi tua yang dimaksudkan. Namun watak yang paling membingungkan ialah Angah Soyah. Sudah ada cerita dan bisik-bisik orang kampung bahawa Angah Soyah merupakan orang yang paling tahu tentang tragedi yang melanda Kampung Sungai Teja. Pun begitu, Kamil dapat mengesan kebencian orang kampung yang sangat mendalam terhadap Angah Soyah. Puncanya, tidak diketahui.

Ada sesiapa yang nak ikut ke rumah Miah untuk selamatkan Tok Melah

seorang lelaki yang berwajah keras dan bermisai tebal, bersuara di kalangan orang kampung yang masih berkumpul di tubir halaman rumah Pak Su Cik Leh. Beberapa orang daripada mereka menyatakan kesanggupan. Dan saat itu, Kamil juga berasa bertanggungjawab untuk membantu sekalipun dia orang baru di situ, sekalipun dia tidak kenal orang yang bernama Tok Melah. Apatah lagi, itulah peluangnya yang terbaik untuk mengetahui dan mendalami pengetahuan tentang Kampung Sungai Teja dan warganya.

Kamu pun nak ikut sekali

lelaki yang bermisai tebal dan berwajah keras bagaikan cuba mendapatkan kepastian daripada Kamil. Kamil angguk laju.

Kamu tu darah manis....

Lelaki berwajah keras dan bermisai tebal tunduk seolah-olah sedang berfikir sejenak. Seketika, dia kembali berpaling dan merenung wajah Kamil.

Baiklah, kamu boleh ikut. Tapi berdiri di belakang saya. Kalau nampak apa-apa atau apa-apa yang berlaku, jangan ke hadapan.

Sekali lagi Kamil sekadar mengangguk. Dalam keadaan itu, dia tidak mempunyai sebarang kelebihan untuk mengutarakan sebarang pertanyaan apatah lagi pandangan. Empat orang lelaki dan dua orang wanita berjalan meninggalkan pekarangan rumah Pak Su Cik Leh dan beberapa orang kampung lain yang menjaga mayat Sudin. Tiada sebarang suara yang keluar dari mulut mereka. Dan Kamil begitu akur dengan segala perintah lelaki berwajah keras dan bermisai tebal itu.

Macam mana nak tangkap Tok Melah

seseorang bertanya dari arah belakang.

Tangkap sajalah macam tangkap lembu mengamuk.

Betul ke Tok Melah berbogel berjalan di sekeliling rumah Pak Long Lateh.

Kata si Sahak, macam tulah.

Apa rupanya orang tua macam Tok Melah tu berjalan dalam keadaan bogel

Macam orang tua yang berbogellah!

Dan mereka semua berderai tawa. Kamil tersenyum tersengih. Dalam ketegangan begitu, masih ada ruang untuk masing-masing mengendurkan keadaan.

Jauh lagi ke

Kamil akhirnya tidak mampu menahan dirinya daripada bertanya.

Dah tak jauh lagi... di depan sana tu.

Lelaki berwajah keras dan bermisai tebal yang menjadi kepala jalan menuding ke arah yang dimaksudkannya. Kamil tidak dapat menggambarkan keadaan yang bakal dilihatnya nanti. Bahkan dia tidak menjangkakan bagaimana reaksi wanita tua yang bernama Tok Melah apabila cuba ditangkap nanti. Apa yang diketahuinya, berdasarkan keadaan Tok Melah seperti yang diceritakan, pastinya orang tua itu sudah tidak waras. Tiada manusia waras yang akan berjalan dalam keadaan bogel. Ini bukan negara bebas. Masyarakat di Kampung Sungai Teja juga bukanlah masyarakat terbuka yang melihat bogel sebagai suatu perkara biasa seperti di negara Barat. Kisah berbogel di bilik air ketika mandi pun, sudah cukup untuk menjadi tajuk perbualan yang paling hangat di kedai-kedai kopi. Malah kisah berbogel itu juga boleh memecahkan gelak tawa berhari-hari selain menjadi bahan bualan ketika bertandang ke rumah jiran. Tatkala mereka melepasi dua batang tiang yang barangkali berfungsi sebagai pintu pagar, lelaki berwajah keras dan bermisai tebal berhenti melangkah, sekali gus membuatkan semua orang yang mengekorinya turut berhenti melangkah sama. Kamil menjangkakan mereka telah sampai ke destinasi yang dituju.

