Aliran sungai masih deras, mencecah batubatu besar dan pejal. Dari tepi dataran berumput hijau, aliran itu datang dari celah gunung, jatuh dari jurang tinggi yang direntangi oleh jambatan gantung yang diperbuat daripada tali. Kabus putih mengiringi jatuhan air.
Salman melutut di tepi sungai sambil menjuntaikan kakinya.
eh! air ni suamlah. aku ingatkan sejuk!
Ramlan berdiri tidak jauh darinya... hanya memerhati.
aku ingatkan sejuk. barangkali ada mata air panas berdekatan tempat ini.
Kita berenang
Tak mahulah! Kau tak nampak tu. air yang deras tu, bilabila saja boleh bawa ke lembah maut tu.
Salman menanggalkan seluarnya. Tidak menghiraukan katakata Ramlan. Sedangkan Ramlan semakin tidak senang dengan tindakan yang dilakukan oleh Salman.
Salman berpaling ke arah Ramlan. Dia tersenyum tetapi senyumannya tidak membayangkan keikhlasannya. Senyumannya lebih berupakan ejekan.
Penakut!
Salman tidak menunggu apa yang akan dijawab oleh Ramlan. Dia terus terjun ke air. Dia menyelam agak lama. Ramlan mula berasa risau.
Dia memerhati tebing air yang bergerak. Manalah tahu jikalau Salman muncul di sana dan mengharapkan perto longannya. namun Salman masih tidak muncul.
Ramlan sudah bangun dan memerhatikan ke dalam air yang bergolak. Salman tidak kelihatan di manamana. Dia berdecit beberapa kali.
Janganjangan...
Ramlan tidak menghabiskan katakatanya apabila Salman muncul semula di permukaan air yang lebih te nang. Kepalanya digoyangkan. butiran air di rambutnya berterbangan dan jatuh ke permukaan sungai semula.
Kau tak mahu join aku bagus ni. Kau takkan dapat pe luang macam ni lagi di manamana.
Salman sedang berdiri di atas seketul batu di dalam su ngai. Separuh daripada badannya sudah kelihatan. Salman langsung tidak mempunyai sebarang perasaan ma lu terhadap Ramlan biarpun dia tahu Ramlan boleh melihat sekejur tubuhnya di dalam air.
Matahari sudah menghampiri peraduannya. cahaya nya bersinar kemerahan. burungburung berterbangan dan mula pulang ke sarang masingmasing. bayu petang yang lembut, berpuput. Dahandahan dan daundaun hijau saling bergoyang seperti disapa tangan lembut sang perawan.
Telah dua hari mereka berada di suatu daerah yang di ke li lingi alam semulajadi yang belum banyak disentuh oleh arus pembangunan.
Perlahan tetapi penuh hatihati, Ramlan menanggal kan pakaiannya lantas terjun ke air. apabila dia berada di dalam air, cepatcepat dia muncul di permukaan dan ka lut berenang ke tepian. Sial! air ni sejuklah!
aku tahu! Salman ketawa bangga.
Kau kata suam. Kau memang nak kenakan aku! Tawa Salman berdekahdekah.
Ramlan merenung air sungai yang tetap mengalir de ras. Perasaan ngeri tibatiba menguasai hatinya. alangkah buruknya nasib dia seandainya dia dibawa arus hingga ke tepian air. Jurang yang sedia menantinya, pasti akan menjadi kubur abadi seorang peguam bernama Ramlan aslani.
Kau ni takut sangat dengan kesejukan.
Kau gila! naiklah! Ramlan mengeringkan badannya dengan pakaiannya sendiri.
Tak! aku suka tempat ni, kata Salman sambil bere nang dalam beberapa bentuk renangan. Dia menyimbah Ramlan namun simbahannya jatuh ke permukaan sungai semula. Langsung tidak mengenai Ramlan biarpun setitik.
Okeylah... kau duduklah dalam air tu sampai kau kecut. Kalau kau nak mati kesejukan pun, aku peduli apa. Le pas tu, ibu kau akan kesunyian dan aku akan jadi peng ganti kau. Kami akan bahagia kerana tak ada pengacau lagi. Ramlan sengaja menyakiti hati Salman.
