Sehari selepas pembunuhan Musa Martin, Kharlissa sudah berkemas untuk meninggalkan negara Uncle Sam. Pun dia sempat kembali ke tempat kejadian, menyelinap di antara orang ramai dan melihat pihak polis melakukan penyiasatan. Dia amat yakin dan pasti, tiada bukti yang ditinggalkannya. Namun tiba-tiba dia teringat pada sketsa bunga dandelion yang dia selitkan di antara buku-buku milik Martin.
Namun sketsa itu tidak akan dikaitkan dengan dirinya. Tidak sekali. Biarpun pihak polis tahu bahawa sketsa bunga dandelion itu adalah signiture yang dia tinggalkan untuk dirungkai oleh mereka.
Mata Kharlissa memanah tajam pada skrin komputer ribanya. Dia baru sahaja membaca berita tentang penangkapan Linda Martin dengan tuduhan bersubahat. Dia terkejut. Buat pertama kali dia menatap wajah Linda Martin, seorang wanita Asia. Wanita itu masih muda dalam lingkungan empat puluhan. Wajahnya masih anggun. Kharlissa merenung lama gambar Linda Marti. Ada debaran yang memukul dada kala dia membaca berita yang tersiar di laman sesawang itu.
Jadi, perempuan ni mengaku dia yang mengupah pembunuh Maksudnya dia sendiri yang menghubungi Maxy I dont believe it! Aku fikir hanya aku seorang perempuan sadis di dunia ni tapi perempuan ni juga sadis, Kharlissa bercakap seorang diri.
Dia menutup komputer riba lalu termenung panjang. Dia teringat kata-kata Norman. Baru-baru ni suami kakak angkat dia dibunuh dengan kejam. Bingo! Jadi suami dia adalah Musa Martin! Linda Martin, adalah kakak angkat Kay! Dengan pantas Kharlissa membuat rumusan.
Oh Tuhan! Kharlissa benar-benar terkejut. Aku...
akulah pembunuh Musa Martin! Aku pembunuh suami kakak angkat Kay!
Kharlissa terjerit kuat tanpa sedar. Dadanya berdebar dengan kencang. Dia tidak sangka! Dia benarbenar tidak menduga. Kenapa harus jadi begini Kenapa aku harus dipertemukan dengan Kay Kenapa aku harus menjalin hubungan cinta dengan dia Apakah yang akan terjadi sekiranya suatu hari kelak semua rahsia ini akan terurai
Oh my god! No! Kharlissa terjerit lagi, sambil berjalan mundar mandir. Kedua-dua tangannya mencengkam rambut.
No! Kharlissa menjerit lagi. Semuanya akan tetap menjadi satu rahsia yang paling sulit.
Terdengar ketukan bertalu-talu di muka pintu rumah Kharlissa. Jantung Kharlissa seperti gugur ke bumi. Dia benar-benar terperanjat. Wajahnya menjadi hangat dan merah. Tangannya masih menggeletar kala dia menerima kenyataan ini. Buat pertama kali dalam hidupnya dia benar-benar menyesal. Sangat menyesal. Itu adalah satu kekesalan yang tidak terucap.
Terdengar suara Khairul Rasheed di hadapan
pintu, Lissa! Lissa!
Kharlissa diam kaku beberapa saat.
Awak okey ke Kenapa awak menjerit tadi
Kharlissa mendekati tingkap dan merenggangkan bukaan tingkap, Saya tak apa-apa.
Saya tak percaya. Kuat betul awak menjerit tau! Macam pakai speaker empat penjuru, kata Norman pula yang berdiri di sebelah Khairul Rasheed. Wajah kedua-dua lelaki itu kelihatan penuh tanda tanya.
Speaker empat penjuru ke... atau awak berdua yang telinga macam lintah! Kutuk Kharlissa di dalam hati. Dia cuba mengukir senyum pura-pura.
Hmm, saya... saya nampak tikus besar kat dapur.
