Seperti yang saya ceritakan sejak awal, saya suka bergaul dengan sesiapapun tidak kira tua mahupun muda. Saya mudah mesra dengan ramai orang. Walaupun begitu, saya sentiasa berhati-hati ketika mendekati sesiapa. Berhati-hati bukan bermaksud kita bersangka buruk terhadap orang lain. Tapi berhatihati agar kita tidak membenarkan yang buruk-buruk di fikiran kita, akan menjadi kenyataan.
Berbalik kepada persepsi mereka yang saya kenali di dunia luar. Memang tak dapat dinafikan ramai yang terkejut dengan perubahan seorang Hassanah, si amoi seksi. Mari saya bawa kalian ke kembara ibrah di beberapa situasi yang saya alami dengan mereka.
SITUASI 1
Seperti biasa, cendol adalah kegemaran saya ketika pergi ke pasar malam. Tak singgah membelinya, umpama saya punya wajah tak akan berseri kerana tidak mahu senyum. Haha. Gurau ya, gurau. Begitulah serba sedikit perumpamaan yang kononnya saya boleh simpulkan. Lazimnya, apabila saya sampai saja di hadapan pak cik jual cendol, dia akan terus menegur saya dan akan hulurkan cendol yang sudah diikat khas buat saya. Tapi kali ini sangkaan saya benar belaka. Sampai sahaja di hadapan pak cik itu, boleh pula dia tanya,
Assalamualaikum ustazah, mahu beli cendol ya
Ikutkan hati mahu saja saya gelak tergulingguling di atas tanah. Ustazah pula. Saya kemudiannya keluarkan ayat yang sudah menjadi kebiasaan apabila singgah membeli di sana,
Pak cik, cendol tuan puteri mana
Sah! Terbeliak mata pak cik itu melihat saya. Dipandang terus dari atas sampai ke bawah. Oleh sebab ketika itu saya berpurdah, jadi dia tidak dapat mengecam saya. Tidak percaya barangkali dengan perubahan saya. Jika dulu, pak cik itu menggelar saya tuan puteri tapi kali ini, tiap kali dia menghulurkan cendol kepada saya, dia akan memanggil saya bidadari. Isterinya juga memanggil saya seperti itu. Mereka berdua suami isteri sangat baik terhadap saya. Pernah mak cik itu berkata yang dia sudah menganggap saya seperti anak kandung sendiri. Kadangkala mereka berdua selalu memberi cendol percuma kepada saya. Semoga Allah merahmati mereka tidak kira di mana jua mereka berada. Allahumma amin.
SITUASI 2
Sememangnya fitrah wanita untuk suka kepada kecantikan dan keindahan. Salah satu cara penjagaan diri yang kerap kali saya lakukan ialah, mencuci rambut di salun, mencuci kuku kaki, kuku tangan, dan sebagainya. Tapi pada kali ini, saya hadir dengan penampilan yang berbeza. Oleh kerana saya memakai purdah, mereka tak mengenal siapa saya. Saya terus meluru masuk kemudian menuju ke arah seorang kakak yang biasa mencuci rambut saya. Saya menepuk bahunya dan bisikkan seperti selalu,
Kak. Tuan puteri datang. Macam biasa.
Tiap kali saya katakan macam biasa. Bermakna mereka sudah tahu bahawa saya mahu cuci rambut. Jika saya ingin cuci kuku, saya akan sebutkan kuku. Tapi jika rambut, saya hanya beritahu macam biasa. Beberapa orang pekerja salun terbeliak memandang saya. Mereka kenal saya, apa tidaknya, dah memang rajin datang salun tersebut. Lantas saya cuba menangkis segala sangkaan seraya berkata,
Kakak-kakak, jangan risau. Hanya penampilan saya yang berubah. Tapi masih sama. Masih mahu berkawan dengan semua orang. Okey
Sambil kenyit mata. Haha.
Alhamdulillah mereka dapat menerima perubahan saya. Sempat juga mereka bergurau.
Ingatkan kakak sudah ada di alam kayangan melihat bidadari.
Haha. Disebabkan mereka terperanjat, hari itu rezeki saya diberi percuma untuk cucian rambut, siap diberi hadiah serum berkualiti. Masya-Allah. Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan buat mereka. Semoga mereka dalam jagaan Rabb.