Tak nampak sesiapa pun....

Lelaki berwajah keras dan bermisai tebal itu bagaikan sedang merungut. Kamil memanjang-manjangkan leher. Tersergam di celah-celah tumbuhan pelbagai jenis dari pintu pagar tersebut, adalah sebuah rumah limas yang sangat sederhana bentuknya. Dindingnya tidak dicat, sekali gus menyerlahkan warna asal papan yang menjadi dinding dengan tangga kayu yang juga sangat sederhana sifatnya. Daun-daun tingkap kelihatan terbuka. Begitu juga dengan daun pintu, terkangkang bagaikan menggamit kedatangan dan lawatan sesiapa sahaja ke rumah itu.

Barangkali ada kat sebelah belakang rumah.

Masing-masing beraksi dengan tengkuk masingmasing tanpa sebarang suara sebaliknya hanya dengus nafas yang boleh didengar dengan jelas.

Eh, itu ada macam kain baju berlonggok!

Lelaki berwajah keras dan bermisai tebal menuding lagi. Dan dia tidak menunggu untuk melangkah laju mendapatkan apa yang dilihatnya. Sedangkan peneman-penemannya yang lain, termasuklah Kamil mengekor bagaikan anak-anak itik mengekor ibu mereka. Bau busuk mengitar di halaman rumah Pak Long Lateh. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan ada orang di atas rumah. Pun begitu, kelibat Tok Melah juga tidak kelihatan. Cuma longgokan pakaian di atas halaman yang bersepah dengan daun-daun kering, menunjukkan kewujudan Tok Melah sekali gus menepati sebagaimana yang dikhabarkan oleh Sahak.

Kita berpecah dan cari,

lelaki bermisai tebal dan berwajah keras, segera mengeluarkan arahan.

Cari di mana

seseorang yang lain segera bertanya.

Di sekeliling rumah inilah. Aku tak fi kir, Tok Melah pergi jauh dari rumah ni.

Mahu sahaja Kamil bertanya atas alasan apa lelaki bermisai tebal dan berwajah keras itu memberikan pendapatnya sebegitu rupa. Namun menyedari dia hanyalah orang baru serta kesudian lelaki bermisai tebal dan berwajah keras itu membenarkan dia mengekori ke rumah di mana seorang wanita tua dikatakan berbogel.

Di sana! Di sana!

Seorang pemuda menuding dan tanpa menunggu lelaki bermisai tebal dan berwajah keras, dia terus berlari sambil dituruti oleh orang lain termasuklah Kamil. Sememangnya, orang yang dilihat sedang cuba bersembunyi di dalam rumpunan pokok pisang tidak jauh dari tubir halaman rumah Pak Long Lateh atau lebih tepat lagi di sisi dapurnya, ialah Tok Melah yang sedang berbogel. Tok Melah tidak kisahkan Kamil dan orang kampung yang datang untuk menyelamatkannya tetapi Tok Melah seperti kisahkan dengan sesuatu yang orang lain tidak dapat melihat. Tok Melah bersiut-siut menangis, tanpa suara dan tanpa reaksi malu pada wajahnya. Tok Melah hanya cuba ingin melarikan diri daripada sesuatu yang menakutkannya.

Tok Melah! Ini kami! Tok Melah jangan takut!

Lelaki bermisai tebal dan berwajah keras cuba memujuk Tok Melah. Dia menghulurkan tangan tetapi Tok Melah langsung tidak memberikan reaksi. Sebaliknya mata Tok Melah memutih merenung tingkap dapur yang juga masih terkangkang.

Kenapa dengan Tok Melah ni

Kamil akhirnya bersuara, bertanya sambil berusaha melindungi tubuh Tok Melah yang tidak dibaluti seurat benang pun. Buruk benar orang tua seusia Tok Melah berbogel dan membiarkan orang kampung melihat setiap inci tubuh badannya yang sudah tidak mampu mencairkan nafsu sesiapa pun hatta perogol bersiri yang paling ditakuti di dunia. Namun usaha Kamil tidak berhasil. Tok Melah menolak tangannya dengan pantas. Sebaliknya Tok Melah berpaling dan merenung Kamil dengan garang.

Dia berbogel sebab ada petua orang tua-tua, kalau nampak hantu, cepat-cepat berbogel sebab hantu takut dengan orang berbogel. Nak-nak pula yang berbogel tu tua renta macam Tok Melah.