Saya terkejut dan menjerit.
Tikus Dahi Khairul Rasheed berkerut.
Di rumahnya tidak pernah ada tikus. Bagaimana pula rumah Kharlissa boleh ada tikus Khairul Rasheed dan Norman saling berpandangan.
Saya dah halau. Dah lari pun. Saya terkejut sangat tu yang terjerit.
Khairul Rasheed sekadar mengangguk walaupun di dalam hati masih terselit rasa tidak percaya.
JABATAN PENYIASATAN JENAYAH BERAT (CID)
BUKIT AMAN,
KETUKAN lembut terdengar di pintu. Khairul Rasheed mengalihkan matanya dari surat yang sedang ditatap. Dia baru sahaja selesai membaca surat permohonan cuti untuk menguruskan perihal Linda. Perbincangan sudah dibuat dengan ketua jabatan. Cuti panjang yang dipohon sudah pun diluluskan. Selama ini dia jarang mengambil cuti. Komitmen yang tidak berbelah bahagi, sepanjang bertugas menyebabkan dia mendapat pelepasan cuti tanpa sebarang masalah.
Dia tersenyum apabila melihat lelaki itu berdiri di situ sambil tersengih.
Masuklah, pelawanya.
Ada berita gembira tanya Norman, masuk dan duduk di hadapan meja Khairul Rasheed.
Aku dapat cuti panjang, ceritanya sambil menunjukkan surat cuti yang baru diperolehi.
Bagus. Bila kau akan berangkat
Secepat mungkin.
Kharlissa dah tahu
Khairul Rasheed menggeleng.
Sepanjang minggu ini dia sibuk, tiada kesempatan untuk bertemu dengan Kharlissa. Dia mendapati
Kharlissa juga sibuk, seperti dirinya. Mereka tidak pernah terserempak di lif bagai dahulu. Mereka jarang bersua muka walaupun tinggal berdekatan.
Macam biasa, kau duduk je rumah aku sepanjang masa sebulan aku ke US.
Kau ni... nak suruh aku jaga Kharlissa lah tu
Khairul Rasheed mengeluh.
Man, buat masa ni aku malas nak fikir hubungan aku dengan Kharlissa. Aku nak selesaikan dulu masalah Kak Lin, kata Khairul Rasheed dengan wajah serius.
Norman tidak lagi mengusik apabila melihat wajah temannya yang serius begitu. Nanti tak pasal-pasal pulak kena penangan!
Jom kita pergi makan. Aku dah kebulur, kata Norman sambil bergerak keluar.
Sorry, aku tak dapat join kau. Tengahari ni aku ada lunch date, kata Khairul Rasheed sambil tersenyum lebar.
Wah! Lunch date dengan Kharlissa
Khairul Rasheed tidak menjawab. Dia hanya senyum.
Lima minit selepas Norman meninggalkan biliknya, Khairul Rasheed juga beredar. Dia memandu menuju ke coffee house Hotel Dynasty Jalan Raja Laut. Semasa dia tiba di coffee house, Dato Salihin dan Dato Subki sudah pun datang. Segera Khairul Rasheed memohon maaf atas kelewatannya.
Hidangan tengahari dipesan. Mereka makan sambil berbincang tentang rancangan membebaskan Linda dari tahanan pihak berkuasa Amerika.
Agaknya apa peluang Kak Lin, Uncle Sub tanya Khairul Rasheed pada Dato Subki.
Dato Subki merenung Dato Salihin dan Khairul Rasheed silih berganti, kemudian tersenyum lebar. Lebih kurang seminggu dia membaca dan meneliti kes Linda. Sebagai seorang peguam yang berkaliber dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang guaman. Dia sudah dapat mencari point untuk menyerang balas dakwaan pihak berkuasa. Beberapa point bernas sudah ada dalam kepala. Dia juga sudah menyediakan hujah-hujahnya untuk menangkis semua pertuduhan ke atas Linda. Biarpun Linda mengakui di dalam testimoninya bahawa dia yang merancang tetapi segalanya boleh dicabar.
