SEMINGGU telah berlalu. Kemeriahan Staff Party itu juga semakin hilang. Yang belum hilang adalah rungutan Jay. Dia masih tidak berpuas hati kerana hanya mendapat anugerah The Most Celebrity-Me. Jay mengatakan dia sepatutnya turut memenangi MS Got Talent. Seperti biasa, tiada siapa yang sudi melayan kerenah Jay. Kalau ada pun, sekadar mahu mengambil hati.
T & T memenangi tempat pertama. Strategi mereka membuahkan hasil. Sepuluh ribu ringgit menjadi milik mereka. Tempat kedua dimenangi oleh Willy Beatbox. Persembahannya memang mendapat tepukan gemuruh pada malam itu. Taufan Band tetap berpuas hati walaupun hanya mendapat tempat ketiga. Syukurlah dari tak mendapat apa-apa.
Zack membancuh dua peket Nescafe 3 dalam 1 sekaligus. Sejak dia berhenti merokok, semakin kuat pula dia minum kopi atau Nescafe. Sistem sarafnya mahukan lebih kafein. Sambil mengacau minuman, fikirannya melayang kepada acara makan malam minggu lepas. Dia menghela nafas dengan perlahan.
Lain macam keberaniannya malam itu. Entah kegilaan apa yang merasuk hingga dia tiba-tiba saja nekad mahu meluahkan perasaan pada Zareen. Memang gila punya kerja!
Namun, belum sempat dia mahu meluahkan rasa, nombor Zareen dipanggil untuk cabutan bertuah. Niat nya untuk meluahkan perasaan terus terpadam. Perbualan mereka juga terhenti setakat itu. Dia terfikir juga, bagaimana agaknya reaksi Zareen kalau dia tahu bahawa orang yang dia maksudkan adalah Zareen sendiri Adakah Zareen akan menerima Entah-entah, terus Zareen mengadu kepada teman lelakinya. Sudah jadi satu hal pula.
Zack menghembuskan nafas lagi. Rasa kelakar pun ada. Semasa dia angaukan si Liana dulu pun, tak adalah teruk begini. Jampi apalah yang Zareen pakai agaknya
Zack. Buatkan aku satu. Joe Zulkifli muncul di pintu pantri lalu membuat pesanan.
Lamunan terus mati.
Kau ingatsini kedai mamak Main order aje Tempelak Zack.
Alang-alang kau tengah buat air, buatkanlah aku satu. Bukan selalu aku dapat rasa air tangan kau.
Piiiigiiiidaahhh!
Joe Zulkifli tersengih dan terus meninggalkan pantri.
Dua minit kemudian, Zack kembali ke mejanya. Mug berisi air Nescafe diletakkan dihulurkan pada Joe Zulkifli.
Nah!
Joe Zulkifli mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih.
Zack
Zack menoleh apabila namanya dipanggil. Zareen tersenyum ke arahnya. Dia senyum sumbing. Setelah hampir-hampir meluahkan perasaan tempoh hari, dia menjadi agak segan bila berhadapan dengan Zareen. Mujurlah Zareen juga tidak bertanya apa-apa lagi tentang identiti gadis yang telah membuatkan dia jatuh hati.
Mr. K dah approve newsletter. Can you proceed for printing
Zack menganggukkan kepala.
Thanks Zack. Ucap Zareen.
No problem.
Zareen berlalu, sempat mengukir senyuman kepada Joe Zulkifli.
Zack memandang hingga Zareen masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Usha awek nampak Joe Zulkifli bersuara.
Zack hanya membalas dengan senyum segan.
Aku dah lama perhati perangai kau, Zack. Sejak Cik Reen masuk kerjasampai sekarang. Lain macam cara kau pandang Cik Reen Komen Joe Zulkifli.
Nampak sangat keSoal Zack sambil mengurut tengkuknya.
Joe Zulkifli mengangkat kening."Sangat."
Jarang aku tengok kau macam ni. Kau memang dah ada hati kepada Cik Reen" Joe Zulkifli menembak soalan tanpa berkias.
