BLACK WIDOW - 21
HATI yang pilu semakin mendayu-dayu, lebih-lebih lagi apabila melalui jalan yang banyak menyimpul kenangan. Ayu terasa ingin memburaikan air mata apabila kereta sewa yang ditumpanginya tiba di jalan tempat Murad hampir terlanggarkan lembu. Hatinya tersentuh. Mengapa Murad sanggup menodainya se-dangkan dirinya terlalu sayang dan percaya

Kali pertama bertemu Murad, dirinya masih lagi kecil, bermain riang, bercakaran kerana Murad nakal dan lasak.

Mak... tengoklah abang ni... dia ambil guli Ayu!

Apalah Ayu ni, abang bukan nak ambil, nak pinjam sekejap!

Kaki mula dihentak bertubi-tubi, air mata mula jatuh. Jahat! Jahat! Tak nak kawan... jahat!

Wajah Murad yang mungil mula kecut.

Janganlah macam tu... nah... ambil balik! Pertemuan mereka menjanjikan pertelagahan. Murad 140

berlompatan dengan senapang mainannya sehingga buntut senapang itu terlibas mengenai bucu sebuah kerusi antik yang berukiran halus.

Dan Ayu menjerit apabila melihat bucu kerusi yang terkulai jatuh itu. Nek... mak... tengoklah ni... abang patahkan kerusi cantik Ayu!

Wajah Murad panik. Dia berdiri kaku, mengintai serpihan kayu yang telah patah itu.

Pergi balik... Ayu tak nak kawan. Pergi! Kenangan silam itu mengundang air mata.

Ayu pilu, lelaki yang dibenci, dipilih menjadi tunangnya lalu disayang. Dan... lelaki yang disayang, terpilih menjadi seorang penoda lalu kini dibenci.

Gara-gara peristiwa hitam itulah dia bersengketa dengan nenek. Juga, kerana peristiwa itu juga dia terpaksa meninggalkan banglo mewah itu. Kini, dia sudah lali berdikari, bermula dengan menumpang di rumah Kathy.

Detik demi detik, sehingga saat ini dia semakin tabah dan peristiwa silam semakin menjauh. Cuma, sekali-sekala apabila melalui atau terlihat tempat- tempat kenangan bersama Murad, nostalgia silam hadir mengganggu.

Ah... biarlah... perkara itu sudah lama berlaku. Aku tak mahu lagi dialatkan oleh lelaki setelah lelaki paling agung di hati menoda suci! Lebih baik aku berkawan dengan labah-labah daripada mencintai seorang lelaki!

Tekad hatinya bulat, malah setiap malam, atau setiap hari cuti dia berhubungan dengan teman labah-labahnya yang nyata lebih ideal.

NENG JENAB tidak berupaya menahan deraian air jernih yang membasahi pipi. Dia masih lagi 141

memegang kotak yang sebentar tadi diisikan dengan sepasang itik kaca. Direnungnya itik kaca tersebut sehingga terpampang sclayar kenangan...

Allahu akhbar... mana datangnya labah-labah besar ni Sentakan itu telah menyebabkan pegangannya terlepas. Neng Jenab hanya mampu melihat itik kaca pemberian arwah Pak Dek hancur berkecai.

Kenapa nek Ayu menerpa setelah mendengar jeritan neneknya dan lebih-lebih lagi apabila terdengarkan perkataan labah-labah.

Habis! Habis pecah itik kaca kesayangan aku! Neng Jenab mengetap bibir. Ini semua pasal labah-labah tadi!

Mata Ayu membulat. Tiba-tiba saja hatinya tersentuh apabila labah-labah dikaitkan. Namun, dia tidak mahu melukai hati neneknya lalu terus berdiam diri. Tak apalah nek, biar Ayu tolong kutipkan!

Kutip... aku pun boleh buat, tapi macam mana nak dapatkan balik itik kaca yang dah berkecai ni

Ayu terpempan. Sudahlah nek, labah-labah tu tak mengerti, apalah dosanya

Tidak perlu diungkit siapa yang silap, itik kaca itu telah pun berkecai. Cenderamata yang ditempah khas oleh arwah suaminya semasa mereka sama-sama bernaung di bawah payung cinta. Itik itu adalah lambang percintaan yang ingin diabadikan tetapi tidak kesampaian.

Mata terasa kabur, ada genangan dan apabila dikelip, pandangan menjadi cerah dan sepasang itik kaca yang sedang dipegangnya terpamer megah. Ayu... kau masih ingat lagi kisah itu....

Neng Jenab bingkas, melangkah perlahan sambil memegang itik kaca itu, bertembung dengan Aton di serambi. Anaknya itu hanya merenung kehairanan. 142

Neng Jenab terus melangkah ke almari. Aton menghampiri. Itik kaca

Neng Jenab angguk.

