SEMBANG TEPI JALAN - 21
5 Oktober 2005 Mawi. Nama tersebut tiba-tiba muncul dalam ruang angan-angan orang Melayu. Nama tersebut bertakhta dan sekarang jika ditanya pada setiap orang, dialah idoia. Untungnya insan bemama Mawi ini. Tiada siapa yang menyangka. Tahniah Mawi. Sungguhpun aku tidak pernah ambil tahu pasal Mawi ni, akhirnya terpanggil juga untuk menulis tentang budak ni. Cuma aku harap ada konteks keterbukaan dalam menilainya. Mawi adalah satu fenomena untuk orang Melayu yang sekian lama menanti seorang hero atau ikon untuk mereka. Kalau dari kalangan perempuan, tidak dapat disangkal, nama Siti Nurhaliza lebih tersemat. Pada aku, Mawi ini seorang yang lurus dan budak baik. Imejnya sebagai bekas ustaz, johan qari dan sebagainya yang semuanya bercirikan imej yang baik. Secara tidak langsung mendekatkan Mawi dengan orang Melayu. Pendekata, Mawi Melayu, Melayu Mawi. Pertama kali tengok Mawi ini menyanyi cuma di kaca tv. Itu pun masa aku singgah di satu kedai makan. Pada waktu itu dia sedang menyanyikan lagu gadis Melayu. Scgalanya sumbang-mambang, dengan pitching yang tidak sampai. Namun masih menjadi pilihan. Aku bingung. Tetapi aku tidak hairan sebab apalah yang mahu diharapkan pada ilmu dan tahunya orang Melayu tentang muzik ni. Cuma aku kira Mawi punya karisma. Walaupun tidak sempurna dan tidak berilmu, namun imej dan karismanya kuat, suaranya besar dan lantang. Sungguhpun teknik menyanyinya tidak sebagus mana, cuma kalau dia ada inisiatif untuk belajar vokal dengan guru vokal professional, dia akan lebih bagus dari apa yang dia ada sekarang. Sebenarnya pemilihan atau pilihan lagu-lagu untuk Mawi bagus juga. Ada citarasanya tersendiri seperti lagu Pupus, Gadis Melayu dan Dari Kekasih untuk Kekasih. Semuanya lagu yang aku suka menyanyi semasa busking. Pupus tu lagu dari kumpulan Dewa. Gadis Melayu lagu empunya Othman Hamzah. Begitulah pengaruhnya Mawi ini. Sehinggakan makcik tua yang sudah berumur boleh minta aku menyanyikan iagu. Padabal lagu tu punyalah moden dari segi arrangement-nya. Pendek kata, apa sahaja yang Mawi buat, orang Melayu akan ikut. Begitulah hebatnya pengaruh Mawi dalam pemikiran orang Melayu. Secarapersonal-nya, aku hormat Mawi ini. Itu sahaja. Cuma Mawi ini kalau ada dugaan dan ujiannya cuma dari pihak media cetak dan elektroniklah. Media memainkan peranan yang besar dalam menaik dan menurunkan seseorang artis itu.Banyak yang boleh dibuat oleh media ini. Nasihat aku buat Mawi agar dia boleh buat duit sebanyak mungkin. Ini satu kesempatan untuk kamu mengaut apa yang boleh dikaut. Esok kita tidak pasti kedudukannya.