Lelaki bermisai tebal dan berwajah keras bersuara dengan nada serius. Kamil tidak pasti sama ada lelaki berwajah keras dan bermisai tebal itu sedang bergurau atau sememangnya dia sedang berusaha untuk menerangkan sesuatu.

Jangan ganggu aku! Aku tak buat salah apa-apa,

rayu Tok Melah. Orang kampung yang bersama-sama Tok Melah, ada yang berundur.

Kami datang nak tolong Tok Melah,

balas Kamil.

Ini bakal menantu Pak Syuaib dan Mak Limah,

lelaki bermisai tebal dan berwajah keras segera memperkenalkan Kamil kepada Tok Melah.

Tidak!!!

Tok Melah keluar dari rumpunan pokok pisang dan berundur sambil memberikan reaksi spontan agar Kamil dan orang kampung itu tidak mendekatinya.

Jangan biarkan dia lari!

Lelaki bermisai tebal dan berwajah garang segera mengeluarkan arahan. Namun tidak seorang pun daripada mereka yang ada di situ yang berkeinginan untuk menangkap, memeluk dan seterusnya membawa Tok Melah keluar dari lingkungan rumah Pak Long Lateh itu.

Tangkap dia!!!

Lelaki bermisai tebal dan berwajah keras, menengking. Dan serentak dengan itu, hampir semua orang meluru untuk mendapatkan Tok Melah yang cuba meminggir dengan langkah terhincut-hincut dan dengan penuh kepayahan.

Lepaskan aku! Aku tak buat salah apa-apa!

Tok Melah melengking sambil merenjas-renjas.

Ambil pakaiannya. Sarungkan cepat! Malu!

Salah seorang wanita kampung yang turut berada di dalam kumpulan itu segera berlari mendapatkan longgokan kain dan baju Tok Melah di atas tanah tidak jauh dari tempat mereka berada. Namun sebaikbaik sahaja dia tunduk, tubuh wanita itu terus kejang. Matanya terbuntang dan mulutnya ternganga lebar sebelum dia jatuh ke tanah dalam keadaan terperanjat besar. Dan sebentar kemudian, jeritan melangsing kedengaran daripada wanita itu.

Kenapa pula tu

Keadaan jadi kalut. Tok Melah dilepaskan dan masing-masing cuba meluru mendapatkan wanita yang sedang terjelepuk di tepi longgokan pakaian Tok Melah. Namun mungkin menyedari Tok Melah akan melarikan diri ketika mereka semua berkumpul di sekeliling wanita yang sepatutnya mengambil pakaian Tok Melah, lelaki berwajah keras dan bermisai tebal serta seorang wanita yang berwajah panik menunggu di sisi Tok Melah. Kamil serba salah. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namun akhirnya dia memilih untuk mendapatkan wanita yang sedang terjelepuk.

Dia pengsan!

Kenapa pula dia pengsan Masa nilah macammacam pula yang berlaku,

lelaki bermisai tebal dan berwajah keras merungut. Kamil agak berhati-hati. Jauh di sudut hatinya, dia dapat berasakan, pastinya ada sesuatu yang telah menyebabkan wanita di atas tanah itu pengsan. Pastinya juga benda yang sama, membuatkan Tok Melah jadi begitu.

Ambil pakaian ni dan tolongkan pakaikan Tok Melah.

Salah seorang daripada lelaki yang berada di sisi wanita yang sedang pengsan itu segera mengambil longgokan pakaian Tok Melah dan menyerahkannya kepada Kamil. Kamil mengambil huluran itu dan kemudian berjalan ke arah Tok Melah yang dikawal oleh lelaki bermisai tebal dan berwajah keras bersama-sama seorang wanita berwajah panik. Tatkala dia mengatur langkah, sempat pula dia berpaling ke arah tingkap rumah Pak Long Lateh. Dan sepintas, dia terpandang sesuatu atau lebih tepat lagi, seseorang di dalam rumah yang sedang memerhatikannya sekali gus membuatkan langkah Kamil berhenti.