Zack mendiamkan diri. Rasa janggal hendak bercerita dengan Joe Zulkifli. Bukanlah dia nak kata Joe Zulkifli tak ada perasaan. Cuma sikap lelaki itu yang kadangkala seperti sengal-sengal ubi begitu yang membuatkannya kurang yakin hendak bercerita tentang hati dan perasaan.Sengal-sengal si Joe pun, dah ada awek. Aku
Kalau dah suka, jangan tunggu lama-lama, Zack. Melepas nanti Joe Zulkifli berkata.
Dia dah ada boyfriendlah Jawab Zack dengan senyum sumbing.
Boyfriend Ya ke" Joe Zulkifli meminta kepastian.
Zack angguk.
"Mungkinlah kot. Tapikan setahu akuCik Reen tu jan
Dah buat kerjalah. Belum sempat Joe Zulkifli menghabiskan ayat, Zack pantas memotong. Malas hendak memanjangkan topik tentang Zareen bila bersembang dengan Joe Zulkifli.
Joe Zulkifli tersengih. Terus menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu.
Joe Zulkifli sedang tensi nampaknya. Zack kembali ke mejanya. Kerja. Kerja. Kerja.
WAKTU kerja telah tamat. Zack sedang menunggu Kate di lobi. Beriya-iya Kate mengajaknya untuk makan malam bersamanya pada hari ini. Siap berjanji untuk belanja makan lagi. Bersandarkan kepada pepatah rezeki jangan ditolak, dia bersetuju.
Sebiji Mentos berperisa pudina dimasukkan ke mulut sebagai cara untuk menghilangkan rasa gian merokok. Nak makan Chupa Chups, terasa segan pula. Terasa seperti kanak-kanak Ribena makan gula lollipop begitu. Bila ada Kate saja baru Zack makan gula-gula Chupa Chups. Sekurang-kurangnya, tidaklah segan sangat jika ada yang meneman.
Dari jauh Zack nampak Zareen keluar dari pintu lif. Dan seperti biasa juga,dia memandang dalam diam sambil berkira-kira sama ada mahu menegur Zareen atau tidak.
Tak payah tegur. Zareen sudah pun berjalan ke arahnya. Zack pula yang jadi berdebar-debar. Senyuman Zareen yang tak pernah lekang dari bibir itu sentiasa membuatkan dia tak keruan. Hmm
Kalaulah Zareen tak ada teman lelaki, bukankah senang Malam ini juga dia akan telefon ibunya itu untuk masuk meminang Zareen.Gila angau. Memang dah wajib menikah ni.
Hai Zack.
Zack mengangguk sambil senyum.
Lambat Cik Reen turun hari ni Selalunya, Cik Reen turun lagi cepat dari saya. Zack memulakan perbualan, pura-pura berlagak tenang.
Hari ni saya tak drive. Tunggu adik saya datang ambik. Kenalah ikut timing driver Zareen menjawab.
Oohh
Kenapa awak tak balik lagi Soal Zareen pula.
Saya tunggu kawan.
Zareen terangguk-angguk. Siapa
Zack menarik nafas. Tak tahu sama ada perlu atau tidak menjawab soalan itu. Dalam masa yang sama, dia benar-benar berharap Kate tidak muncul pada waktu ini. Biarlah Zareen pergi dari sini dahulu barulah Kate datang. Hatinya kuat mengatakan, Zareen akan tersalah sangka jika tahu dia sedang menunggu Kate.
Kenapa nak menggelabah pula Bukannya dia dengan Zareen ada apa-apa hubungan pun. Pembetulan, belum ada apa-apa hubungan. Dan untuk menjadikan perkataan belum ada kepada sudah ada, dia perlu memastikan tiada syak-wasangka timbul antara dia dan Zareen.Tapi, takkan nak menipu pula Panjangnya berfikir. Zareen itu, belum tentu ada hati dengannya.
Awak tunggu siapa Soal Zareen sekali lagi.