Walaupun peluang Linda untuk bebas bukan seratus peratus, tapi 90% tu memang uncle yakin, mereka akan gugurkan pertuduhan. Kita boleh sentuh beberapa perkara dan kemukakan saksi-saksi.
Wajah Khairul Rasheed sedikit ceria mendengar kata-kata Dato Subki.
Apa dia tanya Dato Salihin dan Khairul Rasheed hampir-hampir serentak.
Pertama, Linda telah diseksa dengan teruk. Jadi untuk melepaskan diri dari seksaan tu Linda terpaksa mengaku. Pengakuan dalam paksa tidak akan diterima oleh hakim dan juri. Kita boleh twist semula pengakuan yang dia buat kerana tidak tahan seksaan. Malah kita boleh saman anggota polis yang menyeksa Linda hingga separuh mati. Dia dibiarkan tanpa makanan dan minuman dalam bilik gelap selama 36 jam.
Khairul Rasheed mengangguk.
Kedua, bunga dandelion yang kononnya milik pembunuh, sebagai satu signiture yang ditinggalkan juga tidak boleh diguna pakai. Kita boleh minta pakar untuk buat perbandingan antara bunga dandelion dengan lukisan milik Linda Martin. Setiap lukisan yang terhasil, perbezaan antara tekanan lorekan dan garis lukisan antara satu pelukis dan pelukis yang lain tidak sama. Pasti ada beza. Besar kemungkinan lukisan tu memang lukisan Linda, Kata Dato Subki sambil menarik nafas.
Tuduhan pihak berkuasa menyatakan yang Linda dan pelukis bunga dandelion yang masih belum diketahui identitinya itu punya hubungan juga boleh dicabar. Tu sebenarnya bukan bukti kukuh. Pihak polis sengaja nak buat gempar konon mereka dah temui bukti baru. Sebenarnya langsung tak ada. Kosong.
Khairul Rasheed tersenyum lebar.
Kita juga boleh panggil pembantu rumah. Pembantu rumah lama Martin dan Linda. Saya dah dapatkan maklumat tentang mereka. Malam semalam saya ada hubungi Puan Winston. Dia beritahu saya sesuatu yang amat mengejutkan.
Apa maksud kau Sub tanya Dato Salihin.
Dia masih ingat pada malam kejadian, Linda diberi ubat tidur. Dia tidur awal. Sebab beberapa malam sudah Linda tidak boleh tidur kerana dia runsing. Malah dia ada bertemu dengan doktor mengenai masalah insomnia yang dihadapinya. Kita boleh panggil doktor dan pembantu rumah ni sebagai saksi. Linda memang tidur nyenyak, dia tak dengar sebarang bunyi ataupun mengetahui apa yang berlaku pada malam kejadian.
Khairul Rasheed dan Dato Salihin mengangguk serentak.
Last, kita boleh dapatkan maklumat bil tentang panggilan telefon yang dibuat sejak tiga bulan ke belakang sebelum terjadinya pembunuhan. Jika benar Linda pernah buat panggilan melalui telefon bimbit ataupun telefon rumah, kemungkinan besar dia akan disabitkan dengan tuduhan menjadi dalang pembunuhan Martin. Mari kita sama-sama berdoa, bukan Linda yang merancang pembunuhan ni!
Ya. Saya yakin seratus peratus bukan Kak Lin yang menginginkan Martin mati dengan kejam, kata Khairul Rasheed tanpa lengah.
Aku setuju dengan anak aku, balas Dato Salihin.
