Hidup ini tidak pernah tidak mengelirukan.
Aruhan megasonic itu dipacu perlahan saat air-car itu hampir mendarat di suatu padang. Dia kini bersendiri di Dataran Pembebasan; langit masih gelap, mungkin suria akan terbit sedikit masa lagi.
Masih terbit dari timur, barangkali.
Kekunci pintar dinafikan.
Cohedron membuka pintu air-car perlahan-lahan, lalu Pujangga mula keluar bersendiri tanpa sepuluh orang pengawal yang selalu mengiringinya. Kawasan tandus itu sungguh sejuk sekali, barangkali musim salju bakal menjelma nanti. Kebaya nipis yang dipakainya langsung tidak memanaskan tubuh Pujangga; namun dia tidak memerlukan sumber luar untuk memanaskan badan
Pujangga dicipta sempurna.
Mama juwita telah menghadiahkan Intelligent Thermostat yang ditempa di dalam cakera otak Kalenjar Pituitari dan Hipotalamus miliknya. Perisian Intelligent Thermostat ini membolehkan mekanisma Homeostasis yang berperanan untuk menstabilkan sistem fisiologi badan berfungsi dengan bakaran metabolisma yang optimum dan tersendiri. Sebuah peranti pengesan mikro tertanam di roma kulit Tinta Pujangga membolehkan sistem pengawalan pintar dilakukan untuk mencapai kestabilan badan dengan pembakaran sumber yang efisen.
Tinta Pujangga langsung tidak sejuk walau hanya berkebaya.
***
Dia hanya seorang pemberontak; dia bukanlah seorang penjajah.
Sesuatu harus dilakukan. Dia sudah tidak mahu menjadi seorang Laksamana yang bacul; asyik ditekan Pujangga dan hanya patuh kepada ilusi Tuan Pemerintah yang tidak pernah menjelma secara fizikal. Neo-Kuala Lumpur memerlukan satu bentuk pentadbiran yang progressif; bukan lagi bercorak kuno yang direncah Tinta Pujangga. Kubah Gemawan harus dimusnahkan; kerana itulah magnet syaitan yang membibit kutub-kutub pemerintahan yang tidak telus dan berkepentingan.
Dia hanya seorang pemberontak; dia bukanlah seorang penjajah.
Umumkan aku statusnya, Iskariot!
Iskariot akur. Manusia separuh mesin itu merupakan ketua strategik untuk pemberontakan kali ini. Iskariot dicipta Juwita dengan kebolehan untuk memproses maklumat dengan pantas serta binaan external ptero-arm untuk membolehkan sayap titanium diperantikan pada bahu sasanya. Iskariot tidak pernah berjalan; dia lebih suka mengepak terbang.
Laksamanaku, adapun bedilan itu masih tidak mampu merencat Kubah Gemawan.
Apakah Juwita dan Pujangga masih ada di situ
Menurut transponder pengesan, ada satu air-car yang bergerak keluar dari ruang udara neo-Kuala Lumpur.
Di bawah radar traffic drone yang normal
Tidak Laksamanaku. Adapun kami berjaya mengesannya dengan bantuan Military Cohedron yang digunakan dalam keadaan getir sebegini.
Maknanya Juwita dan Pujangga telah melarikan diri
Laksamanaku, adapaun air-car sebegitu adalah jenis yang pintar, lalu maklumat elektroniknya dikebalkan oleh sebuah Cohedron yang memandu air-car itu.
Celaka! Apa itu bukan air-car biasa!
Tidak langsung, laksamanaku.
Iskariot, hantarkan bala tentera air-glider ke Kubah Gemawan. Kitalah Ababil!
Menjunjung titah, Laksamanaku. Imej Iskariot mulai pudar sebelum sang sasa itu dilihat terbang dan lenyap dari pandangan mata singa Jaafar. Walaupun Iskariot mendapati ada satu pergerakan memecut laju keluar dari neo-Kuala Lumpur, dia tahu bahawa Juwita dan Pujangga tidak akan begitu mudah melarikan diri. Lebih-lebih lagi sejarawan tua yang angkuh itu. Dia tahu Juwita dan Pujangga masih lagi bersembunyi di dalam jajahan neoKuala Lumpur, malah sedang mengumpul bentuk-bentuk asakan untuk melawannya. Tetapi dialah Laksamana Jaafar alHussein. Walaupun dia dicipta oleh Mama Juwita, bukankah menderhaka kepada Pencipta itu salah satu sifat yang normal kepunyaan manusia Dia tersenyum sendiri.