Saya tunggu
Haaiiiiii Satu suara menyapa ceria.
Zack melepaskan satu keluhan. Sambil memandang Zareen, Zack berkata perlahan.Kate.
Ohtunggu Kate.Balas Zareen.
Zack senyum sumbing.
Hai Reen. Kate menyapa dengan ceria.
Hai Kate. Balas Zareen.
Hey Zack. I bought you this. Dengan selamba, Kate menarik tangan Zack dan meletakkan beberapa batang Chupa Chups di atas tapak tangan Zack.
Zack mengeluh lagi dalam diam.
Thanks Kate. Kata Zack sambil memandang Zareen. Wajah Zareen dilihat sudah bertukar ria
So..it is Kate Tiba-tiba, terkeluar soalan itu dari mulut Zareen.
Apa dia" Zack bertanya kembali.
Kate pula terpinga-pinga apabila namanya disebut. Me
Sorry, forget it. My bad. Tak ada apa-apalah. Segera Zareen berkata. Tersedar yang dia terlebih reaksi.
Namun Zack sudah dapat menangkap maksud Zareen itu.
Tak, bukan Kate. Kate dengan sayakawan aje..
Zareen senyum sinis.
Zack tahu, Zareen tak mempercayai kata-katanya.
Serius, bukan Kate. Tegas Zack sekali lagi. Berharap Zareen percaya akan kata-katanya.
Its okay. Saya rasa, saya tak perlukan apa-apa penjelasan dari awak. Suara Zareen mendatar.
Zareen I mean. Cik Reen. Bukan Kate
Whatbukan Kate Kate pula bertanya. Betul-betul kabur dengan situasi yang berlaku ketika ini.
I got it, Zack. No worries. Saya faham. Zareen berkata. Tersenyum kali ini.
Takawak tak faham. Kate is just a friend. Orang tu bukan Kate. Orang tu
Telefon bimbit Zareen berbunyi pada masa yang sama lantas dikeluarkan dari tas tangan. Setelah berbicara seketika, telefon dimatikan.
Saya pergi dulu. Kata Zareen. Tanpa menunggu balasan, Zack dan Kate ditinggalkan.
Zack mengeluh sebal manakala Kate masih terpinga-pinga. Zack hanya mengekori langkah Zareen dengan pandangan mata hingga kelibat Zareen hilang.
Hey. Panggil Kate.
Zack menoleh.
Is there anything that I should knowSoal Kate.
Zack hanya angkat bahu.
Care to explain
Not now Suara Zack mendatar.
Okey. Kate terangguk-angguk. So...makan
Lets goAjak Zack, perlahan.
ZACK dan Kate berjalan kaki saja ke KLCC. Kata Kate, dia hendak melihat air pancut. Entah apa anginnya si Kate, tiba-tiba pula nak tengok air pancut. dia menurut saja.
Kate memilih untuk makan di Dome. Zack tak kisah, dia mengikut saja. Kate yang nak belanja makan.
Setelah membuat pesanan dan minuman, Zack mendiamkan diri. Tak ada mood untuk berbual. Dia hanya memerhatikan orang yang lalu lalang dan melepak di taman KLCC ini walaupun fikirannya tidak berada di sini. Terasa bengang dengan tindak-tanduk Zareen tadi. Langsung tidak mahu memberi peluang untuk dia menerangkan keadaan sebenar.
Sememangnya hubungan dia dengan Kate hanyalah sebagai kawan baik, tidak lebih dari itu.
Yang Kate pun satu. Kenapalah perlu muncul saat itu Bertambah kacau apabila Kate memegang tangannya. Nak halang pun tak sempat kerana tindakan Kate itu di luar jangkaan.
Nak salahkan Kate seratus peratus pun tidak boleh juga. Memang dia telah berjanji dengan Kate untuk keluar makan. Kate dengan dia memang nampak akrab. Sesiapa yang memandang pasti akan menyangka, dia dan Kate adalah pasangan kekasih. Hakikatnyabukan. Dia dan Kate hanya bersahabat baik.