NORMAN! Awak nak tak temankan saya makan char kuew tiaw malam nanti
Terkejut Norman mendengar pertanyaan
Kharlissa. Sejenak dia merenung sahaja wajah Kharlissa yang masih menanti jawapan. Kharlissa baru pulang dari kerja, sementara Norman pulang lebih awal. Kau ni Kharlissa, sesekali buat soalan comel macam tu, takkanlah aku nak tolak
Pagi tadi, Khairul Rasheed berangkat ke USA semula bersama peguam keluarganya, Dato Subki. Lelaki itu sudah menjadi sahabat baik Dato Salihin sejak muda. Walaupun sudah berusia, tetapi Dato Subki masih menyengat apabila beraksi di mahkamah.
Nak... nak.... nak! jawab Norman sambil menganggukkan kepala bebeberapa kali.
Kharlissa tertawa manja. Terasa lucu mendengar jawapan Norman. Macam lagak budak umur empat tahun yang ditawar gula-gula!
Pukul sembilan ya.
Okey.
Tepat pada waktu yang dijanjikan mereka keluar. Kharlissa hanya berpakaian ringkas, seluar trek dan t.shirt. Norman juga begitu. Pada pertengahan Jun, cuaca agak panas berbahang walaupun matahari sudah lama tidur di peraduannya. Mereka duduk makan di gerai hingga agak lewat malam.
Norman mengajak Kharlissa lepak di taman tingkat bawah kondo. Entah mengapa malam ini Kharlissa menurut sahaja pelawaan Norman. Norman senang hati. Dia gembira dengan perkembangan baru ini. Kharlissa seperti ingin berkawan dengannya. Sebelum ini Kharlissa agak dingin. Tetapi sejak kebelakangan ini, Kharlissa semakin mesra. Mungkin dia bosan kerana Khairul Rasheed selalu sibuk dengan urusan peribadi.
Kay ada pesan apa-apa pada awak sebelum dia pergi Kharlissa bertanya, sambil wajahnya terdongak ke arah langit.
Langit kelam, tiada bulan dan bintang. Norman turut memandang ke arah langit.
Dia pesan suruh jaga awak, jawab Norman.
Kharlissa tertawa kecil.
Saya tahu jaga diri sendiri. Kenapa dia pesan macam tu ya Saya bukan budak-budak lagi tau!
Mungkin dia takut awak layan lelaki lain, kata Norman sambil menggaru kepala yang terasa gatal.
Lelaki lain Mana ada! Saya ni betul-betul sayangkan dia.
Saya cemburulah! Tengok awak dengan Kay mesra sangat.
Hei! Awak kan ada girlfriend. Hari tu girlfriend awak pernah datang makan-makan kat rumah Kay. Siapa namanya
Entah! Saya tak ingat. Lagipun dah putus, malas nak ingat.
Norman mempunyai koleksi yang panjang dalam bab teman wanita. Tidak pernah berkawan lama lebih dari tiga bulan. Lepas putus seminggu dua sudah dapat pengganti baru.
Sekarang ni awak tak ada girlfriend
Norman menggeleng cepat. Dia ketawa tanpa sebab.
Norman, sebenarnya kalaulah saya belum bertemu dengan Kay dulu, pasti saya dah jatuh cinta dengan awak, kata Kharlissa sambil memandang wajah Norman.
Matanya yang bulat bundar terus merenung dalam wajah Norman dan lelaki itu membalasnya. Norman nampak terkejut sedikit mendengar pengakuan Kharlissa.
Betul ke Kharlissa
Ya, betul Norm. Saya tengok awak ni punya karisma dan daya penarik. Awak memang lelaki yang menarik, bersikap terbuka. Bukan macam Kay. Dia perahsia orangnya. Kadang-kadang saya rasa diri saya tersisih. Saya bukan sesiapa di sisi dia. Saya rasa jauh hati... agh! Entahlah Norm, Kharlissa melepaskan keluhan berat.
Norman terdiam sejurus. Otaknya ligat memikirkan kata-kata Kharlissa sebentar tadi. Kasihan Kharlissa! Kalaulah aku yang jadi kekasih Kharlissa alangkah baiknya. Dah tentu aku takkan rahsiakan apa-apa dari dia. Bak kata orang, ambil pisau belahlah dada.
