TAKAFULMAN - 21
Sudah beberapa kali sahabat aku, Mutalib Uthman menegur aku, yang selagi mana aku terus menjual kemurnian dan akal budi Takaful semata mata, maka selagi itulah aku akan gagal menarik minat TAKAFULMAN untuk serius berkecimpung dalam perniagaan Takaful.

Kerana katanya, orang kita mahukan benda cepat, benda duit, benda reward, benda nampak mudah, benda kekayaan, kesenangan, percutian, hadiah-hadiah, dan rileks-rileks.

Kalau kau setakat cerita Takaful tolong orang, Takaful bayar bil, Takaful bagi pampasan, kau boleh dapat klien, tapi nak tarik minat orang meniaga Takaful macam kau, susah. Sangat susah, Kurang lebih begitu kata-kata Mutalib beberapa kali, dalam tempoh beberapa tahun ini.

Aku mengambil masa agak lama menilai posisi dan letak duduk misi membina pasukan TAKAFULMAN supaya idea meletakkan konsep memberi kesedaran sentiasa di hadapan dan reward datang kemudian kekal kukuh tidak terusik.

Ada kebenarannya. Siapa yang mahu bersusah payah berjumpa orang ke sana ke mari kalau dia tidak nampak reward yang dia akan dapat untuk diri dia sendiri

Beberapa masa, aku terfikir untuk menceritakan, supaya yang mahu terus mahu, dan yang tak berapa mahu pula tertarik untuk lebih tahu, supaya mahu.

Sepanjang 4 tahun menjadi TAKAFULMAN, aku sudah tolak kurang lebih 8 oversea trip.

Antaranya San Francisco 2012 (1 tiket), Munich 2013 (2 tiket), Prague 2013 (1 tiket), Guangzho 2013 (2 tiket) , Vietnam 2013 (1 tiket), Barcelona 2014 (2 tiket), Valencia 2014 (2 tiket), Los Angeles dan San Diego 2015 (2 tiket) juga aku sudah tolak tak mahu pergi.

Susah juga bila aku nak bercakap, Mai ikut aku buat kerja TAKAFULMAN sungguh-sungguh,

nanti boleh pergi oversea trip free!

Kenapa susah Sebab aku sendiri pun tak pergi.

Begitu juga dengan hadiah-hadiah seperti iPad, iPad air, iPad Mini, Samsung S3, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Note 2, Mac Book Air, iPhone 4, iPhone 4s, iPhone 5, iPhone 6, apa segala jenis gadjet ni semua syarikat Takaful bagi. Yang ini aku tak tolak lah, aku ambil lepas tu aku bagi ke ayah aku atau bini aku atau ke Fateem atau aku jual half price ke Mutalib.

Secara jujurnya, aku tak cenderung untuk kejar benda-benda ni. Kalau ada, ada lah, kalau tak ada pun okey, hidup mesti terus untuk bagi kesedaran Takaful pada semua yang bernama manusia.

Itu cara aku, yang makin memakan diri sebab tidak berupaya menginspirasi orang untuk menceburkan diri dalam Perniagaan Takaful.

Hal ini seperti infinite loop, di mana aku sendiri berulang kali bertarung atas kepercayaan, patutkah aku menjual kekayaan dan kesenangan yang ada dalam Perniagaan Takaful supaya orang mahu turut serta (seperti mana peniaga-peniaga industri lain mempromosi perniagaan mereka yang serba serbi best), atau,

aku mesti terus dengan cara menjual kemurnian dan akal budi Takaful yang secara tak langsung akan menutup hijab dan hakikat, bahawa Takaful bukan sekadar alat untuk mencapai kebaikan, namun lebih dari itu Takaful ialah sejenis perniagaan yang lumayan dan sangat menguntungkan.

Jadi beritahu aku, macam mana lagi aku harus buat untuk membawa lebih ramai TAKAFULMAN terjun ke dalam industri ini

Takkanlah sampai aku nak kena berdiri atas kereta Golf GTI, pegang duit, bergambar depan rumah agam dan beritahu berapa puluh ribu monthly income baru orang semua nak peduli dan percaya

Takkanlah motivasi hidup kita semua murah sampai macam tu