MOLOTOV KOKTEL - 21
Jadi miskin tak pernah salah. Yang salah jadi kaya dan tidak pernah malah tidak mahu menolong yang miskin. Alang hina dan tidak bergunanya kalau hidup berlimpah wang dan harta tapi kepalang kedekut bila yang susah datang meminta.

Kamu kata; yang miskin itu kerana mereka tak mahu berusaha. Yang miskin itu kerana mereka malas dan tidak mahu jadi berguna. Aku mulai tertanya, dan aku mampu setuju kalau yang miskin dan tidak berguna itu umurnya 20-30 tahun, segar bugar, tidak mahu bekerja dan hanya menadah tangan.

Tapi aku bangkang kalau yang dicerca miskin tidak berguna itu yang tua dan tidak berdaya. Yang kecil dan tidak berkeluarga. Yang sakit dan tidak berdaya.

Yang rajin tapi tak kaya-kaya.

Kadang kita diberi akal yang cerdik, bijak dan pandai, cuma bila dah terlalu pandai, sudah pula berjaya hasil kepandaian kita, kita makin buta dan pekak. Kita tak mampu faham bahawa yang miskin, betul-

betul miskin itu tentu sekali sudah hilang dan bantut usaha.

Yang miskin itu kerana diri mereka itu sudah tertinggal oleh sistem hari ini. Sistem yang mungkin menguntungkan orangorang cerdik dan kaya seperti kamu tapi sama sekali tidak akan menguntungkan yang miskin dan bodoh seperti mereka.

Janganlah dihina yang miskin itu. Janganlah buruk sangka sangat kepada mereka. Kerana adanya mereka yang miskin itulah, kamu jadi makin kaya!

Dalam kamu menghina mereka, tak mahu bantu, menuduh yang bukan-bukan dan sebagainya, kamu lupa; kamu itu kaya kerana ada yang miskin jadi mangsa kamu. Bukanlah aku tak tahu, kamu dan puak-puak kamu itukan berjaya dan berkuasa, mampu kawal segalanya. Kamulah dewa di dunia ini. Dan kamu kawal segala-galanya agar menyebelahi kamu.

Harga barang itukan kamu yang tentukan berapa Kamu naikkan harga agar orang lain belanja lebih dan kamu juga untung lebih. Yang miskin; makan saja apa yang patut. Beli saja apa yang termampu. Tidak ada untung kalau terus-menerus berniaga dengan orang miskin macam mereka sedangkan yang kaya-kaya; kawankawan seangkatan kamu boleh beri untung lebih dengan bayar mahal.

Aku tahu apa yang kamu caturkan selama ini. Itulah dia. Dan yang miskin pun akan terus miskin. Makin lama hidup makin mahal dan mereka makin miskin. Itulah sistem kamu.

Aku memang bukan orang miskin. Tapi syukurlah, aku juga tak dilahirkan kaya. Tambah bersyukur, aku tidak pula dibesarkan untuk jadi kaya. Berjaya bukan kaya.

Kalau aku bukan orang miskin, kenapa aku bising sangat mahu bela orangorang miskin Hidup macam biasa sudahlah, kan Mudahnya; macam yang awal-awal aku kata: jadi miskin tak pernah salah. Jadi kaya dan tidak berguna itu salah. Jadi, kenapa pula aku perlu bersama dengan orang yang salah Tak begitu