Salman menyelam lagi. apabila dia muncul semula, dia sudah berada berhampiran Ramlan. namun badannya masih terbenam di dalam air. air yang berada di dalam mulutnya, disembur. Sebahagian daripadanya terpercik ke pakaian Ramlan. Ramlan tidak mempedulikannya.
Kau jangan nak pasang mimpi siang hari. ibu aku bukannya perempuan bodoh. Dia tak akan buat macam tu kecuali tindakannya menguntungkan. Maksud aku, sebahagian daripada tindakannya didorong perasaan tamak dan ingin lebih kaya.
Hartaharta peninggalan arwah ayah kau kan masih ada lagi
bahagian aku, dah aku ambil.
Oh... tak apalah. aku boleh usahakan sampai dia jadi isteri aku dan kau boleh panggil aku, ayah. Ramlan mengambil pakaiannya dan berlalu. Dia ketawa.
Salman memanjat tebing tergesagesa, tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap giat Ramlan sebentar tadi.
Ramlan berpaling. Keningnya berkerut apabila Salman masih tidak mengenakan pakaiannya.
Kenapa kau tak pakai baju lagi
aku nak biarkan matahari yang keringkan badan aku.
Matahari dah nak tenggelam tu.
Tak apalah. Kalau matahari tak boleh keringkan, aku boleh keringkan sendiri. Salman ketawa panjang.
ah! Daripada aku cakap dengan kau, lebih baik aku ca ri ibu kau dan bermesra dengan dia. Sekurangkurang nya hati aku tak sakit.
Harapan kau terlalu tinggi.
Kenapa Kau tak suka kalau ibu kau dan aku, ber kasih Ramlan cuba menduga hati anak muda itu.
buat apa aku nak halang Hati masingmasing, masingmasing punya sukalah. aku siapa Tapi aku
ya kin, kau akan cari aku balik.
Ramlan merenung Salman. Kenapa pula
Dia masih marah dengan Mak cik Salimah yang se be nar nya ada di sini. Dia tak akan bercakap tentang per kara lain kecuali wang ataupun... ah! benda itu jugalah.
Ramlan tidak jadi melangkah dan meninggalkan Salman. Dia berpatah dan akhirnya duduk di sebelah Salman. ada topik baru yang boleh dibincangkan.
Kau tak kecil hati dengan cakap aku tadi
Tak! Kenapa pula aku nak kecil hati
Selama ni aku sangkakan kau...
Kau salah anggap tu. aku bukanlah macam yang kau sangkakan. Tapi aku tak boleh salahkan kau. ibu aku juga tak faham aku. Salman ketawa kecil.
Ramlan tidak mempedulikan katakata Salman itu. Ta ngan nya ditolak ke belakang. badannya condong se dikit. Dia merenung sekitar tempat itu.
Kenapa kau buat semua ni agaknya semua ahli ke luarga kau, macam kau. Tak berapa betul.
Salman masih ketawa. Sedikit pun tidak memperlihat kan kemarahannya. Kau maksudkan mak cik aku Ramlan mengangguk.
Salman membetulkan kedudukannya agar lebih selesa.
Macam ceritacerita lamalah. Orang macam mak cik aku tu, selalunya pakai ilmu supaya orang yang pandang atau terlibat dengan dia, jatuh kasih kemudian ikut saja apa yang dia kata.
Tapi kenapa
entahlah. barangkali untuk memudahkan kehendak nya.
Matahari sudah tenggelam sepenuhnya. Suasana se kitar tempat itu mula diremang cahaya senja.
Ramlan berpaling. Tali yang berjuntai dari jip, keli hatan bergoyang. barangkali ditiup angin.
Dahlah. Hari dah nak malam ni. aku nak buat perse diaan sikit. Lagipun, aku tak berapa berani sangat nak panjat tebing dalam gelap.
Ramlan terus bangun dan meninggalkan Salman. Dia mendekati tali yang berjuntai itu dan mula memanjatnya.
Salman hanya memandang. Ketawa kemudian terjun semula ke air.