Dia hanya seorang pemberontak; dia bukanlah seorang penjajah.
***
Apa kamu masih tidak serik!
Kini kamu bersendiri, / malah datang lagi! Apa mahumu!
Apa sahaja mahuku, tidak menjadi kepentingan kepada manusia hina sepertimu!
Tanah ini / milik kami!
Apa kau sudah terlucut dari kepandaian, lalu hanya tinggal kebodohan Kalau bukan aku yang mewartakan dataran ini, maka kamu ini hanya akan menjadi tulang-temulang yang terbiar tidak dibantu oleh dongengan Alif Lam Lam Ha!
Apa benar / kamu cabul sebegitu Tinggalkan / Tuhan kami-
Dia yang perlu meninggalkan dunia ini!
Walaupun libasan cangkul itu sempat ditepis, Pujangga sebenarnya sudah tidak berdaya untuk berperang di saat-saat sebegini. Setiap saat yang dihabiskan bersama kembar proto-Human yang bodoh ini bersamaan dengan setiap saat terbazir untuk neo-Kuala Lumpur sebelum direbahkan.
Jacob mula menyerang Pujangga, sebelum Srikandi itu menepis serangannya lalu mengelar lengan Jacob dengan cucuk sanggul yang kini berada di dalam genggaman Srikandi itu. Joseph cuba untuk menghayun satu tumbukan tepat ke muka Pujangga namun tumbukan itu berjaya ditembok tahan oleh wanita tua separuh mesin; melihatkan daya pertahanan itu membuatkan Joseph menyesali tindakannya sebentar tadi. Dengan hanya satu genggaman, Pujangga mencampakkan Joseph kembali ke lantai. Langit hampir cerah. Matahari ingin terbit. Pasangan Jacob dan Joseph kembali menyerang Pujangga-
Sudah!!! Suara Buhaira bergema seperti petir yang memanah dongengan syaitan. Mereka bertiga mula mengendurkan nadi serangan. Juwita tidak menyangka Buhaira punya ketegasan sebegitu rupa, malah tampil lebih maskulin berbanding si Jaafar yang bacul itu. Cuaca masih terus dingin, walau matahari sudah membasuh mukanya untuk terbit sebentar nanti.
Srikandi Pujangga...
Buhaira...
Apa kini kamu datang untuk mengambil kembali
apa yang telah dipinjam
Buhaira.... Pujangga kelihatan resah. Ini kali pertama dia kelihatan sebegitu rupa.
Khabarkan aku apa yang sedang mengganggu sanubarimu.
Kami dalam bahaya...
Apa Palestin datang menyerang lagi
Kamu tahu bagaimana kapal itu mampu karam
Buhaira
Kapal
Kapal itu mampu karam kerana air dari dalam yang memenuhkan. Kerana air dari dalam, yang menyelamkan!
Srikandi...
Bawa aku bertemu dengan Razief, Buhaira. Kami dalam bahaya!
*** Cincip ...!
Makmal sunyi.
Cincip! Di mana kamu!
Makmal sunyi.
Cincip!!!
Jerkahan Mama Juwita tidak langsung menjelmakan Cincip. Kalaupun ketua saintis itu tidak ada, sebetulnya masih ada puluhan saintis yang sepatutnya bekerja pada hari ini. Atau mungkin semuanya telah dibaham Jaafar Bisikan hatinya itu meremangkan roma Juwita. Jaafar bukanlah seorang penjajah, dia hanya seorang pemberontak. Masakan Hang Jebat ingin menggulingkan seluruh tanah Melaka, melainkan hanya sultan yang itu sahaja.
Melainkan hanya sultan yang itu sahaja.
Kerosakan yang berlaku di megalopolis neoKuala Lumpur adalah tidak seburuk seperti serangan dari Kesatuan Israel dan Palestin beberapa bulan yang lalu. Kali ini serangan lebih tertumpu kepada Singgahsana milik Tuan Pemerintah, atau mungkin juga Makmal Keabadian milik Srikandi Mama Juwita.
Perisian kekebalan makmal ini terlebih dulu telah diaktifkan saat dia memaksa Pujangga untuk terbang keluar ke Dataran Pembebasan. Nyawanya barangkali tidak terancam seperti Tinta Pujangga.
Barangkali.