SITUASI 3
Nasi goreng kampung adalah salah satu makanan kegemaran bila tibanya waktu rehat di kantin sekolah. Mak cik-mak cik yang menjual di kantin semuanya sudah biasa dengan saya. Tapi hari itu, seolah-olah mereka lihat sesuatu yang asing muncul dalam hidup mereka. Lucu bila terkenang gelagat dan cara mereka pandang dan terkejut dengan saya. Yalah, kalau dulu, saya datang kantin hampir riuh satu kantin dibuatnya. Saya suka bergurau dan melawak dengan mereka, mereka semua akan gelak bila saya datang. Namun sebaik saja saya membuat pesanan seperti biasa, mereka saling berpandangan. Haha. Adoi. Sumpah kelakar bila ingat reaksi mereka, lagi-lagi dahi mereka sudah berkerut memandang saya.
Macam kenal.
Tegur mak cik itu kepada saya sebaik saya menghulurkan wang kepadanya.
Ya mak cik. Sayalah tuan puteri yang biasanya pesan nasi goreng kampung. Ala mak cik, yang selalu pesan letak cili banyak kat nasi goreng tu haa.
Hahahaha Ya Allah Kan dah agak.
Haaaaa dah agak.
Patut macam kenal suara.
Tergelak kecil saya mendengar perbualan sesama mereka. Alhamdulillah walaupun mereka mengatakan yang saya ni tak padan pakai ayu-ayu, tapi lamakelamaan mereka tetap katakan bahawa inilah pakaian yang paling cantik selama mereka mengenali saya. Hadza min fadhli Rabbi. Pakaian yang ikut syariat mana yang tak cantik bukan Semoga Allah redha, kerana tanpa keredhaan Dia, semuanya sia-sia. Nauzubillah.
SITUASI 4
Sejak kecil lagi, saya telah dilatih oleh ayah untuk selalu mengunjungi perpustakaan. Sehingga kakak yang jaga perpustakaan kenal saya dan ayah. Walaupun usia sudah semakin berganjak remaja, saya tetap menyukai tempat-tempat seperti itu. Mungkin kerana ada aura yang membuatkan saya boleh berfikiran secara segar dan lebih terbuka. Bak kata A. Samad Said, tidak membaca sehari umpama remaja putus cinta. Itulah yang saya rasakan saat berpisah dengan buku. Bahkan saya dan buku sudah seperti gula dan semut. Di mana ada gula, di situ ada semut. Pandai-pandai saja buat peribahasa kan Mohon anak-anak buah DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), jangan kecam saya. Haha. Okey, kembali serius.
Sebaik sahaja melangkah ke meja kaunter, kakak itu pandang saya lama-lama tanpa berkelip. Saya terus mengejutkan dia dari lamunan yang panjang. Hei, sister! Tuan puteri is here!
Kakak itu tergelak.
Siapa yang mengenali saya di dunia luar, akan tahu perangai saya macam mana. Sebab itulah mereka kurang percaya bila saya berpenampilan dengan wajah yang baru. Kerana saya pada penilaian mereka, lebih bersifat agresif, tegas, kelakar, lawak, lucu dan apa-apa sahaja yang jauh daripada sifat wanita Melayu terakhir.
Kakak itu meluah dengan jujur. Dia seperti bangun daripada mimpi. Alhamdulillah tiada persepsi buruk. Bahkan beliau turut mendoakan agar saya terus istiqamah. Beliau juga seringkali melakukan kebaikan kepada saya dan keluarga. Moga Allah beri kebaikan yang berganda dunia akhirat kepada beliau. Amin.
SITUASI 5
Menjadi rutin seorang anak sulung untuk membantu apa sahaja yang terdaya untuk segala apa yang diperintahkan oleh mama dan ayah. Salah satu rutin harian saya ialah membeli surat khabar Sabah Times di kedai runcit. Setiap malam ayah akan bertanya kepada saya,
Surat khabar ayah mana Dan begitulah seterusnya.
Satu hari ketika saya pergi ke kedai runcit itu, saya memesan seperti biasa.
Apek. Tuan puteri mahu surat khabar macam biasa.
Tauke Cina itu memandang saya berulang kali. Membetulkan semula kaca mata, menggosok-gosok mata kemudian memandang semula dan menggosok lagi mata lantas berkata,
Haiya. Manyak cantik amoi pakai tudung.
Hahaha...