Khemahkhemah yang didirikan semenjak semalam masih tidak terusik kedudukannya. Ramlan dan Salman ber kongsi khemah. Manakala Saoud mempunyai khemahnya sendiri. Walau bagaimanapun, Saoud lebih se nang menggunakan jip sebagai tempat beristirehat dan melelapkan mata. Jadi, khemahnya digunakan sebagai set or dan tempat simpanan barang.
Khemah Suhaili agak terasing. Katanya, dia mahu me nyen diri dan tidak mahu diganggu. Dia mahu mengh ayati keadaan tempat ini. Dia mahu menenangkan fikir an. Sudah agak lama dia memerah otak bagaimana mahu me majukan syarikat peninggalan arwah ayahnya. Jadi, se ka rang adalah masa untuk berehat. Dan dia akan meng gunakan masa yang terluang itu dengan sebaikbaiknya.
Ramlan menghampiri Suhaili yang berdiri di tepi jip. Suhaili masih meneropong, memerhatikan sekitar ba ngunan putih di seberang jurang.
angin yang bertiup perlahan menggerakkan rambut separas bahu Suhaili. apabila merasakan ada orang di sebelahnya, Suhaili menurunkan teropong tersebut. Dia menoleh dan kehairanan. Tetapi tidak pula menuturkan sebarang katakata.
Dia kembali menumpukan perhatiannya ke bangunan putih itu. bangunan putih di kaki gunung yang mula diterangi lampu kalimantang.
Salman mana
Tengah berenang.
Oh...
cahaya senja, semakin pudar. Malam semakin menjelma. Unggasunggas malam sudah menjerit dan hingar.
aku hairan sungguh. Macam mana Salimah boleh ting gal di tempat yang jauh dari orang ramai
Kita... Ramlan belum menerangkan lagi yang mereka sebenarnya mengikut jalan yang salah. Sebenarnya kita yang bodoh. ikut jalan jauh, sedangkan jalan raya ada di belakang bangunan itu. Tempat ni sebenarnya tak jauh dari pekan atau barangkali bandar. Salimah mengerutkan mukanya.
Jadi... Suhaili membatalkan niatnya untuk memper katakan tentang perkara itu. Kau yakin yang orang yang kau jumpa tu, Salimah
Dari cara dia bercakap bila aku sebut nama
Salimah... aku rasa dialah orangnya.
Tentu dia nak jumpa aku. Dia mungkin nak tanya ten tang arwah ayah dan Setia Jaya di mana dia adalah salah seorang daripada lembaga pengarah. Mungkin juga dia nak tanyakan tentang duit dia...
Dia ada kata, dia cuba nak lupakan kenangan lalu. Ka ta nya, semua kenangan bersama keluarga, terlalu pahit. Kata dia lagi, perhubungan kau berdua langsung tak mes ra. Tentu kau faham maksud aku, kan
betul tapi... entahlah! aku rasa aneh. Suhaili mena tap wajah Ramlan. Lembut. Mungkin agaknya faktor umur. Salimah sebenarnya lebih tua dari aku.
Ramlan ingin menyanggah tetapi kemudiannya menu kar fikiran.
betul... ya!
Kau percaya aku, kan
Peguam yang baik akan percaya dengan apa saja katakata pelanggannya. Ramlan ingin mentertawakan katakatanya sendiri. Terasa segala katakata Saoud sebelum itu terlalu tepat untuk seorang peguam yang berpendirian sepertinya. Dan Suhaili tersenyumsenyum. entah untuk apa.
bintangbintang yang menghiasi dada langit, mula me ngerdipkan sinarnya yang kelabu. Dari belakang gunung yang tertegak, rembulan menampakkan dirin. bayu yang berpuput lembut sebentar tadi, kini berhenti.
Di tebing sungai...
Salman masih tenang. Dia menikmati perubahan warNa awan dan alam sekeliling yang kian bertukar. Pokokpokok besar yang mengelilingi kawasan sungai kini hanya kelihatan bergerigis, seolaholah warna kehijauan sudah bersatu dengan warna malam. angin senja kembali bertiup di jurang tersebut. Salman berasa sejuk. Pakaiannya yang berlonggok di tebing sun gai, disarung. Selepas berpakaian, dia melutut. Permuk aan air dikocak dengan tangannya. air sungai semakin sejuk. bulan menitipkan sinar untuk alam. Sebahagian dari pada tubuh bulatnya terlindung di balik dada gunung. bayangbayang pokok yang disinar cahaya keperakan rembulan kelihatan menyeramkan.