Aton hairan. Apa yang diketahuinya, itik kaca itu hanya satu. Matanya diperbuat daripada berlian dan ditempah khas oleh arwah bapanya sebagai hadiah kepada ibunya. Tetapi, itik kaca itu telah pun pecah.

Ini itik yang dulu ke mak Lain aje nampaknya... macam baru!

Ini hadiah daripada Ayu!

Ayu Macam mana dia boleh tahu bentuk itik yang pecah dulu Hairan!

Mestilah dia tahu sebab dia rupa-rupanya yang menyimpan serpihan itik kaca yang pecah tu. Aku ingatkan dia dah buang tetapi disimpannya! Itu itik kaca mak dulu

Neng Jenab angguk.

Mak punya ada satu saja kalau Aton tak silap... yang satu lagi ni siapa punya

Ayu! Neng Jenab geleng. Sungguh aku tak sangka dia masih menyimpan itik kaca yang asal tu!

Mana mak tahu itu yang asal

Ni... ada bekas dilekatkan. Gigih sungguh Si Ayu. Sanggup dia melekatkan setiap serpihan sehingga jadi begini!

Neng Jenab pilu. Segera wajah Ayu terbayang. Dia berasa kesal kerana kebelakangan ini sering menghindar dan menjauhi cucunya gara-gara putus tunang.

Aton... kau tahu nombor telefon Ayu di KL, kan

Aton mengangguk.

Tolong telefonkan Ayu... aku teringin sangat nak bercakap dengan dia!

Besoklah mak!143

Kenapa besok

Aton tersenyum. Kan dia baru balik, tak mungkin dah sampai KL!

Neng Jenab tersengih.

TELEFON berdering nyaring, segera disambar oleh Kathy yang sedang menanti panggilan.

Ayu Oh... dia masih belum pulang dari kampung. Cuba telefon tiga hari lagi!

Dia dah pulang... pagi tadi bertolak dari sini! Dari sana... itu siapa

Oh... ini mak Ayu!

Oh... dia belum sampai lagi mak cik... mungkin malam!

Tak apalah... kalau Ayu balik beritahu dia nenek dia suruh telefon ke kampung!

Baiklah!

AYU termangu di birai katil, terkebil-kebil sambil mengulang kata-kata Kathy sebentar tadi.

Nenek kau suruh telefon!

Betulkah seperti apa yang dikatakan oleh Kathy Demam apa neneknya kali ini, tiba-tiba saja menyuruh telefon

Betul ke Kathy

Betul... petang tadi mak kau telefon, tapi kau belum sampai!"

Ah, alangkah pelik jika difikirkan secara lojik. Pagi tadi, semasa dia di desa, neneknya tidak langsung mahu menoleh apalagi berbual-bual. Tapi, saat ini neneknya berpesan agar dia menelefon.

Perlukah aku telefon

Dia berfikir keras sehingga akhirnya dia telah pun mula bertugas. Tanpa sedar sudah dua hari dia menghabiskan cutinya dan tidak sedetik pun dia 144

meluangkan masanya untuk menelefon.

Tanpa sedar sudah dua hari dia menerima pesanan daripada Kathy yang jarang ditemui walaupun se-rumah. Begitulah kehidupan pramugari yang kerja sealiran tetapi mempunyai jadual bertugas yang berlainan.

Ayu tergesa-gesa mengenakan uniform, baju kebaya bercorak batik warna hijau-coklat. Dia terlupa untuk bersiap walaupun dia baru saja mandi. Mujur segala-galanya telah sedia cuma belum berpakaian.

Disondol kakinya ke dalam sandal dan menjengukkan wajah di tingkap. Dilambainya ke arah van yang sedia menanti, isyarat menunggu.

Aduh, angan-angan terus lewat! Nasib aku dah mandi. Sambil merungut dia menarik troli, mengendung atas tangan sambil membetulkan rambut.

Mujur tidak terbabas dan dia berjaya menepati waktu.

WOULD you like to replenish your drink"

Oh yes... please!"

Here's your drink, sir!" Ayu menghulur gelas, disertakan dengan sekuntum senyuman.

Well.... Lelaki muda itu turut senyum, terpikat dengan layanan emas pramugari bertugas. Hm... let me see your name..." Dia merenung name tag di dada. Oh... Masayu... nice name!

Thanks!" Ayu tersipu-sipu.

How long have you been flying" Lelaki muda itu mula ramah.

Quite sometime!

I see!"

Lelaki muda itu membelek kad menu. Hm, I rasa, tentu you dah hafal semua content in the menu

Hm, hafal tu taklah!145

Kenapa tak I thought all of you ought to memorize the menu card"

Oh... not really... but if I can memorize all the menu on flight, I wouldn't be a flight stewardess!"

Why do you say that"

If I have such a good memory, I would prefer to be a U graduate or like you!

Like me Lelaki muda itu ketawa.

"Well... I often see you but I didnt get your name!"

Lelaki itu senyum. Imran!146