Ya Allah... Saya fikir dia sudah melupakan saya. Kadang-kadang bila diingatkan semula, sebelum ini pun tauke itu pernah bergurau dengan saya, dia kata amoi Islam lagi cantik kalau pakai tudung. Alhamdulillah berkat hari-hari dia sebut benda yang sama, Allah makbulkan jua. Segala puji bagi Allah. Dan saya harap, Allah buka pintu hidayah kepada tauke itu. Kadangkala saya terfikir bila sendirian, ramai orang bukan Islam yang selalu berbuat baik, tapi tetap pengakhiran mereka bukan syurga. Bantu mereka Ya Allah. Allahumma amin.
SITUASI 6
Mungkin kisah ini akan membuatkan ramai orang terkejut. Sebenarnya saya merupakan seorang bekas atlet kebangsaan. Pada tahun 2006 saya pernah mendapat anugerah olahragawati peringkat Negeri Sabah. Itu zaman UPSR.
Melangkah ke sekolah menengah, sekali lagi saya merangkul anugerah itu pada tahun 2009. Kemudian pada tahun 2010 dan 2011, iaitu waktu kemuncak SPM, saya mengambil keputusan untuk berhenti sepenuhnya acara larian berpagar kerana mahu fokus pada satu sukan sahaja iaitu sukan bola jaring. Dua tahun berturutturut iaitu pada 2010 dan 2011, saya telah mewakili Sabah pada peringkat kebangsaan dan tuan rumah pada ketika itu ialah negeri Johor. Tuan rumah pada tahun berikutnya ialah negeri Pahang. Alhamdulillah walaupun fizikal tidaklah setinggi mana, saya berjaya mendapat anugerah penjaring terbanyak selama 2 tahun berturut-turut pada peringkat kebangsaan.
Masih segar di benak fikiran, setiap kali perlawanan bermula, mesti akan ada 3 atau 4 orang pemain lawan yang cuba mengawal pergerakan saya. Saya pernah tersembam beberapa kali di dewan kebangsaan kerana cara mereka bermain agak licik. Sukan bola jaring, sebenarnya seorang jaga seorang. Ataupun dua orang jaga seorang sudah mencukupi. Mereka mungkin melihat saya terlalu lincah, maka ramai menyerang saya seorang. Saya pula ada satu sifat yang degil, tak kira cedera macam mana, selagi wisel penamat belum ditiup saya pasti bangkit dan bangkit.
Tahun bertukar tahun, sebaik habis SPM. Coach, dan player netball masih mencari saya untuk sesi latihan bagi sukan SAGA GAMES. Alangkah terkejutnya mereka apabila saya turun padang latihan dengan pakaian menutup aurat. Apa taknya, selama latihan pada tahun-tahun sebelum ini, saya hanya pakai skirt seolah-olah pemain dari Australia.
Pertamanya, ramai player yang berteka-teki. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Penghujungnya saya diberi pilihan sama ada mahu memilih kekal sebagai pemain yang kononnya profesional ataupun memilih untuk keluar kerana dalam setiap perlawanan mereka mahu satu pasukan seragam memakai skirt. Dan akhirnya, saya lebih memilih untuk keluar. Sebab, semua itu dunia semata-mata. Moga Allah tuntun langkah ini. Amin.
SITUASI 7
Sebagai seorang anak sulung, saya telah diamanahkan oleh ayah sejak dulu untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran. Sama ada bil air, bil elektrik, bil ASTRO, bil telefon dan sebagainya. Ayah hanya perlu beri wang kemudian saya akan menyelesaikan kesemuanya.
Ketika permulaan hijrah, saya tidak lagi menguruskan semua bil pembayaran itu melainkan mama. Saya berterus-terang pada mama yang saya perlukan sedikit waktu untuk mencari kekuatan. Mama faham dan barulah lama-kelamaan apabila saya sudah terbiasa dengan pelbagai persepsi manusia, nak atau tak nak saya kena hadapinya juga.
Awak kahwin dengan ustaz mana
Soalan cepumas yang diajukan oleh mak cik cleaner yang berada di sebuah bank ketika saya sedang menyelesaikan urusan ayah di sana. Haha. Mereka fikir saya telah berkahwin kemudian suami menyuruh untuk menutup aurat, tapi sebaliknya saya belum berkahwin lagi. Calon juga masih tidak difikirkan ketika itu.
Apabila terbiasa untuk berurusan dengan ramai orang, kemudian berurusan pula dengan orang yang sama, mustahil mereka tidak mengenali. Ramai yang hanya tersenyum tanpa berkata banyak. Mungkin ada yang membuat persepsi senyap-senyap, sama ada positif mahupun negatif. Namun saya tahu saya perlu bersangka baik dengan semua orang. Alhamdulillah, sangka baik-baik, doa baik-baik, cakap baik-baik. Insya-Allah, hasilnya baik-baik belaka.