Salman mula memanjat tebing dengan penuh hatihati. Tersilap langkah atau pautan, dia akan terjunam. Kepa lanya akan terhantuk ke batu keras dan sebahagian daripada otaknya akan dibawa arus menuju ke hilir.
Hanya separuh sahaja pendakian yang dilakukan. Dia menoleh dan terpandangkan tebing di seberang sana. Satu fikiran baru terlintas di benaknya.
Dia turun. berjalan perlahanlahan di atas batubatu yang merentangi di tengahtengah sungai. berhatihati supaya tidak tergelicik dan menjadi mangsa arus deras. Dan akhirnya selamat tiba di seberang sana.
Dia mula mendaki. Kali ini dia tidak dibantu oleh tali lagi. apa yang tersedia untuknya hanyalah batubatu yang memb entuk tebing tersebut. Dia terpaksa berhatihati me maut gerigis. Sesekali dia berpaut pada akar yang men julur untuk menghilangkan lenguh pada keduadua belah tangannya.
Sama ada ada binatang bisa yang tinggal di celah geri gis batu tebing itu, tidak timbul langsung di fikirannya. Dia hanya ingin segera sampai ke dataran di atas. Jikalau bo leh dia ingin sekali terbang tetapi dia hanyalah seorang manusia biasa.
Ketika dia hampir menghabiskan pendakiannya, mu ka nya terguris bucu batu yang tajam. Dia hampir melepas kan pautannya. Hanya kesedaran mengatakan dia akan mati jikalau melepaskan pautan tersebut.
Dia tergesagesa mendaki. batubatu yang tidak kukuh kekuatannya, relai dan jatuh ke sungai. apabila Salman sudah berada di dataran, dia menekup mukanya. Melihat ada titistitis darah yang melekat di tapak tangannya.
Sial!
Dia merenung ke jurang itu. Gelap. Deru air sungai ter dengar jelas. Dia menghalakan pandangannya ke sebe rang. Tersenyum. Kepedihan mukanya, tidak terasa sangat.
Lampu dari tiga buah khemah kelihatan samar. Ung gun api seperti malas hendak menyala. Manakala di dalam sebuah khemah yang agak terpinggir daripada dua buah khemah yang lain, seorang wanita begitu tekun membaca sesuatu.
Salman tersenyum lagi.
Dia memandang sekeliling. Terpandang bangunan putih yang diterangi cahaya kalimantang. Sesuatu terlintas di fikirannya.
Dia menghayunkan langkahnya ke arah bangunan ter sebut. Masa yang diambil untuk tiba terlalu singkat. Salman sudah berada di kaki lima yang agak gelap.
Salman terhendaphendap. Dia tidak tahu apa yang se be narnya membuatkan dia datang ke bangunan ini. Kau siapa
Pertanyaan itu bagaikan berbisik mengejutkannya. bahunya terangkat. Hatinya tibatiba menjadi kuncup na mun Salman cepatcepat menenangkan dirinya sendiri.
aku anak saudara Salimah... err.. barangkali di sini orang panggil dia Khadijah. boleh aku tahu siapa yang te ngah bercakap dengan aku ini
Mira menampakkan wajahnya kepada Salman. Salman terpaku. namun nafasnya ditarik penuh lega. Sekurangkurangnya dia tahu dia sedang bercakap dengan seorang manusia. Dan manusia itu pula... terlalu cantik di daerah yang terasing ini.
aku Mira. anak Khadijah atau macam yang kau sebut tadi, Salimah.
Mereka saling berpandangan.
Macam mana kau datang sini
Segala jawapan tersebut sudah terpamer jelas di wajah Salman.
