Seminggu kemudian sampailah surat dari Riyadh, ibu kota Arab Saudi, yang menceritakan perjalanan Boonyamin dan ayahnya ke Tanah Suci Makkah alMukarramah, Padang Arafah, Mina dan lain-lain.
Ayah saya yang mengetahui bahasa Perancis dan Vietnam dan saya mengetahui bahasa Inggeris.
Kami turun di Riyadh, ibu kota Arab Saudi dari Singapura. Kemudian kami memohon kebenaran untuk pergi ke Madinah, ke Makkah dan lain-lain untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima.
Kami mengambil kesempatan pergi ke Madinatul Munawarah dulu untuk sembahyang empat puluh waktu di Masjid Nabawi di mana Nabi Besar kita Muhammad s.a.w telah dimakamkan. Kami menginap di sebuah hotel yang moden berhampiran dengan Pejabat Tabung Haji yang bernama Hotel Zain atau dalam bahasa Arab, Funduk Zain yang letaknya tidak jauh dari Masjid Nabawi.
Abang menyebutkan hal ini untuk memberi maklumat kepada rakyat Malaysia bahawa Madinah kini adalah sebuah bandar raya yang besar yang sudah moden dan terus dimajukan dengan berbagaibagai kemudahan untuk hidup di zaman sains dan teknologi bagi rakyat atau orang ramai dalam wilayah Madinah dan juga orang-orang Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan fardu haji.
Tabung Haji Malaysia menyewa bangunan enam tingkat yang mempunyai lif yang aneh dan antik. Di tingkat atas sekali (enam) digunakan sebagai kantin di mana para pelawat dari Malaysia boleh dapat makanan-makanan ala Malaysia. Di kantin itulah pada suatu hari abang telah bersua dengan Tuan Haji Shukur Harun dari akhbar Berita Harian yang juga berasal dari Negeri Johor, iaitu dari Kampung Serkat, Daerah Pontian.
Elok juga abang sebutkan bahawa Tuan Haji Shukur kini tinggal di Subang Jaya. Pada hari kami bersua di kantin Tabung Haji itu kami juga telah mendengar sekelamin orang Melayu bercakap kepada anak-anak mereka melalui telefon jarak jauh, ke rumah mereka di Subang Jaya, dalam bahasa Inggeris. Tetapi Tuan Haji Shukur Harun tidak kenal dengan mereka itu.
Setelah sebelas hari di Madinah kami, yakni saya dan ayahanda saya, menyewa sebuah teksi untuk pergi ke Makkatul Mukaramah. Lebuh raya dari Madinah ke Makkah adalah lebih sempurna daripada lebuhlebuh raya di Malaysia. Ia lebih Iurus dan lebar, lebih kukuh.
Di Makkah kami menyewa sebuah bilik di hotel empat belas tingkat yang lengkap dengan serba kemudahan dalam zaman sains dan teknologi yang semakin maju. Kebetulan hotel ini yang diberi gelaran Maktab 19 oleh Muassasah, letaknya amat baik bagi keperluan sekalian penghuninya dalam musim haji (atau musim haji kata orang-orang Malaysia). Berhampiran dengannya ada sebuah kedai yang menjual akhbar-akhbar dan majalahmajalah dalam bahasa Arab dan Inggeris, alat-alat tulis, berbagai-bagai jenis sigaret, dan tidak jauh dari situ ada sebuah kedai ubat atau farmasi, kedai-kedai jahit, sebuah kedai gunting rambut yang bernama Saemah Salon dan beberapa buah restoran. Dengan kata-kata lain, Jah, bandar Makkah adalah sebuah bandar raya yang moden, lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan untuk zaman sains dan teknologi dan sedang dimajukan dengan pesat. Sungguhpun letaknya Maktab 19 ini jauh dari BaitulIah, yakni Masjidil Haram, tetapi kami boleh pergi ke situ dengan bas dan teksi. Di Makkah ada bas-bas dua tingkat (double decker) dan teksiteksi (taksi kata orang-orang Arab) yang semuanya berwarna kuning. Bas-bas pun banyak, Jah, dan sudah ada juga iklan-iklan pada badannya. Pada suatu hari saya terbaca satu cogan kata dalam bahasa Inggeris pada dinding sebuah bas, iaitu RIDE AND RELAX IN OUR BUS. Pendek kata, Jah, bandar raya Makkah boleh dikatakan sudah lebih maju dari ibu kota negara kita, Kuala Lumpur. Tetapi sebagai kota di Tanah Suci, di sini tidak ada kelab-kelab malam, pawagam-pawagam dan disko-disko.
