DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 21
Kisah mamat Bangla lagi. Usia awal 20-an. Kerja di kilang dan sentiasa terdedah dengan habuk dan chemical. Tak pernah kena asma. Tapi pernah sedut gas dua kali di klinik aku. Kalah dengan habuk. Rasa lega lepas kena nebulizer. Minggu lepas dia kena batuk yang teruk. Sepanjang jalan dari kilang ke klinik tak henti batuknya. Klinik panel terus rujuk ke Klinik Kesihatan. Tanpa bertanya banyak doktor buat x-ray dan check sputum AFB. Dia diberi ubat biasa-biasa sahaja dan antibiotik. Kali kedua pun sama. Tanpa tanya banyak atau check fizikal dia dapat antibiotik yang lain. Kali ketiga doktor yang lain. Dia tengok CXR normal dan Sputum AFB negatives. Tanpa usul periksa dia dirujuk ke Chest Clinic. Nak kena buat Bronchial washout.

Supervisor dia datang tunjuk kad rawatan, x-ray juga surat rujukan kat aku. Nak buat apa seterusnya Dah seminggu dia tak kerja. Asyik ulang-alik ke hospital sahaja. Aku tulis surat untuk majikan dia. Minta ditukar tempat kerja yang lebih bersih. Ini bukan kali pertama kes macam ini. Dah 3 kali dah. Lepas tukar tempat kerja selesai semua masalah. Kalau tidak asyik kacau hidup aku je.

Aku tak kata doktor kerajaan tak bagus. Tapi keprihatinan kepada pesakit semakin kurang. Tidak bersungguh-sungguh mengambil history daripada pesakit. Tidak juga bersungguhsungguh memeriksa pesakit. Yang diharap ujian makmal dan x-ray sahaja. Bila semuanya normal dah tak tahu nak buat apa. Ada nurse wad kanak-kanak hospital mengadu pada aku. Doktor-

doktor di wad sekarang tidak macam dulu. Pegawai Farmasi kena selalu datang ke wad. Ajar doktor-doktor bagaimana nak kira dos ubat untuk kanak-kanak. Tapi sesetengah doktor rasa dia dah bagus sangat. Tak boleh terima arahan ataupun cadangan orang bawahan.

Kesimpulannya Fikir-fikirkanlah sendiri.