Norm! Apa kata kita pergi mandi kolam Pertanyaan itu mengejutkan Norman.
Matanya terbuka lebar.
Malam ni cuaca panas sangat kan Tentu seronok kalau dapat berenang dalam kolam yang airnya sejuk. Jom lah Norm! Kalau awak tak mahu mandi, awak temankan saya. Boleh kan
Ya... boleh. Boleh je, jawab Norman sambil tersengih lebar.
Tidak lama kemudian mereka sudah pun berada di tepi kolam. Kharlissa masuk ke dalam kolam perlahanlahan kemudian terus berenang bebas. Malam itu dia mengenakan bikini merah. Warna kesukaannya. Mereka berdua berenang bebas, beberapa kali berlumba dari pangkal kolam hingga ke hujung. Beberapa kali Kharlissa memenangi acara perlumbaan itu. Hingga akhirnya mereka kepenatan. Kharlissa duduk di salah satu kerusi malas, sambil mengesat kakinya yang basah.
Telapak tangan Kharlissa terasa kian dingin dan hujung jarinya mulai mengecut kerana kesejukan. Dia segera mencapai jubah mandi berwarna putih yang tebal dan membalut seluruh tubuh.
Bibir awak dah biru Kharlissa, kata Norman bersimpati.
Bibir awak juga, kata Kharlissa sambil tergelak kecil.
Tadi saya dah on flash air di rumah. Care for cup of tea
Ya, kenapa tak Norm. Saya suka minum teh lemon. Awak pasti ada teh lemon di rumah Kay
Teh lemon Hmmm rasanya tak ada.
Kharlissa tertawa riang mendengar jawapan Norman.
Tak apa. Saya bawa teh lemon dari rumah saya, okey
Mereka berjalan naik ke rumah. Kharlissa menukar baju dengan cepat, kemudian melangkah ke rumah Khairul Rasheed. Kharlissa menawar diri untuk membancuh teh. Tanpa disedari Norman, dia meletakkan sebiji ubat tidur ke dalam cawan Norman. Kemudian cawan itu dibawa ke ruang tamu. Norman menunggu Kharlissa menyediakan teh lemon. Bau harum teh dan lemon saling beradukan. Asap nipis meliuk lintuk naik ke udara.
Televisyen terpasang tetapi mereka langsung tidak menonton. Norman merenung Kharlissa. Dia terasa Kharlissa terlalu cantik, umpama bidadari.
Kharlissa tahu dengan pasti apabila seorang lelaki mulai tertawan kepadanya. Dia punya keistimewaan. Dia tidak akan mempersia-siakan keistimewaannya itu.
Norm, macamana rasa teh yang saya bancuh tanya Kharlissa lembut.
Hmmm, sedap.
Habiskanlah. Takkan nak tunggu teh tu sejuk, separuh mendesak, Kharlissa meminta Norman menghabiskan minumannya.
Norman menurut sahaja. Dia minum dengan rakus. Secawan teh habis dalam beberapa saat sahaja. Kenapa... teh ni terasa begitu pahit Tanya Norman sendiri. Dia bersandar di sofa. Matanya terasa berat. Tidak lama kemudian dia tertidur.
Yes! Bisik hati Kharlissa apabila dia melihat Norman sudah pun tertidur. Kepala lelaki itu terlentuk ke tepi. Tidak lama kemudian terdengar dengkuran halus. Kharlissa bangkit lalu terus berjalan pantas menghala ke bilik hadapan. Dia tahu itu adalah bilik Khairul Rasheed. Dia menolak daun pintu. Berkunci. Alamak! Dia memerhati ke arah meja kopi. Terlihat segugus kunci di situ. Aduh, aku terpaksa cuba semua kunci-kunci ni Kharlissa pantas mencuba setiap kunci tetapi semuanya tidak sepadan. Tinggal satu kunci sahaja lagi! Kharlissa mengucup kunci itu sambil berharap. Dia memasukkannya ke dalam lubang kunci.