Kau tak sepatutnya menyeberang jurang yang dalam tu dengan cara memanjat. Mungkin ada ular atau binatang berbisa yang sedang beristirehat. Dan kau juga tak sepatutnya gunakan jambatan yang tak selamat tu.
aku tak peduli. Di sini ada seorang gadis berwajah terlalu jelita, seorang gadis yang mampu membuatkan setiap lelaki akan bermatimatian untuk menemuinya.
Kau mesti pergi sekarang. Jarang ada orang asing yang berada di sini pada waktu malam macam ni. Pergilah sayang.
Mira mengucup dahi Salman.
Salman benarbenar terperanjat dengan tindakan gadis yang sedang berdiri di hadapannya.
Mira tersenyum.
Tolong jangan beritahu sesiapa yang aku datang ke sini.
aku tak akan beritahu sesiapa pun. Mereka tak akan faham. Selamat tinggal Salman. Mira mula melangkah.
Tunggu! Macam mana kau tahu nama aku namun Mira sudah jauh meninggalkan Salman, me nu ju ke sebuah bilik yang gelap. Mira langsung tidak me noleh. Salman termangu.
cahaya rembulan semakin pudar dan redup warnanya. Salman melangkah perlahanlahan menghampiri jamb atan gantung yang sedia menunggu. Sesekali dia berpaling dan mengharapkan Mira akan mendapatkannya semula. Tetapi harapannya itu hanya tinggal harapan. Mira tidak mem pedulikannya, malah Mira juga tidak mahu meng hantar pemergiannya dengan pandangan.
Luka di muka dan dada semakin pedih. namun kepe dihannya tidak sama dengan kepedihan di hati. Prasangka mula timbul, berbaur dengan kehairanan. Seorang gadis yang tidak pernah ditemui, malah tidak juga diketahui kewujudannya, mengetahui tentang dia... tentang naman ya walaupun langsung tidak pernah diberitahu.
Tiada apa lagi yang boleh dilakukannya di situ. Gadis je li ta misteri itu telah menghilang. Walaupun ada kei ngi nan untuk mencari gadis itu atau sekurangkurangnya men jelajah ke dalam bangunan berwarna putih, namun ada desakan mengarahkannya meminggirkan diri dari tem pat itu dahulu.
aku akan kembali semula, kata Salman, perlahan tetapi penuh tekad.
Sesukar kedatangannya tadi, begitulah kesukaran yang per lu ditempuhi untuk pulang ke khemah yang terletak di seberang jurang. Walaupun luka pada mukanya agak ped ih apabila cucuran peluh di dahi mengalir di situ, Salman tidak peduli. Menuruni jurang lebih sukar berban ding pendakian. Langkahlangkah keselamatan yang perlu diambil ternyata sekali ganda.
namun akhirnya, Salman berjaya juga sampai ke dasar te bing. Pun begitu dia terpaksa menyeberangi sungai de ngan meniti batubatu pejal yang masih mampu menahan alunan arus yang deras. Salman berjaya melakukannya dengan mudah.
Kepulangan ke khemah disambut oleh Ramlan dengan pandangan hairan.
Ke mana kau pergi tanya Ramlan.
berjalanjalan... ambil angin. Kau pergi terlalu lama. Salman tidak menjawab.
eh, kenapa dengan pipi kau tu
Salman masih tidak menjawab. Ramlan tahu dia tidak perlu mendesak. Tambahan pula, dia cukup sedar, Salman ha nya akan bercakap apabila berasakan kewajarannya untuk berbuat begitu. Salman sama juga seperti ibunya.
Dia sekadar memerhatikan langkah Salman ke dalam khemah.
Mungkin ada baiknya kalau aku pergi mendapatkan Suhaili. Mungkin Suhaili boleh menghilangkan kebo sanan, kata Ramlan kepada dirinya.
Di dalam khemah, Salman terus termenung. Wajah je lita gadis misteri itu langsung tidak dapat dilupakannya. Pelbagai persoalan terus bermainmain dalam fikirannya. Persoalan utama ialah bagaimana gadis jelita itu mampu mengetahui namanya sedangkan mereka tidak pernah bertemu. bagaimana pula gadis itu mengenalinya se dangkan dia tidak pernah mengenali gadis itu
Kejelitaan gadis itu sememangnya asli. Gadis misteri itu tidak perlu menggunakan mekap tebal seperti keba nyakan gadis kota yang sering dicampurinya. Gadis itu ti dak perlu menggunakan pakaian sendat atau singkat un tuk mempa mer kan kehebatan lekuk pada tubuh badan nya. Suaranya sahaja sudah mampu mencairkan hati se tiap lelaki yang disapanya.