SITUASI 8
Sebelum melangkah hijrah, saya menghadiri ceramah kelas memandu. Kemudian menduduki ujian komputer, menghadiri bengkel kemudian tertangguh segalanya kerana saya terlibat dengan sukan kebangsaan. Tarikh ujian bersama JPJ, ditangguh lagi dan lagi sehinggalah saya sudah pun hijrah ketika itu. Sampailah satu saat guru memandu saya menghantar mesej memberitahu tarikh ujian sekian-sekian.
Semacam terkena renjatan elektrik, guru saya melihat saya yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Dia tampak tekejut. Seperti tak menyangka, tak percaya. Dengan ragu-ragu dia bertanya adakah saya ini anak muridnya
Kamu benar-benar sungguh berubah. Teruskan. Walaupun saya bukanlah seorang Muslim, tapi saya menyokong perubahan ini.
Kata-kata yang saya masih semat dalam jiwa. Percaya atau tidak, jika sebelum ini saya selalu tidak keruan ketika kelas memandu, tidak fokus, hilang keyakinan, takut bahkan sering gagal sama ada ketika di atas bukit, kawasan parkir mahupun ujian percubaan di lebuh raya.
Namun sebaik saja saya memilih jalan ini, saya lebih yakin untuk membuat sesuatu keputusan. Pergerakan saya, pertuturan, perbuatan kini semuanya lebih teratur dengan rapi dan tersusun kemas. Rasa kebergantungan dan sandaran harapan pada Allah lebih tinggi dan lebih rasa selamat dan terjaga.
Dalam ruang yang maujudnya identiti moral seseorang manusia itulah, dia sebenarnya boleh berubah. Sama ada mahu menjadi baik ataupun sebaliknya.
SITUASI 9
Sejak usia 10 tahun lagi, saya mengalami masalah kurang darah. Sebab itulah saya seringkali pitam sewaktu di bangku sekolah rendah. Doktor menasihati saya agar mengambil makanan sekian dan sekian, minuman sekian dan sekian. Antara yang saya amal sampailah meningkat remaja ialah banyakkan makan sayur bayam.
Saya jenis yang memilih ketika membeli. Tidak kira membeli sayur ke, membeli jus buah-buahan ke, membeli pakaian ke dan sebagainya. Konsep saya cukup mudah, kalau saya selesa dengan cara peniaga itu, saya akan terus setia menjadi pelanggannya. Begitu juga dengan pak cik cendol yang saya ceritakan pada awal tadi.
Situasi ini antara situasi yang paling saya tak tahan gelak tiap kali teringat kembali. Kadang-kadang ketawa sendirian seperti orang tidak waras. Pada petang itu, seperti biasa saya akan singgah membeli sayur bayam di tempat mak cik itu. Ayat saya juga seperti rutin, Mak cik, tuan puteri datang beli bayam.
Nak tahu apa jawapan mak cik tu
Awak disuruh tuan puteri beli bayam ke Tuan puteri tak turun beli sendiri hari ini
Tuan puteri dah naik pangkat jadi ustazah, mak cik. Gurau saya.
Kasihan mak cik itu, memang usianya sudah tua. Kelihatan sedikit nyanyuk. Tapi baik orangnya. Moga Allah beri syurga buatnya. Amin.
SITUASI 10
Menemani ayah ke carwash pak cik menjadi kegemaran saya di hujung minggu. Kerana saya suka membasuh cermin kereta, tayar kereta dan seluruh badan kereta. Tapi sebenarnya, saya suka main air yang deras, hahaha. Best nak tembak orang. Biasanya saya akan membantu pak cik setakat yang mampu. Tapi kali ini, apabila saya datang menemani ayah, pekerja pak cik terus bertanya pak cik itu, sambil memberi isyarat mata ke arah ayah dan saya.
Bini baru ke tu tuan
Walhal jarak kami tidaklah terlalu jauh. Mana mungkin tidak dengar.
Haha. Saya tahulah saya dulu sangat lain. Sekarang sangat lain. Tak perlu nak aneh bin ajaib melihat wanita berpurdah. Relaks sudah. Bila ayah menjelaskan itu adalah saya, Hassanah, anak sulung yang selalu bantu pak ciknya cuci kereta. Tak semena-mena berubah wajah pekerja itu menjadi merah. Malu barangkali. Haa... kan dah kena. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Look our surrounding when we say something.