Yang menjadi persoalan di sini, kenapa Zareen tiba-tiba saja bertindak begitu. Kenapa tiba-tiba saja wajah Zareen bertukar riak Cemburu Tak mungkin.Tapi kalau benar Zareen cemburu, maknanya
Hey!
Suara Kate mengejutkan Zack dari lamunan.
Zack memandang ke arah Kate. Keningnya berkerut.
Anything you want to share
Zack menggeleng. Masih kekal mendiamkan diri.
Kate memutarkan biji mata. Keadaan sunyi begitu mula membuatkannya merasa bosan. Dia mengeluarkan sebatang pen dan buku nota kecil dari beg tangannya lalu mula melukis sesuatu.
Hey idiot. Panggil Kate lagi.
Zack memandang Kate tanpa riak perasaan.
Kate menolak buku nota itu ke arah Zack.
Silly Zack
Idiot. Kata Zack, terus ketawa. Kurang asam punya Kate!
Kate tersengih.
Socan you at least speak something Cause I feel so damn bored right now...looking at your face. Kata Kate.
Okayokay. Balas Zack.
Good. Lets start withwhat happened in the lobby Sambung Kate lagi.
Zack senyum sumbing. Apa yang you nak tahu
Whats wrong with you and Reen And why both of you keep on mentioning my name
Zack mengurut tengkuknya.
Zareen ingat you dengan Iada something going on
Woooo. Okay. That isso...hhhmmm.never mind. Kenapa dia fikir macam tu Soal Kate lagi.
Well, I did tell herI ada suka somebody. Tapi I tak cakap siapa. So, bila dia tahu I nak keluar dengan you, dia ingatthat girl is you.
Ohokay Kate terangguk-angguk. You selalu cakap yang you suka somebody. Tapi, you tak pernah cakap siapa. Who is the girl anyway
Zack senyum sumbing.
Oh come on! Kitakan kawan. Cakaplahsiapa Kate mendesak sedikit.
Zack menggeleng.
Mata kiri Kate mengecil memandang Zack.
Zareen Teka Kate.
Zack tergelak secara tiba-tiba.
Kate bertepuk tangan, teruja apabila mendapati tekaannya tepat.
I knew it. The way you look at her, talk to her... and how your face looks like when you see her its so obvious that you had fall for her
Zack menghela nafas panjang.
Zareen tahu, you suka dia
Zack angkat bahu dan menggeleng. Zareen dah ada boyfriend. That is why I feel like Sedikit keluhan dilepaskan. Tak ada harapan
Oh Kate terangguk-angguk.
Mereka terdiam seketika.
Zack..." Panggil Kate.
Zack mengangkat kening.
"Is this the first time you fall in love Soal Kate.
Zack menggeleng. Nama Liana muncul di benaknya.
Dulu, I pernah ada girlfriend. Tapi... Zack tidak menyambung kata.
Why What happen She dumped you
Zack senyum sumbing.
Well talk about it after this. Sambil melihat jam, Zack bangun dari duduknya. Azan Maghrib bakal berkumandang bila-bila masa dari sekarang. Alang-alang sudah sampai di KLCC, boleh juga singgah di masjid.
Hey, you nak pergi mana Soal Kate.
Solat. Jawab Zack.
Solat Kate terpinga-pinga. What issolat OhI understand.. Kate terangguk-angguk sendiri.
Do you really have to Soal Kate lagi, masih dengan riak hairan.
Yes. Why Zack juga kehairanan dengan soalan Kate.
Nothing. Its just that, most of my muslim friends didnt Kate memandang wajah Zack. Ayatnya termati.
Never mind. Go ahead. Kate senyum setelah berkata.
Dont worry. Nanti I datang balik Balas Zack..
I know. Ill wait Kate kekal tersenyum
Zack angguk dan terus berlalu.
Kate memerhatikan Zack hingga lelaki itu hilang dari pandangan. Ada satu perasaan asing menyusup masuk dalam jiwa. Dia senyumtawar.