Siapa dia yang sebenarnya
Salman cuba berbaring dan melelapkan mata namun dia langsung tidak berasa mengantuk. Udara persekitaran khemah yang sejuk, menembusi nylon yang membentuk tubuh dan atap khemah juga tidak mampu mengembalikan Salman ke ruang lingkup realiti. Gadis itu terlalu menarik perhatiannya. Gadis itu terlalu istimewa...
ah... aku perlu menemuinya lagi. Salman membuat keputusan.
Dia sudah mula membayangkan keseronokan yang ba kal dikecapinya bersamasama gadis misteri itu. biarpun nama gadis itu tidak diketahuinya tetapi Salman tidak fi kir bahawa perkara itu terlalu penting bagi seseorang seper tinya menjalinkan hubungan asmara dengan gadis sejelita itu.
Kegilaan terhadap gadis itu terlalu mendadak. Salman langsung tidak dapat mengawal dirinya. Dia terus bangun dan keluar dari khemahnya. Dia tidak memerhati sekeli ling sebaliknya menumpukan perhatian ke bangunan pu tih di seberang jurang yang disinari cahaya kalimantang. Salman seolaholah dapat melihat gadis jelita itu sedang menantinya di seberang sana.
Dan langkahnya pun bermula.
Tidak sampai setengah jam kemudian, dia telah kem bali di pinggir bangunan putih dengan nafas tercu ngapcungap sedangkan matanya melingas memandang ke kiri dan kanan.
Salman... aku tahu kau akan datang balik. Suara merdu itu membuatkan dia berpaling.
Gadis jelita itu tersenyum sekali gus menampakkan le sung pipit di keduadua belah pipinya.
Kalau diturutturutkan hatinya, mahu sahaja Salman mener kam dan merangkul gadis jelita itu seerateratnya.
aku tak mampu bertahan, Salman bersuara perlahan.
aku tahu... dan aku juga seperti itu.
Salman menggenggam telapak tangan lembut gadis mis teri. Gadis itu tidak menolak atau menepis, sebaliknya menguntumkan senyuman yang cukup manis buatnya. buat beberapa ketika, pandangan mereka saling bertemu dan Salman terpaksa menahan nafasnya yang tibatiba sahaja gemuruh.
Mari aku bawa kau ke suatu tempat, kata gadis itu de ngan nada yang cukup lembut.
Salman tidak menolak. Segala yang bermainmain da lam fikirannya, tibatiba sahaja hilang. Dia hanya ingin berada di sisi gadis itu sahaja.
Gadis itu menarik tangan Salman ke sebatang lorong yang menghala ke sebuah bangunan kecil yang bersam bung dengan bangunan utama bercat putih.
namaku Mira. Gadis itu tidak semenamena mem per kenalkan dirinya kepada Salman.
Macam yang kau tahu, namaku Salman.
Kau selalu hadir dalam mimpi aku, Salman.
aku sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat sen tiasa bersamasama kau. aku rasa, aku tidak mampu berpisah dengan kau lagi. Dan aku rasa, untuk pertama kali dalam hidup aku, aku telah jatuh cinta kepada seorang gadis sejelita kau.
Mira tidak membalas tetapi genggaman kukuh pada tela pak tangan Salman sudah cukup untuk membuktikan be tapa dia sebenarnya terlalu menghargai pengakuan Salman sebentar tadi.
Salman merenung wajah Mira. Mira masih lagi me ngun tumkan senyuman. bau harum dari rambut Mira, meng usap penghiduan Salman.
betulkah seperti apa yang kau cakapkan ni, Salman Mira cuba mendapatkan kepastian.
aku bercakap benar. aku akan buktikan... aku tidak akan pulang ke bandaraya lagi. aku rela tinggal di sini walau pun tiada sebarang kemudahan ataupun hiburan asal kan aku tidak kehilangan kau.