Dia tahu Jaafar sudah terlalu lama bermusushan dengan Pujangga, lalu misi pemberontakan ini mungkin akan membahayakan nyawa Pujangga. Biarlah Tuan Pemerintah yang mencatur gerak langkah untuk berhadapan dengan pemberontakan Jaafar. Pujangga boleh menjaga Razief di Dataran Pembebasan kerana dia punya sejarah silam dengan Buhaira, sedang Juwita mahu berada di sini dahulu untuk mengambil alih tugas yang diinspirasi daripada Nabi Nuh, seperti yang tercatat di dalam Dogengan Timur Tengah suatu ketika dahulu.
Nabi Nuh
Juwita mengemudi air-glider dengan perlahanlahan sebelum melorongkan dirinya menuju ke avenue bawah tanah. Cohedron yang sepatutnya menjaga makmal itu telah direncatkan oleh Juwita, memandangkan dia tidak mempercayai mana-mana neo-Human walaupun mereka semua adalah ciptaan sempurna dari tangannya sendiri.
Avenue bawah tanah yang gelap gelita tiba-tiba bernyala dicucuh obor elektromagnetik, membantu penglihatan Juwita walaupun peranti korneanya membolehkan dia melihat dalam gelap. Air-glider itu dipandu perlahan sehinggalah dia tiba di suatu dasar makmal berpintu merah. Papan tanda makmal itu bertulisan jawi dan diukir di atas sebongkah emas bertulis
---MAKMAL BAHTERA 2.0---
Kata kunci
Bahtera 2.0
Kata kunci diaktifkan. Pengecaman suara disahkan.
Selamat datang Srikandi Juwita
***
Lalu bagaimana dengan mama!
Pemuda neo-Human itu ditenangkan oleh Isaiah yang memeluknya dengan erat; ini cubaan kali ketiga Razief untuk meluru ke air-car setelah diberitahu bahawa Mama Juwita masih lagi berada di dalam perimeter kawasan pemberontakan neo-Kuala Lumpur.
Kami sepatutnya keluar bersama-sama. Juwita menolak aku sehingga aku terjatuh lalu dia mengaktifkan air-car yang terus membawa aku ke sini.
Ayuh kita pulang Srikandi! Kita pulang segera! Isa,
ikut aku pulang! Buhaira... Buhaira... kamu ikut aku ke sana. Srikandi... ayuh kita pulang segera!
Razief...
Sungguh, aku mahu pulang Pujangga. Lepaskan aku Isa, lepaskan!!!
Razief, tidak ada kebaikan yang terbit dalam ketergesaan. Adapun mamamu telah mengebalkan makmal miliknya sebelum ini. Aku juga beranggapan bahawa Jaafar itu hanyalah seorang pemberontak, bukan penjajah. Dia tidak mungkin menghapuskan kemajuan neo-Kuala Lumpur kerana dialah yang akan menjadi pemerintah-
... bagaimana kalau dia berjaya, Srikandi!
Maksudmu Razief
Maksudku, demi mamaku Srikandi suci neo-
Kuala Lumpur, akan aku tentang bala tentera Jaafar habishabisan! Rangkulan erat Isa dari belakang badannya berjaya dilolos, lalu Razief terus melulu keluar daripada rumah Buhaira. Belum pun sempat kakinya memijak luar tanah yang yang tandus itu, satu limpahan cahaya terang tersimbah di hadapan rumah itu.
Satu limpahan cahaya terang tersimbah! Ah, apa lagi dramanya!
***
Lembaga itu berdiri betul-betul berada di hadapan Jaafar. Tiada hologram terpancar.
Laksamanaku...
Terima kasih kerana membantu ...
Aku pun telah lama rasa diperhamba. Kita perlukan satu revolusi!
Dan aku akan terus menjaga, malah mengangkat kamu.
Menjunjung perintah, Laksamanaku.
Jaafar menghampiri lembaga itu. Tiada hologram terpancar.
Bagaimana dengan nasib Mama Juwita
Adapun pasukan seliaanku telah menyelongkar makmal keabadian, ternyata tiada langsung jejak tinggalannya.
Apa kamu berjaya mengesan transponder pada tubuhnya
Tiada, laksamanaku.
Tiada di makmal keabadian
Tiada terpancar isyarat transpondernya, laksamanaku..
Barangkali dia telah keluar bersama-sama dengan Pujangga.
Barangkali begitu.
Lalu mudahlah urusanku untuk menggulingkan Tuan Pemerintah.
Jaafar mendekati, sambil meletakkan tangannya pada bahu lembaga itu.
Terima kasih, Cincip. Jaafar berbisik lembut sebelum mereka berkucupan!