Pada pembukaan ceramahnya dia bertanya kepada peserta, Wahai ibu bapa dan pendidik, siapakah dari anda semua yang merupakan ibu kandung kepada anak-anak anda Hampir seluruh peserta mengangkat tangannya. Lalu si penceramah itu bertanya lagi, Setelah anak kita mulai bertambah usia, siapakah menurut anda orang yang paling banyak mempengaruhi perilakunya Kemudian forumpun mulai kelihatan bingung, tidak banyak yang mengangkat tangan. Ada sebahagian lagi yang ragu-ragu dan lebih banyak yang memilih untuk diam.
Yah, begitulah nasib anak-anak kita saat ini. Hampir boleh dipastikan ibu yang mengandungkan anak kita adalah kita sendiri tapi ibu yang mendidik anak kita banyak sekali. Tahukah anda siapakah ibu yang paling besar pengaruhnya dalam mendidik moral anak kita, ibu yang paling konsisten, tidak pernah cuti dan selalu hadir tepat waktu, setia menemani hampir 24 jam sehari bila-bila masa diminta
Tiba-tiba semua peserta menjadi terdiam, ruangan besar yang berisi lebih dari 500 peserta itu tiba-tiba berubah menjadi sunyi. Siapakah gerangan ibu itu, fikir semua peserta.
Yah... Kembali dengan suara menggelegar si penceramah, Dialah seorang ibu yang bernama televisyen. Kita mungkin tidak konsisten tapi program TV selalu konsisten dan hadir tepat waktu. Kita mungkin lupa memberitahu anak kita bahawa hari ini kita akan pulang lambat tapi TV tidak pernah lupa untuk memaklumkan kepada anak kita jika ada perubahan masa tayangan. Kita mungkin pergi sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam dan sukar sekali memberi waktu untuk menemani anak kita walaupun untuk lima minit tapi tidak dengan ibu kedua anak kita yang bernama televisyen. Dia dengan berbagai-bagai macam program yang setia menemani anak kita. Bila-bila pun diminta.
Jadi, janganlah kita kaget jika tiba-tiba perilaku anak kita berubah. Juga jangan kaget jika tiba-tiba muncul banyak pertanyaan aneh dari anak kita. Kita mestinya tidak perlu marah apabila secara tibatiba anak kita mulai melawan dan berperilaku buruk. Ya, kerana kita membiarkan anak kita dididik setiap hari oleh ibu keduanya yang bernama televisyen tadi.
Sungguh pidato dari penceramah ini begitu menggetarkan hati peserta. Isi pidato ini menyedarkan sebahagian besar pendidik dan ibu bapa yang hadir saat itu. Betapa selama ini kita melepaskan masa emas pembentukan moral anak kita kepada orang lain, pada persekitaran dan pada ibu kedua yang bernama televisyen. Pidato yang luar biasa ini ternyata menginspirasi hampir 40 peratus orang Amerika untuk menggantikan televisyen mereka di rumah dengan program yang lebih mendidik dan kreatif bagi perkembangan mental anak-anak mereka. Bahkan, ada sebahagian dari mereka yang memutuskan untuk tidak memiliki televisyen di rumah.
Ibu bapa yang berbahagia, mari kita resapi dan renungkan dalam-dalam isi pidato dan kisah ini. Semoga hal ini juga boleh menginspirasi ibu bapa dan pendidik di seluruh tanah air tercinta ini. Apakah masa-masa emas pembentukan moral anak-anak kita akan dibiarkan rosak begitu sahaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Saya dan beberapa ibu bapa yang mengikuti program ini memutuskan untuk tidak menonton TV di rumah dan menggantinya dengan program yang lebih mendidik bagi anakanak saya.
Lalu, bagaimana dengan anda
Tahukah anda siapakah ibu yang paling besar pengaruhnya dalam mendidik moral anak kita, ibu yang paling konsisten, tidak pernah cuti dan selalu hadir tepat pada waktunya, setia menemani hampir 24 jam sehari bila-bila masa diminta