Persoalan itu tidak timbul, sayang. aku tahu kau tak kan tinggalkan aku walaupun dalam apa juga keadaan. Dan aku juga tahu, kau akan terus berada di sini buat se la malamanya untuk bersamasama aku. Tak perlulah kau ucapkan lagi perkara itu.
Salman mengerutkan keningnya. Dia benarbenar tidak faham dengan katakata Mira. Gadis itu terlalu mis teri. Katakata yang meluncur keluar dari mulutnya juga menambahkan lingkaran misteri pada dirinya.
namun misteri itulah yang membuatkan Salman semakin tertarik kepada Mira. apatah lagi, Mira begitu yakin dengan janji yang ditaburkannya. Dan dia pula tidak berniat langsung untuk mempermainmainkan katakatanya itu.
Tidak lama kemudian, mereka sampai ke pintu ba ngu nan tambahan tersebut. Dari tempat mereka berada, Salman dapat melihat deretan andang pada dinding bangu nan tersebut. Terdapat sebuah lorong yang meng hala ke dalam bangunan.
Kita akan ke sana, beritahu Mira.
Salman tidak menolak.
Mereka mengatur langkah.
Pada dinding, terdapat banyak andang yang telah dicu cuhi api berwarna kuning dan merah yang tidak ber goyang. Lorong itu agak lebar dan boleh memuatkan tiga orang yang berjalan secara beriringan. Lorong itu lurus na mun pada bahagianbahagian tertentu, api andang tidak mampu mencerahkan lorong tersebut.
Keadaan di dalam bangunan tidak bertingkap itu, ter lalu menarik. Segala perabot dan peralatan di dalam bangunan, tersebut tersusun rapi. Sekali pandang, ia tidak ubah seperti sebuah galeri yang mempamerkan sejuta kha zanah yang sangat berharga.
Di dinding tergantung beberapa buah lukisan yang meng gambarkan api dan siksaan. Lukisanlukisan itu ter lalu hidup. Salman tertarik pada sebuah lukisan yang menggambarkan seorang lelaki yang berdiri di dalam api sed ang menahan sesuatu yang berwarna merah terbenam di mukanya. Merah, benarbenar merah.
Tak ada seorang pun yang tahu tentang tempat ini kecuali aku.
Mira merenung mata Salman. Tangannya melingkari leher pemuda itu.
Salman cuba mengucup bibir Mira tetapi Mira segera berundur.
bukan sekarang. bukan di sini. bukan itu yang aku maksudkan tadi.
Perempuan... terlalu romantik.
Kau belum tengok ikanikan aku lagi. Mira bagaikan cuba mengalihkan topik perbualan.
ikan buat apa aku tengok ada nada kecewa dalam suara Salman. bukan itu yang diharapkannya daripada Mira. Dia perlukan sesuatu untuk merealisasikan lafaz cintanya.
Tengoklah.
Salman melihat sekumpulan ikan di dalam akuarium yang berhias cantik. ikanikan itu berenang sesama send iri, berebutkan sekeping roti yang dicampakkan oleh Mira. Salman mendekati.
buta
Ya!
Tapi... ikanikan ini tak ada biji mata
Ya! Kenapa
Macam mana mereka boleh melihat... maksud aku berenang... tengok... mereka tahu kat mana roti yang kau campakkan tadi. Mustahil.
Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni.
Salman mencelupkan tangannya ke dalam air. Salah seekor daripada ikanikan itu berenang ke arah tapak tan gannya. ikan itu juga tidak mempunyai biji mata.
Salman menarik tangannya dengan pantas apabila ter sentuh muncung ikan itu. Dia hairan, benarbenar hairan. Tiada bekas pada bahagian yang sepatutnya terdapat biji mata. Seperti... kosong.
Macam mana ikanikan ni boleh tengok
Kau dah ulang soalan itu beberapa kali.
Salman terus merenung wajah gadis yang masih ter senyum itu. Wajah Salman begitu garang. Dia meman dang sekeliling. Sesekali dia menyapu kulit lengannya yang sudah mula ditumbuhi bintikbintik seram.