Siapa

Kamil segera bertanya. Kelibat yang dilihatnya tadi, mengundur dan langsung hilang. Kamil menunggu-nunggu. Dia sangat pasti apa yang dilihatnya sebentar tadi, sememangnya wujud sekalipun secara logik akal, setiap pergerakan tapak kaki di atas lantai rumah tersebut, pasti akan menghasilkan bunyi. Paling-paling tidak pun bunyi derik lantai papan. Namun, Kamil sangat pasti, dia tidak mendengar sebarang bunyi biarpun lembaga yang dilihatnya berdiri menyorok di tepi jenang tingkap, berundur menjauh.

Kenapa tu

Lelaki berwajah keras dan bermisai tebal ternyata tidak betah menunggu Kamil.

Ada orang di dalam rumah ni.

Hah

Orang yang mengelilingi wanita pengsan, bergegas mendapatkan Kamil. Sedangkan lelaki berwajah keras dan wanita berwajah panik pula, terpaksa mengheret Tok Melah yang tidak lagi merenjas tetapi kelihatan menggigil.

Dia ada di dalam rumah! Dia memang ada di dalam rumah!

Tok Melah bersuara dengan suara terketar-ketar.

Siapa

Lelaki berwajah keras dan bermisai tebal segera bertanya sambil menghela Tok Melah.

Lateh!

Hah

Kamil menyuakan pakaian Tok Melah kepada wanita berwajah panik. Biarpun kelihatan panik dan ketakutan, wanita itu menolong mengenakan pakaian ke tubuh Tok Melah. Tok Melah tidak melawan tetapi matanya tidak lekang daripada merenung tingkap rumah di mana Kamil melihat lembaga seseorang berdiri di situ.

Kat mana nampak tadi

tanya lelaki bermisai tebal dan berwajah keras kepada Kamil. Tanpa suara, tanpa berpaling, Kamil menuding ke tingkap rumah tersebut. Tok Melah menggigil-gigil, terketar-ketar. Terlalu jelas yang ketakutan Tok Melah langsung tidak mampu diselindungkan. Wanita berwajah panik yang ada di sebelahnya, juga cuba untuk tidak melihat ke arah jendela yang sedang terbuka. Dan apabila lelaki berwajah keras dan bermisai tebal memberikan isyarat agar Tok Melah dibawa di sebelah wanita kampung yang masih terdampar pengsan, wanita berwajah panik cepat-cepat menarik tangan Tok Melah dan Tok Melah tidak membantah walau sekutik pun.

Kena periksa ni,

lelaki bermisai tebal dan berwajah keras, mengusap-ngusap dagunya yang dipenuhi tunggul-tunggul janggut dan jambang meliar.

Jangan cari fasal! Kita dah jumpa Tok Melah! Ni ha, ada orang pengsan, kita kena bawa balik!

Seseorang yang lain segera bersuara. Kamil berpaling. Lelaki yang bersuara itu, kelihatan tidak senang duduk. Kamil berasakan lelaki itu barangkali juga telah melihat lembaga yang berkisar-kisar di tepi tingkap itu. Dan mungkin kerana itulah, lelaki tersebut kelihatan sangat resah dan tidak betah lagi untuk terus bertahan di situ.

Tak payahlah naik. Kita balik sajalah,

wanita berwajah panik bagaikan merayu.

Saya rasa ada orang di dalam rumah ni. Orang tu mungkin tahu apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Tok Melah,

Kamil akhirnya bersuara. Dan sememangnya dia tidak mampu menahan keinginannya untuk berada di dalam rumah itu, sekali gus bersemuka dengan lembaga yang dilihatnya tadi. Kalau benarlah lembaga itu yang menakutkan dan menyebabkan Tok Melah berbogel serta memengsankan wanita yang datang bersama-sama mereka itu, pastinya lembaga tersebut berkeadaan yang sangat menakutkan. Kalau tidak, ia tidak akan mampu untuk membuatkan sesiapa pun pengsan.

Jangan mengarut! Awak orang baru dalam kampung ni. Awak tak tahu apa-apa. Tolong jangan memandai-mandai!

lelaki yang resah tadi bersuara kembali. Kali ini lebih garang dan lebih tegas. Kamil menghela nafas panjang.

Sudahlah, kalau macam tu, kita bawa balik Tok Melah ke rumahnya. Kita rawat Kak Bedah ni sekali kat rumah Tok Melah.

Siapa yang nak bagitahu Tok Ngah Darus

Buat apa pula panggil orang tua tu

Dia yang lebih tahu dalam hal ini.2