Yes! Pintu berjaya dibuka. Mata Kharlissa terus tertanjap ke arah katil Khairul Rasheed yang kemas tidak berusik. Di atas meja dia terpandang laptop, terbiar di situ. Dia terus menuju ke arah meja tulis. Duduk di kerusi dan mulai memasang plug yang menghubungkan kuasa elektrik dengan komputer riba tersebut.
Hatinya dijentik ingin tahu yang bukan sedikit. Sebentar lagi sesuatu yang bersifat rahsia tidak akan menjadi rahsia lagi. Dia cuba menghidupkan laptop itu. Namun laptop itu tidak mungkin dapat dihidupkan kerana ianya memerlukan kata laluan. Kharlissa mengeluh kesal.
Kharlissa memerhati deretan laci meja tulis. Mulutnya terkumat kamit membaca doa. Moga tak berkunci! Dia sudah malas hendak mencuba setiap kunci sekali lagi!
Semua laci berkunci rapat, melainkan laci terakhir. Dia menariknya dengan kuat hingga laci itu terus tercabut. Dia terkejut melihat isinya. Dua pucuk pistol yang berlainan jenis ada di situ. Kharlissa memandang sahaja dengan hati penuh pertanyaan.
Smith and Wesson .38 Kharlissa bercakap seorang diri sambil menyentuh pistol itu.
Kemudian dia menyentuh pula sebuah pistol revolver berwarna perak. Cantik berkilau. Memikat. Sedap digenggam. Kharlissa menggenggamnya dengan cermat, sambil memejam mata. Ah... It feels so good! Bisik hatinya. Sudah lama dia tidak memegang senjata itu. Ada debar memburu dada. Rasa selamat menyelinap jauh kala dia memegang dan membuka kelopak revolver. Ternyata revolver itu mempunyai peluru penuh.
Kay! Kau bukan seorang pengurus pemasaran yang biasa... Siapakah kau Soalan itu tidak mendapat sebarang jawapan pasti. Kharlissa terburu-buru menutup laci. Tetapi revolver warna perak tidak lepas dari genggamannya.
Dia keluar dari bilik tidur Khairul Rasheed. Matanya mengawasi Norman yang tertidur di sofa. Dia terus bergerak pintu hadapan, membukanya perlahanlahan dan menutupnya semula.
Good night Norm. Sweet dream babe!
Kharlissa tersenyum dan berjalan laju pulang ke rumah.
SAYA tertidur malam semalam. Sorry. Awak balik saya tak sedar pun, kata Norman semasa mereka bertembung di dalam lif.
Wajah Norman nampak lesu, dia masih mengantuk.
Awak tidur mati, Norm. Kalau bom meletup depan awak pun, awak tak sedar.
Wah, kuat juga kesan ubat tidur tu. Norman masih mengantuk. Dia menguap beberapa kali. Kharlissa hanya tersenyum memandang Norman.
Kalau saya tak tertidur...
Pasti terjadi sesuatu yang menarik, Kharlissa setengah menggoda.
Hei Kharlissa! Apa maksud awak Suara Norman terdengar bertenaga dan matanya terbuka lebih lebar.
Hmm, tak ada apa-apa, Dia tersenyum lagi.
Kharlissa! Awak ni... Norman tidak sempat menghabiskan kata-kata apabila lif berhenti dan pintu terbuka. Dua orang lelaki masuk ke lif dan berdiri di hadapan Kharlissa. Kharlissa berundur ke belakang sedikit, begitu juga Norman. Mereka berdiri berdekatan.
Awak ni sangat mempesona, bisik Norman dengan lembut ke telinga Kharlissa.
Awak juga lelaki yang menarik, Norm. Tengok muscles awak, macam atlet, Kharlissa mengambil keputusan untuk meneruskan godaannya.