Mira, aku tak suka dengan keadaan ni. Marilah kita tinggalkan tempat ni.
Kau kata, kau sanggup buat apa saja untuk aku
bukan di sini dan bukan sekarang.
Tapi Salman... air mata gadis itu tidak berjaya di ben dung. butirbutir jernih mula mengalir seperti untaian mutiara yang melurut daripada nalamnya.
Tolonglah. Marilah kita pergi. Tanpa disedari, Salman memasukkan tangannya ke akuarium di sebelah nya. ikan yang tidak bermata, terus meluru dan bermain dengan telapak tangan yang terbuka.
Salman berasa geli. Memandang sebentar kemudian me narik dengan kecepatan yang luar biasa. Mukanya pucat. Darahnya terasa beku di dalam kepala.
aku tak faham, apa yang kau takutkan sangat. ikanikan itu bukannya piranha. Mira seakanakan berkecil hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Salman.
aku tak suka tempat ni. aku tak tahan. Tempat ini benarbenar menyeramkan. Tapi kita berdua....
Salman benarbenar takut dan begitu resah. Seolaholah dia terpandang naga berkepala tujuh sedang mengin tai peluang untuk menjadikannya sebagai makanan. Tolong lah. Marilah kita beredar dari sini.
Mira tersenyum. air matanya dikesat pantas. Dia mula bangun perlahanlahan. Lengan Salman dipegang lembut. Dahi Salman dikucup. Sekali lagi Salman terperanjat de ngan tindakan Mira.
Kenapa Kau fikir aku takut ego kelelakian Salman masih lagi menebal.
Mira ketawa.
bukan itu maksud aku, sayang, Mira bersuara setelah tawanya terhenti.
apa maksud kau
aku tahu, kau masih tak faham dengan apa yang sedang berlaku.
Salman mengangguk. Sememangnya aku tak faham.
aku akan terangkan kemudian.
Janji
aku janji.
aku akan tunggu kau memenuhi janji kau tu.
Mira tersenyum lagi. Marilah.
Mereka mencelah antara batubatu nisan yang terpac ak di tanah perkuburan masyarakat wanita yang aneh di pergunungan itu. Di dalam cahaya malam, batangbatang nisan itu nampak bergerakgerak. Rumputrumput pan jang berwarna kehitaman tersuak, menyediakan sebatang lorong untuk memudahkan perjalanan.
Pungguk masih meratap kerana purnama menyembu nyi kan diri.
Tibatiba Mira berhenti. Menjerit dan merintih.
Ya Tuhan!
Kau kenapa, Mira
Mata aku! aku melihat sekelompok api yang besar.
Salman memegang kedua belah bahu Mira. Meman dang ke kiri dan kanan, ingin mempastikan kehadiran ma nusia lain di tanah perkuburan yang tidak sunyi dari suara unggas. Kemudian merenung ke mata Mira yang sedang terbeliak berwarna putih. Kepala Mira sudah mula meliangliuk ke kiri dan kanan seakanakan patah tulang leher. Salman menggon cang bahu Mira. Pergerakan kepala Mira semakin rancak.
Mira! Kenapa ni aku tak faham.
Salman menggoyang kepala Mira. Darah merah mula menitis ke tanah. Darah juga mengalir dari hidungnya.
Mira!!
Mira mendengus. Garang. Pergerakannya turut kasar. Dan tidak semenamena, jeritan langsing menghambur keluar dari mulutnya.
Salman gementar. Jeritan Mira tentu telah didengar oleh penghuni bangunan putih di tepi jurang dalam itu. Mereka pasti menyedari kehilangan Mira.
Kegelisahan menyerang Salman. Salman cuba mem buat keputusan yang paling tepat di dalam keadaan yang semakin gawat itu. akhirnya dia mencapai kesimpulan.
Salman berpatah balik dan lari. Dua puluh langkah dia berlari, dia berhenti seketika, memandang ke arah Mira yang sedang terdampar, kemudian dengan pantas me la rikan dirinya.
Maafkan aku kerana terpaksa memungkiri janjiku untuk bersamasama kau, sayang. Tapi percayalah, aku akan kembali semula.