Kamu perlu menyembunyikan perasaan begitu daripadanya. Ia adalah demi kebaikan kamu supaya tidak dikatakan sebagai perempuan murahan.
Kamu perlu bersikap tenang di hadapannya. Tunjukkan yang kamu mampu hidup walaupun tiada berteman. Pengawalan nafsu sangat penting ketika ini. Kamu tidak mahu si dia melepas pergi begitu sahaja.
Rugilah jika si dia pergi begitu sahaja, sedangkan kamu sudah lama memendam perasaan padanya.
Dalam hal ini, kamu juga tidak boleh terlalu menunjukkan keayuan kamu padanya. Takut ia akan menjadikan kamu riya pula. Walhal bukan itu yang kamu mahukan. Kamu hanya mahu si dia melihat dan memuji kamu. Terapi ia mungkin akan melahirkan perasaan lain dalam hatimu nanti.
Bersikap seperti biasa dan jangan terlalu terburu-buru dalam memikat hati si dia.
Kamu insan hebat yang pastinya tahu apa yang perlu kamu lakukan saat berhadapan dengannya agar tidak terlalu menonjolkan perasaan kamu padanya.