Dia tahu Norman sudah lama terpikat padanya. Namun dia sedikit ragu pada niat sebenar Norman mendampinginya. Apakah kerana Khairul Rasheed yang menyuruh dia berbuat demikian Atau Khairul Rasheed sengaja meminta Norman menguji kejujuran Kharlissa.
Kalau tak ada orang kat dalam lif ni, saya dah cium awak! bisik Norman.
Dia tersengih nakal.
Norm, awak takkan berani buat macam tu! Kalau saya beritahu Kay... macam mana
Awak akan beritahu
No... Kharlissa menggeleng, dengan wajah yang ceria. Senyuman bermain di bibirnya yang comel.
Makan malam dengan saya malam ni, pelawa Norman.
Kharlissa mengangkat kening. Saya akan fikirkan. Jawapannya sebelum pukul enam petang nanti. Boleh bagi saya nombor telefon pejabat awak tanya Kharlissa.
Norman diam sejenak. Kebanyakan orang memang gerun mendengar nama Bukit Aman. Jadi dia tidak akan memberi Kharlissa nombor telefonnya meskipun dia bertugas di sana. Dia tidak mahu membuat Kharlissa rasa gerun. Walau bagaimanapun dia bukan anggota polis, tetapi seorang kakitangan bahagian pentadbiran. Telefon bimbit juga tidak boleh diberikan kepada orang dengan mudah sebelum kepercayaan wujud di hati.
Biar saya yang contact awak. Bukankah lelaki yang harus buat first move Norman pula berkata dengan begitu berhati-hati.
Wow, first move Kharlissa seperti mengejek, kemudian tertawa kecil.
Salah ke kata-kata saya
Actually you are right, Norm. I like that.
Terima kasih Kharlissa sayang. Saya pun suka macam tu, balas Norman.
Kharlissa tertawa kecil. Lif sudah tiba di lantai bawah. Mereka bergerak ke kenderaan masing-masing.
Jam enam petang, Norman menghubungi Kharlissa. Sebenarnya Kharlissa sudah menyediakan jawapan sejak pagi lagi bahawa dia setuju untuk makan malam dengan Norman. Kharlissa tidak pulang untuk menukar baju. Dia singgah di KLCC, membeli sepasang gaun hitam. Bukankah setiap gadis harus memiliki one little black dress Usai membeli-belah, dia masih sempat mengunjungi salon untuk mendandan rambut dan merias wajah. Kemudian Kharlissa memandu ke restoran pilihan Norman di Jalan Ampang.
Kharlissa, awak cantik sangat malam ni, puji Norman sebaik sahaja Kharlissa duduk berhadapan dengannya.
I rasa macam dah jatuh cinta kat you, Kharlissa.
Kharlissa tersenyum sahaja. Apatah lagi apabila mendengar Norman mulai berbahasa I dan you dengannya. Amboi Norm! Kau ni nak ayat aku dengan kata-kata yang lembut gigi dari lidah tu Tak mudah bagi aku nak percaya.
Sebenarnya Smith and Wesson dan revolver warna perak yang aku jumpa dalam laci di bilik Kay lebih menawan. Lebih cantik dan memikat. Terlalu sukar untuk dilupakan. Sejak dia memperolehi revolver itu, ia sentiasa berada dalam beg tangannya.
Lewat malam itu Kharlissa membelek kembali senjata buatan tangan yang pernah diberikan Ario kepadanya. Dia mengakui pistol buatan sendiri itu punya keistimewaan yang tersendiri. Tetapi pistol itu tidak mungkin akan dapat mengalah sang revolver. Kharlissa merenung revolver itu dengan pandangan penuh pesona.
Apakah suatu hari nanti, sang revolver ini akan menghamburkan peluru penuh amarah dan bakal meragut nyawa Nyawa siapakah itu Kharlissa termenung jauh. Dia teringat segala janjinya yang belum tertunai pada Maxy. Menghapuskan seorang lelaki yang baik seperti Dato Emmer. Sanggupkah dia