Sebelum lewat usiamu, wahai adikku yang disayangi, eloklah pergi menunaikan Rukun Islam yang kelima. Tak perlu membawa beg besar yang berisi dengan kain-kain ihram, kain baju yang banyak, tong plastik yang berisi dengan botol air, sabun hadiah dari Lever Brothers dan lain-lain benda yang dikatakan mustahak. Benda-benda itu semuanya boleh dibeli di Makkah dengan harga yang lebih murah. Bawa duit yang laris lakunya di sana, iaitu duit Amerika dalam bentuk American Express. Jah boleh tempah bilik di hotel-hotel kelas satu di sana. Hotel Makkah, Hotel New Safa dan lain-lain yang letaknya berdekatan dengan Masjidil Haram.
Pada suatu hari, sesudah tawaf dan sai, abang dan ayahanda abang berhenti di kaki lima yang letaknya tidak jauh dari bangunan Tabung Haji. Kami duduk di atas tembok kaki lima itu berhampiran dengan sebuah kedai kopi yang lebih Popular disebut Kedai Sahi (teh). Tiba-tiba lalu seorang pegawai Tabung Haji, pekerja sementara, seorang pelajar dari daerah Pendang, Kedah; Abdul Aziz Minai namanya.
Hang berdua ini sesat jalankah anak muda itu bertanya kepada kami.
Hang berdua ini tinggal di maktab nombor berapa pemuda itu bertanya, lagi.
Kami tinggal di maktab 19, jawab saya.
Ah, itu jauh, tetapi saya boleh tolong hantar hang ke sana; tunggulah di sini, jangan pergi ke mana-mana; kira-kira satu jam lagi saya akan datang ke mari; saya ada hal penting yang hendak diuruskan, kata Ustaz Aziz Minai yang berasal dari Pendang, Kedah.
Hampir setiap hari saya duduk di depan Bangunan Tabung Haji di Makkah untuk memerhatikan tingkah laku dan gelagat orang-orang bangsa kita dari Malaysia yang dalam tahun ini seramai 24 000 yang menunaikan fardu haji melalui Tabung Haji. Pada suatu tengah hari, kira-kira pukul sebelas waktu Makkah, saya telah mendengar satu kumpulan dari Pulau Pinang memaki-hamun Tabung Haji. Pada suatu hari yang lain seorang perempuan daripada Kelantan telah mengadu kepada saya: Saing ambo ile, tetapi pegawai Tabung Haji tidak mahu menolong ambo, katanya.
Barangkali mereka tidak faham bahasa Mek, kata saya.
Pendek kata, Jah, Lembaga Urusan Tabung Haji kita masih mempunyai beberapa kelemahan apabila dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain di dunia ini. Kelemahan-kelemahan itu pula ditambah pula oleh perangai orang-orang Islam di negara kita ini yang tidak lagi mempunyai semangat perjuangan, kurang disiplin, kurang pengalaman hidup, kurang pelajaran dan pengajaran, manja, tak tahan menghadapi kesusahan-kesusahan yang disebabkan oleh hawa atau iklim yang berlainan, bahasa, adat resam, kebudayaan dan mazhabmazhab yang berlainan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertugas untuk memperbaiki dan menyelaraskan urusanurusan jemaah haji dari Malaysia bukan tidak ada. Begitu juga cerdik pandai dan pegawai-pegawai yang bijak bestari. Walaupun begitu, daripada kajiankajian abang dan pada hemat abang, ada berbagaibagai jenis penyelewengan yang sedang berlaku dalam pertubuhan Tabung Haji kita yang kini sudah pun menjadi sebuah perbadanan yang mempunyai banyak harta. Lihat sajalah Bangunan Urusan Tabung Haji yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.
Bila abang balik semula ke Malaysia maka bolehlah abang ceritakan darihal masam manis dan pahit maung yang telah dialami oleh jemaah haji dari negara kita dalam tahun ini, insya-Allah.
Kini, seperti yang telah dinyatakan dalam telegram abang kepada Jah minggu lalu, abang dan ayahanda abang yang terkenal dengan gelaran Long Taifun, berada di Istanbul, ibu negara Turki. Yang menjadi pertanyaan besar kepada Jah sekarang ialah: kenapa kami sekarang melawat negara itu
Kami bukan melancong. Kami mempunyai tujuan dan tugas-tugas yang amat penting. Wassalam.
TAMAT